Saturday, 30 June 2012

Dua Prinsip Utama Jamin Pendidikan Adil - PM


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam memastikan pendidikan adil kepada semua peringkat golongan masyarakat, dua prinsip utama diperjuangkan kerajaan iaitu meritokrasi kecemerlangan dan keadilan sosial.
Beliau berkata adunan dua prinsip itu penting bagi memastikan kejayaan pergerakan sosial mobiliti di negara ini terus dinikmati semua pihak.
"Oleh itu kalau sistem kita tidak dapat memberi peluang yang adil kepada golongan tersebut maka akan berlaku kepincangan dalam masyarakat," katanya semasa berucap pada majlis sesi sembang Perdana Menteri bersama Profesor dan Profesor Madya Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di sini Khamis.

Isu Padang PKNS: Siapa Ahli MBPJ Bertanggungjawab Tukar Status Padang?


SHAH ALAM: Siapa ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang memulakan langkah menukar status padang PKNS di Kelana Jaya dari tempat rekreasi ke pusat komersial?
Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) cuba merungkai jawapan ketika sesi pendengaran awam pada Khamis tetapi bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Perancang Bandar MBPJ, Faiwos Abdul Hamid tetap berdolak-dalih.

KEUNGGULAN FELDA GLOBAL VENTURES TIDAK MAMPU DICANTAS OLEH PEMBANGKANG LAGI


Berita mengenai penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings berjaya membuktikan  Malaysia terus maju ke hadapan. Bersesuaian dengan dasar PM Dato Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai masyarakat berpendapatan tinggi dan merealisasikan Wawasan 2020 bagi mencapai sebagai sebuah Negara maju.

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)  memperuntukkan RM25 juta bagi perbelanjaan biasiswa pendidikan sejak diwujudakan enam tahun lalu. Peruntukan tersebut akan ditambah jika FGV untung selepas penyenaraian di Bursa Malaysia. Namun masih ramai masyarakat diluar sana tidak membuka mata dan tidak bersyukur diatas pemberiaan kerajaan membantu anak-anak felda.

Walaupun telah diumumkan bahawa ‘durian runtuh’ akan datang sebagai hadiah penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings kepada 112,000 warga FELDA dan ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF), namun ada usaha tertentu untuk mengagalkan gerak-kerja korporat ini. PM sendiri menyatakan bahawa kekayaan Felda bukan datang daripada peruntukan kerajaan, sebaliknya diperoleh melalui kekuatan Felda itu sendiri. Malah penyenaraian FGV adalah sesuatu yang dibanggakan kerana ia merupakan saham kedua terbesar dunia selepas Facebook.

Ada pihak yang takut peneroka akan rugi dengan meminjam bank untuk membeli saham Felda maka sekarang sudah terjawab. Untuk maklumat pihak tersebut majoriti pelabur bumiputera juga pinjam duit dari bank dan broker saham untuk membeli saham FGVH.

Penentangan keras penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings ini dipercayai datang dari segelintir yang berkepentingan. Ini kerana selepas penyenaraian IPO ini, semua syarikat yang bernaung bawah KPF dan anak anak syarikat FELDA akan terangkum dibawah  struktur FELDA Global Ventures Holdings sepenuhnya. FGVH kemudian akan tertaluk kepada syarat syarat dan peraturan sebagai syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Ini bermakna, perjalanan keseluruhan keluarga FGVH akan tertakluk kepada urus tadbir korporat (corporate governance) yang ketat.

Kerajaan bukan setakat membantu setakat itu sahaja. Bagi program CSR FELDA sebagai agensi, FELDA Global Ventures Holdings memberikan jaminan bahawa jumlah RM 1 billion akan diperuntukan setiap tahun. Ini termasuk meningkat infrastruktur dan program pembangunan sosio ekonomi dan kemasyarakatan semua gugusan FELDA seluruh negara. Melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bidang pendidikan, FGVH akan menaja RM900,000 bagi setiap seorang pelajar bermula dari peringkat A-Level hingga Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa tersebut terbuka pada seluruh rakyat Malaysia yang mendapat keputusan 9A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pada 2012, lebih 4,000 lepasan SPM memohon mendapatkan biasiswa berkenaan, namun hanya 8 pelajar berjaya selepas proses saringan. Program CSR pendidikan ini membolehkan FGV berdaya saing dalam semua bidang dan tidak hanya memfokuskan kepada industri pertanian semata. Para penerima biasiswa daripada pelbagai jurusan itu juga bakal memulakan kerjaya di FGV selepas graduat.

Segala kemudahan dan nikmat yang diberi  ini tidak dapat dirasai oleh anak-anak FELDA sekiranya kepimpinan mereka yang kufur nikmat seperti pembangkang yang asyik membangkang dan mencipta fitnah tidak kira waktu. 


