Thursday, 31 May 2012

Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?



SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa. Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

ANWAR SANG SAUDAGAR MIMPI TERUS MENABUR JANJI PALSU


Semakin dekat desas desus pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup, semakin kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis. Malang, kesemuanya hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar halwa telinga semata-mata.

Paling kedepan dalam membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.

RAKYAT JANGAN TERJERUMUS USAHA MEMUDARATKAN KEHARMONIAN NEGARA


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal mengingatkan rakyat bahawa proses pembangunan negara bukanlah satu proses yang mudah dan memakan masa yang lama untuk terlaksana. Pembangunan negara bukan sekadar merangkumi aspek fizikal semata-mata tetapi ia melalui liku-liku cabaran dari segi usaha pemerintahan menyatukan rakyat berbilang kaum di mana menurutnya nilainya jauh lebih tinggi berbanding dengan hanya membina jalan dan membuat lampu.

Bas Elektrik Beroperasi 2014


KUALA LUMPUR: RapidKL akan memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik menjelang 2014 bagi menyokong usaha kerajaan mewujudkan persekitaran hijau dan bebas pencemaran.

Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) bagi Bahagian Bas, Zohari Sulaiman, berkata sebagai permulaan, sebanyak 15 hingga 20 bas elektrik menggunakan kuasa bateri itu dijangka beroperasi di sini.

Beliau berkata, pihaknya sudah membuat analisis serta mengadakan lawatan ke China yang turut menggunakan teknologi sama dan mendapati ia jauh lebih baik daripada bas menggunakan diesel.

“Bagaimanapun, kos bas itu adalah 50 peratus lebih tinggi daripada bas menggunakan diesel. Contohnya jika di China, kos bas diesel adalah RM400,000, manakala bas elektrik mencapai R M1 juta kerana harga baterinya yang mahal.

DEMI GILAKAN KUASA NIK AZIZ SANGGUP SERAH PUTRAJAYA KEPADA DAP


Dua perkara berlaku sepanjang minggu lalu; pertama, terserlah niat sebenar parti rasis DAP yang telah dizahirkan secara lisan apabila Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh secara jelas mengatakan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di Malaysia pada suatu hari nanti.

Kedua pula, atas dasar tamakkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong sepenuhnya idea Karpal tersebut dengan sedikit perubahan iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri negara ini asalkan ia beragama Islam.

Bermakna jika esok Joseph Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang hatta Karpal memeluk agama Islam, mereka secara otomatik, menurut pandangan Nik Aziz, akan layak dipertimbangkan untuk kedudukan Perdana Menteri.

MAS Terima Pesawat A380 Hari Ini



Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), dijangka mendarat di bumi Malaysia pada jam kira-kira 3.00 petang ini.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, pada Selasa dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.

Ketua Pegawai Operasi, Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse.

Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baru pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.

Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.

“Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dankemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh,” katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.

 
A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.

Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti kedestinasi utama di Amerika Syarikat.

Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julaimengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelummelakukan perkhidmatan harian pada Ogos.

PAS Colleagues Distance Themselves From Nizar


PETALING JAYA: The PAS leadership is distancing itself from the controversial remarks made by its central committee member Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin against the Johor royalty, which is now the subject of a police investigation.

Stopping short of expressing his unhappiness at Mohammad Nizar’s actions, Johor-born PAS vice-president Salahuddin Ayub said he was disappointed that the incident had put a dampener on the party’s long-standing good relations with the royalty.

“What he did was a personal matter. However, he should not have done something that is not beneficial to the party,” he said.

Salahuddin said PAS had maintained a relationship of mutual respect with the royalty in the states under the party’s administration such as Kedah and Kelantan.

Pace of development worrying


I REFER to “Penang not beholden to developers” (The Star, May 30), in which the Penang Chief Minister denied that the state government was the darling of developers.

To support his denial, the Chief Minister pointed out that more stop-work orders had been issued under the present state government compared with the previous one.

I am not a member of any political party but am one of those affected by the ongoing property developments.

It is not unusual to see a residential house, an apartment block turned into commercial premises, a house turned into trading premises and high-rise condos all in a row under development in Penang.

I am not anti-development, but two wrongs do not make a right under whichever government.

There was a residents’ meeting-cum- dialogue with the MPPP on April 23 in Auditorium C on the 5th floor of Komtar.

Some 30 residents attended the meeting chaired jointly by DAP’s Chan Kon Yeow and the director of MPPP’s Planning Department.

The residents expressed their views pertaining to a proposed development in Tanjung Bungah.

Najib Unveils 6.5 Billion Dollars in Malaysia Private Investment


Malaysia announced private investment plans worth a total 20.5 billion ringgit ($6.5 billion), seeking to bolster growth as Europe’s debt crisis threatens to slow expansion in Southeast Asia’s third-biggest economy.

The investments include a 12.5 billion-ringgit property development by GuocoLand Malaysia Bhd. (GUOL) near the Kuala Lumpur International Airport, Prime Minister Najib Razak said yesterday in the Kelana Jaya suburb outside the capital.

“Global economic headwinds are uncertain,” Najib told reporters. “Now more than ever, we must keep to our true north to focus on the key engines of growth in the economy and to be competitive globally.”

The prime minister has sought to boost investment as he strives to shore up confidence in the government ahead of elections due by early 2013, unveiling in 2010 an Economic Transformation Program that identified $444 billion of private- sector led projects ranging from mass rail to oil storage for the current decade. Malaysia is set to hit a foreign-direct- investment target of 33 billion ringgit this year, International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed said yesterday.

Infineon Technologies AG (IFX), Europe’s second-largest maker of semiconductors, said earlier this month it will invest 4 billion ringgit over 10 years in its wafer fabrication facilities in the Malaysia’s north.

Wednesday, 30 May 2012

Masa Kelas BM Patut Dipendekkan: Sikap Rasis Dong Zong



Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang ke-61 sekali lagi menunjukkan sikap kiasu mereka. Selama ini, organisasi ini telah menuntut segala permintaan yang tidak munasabah, tidak praktikal dan juga perkara yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk memenuhi semangat perkauman mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga tuntutan mereka dipenuhi sepenuhnya. Toleransi dan persefahaman, ataupun rasa hormat seakan-akan tidak wujud dalam kamus mereka. Patriotik, pembinaan negara, praktikal dan juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan didengari oleh mereka.

Nizar Memang Kurang Ajar, Hanya Mohon Maaf Melalui Twitter



Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

AZIZAN TAK SOKONG PENDIDIKAN PERCUMA: PELAJAR KUIN AKAN TERPAKSA MEMINJAM PTPTN


Bila baca je tajuk ni dapat disimpulkan bahawa perjuangan Pakatan Pembangkang gagal.  Mana tidaknya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak  tak sokong pendidikan percuma. Ini bermakna Azizan tak menyokong Anwar yang nak hapuskan PTPTN dan oleh itu, pelajar KUIN akan terpaksa meminjam PTPTN.

Baru-baru ini juga kami dapat cerita yang pengurusan Kolej Insaniah bertindak kejam dengan mengenakan caj terhadap pengunaan padang bola dan juga astaka yang dahulunya percuma. Padang bola milik KUIN yang sebelum ini digunakan secara percuma oleh penduduk, kini telah dikenakan caj RM500 untuk padang dan RM500 untuk penggunaan astaka. Bayaran perlu dibuat kepada KUIN untuk satu-satu acara.

Mesti ada sebab yang membuatkan pengurusan KUIN bertindak sedemikian. Atau sebenarnya KUIN yang sangat terdesak untuk mengumpulkan wang memandangkan terlalu banyak penyelewengan yang berlaku di institusi milik kerajaan negeri itu? 

Atau boleh jadi juga, inilah kerja PARASIT-PARASIT PAS yang sentiasa bekerja keras bukan untuk memenangkan PAS tetapi lebih sibuk hendak menjatuhkan Azizan Abdul Razak!!!

Disebabkan pendirian Azizan yang tak menyokong pendidikan percuma, mungkin tak lama lagi Azizan pun akan menerima nasib yang sama  dengan Zulkifli Noordin, Tunku Aziz dan lain-lain yang angkat kaki keluar dari PAKATAN.

ISU SIAPA PM: PAS, DAP TIKAM BELAKANG ANWAR



Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.

Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

LAGENDA ROCK TANAH AIR SERTAI UMNO.

Satu sidang media yang bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia telah mengesahkan kemasukkan beberapa artis tanahair menyertai parti UMNO dan telah menyerahkan Borang keahlian UMNO kepada Dato’ Rauf selaku Setiausaha Kerja UMNO Malaysia menjadi wakil untuk menerima borang-borang tersebut daripada Saudara Suhaimi Abdul Rahman, 54 tahun yang juga dikenali sebagai Amy Search bersama Saudara Mustapha Din (Mus May) dan Saudara Ibnor Riza Ibrahim masing-masing berumur 44 tahun dan 54 tahun.
Amy Search juga yang merupakan lagenda rock tanahair merasakan bahawa dirinya serta rakan-rakan masih belum terlambat untuk berjuang bersama UMNO setelah berfikir dalam jangkamasa yang lama. Mereka kini merupakan ahli UMNO Bukit Bintang.

Air Selangor: Khalid Cakap Tak Guna Otak



RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.

Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas.  Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah?  Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.

Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.

Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang.  Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan.

Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan. 

Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.

Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya.  Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri.

Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini.  Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.  Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid?

Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?

Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat. 

Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan.  Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan N semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.

SIDANG MEDIA BERKENAAN CABARAN TERHADAP PENGGANGU YANG MENGGANGGU UCAPAN PM DI LONDON

Kuala Lumpur, 29 Mei - Satu sidang media telah diadakan berkenaan cabaran yang dilakukan oleh Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkenaan cabarannya terhadap pengganggu yang mengganggu ucapan PM di London baru-baru ini. Beliau berkata cabarannya telah dihantar dengan menggunakan surat rasmi untuk mengadakan debat yang kepada pengganggu tersebut yang dikenali sebagai Hiu Woong-Sin pada 18 Mei telah ditolak.

KENAPA BUKU IRSHAD MANJI HARAM???

Siapakah Irshad Manji??? Irshad Manji ialah seorang berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dilahirkan di  Uganda pada tahun 1968. Dia secara terbuka mengakui dirinya seorang lesbian. Dia juga mendakwa, agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Projek Ijtihad, sebuah pertubuhan yang diasaskannya juga bertujuan mempromosikan pemikiran kritis, perbezaan pendapat serta perdebatan tentang ajaran Islam. Pertubuhan itu turut didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.

Buku tulisan Irshad Manji bertajuk Allah, Liberty & Love serta versi terjemahan bahasa Melayu, Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan oleh pihak KDN. Keputusan mengharamkan buku ini berdasarkan laporan JAKIM yang buku ini mengandungi unsur yang boleh mengelirukan orang awam serta menyalahi syariah yang ditetapkan al-Quran dan hadis.

Kandungan buku tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur yang boleh memesongkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai peradaban semasa dan mencabar aliran pemikiran dalam Islam tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih.

Selain itu, penerbitan ini juga dikhuatiri boleh mengelirukan pandangan masyarakat tentang kaitan antara agama dan budaya di kalangan penganut Islam dan mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam.

Antara unsur mengelirukan dan menyalahi syariah adalah:

•Perkahwinan campur antara Islam dan bukan Islam sebagai sesuatu yang harus yang boleh menjurus kepada pluralisme;

•Penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang boleh mencemar kesucian Islam;

•Mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampur-aduk nilai akidah dan

•Solat fardu lima waktu boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa serta dilakukan lebih lima kali sehari.

Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam mengenai solat, selain mendorong pemikiran kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan menolak konsep ijmak yang dikhuatiri menggalakkan interpretasi hukum agama yang tidak berpegang kepada nas al-Quran dan hadis.

Pada 30 Julai 2009, sebuah buku Irshad Manji bertajuk The Trouble With Islam Today telah dikenakan Perintah Larangan (diharamkan) di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah.

Ingatlah hukum Allah Yang Maha Besar ke atas golongan yang melampaui batas

“Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”
(Surah Al-Qamar : 33-36)

Amalan songsang seks sejenis ini telah menyebabkan Allah menghancurkan kaum ini.

