Friday, 17 February 2012

Hargai Sejarah Malaysia



Sejarah adalah sangat penting dalam apa juga bentuk kehidupan. Setiap manusia memiliki sejarahnya tersendiri. Setiap bangsa juga mempunyai sejarahnya tersendiri yang akhirnya membentuk negara yang maju dan bertamadun. Oleh itu kalau kita tidak memahami dan menghargai sejarah maka akan sukarlah "kualiti" dan "jatidiri" dapat dikekalkan. Akan mudahlah anasir anasir yang tidak bertanggungjawab merosakkan dan meruntuhkan "sejarah" itu sendiri.

Kalau kita lihat sejarah "penciptaan" , kita akan lihat berlakunya perubahan demi perubahan sekaligus meningkatkan cara hidup kita. Cara hidup kita yang susah berkomunikasi dimasa dahulu kini dicepatkan dengan penaklukan teknologi komunikasi yang berkembang pantas sekaligus mengubah cara hidup kita secara tidak kita sedari. Perhubungan menjadi sangat mudah dan pantas tetapi begitulah juga pantasnya sejarah dilupakan.

Kemodenan sebenarnya secara halus "membunuh" jatidiri . Tidak ramai yang jiwanya merdeka selain menjadi jiwa yang terjajah. Tidak ramai yang ingat sejarah bagaimana ianya bermula. Jauh sekali yang mahu memahami sejarah . Akibatnya tidak ramai yang menghargai sejarah.
Memandangkan pada masa ini banyak pihak yang salah faham tentang pelbagai aspek mengenai sejarah negara, negeri dan sejarah lain yang berkaitan maka rakyat perlu lebih menghargai dan mencintai sejarah serta bukti sejarah yang selama ini menjadi pembuktian kewujudan warisan negara.
Setiap warganegara Malaysia mencintai dan menghargai sejarah dan bukti sejarah negara dan negeri dan pada masa yang sama pemeliharaan sejarah ini (perlu) diberikan penegasan yang amat tinggi.
Untuk memupuk sikap menghargai dan mencintai sejarah oleh semua lapisan masyarakat, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing terutamanya badan bukan kerajaan dan para pengkaji sejarah.
Kita harus menyusun dan menggerakkan program yang berkaitan untuk rakyat supaya semangat cintakan sejarah itu dapat dihayati oleh mereka terutamanya generasi muda.

Kita haruslah guna sejarah untuk membina masa depan seperti yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga mengingatkan kepada kita perlu nya membaca, mempelajari dan meneladani sejarah bangsa masa lampau. Prinsip sejarah yang paling mudah difahami islah “teladan” dan “keputusan”. Teladan mungkin dipandang enteng oleh sesetengah individu kerana peristiwa arnab dan kura-kura juga mengandungi unsur teladan. Namun teladan peristiwa sejarah itu mengandungi elemen yang harus difikirkan secara teliti dan difahami dalam konteks yang lebih mendalam bukan setakat cerita penglipur lara atau sekadar bahan kenang-kenangan tetapi hakikatnya sejarah itu membawa manusia mengenal akan alam jati dirinya.