Mari kita bandingkan pengurusan oleh pembangkang yang sekecil-kecilnya pun tidak mampu diurus dengan baik, antaranya :

1)      1)Koperasi Al Hilal Berhad (KOHILAL)

Akibat lemah pengurusan, kurang pengetahuan dalam perniagaan yang akhirnya silap membuat pelaburan, kira-kira 20,000 ahli Koperasi Al Hilal Berhad (KOHILAL) leburnya RM45 juta wang yang mereka laburkan semenjak tahun 1986 hingga 2010. 

2)      2)Tabung Memali

Kutipan derma karung beribu-ribu ringgit tak sampai ke tangan balu, waris dan anak-anak mangsa tragedi Memali 1985.

3)      3)Kelantan Gold Trade (KGT)

Wang pelabur Jepun, Takao Kono sebanyak US$1 juta (RM3.19 juta) dilesapkan melalui penipuan terancang. Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan dan pendakwaan terhadap penyelewengan tersebut.

4)      4)Tanah Rezab Melayu dijadikan jirat Cina

Penduduk Sg Kob, Karangan Kulim memprotes tindakan kerajaan PAS Kedah membenarkan pembinaan jirat Cina mega di tanah rezab Melayu yang dikelilingi majoriti kampung Melayu.

5)     5) Hutan dan Pembalakkan

Rezab hutan di Kedah dan Kelantan ditebang demi duit balak, tanah pula digadai kepada pelabur asing sebagai alasan untuk buat ladang rakya tetapi akhirnya terbengkalai. Khazanah alam, kawasan rekreasi dan sungai musnah. Rakyat terpaksa guna air kotor bagi kegunaan harian seperti mandi, minum dan membasuh.

Friday, 29 June 2012

Selangor bakal menikmati tuisyen percuma menerusi program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M)


Wah bertuah betul pelajar Selangor dapat tuisyen percuma. Satu lagi bukti keprihatinan kerajaan, kalau rakyat tidak nampak lagi apa yang kerajaan sediakan untuk kemudahan rakyat Jejarikami tidak mampu berkata apa-apa lagi. Marilah sama-sama kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang merealisaikan “ Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dan bukannya seperti  pembangkang yang janji  ‘bulan bintang’.

PUTRAJAYA -Kira-kira 10,000 calon peperiksaan utama di Selangor bakal menikmati tuisyen percuma menerusi program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Sebanyak RM2 juta diperuntukkan kerajaan daripada dana khas untuk melaksanakan program yang digerakkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) itu.

Kumpulan yang terpilih mengikuti program tuisyen percuma di luar waktu sekolah itu terdiri daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ikhwan Muslimin Dan PR Bagai Langit Dengan Bumi



Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi.  Menurut Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini. 

Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.  

Apa Masalahnya Jika KSN Menyokong Kerajaan?



Kita tidak faham kenapa Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar perlu menjadikan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Dato’ Dr. Ali Hamsa sebagai satu isu.    Menurut laporan Harakah, Dato’ Dr. Ali, dikatakan mengeluarkan kenyataan agar menyokong BN secara terbuka dan menuduh pembangkang sebagai membuat ‘janji kosong’.

Kita fahamlah yang Mahfuz tidak berapa cerdik dan PAS sudah ketandusan isu tetapi sekurang-kurangnya janganlah ditonjolkan kepada rakyat betapa tidak cerdik dan betapa terdesaknya PAS dan Mahfuz untuk mencari sedikit modal politik.

Sudah menjadi kemestian bagi seseorang KSN untuk menyokong kerajaan yang memerintah dan kebetulannya kerajaan yang memerintah hari ini ialah Barisan Nasional.   Justeru, tiada isunya di sini.  Kecualilah jika beliau mengajak rakyat menentang kerajaan, maka itu barulah satu isu besar. 

Mungkinkah PAS sudah merasa yang sokongan kakitangan awam terhadap parti mereka semakin merosot sehingga menjadi begitu ‘paranoid’ sekali dengan kenyataan KSN itu?  

Dalam kenyataannya, Mahfuz juga menyatakan bahawa bukan semua penjawat awam menyokong kerajaan dan tidak wajar jika mereka dikempen untuk menyokong mana-mana parti.  Jika BN perlu mengambil sikap ‘paranoid’ yang sama, BN juga boleh menjadikan kenyataan Mahfuz sebagai satu isu dan membangkitkan soal penjawat awam yang tidak menyokong BN perlu dipecat kerana berpotensi untuk mengsabotaj dan mengkhianati kerajaan.  