Bekas pegawai BPR persoal henti siasatan


KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang mendakwa terbabit dalam siasatan kes Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin pada 1995 mempersoalkan tindakan menghentikan siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, tindakan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya yang mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak sepatutnya berlaku kerana memang jelas Mohamed Azmin dan isterinya memiliki harta yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

Sebagai Setiausaha Sulit Anwar ketika itu, katanya, Mohamed Azmin hanya memperoleh pendapatan bulanan RM2,442 tetapi mampu membeli dua rumah dan harta lain.

“Saham yang dimiliki Mohamed Azmin dan isterinya juga umpama seorang ahli perniagaan. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta.
“Itu tak termasuk baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah lebih RM300,000. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup sedemikian?” katanya. 

2 hari lagi K-POP di Kelantan?? Ini salah siapa??

Tu lah.. Lain kali jangan nak menyibuk dengan negeri lain! Negeri sendiri pun tak terjaga! Ni salah UMNO jugak ke? Sebarkan !!


Asal dari Kelantan! PAS Kelantan apa cerita? Nik Aziz tak nak beri fatwa ke? Sibuk dengan cerita Negeri lain, sedangkan negeri sendiri tak terjaga. Betul ke PAS perjuangkan ISLAM kalau mcm ni caranya??


K-POP Kelantan.. Asal dari Kelantan! Hidup PAS! Takbir!

KEJAM & ZALIM : PERSENDA SOLAT SATU PENGHINAAN BESAR!


Astaghfirullah. Begitu teruk dan keji tingkahlaku golongan kafir ini menghina dan mempersendakan solat.  Solat yang menjadi tunggak keislaman bagi setiap orang Muslim menjadi bahan ejekan dan gurauan bagi puak-puak kafir ini. Di mana nilai untuk menghormati agama lain?


Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

Lihat sahaja bagaimana mereka mempersendakan agama Islam dengan meniru cara bersolat dan salah seorang daripada mereka menunjukkan mimik muka ketawa dengan penuh sindiran. Malah pakaian mereka mempamerkan aurat jelas sekali bertentangan dengan cara bersolat orang Islam. Adakah ini satu niat jahat kaum kafir yang jelas mahu menghancurkan dan menjatuhkan nilai Islam di pandangan dunia?

Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan bersedia untuk memperlekehkan, menghina dan menjatuhkan maruah Islam pada setiap ketika. Sebahagian besar agenda mereka telah pun berjaya hinggakan tugas-tugas tersebut di ambil alih oleh manusia yang mengaku diri mereka beragama Islam.

Sebagai individu yang mengaku dirinya beragama Islam, amatlah tidak wajar jika kita hanya menganggap bahawa isu ini hanyalah satu isu yang remeh, yang akan pudar ditelan dek peredaran masa.


DAP upset over changed Ubah



KUALA LUMPUR: Ubah (Change), the electoral song by the DAP, has been “distorted” and the party wants the authorities to investigate and haul up the people responsible for it.

DAP Youth chief Anthony Loke Siew Fook said it appeared to be the work of the “political opponents” of Pakatan Rakyat.


“They changed our message of hope to imply that we are selling Malaysia out. I condemn such an irresponsible act of using our material to attack us,” DAP Youth chief Anthony Loke Siew Fook told a press conference yesterday.

Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli?


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007.   Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini. 

Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang.  Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.

Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan.  Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik.   Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari.   

Battleground Lembah Pantai



Incumbent Nurul Izzah Anwar is expected to face a stiff challenge from Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. The registration of about 15,000 new voters in the Lembah Pantai constituency by both sides has made the outcome even more difficult to predict.

An approachable leader, Raja Nong Chik is seen to be humble and outgoing and easily mixes with all races. In fact, he has a Chinese wife.

He has made the constituency his second home spending a huge amount of time, effort and plenty of aid, to win the hearts and minds of the electorate, especially the poorer sections with numerous self-help programmes and people-centre projects.

Raja Nong Chik has been providing the electorate help and loans to purchase flats, to start small businesses, for the painting of flats and apartments, aid for temples, mosques and churches and generally trying to help out, especially to single mothers.

By most counts, Nurul has the backing of the majority of voters of the affluent part of Pantai Dalam - the Bangsar suburb - while the support of voters in the poorer sections of the constituency is another matter.

It is here that the shift in voter support is happening. Raja Nong Chik has been active in cultivating voters at the PPR flats and the numerous crowded urban housing schemes in Kampung Kerinchi, Pantai Dalam and Brickfields.

Raja Nong Chik is seen by working-class voters to be service-oriented and readily available to solve their problems.

The constituency also has a strong PAS presence among the rich and poorer sections and they are expected to back Nurul as they did in 2008.

But many of the electorate are also taken up with the transformation programmes introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Grassroots workers are seeing a shift in voter perception for Barisan Nasional among the poorer sections of the electorate.

Tuesday, 29 May 2012

DASAR KOMUNIS PENGECUT..BERANI JERIT JE..AJAK BERDEBAT TAK BERANI!!



KUALA LUMPUR 29 Mei - Individu yang mengganggu ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program di London pada 14 Mei lalu disifatkan sebagai `lemah jiwa' apabila menolak tawaran berdebat dengan Pemuda UMNO.

Exco pergerakan itu, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, tindakan Hiu Woong Sin menolak tawaran berdebat dengannya umpama `ayam berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di bawah kelangkang'.

Beliau turut mempersoalkan pendirian Woong Sin yang pada awalnya menerima cabaran itu dengan menyatakan kesediaannya di laman sosial Facebook, tetapi mengubah pendirian menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada portal berita pro pembangkang, Malaysiakini beberapa hari lalu.

Sumber: UTUSAN

JejariKami nak gelarkan mamat cina 2 orang ni  pengecut. Serupa macam komunis. Serang dalam hutan di tengah2 malam. Setakat berani menjerit semua orang boleh buat. Tapi JejariKami nak tabik spring kat PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang bijak mengawal keadaan dan menjinakkan pengecut2 ni. Syabas Datuk. Inilah pemimpin yang kita mahukan. Cool tak macam Anwar. Tak percaya??Mari tengok video di bawah.



DAP ANGGAP MELAYU BOLEH DIBELI DENGAN WANG DAN PANGKAT


Ini apa yang sentiasa berada dalam benak fikiran DAP. Melayu boleh dibeli dengan duit, pangkat, betina dan sebagainya.

Parti rasis Cina, DAP menghina orang Melayu dengan berfikir bangsa ini dapat dibeli dengan wang ringgit dan jawatan.

Ini terbukti apabila dalam usaha memujuk bekas naib presiden, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, kekal dalam parti itu, beliau ditawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dengan gaji dan elaun mencecah RM50,000 sebulan serta pelancongan ke luar negeri.

Begitu murah DAP memandang nilai pemimpin Melayu yang berprinsip seperti Tunku Aziz sehingga menganggap beliau bleh sahaja dibeli dengan mudah seolah-olah nilai orang Melayu hanya terletak pada pangkat dan kepingan wang.

Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar


KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.
Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.
Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.
Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

ANWAR DAN LIM GUAN ENG: DUA DIKTATOR DALAM SATU PAKATAN


Masih tidak faham kenapa PAS masih sanggup dan sudi bersama mereka ini. Nak kata perjuangan PAS selari dengan PKR dan DAP, jauh api dari panggang. Nak kata DAP dan PKR mahu kepada Islam, mereka lebih menonjolkan perbuatan-perbuatan yang terang-terang berlawanan dengan ajaran Islam. Nak kata mereka setuju dengan perjuangan PAS, tiap-tiap hari mereka membangkang apa saja statement keluar dari mulut pemimpin PAS. Jadi apa sebenarnya PAS bagi DAP dan PKR?

Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.  Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera. 

Rakyat Tidak Boleh Membuat Eksperimen Terhadap Nasib dan Masa Depan Negara

Jangan perjudikan nasib negara ditangan mereka

Mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.

Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.

Monday, 28 May 2012

PRU13 Bakal Muncul Pilihan Raya Paling Ganas - DAP

Lim Guan Eng

Komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu “ Democratic Action Party” (DAP), mendakwa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal muncul sebagai pilihan raya paling ganas dalam sejarah akibat daripada keadaan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk kekal kuasa tanpa mengira apa kaedah untuk memperoleh undi dan sokongan rakyat.

Sehubungan itu kata beliau, DAP mahu mengingatkan agar BN mengambil iktibar daripada taktik-taktik keganasan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terhadap rakyatnya yang akhirnya telah gagal dan ditolak. "Rakyat sudah tidak takut dengan taktik-taktik penindasan kerana mereka mahukan kebebasan," katanya lagi.

Guan Eng yang juga yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, walaupun keganasan penyokong-penyokong Umno terhadap para pemimpin dan penyokong PR sudah dibuktikan dengan gambar dan rakaman video, mereka yang bertanggungjawab masih belum didakwa di mahkamah.

Selain itu, Guan Eng dan juga pihaknya mengecam keganasan bersiri dalam tempoh beberapa minggu lalu ketika acara-acara Pakatan Rakyat, yang membabitkan pemimpin-pemimpin PR di Felda Lepar Hilir, Pahang; Sembrong Johor, Padang Kota Lama, Pulau Pinang; Merlimau, Melaka; Pekan Bangi, Kuala Kangsar dan di Pengerang, Johor.

Guan Eng juga mengatakan  kegagalan polis dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas samseng-samseng di kalangan penyokong BN hanya akan menggalakkan lebih keganasan terhadap pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR. Selain itu, Guan Eng yang merupakan Setiusaha DAP menyatakan kebimbangan untuk keselamatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi sasaran utama ahli-ahli Umno.

Apa yang dapat disimpulkan adalah PR semakin takut dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak  yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling sehinggakan sokongan terhadap Barisan Nasional semakin meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran orang ramai semasa Hari Belia Negara di Putrajaya baru-baru ini.

Sumber : Sinar Harian

Pembohongan PR Tak Ubah Seperti Drama Bersiri


Bagi menutup kegagalan menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke 12, parti pembangkang menyusun strategi  memancing pengundi muda dengan mencadangkan agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan selain menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.
Namun, keikhlasan parti pembangkang itu diragui kerana cadangan memansuhkan PTPTN langsung tidak tersenarai sebagai manifesto Pakatan Rakyat yang dimuatkan dalam Buku Jingga.
Jelas, PR semakin ketandusan idea untuk mencari salah Barisan Nasional (BN) dan PTPTN digunakan untuk meraih sokong hingga mencetuskan demonstrasi jalanan yang membabitkan kelompok mahasiswa yang tak sedar dek untung.

DAP DUO POINT FINGERS

PETALING JAYA: Kampung Tunku DAP state assemblyman Lau Weng San and his assistant Dariff Din have lodged police reports against each other over alleged criminal breach of trust (CBT).

Lau, who is also Selangor DAP secretary, had lodged a report that two of his staff – Dariff, 50, who is his assistant and a 45-year-old volunteer – had failed to deposit RM5,000 into his account at 6.30pm on Wednesday.

But Dariff and the volunteer, who has been identified as Evelyn Gan Teng Ping, have filed a report claiming that Lau had lied as the money had already been deposited into the account.

On April 18, Lau had sent an email stating that Gan was no longer connected with the Kampung Tunku state assemblyman service centre effective April 12.

PM Umum Insentif Penting Untuk Peniaga Dan Penjaja Kecil


KUALA LUMPUR, 27 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.
Sebelum ini, penjaja dan peniaga kecil perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan Pemilikan Tunggal dan RM60 bagi Perniagaan Perkongsian, yang perlu diperbaharui setiap tahun.
Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus terhadap kadar kompaun bagi pendaftaran lewat perniagaan dan bayaran pendaftaran lewat.

Suara 2 Juta Belia Nyatakan Sokongan Kepada PM




PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 – Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.

Sunday, 27 May 2012

Adam Adli Disambut Gilang Gemilang Dan Penuh Warna Warni Di Hari Belia Selangorku




Siapa tak kenal Adam Adli yang diangkat dan dijulang sebagai ikon belia Pakatan Rakyat.
Siapa tak kenal Adam Adli yang bodohnya lebih banyak kalau mahu dibandingkan dengan bijak. 

Pakatan Rakyat mengiktiraf Adam Adli sebagai ikon belia mereka kerana yakin kononnya majoriti mahasiswa dan belia di negara ini menyokong perjuangan Adam Adli. 

HBN2012 : Persembahan Muzik








HBN2012 : Pameran Kucing