Agak sukar menjadikan sejarah itu sesuatu yang menarik jika perspektif khalayak tentang kepentingan sejarah yang jauh dari nila komersilnya itu tidak difahami seawalnya. Teks-teks sejarah yang lampau seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa sekadar menyatakan beberapa sahaja, mengandungi unsur mitos, legenda dan dongeng. Generasi hari ini pula cenderung untuk menilai sastera sejarah sebegini menyesatkan lantaran cubaan memahami konsep sastera sejarah dan sejarah tidak digarapi dan difahami sebaik mungkin. Lantas wujudlah pula permasalahan meletakkan sejarah dalam arus pemikiran generasi muda hari ini yang memanifestasi kebimbangan generasi pemimpin tentang fahaman sejarah oleh anak-anak wawasan.
Di peringkat pengajian tinggi, sejarah dikupas dengan begitu analitikal dan harus tepat fakta dan sumbernya tanpa menimbulkan sebarang keraguan tentang kesahihan peristiwa. Aliran peristiwa pula digarapi dengan berates malah beribu sumber agar peristiwa yang ditonjolkan itu benar-benar reality dan menggambarkan ketulusan penulis.
Itu yang berlaku di kalangan intelektual, namun bagaimana pula untuk memaslahatkan sejarah kepada 22 juta rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan. Piawai mana pula harus diikuti dal;am masa setiap bangsa ini mempunyai sejarah bangsanya sendiri. Apakah ingatan bekas Perdana Menteri itu sekadar untuk bangsa Melayu sahaja atau ia suatu ingatan kepada kita semua tentang penghampiran kewujudan bangsa Malaysia pada alaf baru ini. Persoalan sejarah dalam konteks perpaduan nasional bagaimana?
Nampaknya isu mendabikkan sejarah ini suatu isu yang kompleks yang perlu penyelesaian konkrit bukan sekadar sukatan pelajaran di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) ataua secebis ruangan Hari Ini Dalam Sejarah terbitan Arkib Negara dan RTM. Dalam era globalisasi hari ini, pembentukan jati diri semakin menjadi elemen penting lantaran kewujudan k-ekonomi, k-pekerja, e-dagang dan banyak lagi. Ketiadaan sempadan yang membantasi mobiliti faktor-faktor pengeluaran memangkin persoalan bagaimana Negara atau ketuanan bangsa harus dipertahankan.
Era ICT menonjolkan imej kehidupan yang baru dan membawa masyarakat Malaysia kepada tahap lepas take-off menuju pembangunan negara maju masa depan. Dunia dan manusia serta masyarakat sentiasa berubah. Kehidupan tidak statik, malah kehidupan yang dinamik merangsang manusia mencapai kemajuan. Dalam konteks pembangunan, manusia sentiasa berada dalam situasi hendakkan kemajuan.
Di tengah-tengah kepesatan pembangunan ini, kita diingatkan agar kembali kepada sejarah. Bangsa Melayu bangga dengan keagungan zaman Hang Tuah yang hingga kini menjadi tiupan semangat orang Melayu menerokai dunia Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Itu yang berlaku 500 tahun dahulu, bagaimana pula dengan sejarah bangsa Melayu kurun ke-18, 19 dan 20.
Adakah setelah menikmati sedikit kemajuan dan nikmat Allah ini kita lupa diri? Apakah tidak terfikir bagaimana masyarakat Cina juga memperjuangkan bahasa, budaya dan pendidikan mereka sejak sekian lama hingga menduduki tahap pada hari ini. Bagaimana pula masyarakat India bangkit dari kepompong estet hingga berusaha memperoleh gaji minimum dan tuntutan kuota pendidikan?
Adakah mereka cepat melupai sejarah atau sejarah menukil semangat perjuangan mereka? Bukan cuba bersifat chauvanist, tetapi melihat realiti yang berlaku rentetan sejarah-sejarah negara.
Lantaran itu keperluan mengungkap keteladanan sejarah harus dilakukan dengan teliti. Peristiwa sejarah sewajarnya merangsang akal fikir melihat bagaimana masyarakat pada masa dahulu membuat keputusan berdasarkan ilmu dan persekitaran mereka.
Benar atau tidak sejarah tidak berulang bergantung kepada konteks dan galur waktu sesuatu perkara itu berlaku.
Kemungkinan masyarakat agak sukar untuk menafsirkan sejarah dalam beberapa konteks atau subkonteks tertentu kesan kekurangan pengalaman, ilmu atau asas pembacaan bahan ilmiah yang kurang.
Ditambah pula ketidakarifan memahami sejarah di samping tuan guru yang menyesatkan fakta sejarah. Hal ini pula menjadi kebimbangan sosial, apabila sejarah dipolitikkan atas kepentingan pihak tertentu tidak dapat dinafikan.
Individu yang tidak bertanggungjawab dan alpa tugasnya sebagai khalifah mungkin hipokrit dalam menafsirkan sejarah dari satu sudut berkepentingan. Hal ini memang tidak dapat dinafikan bukan setakat ilmu sejarah bahkan ilmu-ilmu Allah yang lain juga.
Sejarah mengajak kita membuat sesuatu keputusan itu dengan menilai kekesanan terdahulu apa yang baik atau apa yang buruk telah berlaku sebelumnya.
Sejarah tidak harus dikelompok dalam bidang kemanusiaan atau kemasyarakatan sahaja malahan dalam era ICT sejarah harus difokuskan sebagai aspek pembina jati diri yang dijana keperluannya pada setiap masa.
Justeru dalam persoalan mengangkat ketuanan bangsa menerusi pendabikan sejarah, kita harus memikirkan segala segi.
Janganlah terlalu pesimis dengan ilmu sejarah dan juga bersifat oportunis dengan keasyikan menjana masyarakat celik sejarah dan masyarakat yang menghargai sejarah bangsanya.
Persoalan asas seperti pelaksanaan masyarakat kritis terhadap sejarah bangsa Malaysia harus menjadi perhatian penting. Sistem pendidikan kini bertambah maju yang menjadikan masyarakat bertambah kompleks yang memerlukan kepakaran sejarawan untuk menyuntik semangat cintakan sejarah di kalangan bangsa Malaysia.
Ingat Bangsaku, kehilangan kuasa politik pemerintahan bukan sesuatu yang bolih dinilai oleh harta dan wang ringgit, ia amat2 tinggi nilainya dan mungkin mewajarkan pengorbanan nyawa untuk memilikinya kembali, atau terlepas hingga tak sudah. Oleh itu biar kita berputih tulang jgn berputih mata. Sayangi lah tanah tumpah darah kita dan jagainya, jgn sesekali terlepas ke tangan org lain yg sebelum ini dikatogerikan sebagai pendatang!!!!. Sedardan akurlah sebelum terlambat!.

LIHAT INTIPATI INI.

1. Sejarah telah membuktikan bahawa sebelum kemerdekaan, negara kita Malaysia yang sama-sama kita cintai ini, dikenali sebagai Negara Tanah Melayu. Kontrak sosial yang dicapai kata putusnya telah dibuat oleh ketua yang mewakili tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut kontrak sosial ini, masyarakat Cina dan India diberi kerakyatan Malaysia dengan syarat menghormati hak orang Melayu, mempersetujui bahawa Islam adalah agama rasmi Negara serta memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan kita.

2. Persetujuan yang dicapai ini telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia serta diterima sebagai Rukun Negara. Akan tetapi setelah Negara kita mencapai Kemerdekaan lebih dari 54 tahun yang lalu isu ketidakpuasan sering kedengaran yang menyoal kedudukan hak orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama rasmi Negara serta Bahasa Malaysia sebagai Bahasa rasmi. Dan perkara ini sering dibangkitkan oleh pihak Pembangkang terutamanya DAP yang sering meniup isu perkauman di kalangan masyarakat Cina yang inginkan keamanan dan kesejahteraan. Mereka sering menghasut kaum Cina supaya membenci kerajaan BN yang kononnya menganiya dan menindas mereka. Mereka sering menggambarkan kerajaan BN sebagai kerajaan yang kononnya tidak berlaku adil kepada masyarakat Cina dan bangsa lain. Saya tidak terperanjat kerana survival DAP memang dari dulu lagi bergantung kepada peniupan api perkauman untuk menang dalam pilihanraya. Lihat kawasan yang dimenangi DAP dan pihak pembangkang lain, apakah yang telah mereka lakukan untuk masyarakat Cina dan lain-lain bangsa? Yang jelas cuma lalakan dan hasutan supaya membenci kerajaan BN.

3. Bagi menempelek semua tomahan yang dilemparkan pembangkang terhadap ketidak-adilan kaum, kerajaan BN pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membangunkan gagasan 1Malaysia, di mana kepentingan semua kaum dipelihara dengan slogan: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Walaupun kerajaan BN mempunyai hasrat yang murni untuk meneruskan perjuangan BN bagi mensejahterakan berbagai kaum di Malaysia, namun sering kita dengar pihak pembangkang memperlekehkan usaha kerajaan BN kononnya Gagasan 1Malaysia adalah hasil ciplak DAP “Malaysian Malaysia”. Apakah benar DAP memperjuangkan nasib semua kaum atau hanya sesuatu kaum sahaja? Jika kerajaan BN tidak berlaku adil masakan pihak pembangkang dapat membentuk kerajaan yang tidak stabil di Perak selepas pilihanraya Mac 2008? DAP yang selama ini memperjuangkan sesuatu kaum terpaksa memperkudakan PAS dan PKR kerana ketagihkan kuasa untuk memerintah negeri Perak sehingga sanggup menggadaikan maruah membiarkan seterunya ADUN PAS menjadi MB. Jika benar DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia, maka sudah tentu keahliannya serta kempimpinannya mencerminkan nisbah mengikut bangsa. Dalam konteks ini Parti Gerakan adalah lebih layak daripada DAP.


4. Di Pulau Pinang misalnya sudah jelas kelihatan bahawa DAP memegang kuasa dengan membelakangkan kepentingan orang Melayu. Kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Ilham menunjukkan bahawa kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan Cina berbanding dengan semasa TS Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri di mana orang Melayu tidak terasa terpinggir. Kehadiran Pemimpin PKR dan PAS hanya lah sebagai boneka. Perkara yang sama berlaku di Perak semasa PR memerintah dengan menjadikan DS Nizar dari PAS sebagai boneka Ngeh dan Nga. DAP sememangnya adalah sebuah parti opportunist yang mengambil kesempatan kaum Cina dengan menghasut mereka dengan berbagai tomahan supaya membenci kerajaan BN. Parti DAP sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu mereka tidak memegang kuasa maka PAS dan PKR dijadikan kuda tunggangan untuk mencapai objektif mereka. Saya percaya DAP tidak akan dapat mempengaruhi orang Melayu melainkan melalui PAS dan PKR. Maklumbalas yang saya terima mengatakan bahawa DAP sedang giat mencari calon Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu dan jika mereka menang maka mereka tidak perlukan PAS dan PKR lagi. Jangan pandang rendah akan keupayaan Pengundi Melayu yang tidak mudah ditipu DAP..

5. Maklumbalas yang diterima dikalangan pengundi bukan Melayu di Perak mengatakan mereka mengundi PR pada pilihanraya tahun 2008 bukan kerana mereka menyokong PR tetapi mereka telah ditipu PR yang menghasut mereka membuang undi protes. Malah kepimpinan PR sendiri terkejut dengan kemenangan yang diperolehi calon-calonnya walaupun mereka dipilih secara tangkap muat. BN akur bahawa terdapat banyak kelemahan pada masa lampau. Justeru Gagasan 1Malaysia telah diwujudkan bagi menangkis persepsi rakyat terutamanya kaum bukan Melayu bahawa kerajaan BN berlaku tidak adil. Dalam pemberian wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah baru-baru, semua kaum tak kira Melayu atau Cina atau India dan lain-lain bangsa dapat menikmatinya bagi meringankan beban mereka. Begitu juga dengan bantuan pembelian buku sebanyak RM200 kepada pelajar IPT dan Tingkatan 6 juga tidak mengambil kira faktor kaum atau parti yang disokong oleh keluarga mereka. Begitu juga dengan bantuan “One Off” sebanyak RM500 kepada keluarga yang mempunyai pendapatan RM3,000 atau kurang sebulan.

