Thursday, 9 February 2012

Perpaduan Kaum Di Malaysia



Perpaduan dan keharmonian yang dinikmati masyarakat berbilang kaum di Malaysia amat dicemburui banyak pihak luar.Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk terus memelihara keharmonian antara individu dan masyarakat berlainan agama yang menjadi tunjang kepada kemakmuran yang telah lama wujud.Membina negara Malaysia yang merdeka dengan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama bukanlah satu tugas yang mudah.Segala-galanya terletak kepada perasaan saling hormat menghormati dan menerima antara satu sama lain yang menjadi kunci utama untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni dan pesat membangun.

Seperti yang kita sedia maklum sebagai rakyat Malaysia, gagasan 1Malaysia yang diinspirasika sendiri oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib yang mempunyai hubungkait secara jelas tentang perpaduan kaum di Malaysia. Walaupun pada mulanya gagasan 1Malaysia agak kabur sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan, tetapi akhirnya dapat dirungkaikan. 1Malaysia, mengikut penjelasan Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan ialah: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. & kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan serta kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Untuk merealisasikan gagasan ini, Perdana Menteri menggariskan 8 nilai iaitu budaya cemerlang, daya tahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. 1Malaysia bukan sekadar “sebutan” atau dijadikan “tema” hari kebesaran tertentu, tetapi satu gagasan yang WAJIB dilaksanakan dengan sepenuh hati!

Satu Malaysia saya adalah satu harapan agar semua rakyat Malaysia dapat hidup aman dan harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik, atau agama. Oleh itu, Satu Malaysia saya akan sentiasa “memberikan teguran” kepada mereka yang lalai terhadap gagasan “pembangunan untuk semua rakyat Malaysia” secara adil dan saksama.

Lantaran kita mesti terus bersuara untuk mengekalkan perpaduan. Perpaduan tunggak keharmonian. Politik perkauman melampau dan ekstremis agama merupakan musuh utama perpaduan. Oleh itu, kita harus bijak apabila hendak mengucapkan isu berkaitan kaum dan agama. Kita tidak boleh merelakan masa depan kita tergadai oleh perjuangan sempit kita.Memperjuangkan masa depan kaum sendiri tidak salah, malah digalakkan kerana setiap orang ada perasaan sayangkan kaum dan keturunannya. 


Tetapi lebih mulia kalau memperjuangkan mereka yang tertindas dan memerlukan bantuan kerana mereka ini ada dalam semua kaum. Dan Satu Malaysia yakin bahawa perpaduan dan keamanan tetap akan terpelihara sekiranya semua rakyat berpayung di bawah panji Raja-Raja Melayu yang berdaulat.Sementelahan segala-galanya terletak kepada perasaan saling hormat menghormati dan menerima antara satu sama lain yang menjadi kunci utama untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni dan pesat membangun.

Malahan kesederhanaan dalam amalan agama merupakan benteng paling utuh dalam menjaga hubungan sesama rakyat Malaysia sekali gus membendung amalan ekstremisme dalam mana-mana agama.Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita harus terus bersikap sederhana dalam mengamalkan kepercayaan agama, selain menerima setiap perbezaan dengan hati terbuka ke arah menyuburkan semangat perpaduan sejak sekian lama.Marilah kita bersama-sama menghormati antara satu sama lain lantaran di dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum dan agama, menghormati perbezaan agama menjadi prasyarat untuk kehidupan yang lebih harmoni. Sama ada kita sedar atau tidak, keharmonian hubungan antara kaum dan agama adalah nikmat paling berharga yang dianugerahkan Tuhan kepada seluruh rakyat Malaysia yang bertuah ini.

Pada masa yang sama, adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya rakyat mempunyai tanggapan bahawa tanggungjawab mewujudkan dan mengekalkan perpaduan negara hanya dipikul oleh kerajaan semata-mata sedangkan ia sebenarnya turut dipikul oleh semua masyarakat.Semangat muhibah yang wujud di kalangan rakyat  Malaysia perlu sentiasa dipelihara dan diamalkan. Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita berkongsi masa depan dan hala tuju yang sama. Selain itu, semangat saling memahami membolehkan rakyat menikmati bersama segala kemajuan dan pembangunan yang dikecapi selama ini dan sehubungan itu kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya perlu bekerjasama bagi mengekal serta memperkukuhkan perpaduan negara. Jelaslah aspirasi 1Malaysia membawa kepada peningkatan hubungan kaum agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.

2 comments:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih. https://www.facebook.com/Keberhasilan-TKI-515090078665256/

Sarabunga said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment