Wednesday, 25 July 2012

ISLAM DAN TASAMUH

Islam adalah agama yang paling mulia di sisi Allah SWT. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengkhaskan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah). Dan tidaklah layak bagi kamu agama ini melainkan kamu mempunyai sifat dermawan (pemurah) dan berakhlak mulia. Oleh demikian hendaklah kamu hiasi agama kamu itu dengan keduanya (iaitu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik). (HR Thabrani dan Al Ashbahani). Islam mengajar supaya penganutnya sentiasa berakhlak mulia, tolong-menolong, sentiasa menghargai sesama sendiri. Islam juga mengajar penganutnya supaya sentiasa bersikap toleransi dan bertolak-ansur. Konsep ini dinamakan “Tasamuh”. 

Toleransi disebut sebagai tasamuh di dalam perbendaharaan ilmu Islam. Kata tasamuh berasal dari 'samaha' yang membawa maksud murah hati, menderma, lemah lembut dan pemaaf. Ini memberikan satu gambaran bahawa sikap tasamuh atau toleransi itu berasaskan lemah-lembut, bertolak-ansur dan berlapang dada bukannya kekerasan, cemuhan dan cercaan. Tasamuh adalah tanggungjawab asas dalam mengamalkan prinsip Islam. Toleransi dan bertolak-ansur sangat penting kerana di situlah akan wujud persaudaraan dan akan mengeratkan lagi hubungan sesama saudara. 

Kita sekarang sebenarnya menghadapi sedikit salah faham yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang barangkali punyai motif tertentu. Biar pun telah berjaya diselesaikan namun berkemungkinan besar akan berputik kembali sekiranya penerangan yang jelas tentang konsep tasamuh ini tidak giat disebarkan kepada masyarakat termasuk bukan Islam. Masyarakat bukan Islam mestilah disedarkan bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang keras serta tidak memberi hak dan keadilan kepada mereka. Isu azan contohnya, adalah tidak wajar mempersalahkan pengkritik semata-mata sedangkan dalam masa yang sama timbul persoalan apakah kita sudah menerangkan konsep toleransi beragama dan keadilan Islam itu sendiri kepada mereka. Mungkin mereka tidak memahami sepenuhnya tentang Islam, akan tetapi kita sebagai orang Islam sudahkah kita bergerak bersama menerangkan Islam itu kepada mereka. Namun jika semuanya sudah dijelaskan dan mereka yang bukan Islam masih terus mempertikaikannya, kita tidak boleh tasamuh lagi dalam hal ini kerana ia melibatkan agama kita (Islam).

Harus diingat meskipun tasamuh merupakan sifat terpuji namun tidak semua perkara boleh di’tasamuhkan. Toleransi hanya dibenarkan dalam bidang muamalah dan aspek kemanusiaan sahaja seperti jual beli, konsep kejiranan, tolong-menolong dan seumpamanya. Tiada bertoleransi dalam aspek aqidah dan ibadah. Haram dan sesat jika umat Islam mengikuti sebarang ritual bukan Islam antaranya turut melakukan ritual protes atau berkabung dengan kematian bukan Islam sambil membawa lilin dan membakar colok, menunduk pada gambar mayat mereka, meletakkan jambangan bunga di perkuburan orang kafir kononnya atas alasan tahaluf siyasi dan menjaga hati si kafir. Ini secara langsung akan menjerumus seorang muslim ke dalam kemusyrikan. Namun inilah yang sering terjadi apabila perkara-perkara haram dihalalkan oleh segelintir umat Islam yang kononnya mengaku sebagai pejuang Islam. Sebaliknya mereka nyata telah tersesat dan luntur pegangan imannya lantaran terpedaya dengan fantasi untuk mengapai kuasa dunia.

Janganlah disebabkan tasamuh ni aqidah umat Islam semakin longgar kerana terlampau bertoleransi dalam segala hal terutama yang membabitkan agama Islam. Ini kerana ada sesetengah percaya bertasamuh dengan bukan Islam hanya boleh dicapai apabila umat Islam menganggap semua agama itu setaraf kebenarannya dengan agama-agama lain. ada segelintir umat Islam begitu bangga memperjuangkan akidah pluralisma, liberalisma seksual dan sekularisma pemikiran hanya ingin menunjukkan diri mereka berjuang berpaksikan kesamarataan hak dan keadilan rakyat. Insaflah wahai ummah, sesungguhnya perjuangan sonsang tersebut amat menyesatkan dan haram bagi umat Islam mengikutinya.

Umat Islam kini mudah dipermainkan dan dikelirukan oleh puak kafir harbi. Contohnya reality sekarang kalau kita lihat pimpinan parti DAP sudah mengatur agenda dan strategi untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi Negara dengan agama Kristian jika mereka berjaya menguasai Negara. Mereka sudah berani mempertikaikan hak orang melayu dan Islam dan semua keistimewaan Melayu juga akan dihapuskan. Sedarlah kita wahai orang Islam. Kuatkanlah aqidah dan sentiasalah ingat bahawa bukan Islam ni akan sedaya upaya untuk melenyapkan Islam.

No comments:

Post a Comment