6. Pihak pembangkang juga pandai memperalatkan gabungan pertubuhan yang telah diharamkan iaitu Bersih untuk mengajak rakyat berdemonstrasi kononnya inginkan pembaharuan dalam pilihanraya. Akan tetapi objektif mereka tidak lain tidak bukan untuk menggunakan taktik sedemikian bagi menjatuhkan kerajaan BN yang dipilih secara demokrasi setelah cubaan mereka gagal mempengaruhi wakil rakyat BN untuk melompat ke PR pada 16 Sept 2008. Lihatlah siapa dalang disebalik pemimpin yang turut berdemonstrasi kalau bukan pemimpin PR. Kerajaan BN memang peka kepada kehendak rakyat jika ianya diminta secara yang betul. Walau bagaimanapun YAB PM telah merestui penuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara untuk mendapatkan maklumbalas dari semua pihak mengenai cadangan pembaharuan yang dikehendaki. Pembangkang akan sentiasa mencari alasan untuk menghasut rakyat menuduh kerajaan BN berlaku dalam pilihanraya. Akan tetapi mereka lupa bahawa jika kerajaan BN tidak berlaku adil bagaimana mereka dapat memerintah 4 buah negeri dan juga memenangi sejumlah kerusi di dewan undangan negeri mahupun di Parlimen. Apakah mereka rasa pilihanraya itu adil kiranya mereka dapat menawan kerajaan persekutuan? Adakah ini definasi adil bagi pihak pembangkang?

7. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang stabil yang sentiasa berikhtiar untuk memperkasakan rakyat dan memperjuangkan nasib semua rakyat tanpa mengira kaum. UMNO sentiasa konsisten sejak dulu lagi dalam perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, menegakkan agama Islam serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu. Parti komponen BN seperti MCA dan MIC diberi mandat untuk memperjuangkan nasib kaum mereka agar nasib semua kaum di bela oleh BN. Pihak pembangkang amat cemburu tentang kejayaan BN dalam hal ini dan sentiasa berikhtiar untuk menghasut rakyat kononnya BN itu UMNO semata-matanya yang memperjuangkan hak orang-orang Melayu sahaja walhal nasib semua bangsa lain juga tetap diberi perhatian dari dulu, kini dan selama-lamanya. Hak orang Melayu adalah sebahagian daripada persetujuan yang telah dicapai dalam kontrak sosial negara. PR pula cuba menciplak cara BN yang sememangnya telah terbukti berjaya.

8. Parti pembangkang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa. PAS yang selama ini memperjuangkan Islam dan Hukum Hudud sanggup berkompromi pendirian mereka demi menjaga hati DAP kerana PAS ingin meraih sokongan pengundi bukan Islam melalui pengaruh DAP. DAP pula yang begitu lantang suatu masa dahulu menentang PAS habis-habisan kini sanggup berkompromi pendirian mereka kerana ingin meraih sokongan pengundi Islam melalui pengaruh PAS. PKR pula dijadikan perantaraan antara PAS dan DAP untuk mencapai objektif mereka untuk merebut kuasa. Pendirian mereka ibarat mempunyai mimpi tanpa visi. Mereka langsung tidak mempedulikan nasib rakyat Malaysia berbilang kaum demi mengejar kuasa. Lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan di kawasan yang telah mereka menang? Pembangkang langsung tidak mempunyai modal kecuali mempermainkan emosi dan menghasut rakyat membenci kerajaan BN seolah-olah kerajaan BN telah menindas mereka dan membelakangkan kepentingan rakyat. Jika BN tidak perihatin dan tidak mempunyai visi masakan BN Berjaya dalam membangunkan Negara kita hingga ke tahap yang amat membanggakan di kaca mata antara bangsa. Saya percaya DAP akan cuba sedaya upaya meletakkan calon Melayu dalam pilihanraya akan datang bukan kerana ingin mencerminkan parti itu sebagai parti yang memperjuangkan berbagai kaum tetapi sebaliknya untuk merebut jawatan MB jika mereka berjaya dalam pilihanraya akan datang. PAS hanya dipergunakan buat sementara kerana mereka tidak mempunyai pemimpin Melayu. Kalau kita lihat semua barisan kepimpinan DAP, hanya satu atau dua sahaja pemimpin Melayu yang dijadikan sebagai boneka untuk mengabui mata rakyat. Rasa syak wasangka dan curiga dikalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sentiasa wujud kerana masing-masing ingin memegang kuasa dan juga kerana mereka tidak mempunyai kata sepakat. Justeru, gabungan parti sedemikian tidak kekal lama tidak seperti BN yang telah terbukti perpaduan komponen parti selama 54 tahun.

