Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua
pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campur tangan asing dan
membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan
Malaysia sebagai sebuah negara.
Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan
dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan
mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.
"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not
broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah),"
Untuk pengetahuan, Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak
negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada
pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke
negara luar.
Lihatlah pembangkang kini hanya tahu menjatuhkan dan memalukan
nama negara sahaja. Mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu hanya lah
akan menggadaikan maruah negara.
PM menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan
mempertikai kerajaan, siap
minta negara luar campur tangan. Kepada rakyat yang lain terutama
yang sering mencari salah kerajaan, janganlah bagi malu kepada negara kita.
Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia. Contoh terbaru, Anwar pergi
Australia untuk minta campur tangan, nasib baik Australia tidak bersetuju
dengan rayuan Anwar dengan menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi
cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
Jangan disebabkan gila kuasa pembangkang sanggup nak gadaikan
negara. Disni kita dapat lihat bahawa pemimpin pembangkang langsung tidak
fikirkan masa depan negara. Semua dilakukan semata-mata kerana gilakan kuasa
sahaja.
Kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih
besar kepada negara. Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar
kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan
kerajaan yang sama.







No comments:
Post a Comment