9. Kerajaan BN sememangnya adalah sebuah kerajaan yang adil kepada semua kaum. Cuma pihak pembangkang pandai dalam memainkan isu perkauman dan melontarkan tomahan seolah-olah BN hanya memperjuangkan nasib satu bangsa sahaja. Saya ingin mengingatkan bahawa Kerajaan BN berpegang pada prinsip yang diasaskan semasa Negara mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial yang dipersetujui dan diterima semua parti komponen parti dalam BN termasuk MCA, MIC dan lain-lain berpegang kepada pendirian bahawa Agama Islam adalah agama rasmi, Bahasa Malaysia adalah Bahasa rasmi, dan hak orang Melayu serta Institusi Raja-raja mesti dipertahankan. Sambil hak dan kepentingan orang Melayu diberi keutamaan, hak-hak kaum lain tidak sama sekali dipinggirkan atau dianak-tirikan. Kerajaan BN tidak berhasrat untuk berbuat demikian. Kebebasan beragama telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan dihormati oleh kerajaan BN. Akan tetapi jika ada cubaan untuk memurtadkan orang Islam, maka kerajaan BN akan menganggap ini melanggar prinsip Perlembagaan serta menentang kuasa Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam. Dalam hal ini kerajaan BN tidak akan berkompromi. Ada usaha-usaha dari setengah-setengah pihak pembangkang yang berani menyoal isu mengenai Agama Islam dan Hak Orang Melayu kononya kerajaan BN berlaku tidak adil. Kebelakangan ini juga ramai dikalangan parti pembangkang terutamanya parti DAP banyak mempersoalkan isu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Akan tetapi disebaliknya mereka tidak mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Saya tidak nampak langsung adanya usaha-usaha parti pembangkang untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Walaupun Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun tetapi malangnya masih terdapat Rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia sehingga hari ini. Parti Pembangkang seperti DAP hanya pandai membangkit isu perkauman seperti Isu Sekolah Cina dan Bahasa Cina dan tidak pernah menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan sekolah wawasan yang dapat mewujudkan perpaduan di kalangan semua kaum. Mereka hanya mempunyai slogan Malaysian Malaysia tetapi berlaku hipokrit dan tidak mempraktikkannya sama sekali. Mereka sebenarnya mahu melihat kaum Cina kekal mundur dengan menghasut mereka membenci kerajaan. Kepentingan kaum Cina sentiasa dipelihara melalui parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Kaum India juga tidak ketinggalan dalam arus pembangunan BN melalui parti MIC.

Oleh itu, kaum selain kaum Melayu dan Bumiputra lain, iaitu Cina, India dan lain2 amat wajar ANDA berterima kasih di atas ketoleransian Kaum Melayu didalam semua bidang dan membolehkan ANDA semua mencari rezki disini dgn aman damai. Ingat, kekayaan yang ANDA kecapi selama ini adalah dengan ketoleransian dan sokongan Kaum Melayu TANPAnya, mungkin ANDA tidak dapat mengenali apa itu Tanah Melayu dan Malaysia. Jadilah Orang yang tahu membalas budi dan berterima kasih, kerana Bangsa Melayu ada had kesabarannya dan jgn sesekali mengusik harimau yg sedang tidur.

Sumber :

No comments:

Post a Comment