Tetapi, ini tidak berlaku, kerana seperti kata Mahfuz, kita perlu bertindak professional.   Kerana bertindak professionallah kita tidak mengungkit soal penyokong pembangkang yang makan gaji dan menikmati kemudahan dan bantuan kerajaan tetapi saban hari mencaci kerajaan.  Dan kerana professionallah juga KSN yang baru menyokong kerajaan dan bukan pembangkang.  

Menurut kata Mahfuz lagi, KSN tidak boleh dilihat menyokong mana-mana parti kerana jawatan beliau tidak akan ditukar jika PR menang pilihanraya . 

Entahlah, jika dilihat dari sejarah sikap dan perangai PAS ketika berjaya menawan Terengganu, dan juga di dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan, kita akan dapati bahawa tidak ada jaminan PAS akan mengekalkan KSN atau sesiapa sahaja walaupun jawatan mereka dilindungi oleh undang-undang sekali pun.   Ini kerana, puak-puak PAS tidak pernah mendaulatkan undang-undang dan sering membela dan mengagung-agungkan pihak yang melanggar undang-undang. 

Justeru, tidak ada salahnya KSN menasihati penjawat awam mengenai perkara yang tepat iaitu menyokong BN yang menjadi kerajaan yang memerintah bagi memelihara integriti agar negara dapat ditadbir dengan berkesan.

Rakyat Perlu Pertahan Status Bahasa Malaysia - Muhyiddin


Rakyat di negara ini bertanggungjawab untuk mempertahankan status Bahasa Malaysia , kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan akan diteruskan di bawah dasar Martabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)," katanya.
Beliau berkata, dasar tersebut akan meningkatkan penguasaan dalam kedua-dua bahasa.
"Budaya Malaysia yang moden mesti berdasarkan pendidikan dan pembangunan kesusasteraan kebangsaan dan bahasa," katanya selepas merasmikan Seminar Bahasa, Kususasteraan dan Kebudayaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Khamis.
Menurut beliau, peradaban bangsa tidak diukur dengan kejayaan material semata-matatetapi karakter budi bahasa turut diambil kira.
"Penggunaan BM dalam sistem pendidikan akan membantu mengukuh perpaduan, identiti kebangsaan dan karakter. Kita mahu melihat sebuah negara maju yang menghargai BM sebagai jiwa bangsa," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
Sumber: mstaronline

MCA Kuantan mahu saman Fuziah




MCA Kuantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Anggota Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh jika beliau berterusan melemparkan tohmahan dan fitnah kepada Anggota Dewan Undangan Negerinya (Adun) bersabit isu Lynas.

Ketuanya Datuk Ti Lian Ker berkata dakwaan Fuziah dalam sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam bahawa dua Adun MCA yang bercuti ke Australia atas tajaan Lynas dan sekembali ke tanah air mengatakan bahawa kilang itu selamat, adalah satu fitnah.

Antara saham FGV dan 'saham' Anwar


SEMALAM saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pertama kali diapungkan di Bursa Malaysia dengan tawaran RM4.55 sesaham.

Tawaran Awam Permulaan (IPO) itu ternyata mendapat sambutan hebat apabila ia melonjak kepada RM5.39 sen pada awal dagangan dan ditutup pada nilai RM5.30.

Ia membawa petanda positif kepada para pelabur dalam FGV selepas menyaksikan prestasi yang begitu baik pada hari pertama ia didagangkan, sekali gus membawa keuntungan berganda kepada pemilik saham berkenaan, termasuk para peneroka.

Malahan ia juga berjaya menutup mulut para pembangkang yang sebelum ini tidak henti-henti memburuk-burukkan usaha kerajaan dan Felda untuk mengapungkan FVG dengan pelbagai dakyah dan fitnah.

Tidak hairanlah Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya (kadirjasin.blogspot.com) mengangkat ibu jari dengan memberi pengiktirafan dan pujian terhadap pengasas IPO FGV hasil pencapaian permulaan perniagaan saham syarikat tersebut.

Beliau membuat congakan, jika pelabur yang mempunyai satu lot atau 1,000 unit saham FGV, sudah pasti mereka akan memperoleh keuntungan modal RM880, jika mereka menjual pegangan mereka semalam.
"Pelabur yang arif mengenai pelaburan saham, tentu tahu yang keuntungan RM880 itu adalah jauh lebih baik daripada menunggu dividen setahun atau enam bulan dari sekarang," katanya.

Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum dan Agama




Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.

Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.

Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.

Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.

Pilih pemulihan, bukannya reformasi



Akhbar Australia, The Age (9 September) menyiarkan apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim katakan padanya:

Anwar berkata, hubungan beliau dengan Dr. Mahathir semakin buruk sejak berlaku perkara buruk di Indonesia.

"Selepas Suharto tumbang. Saya rasa dia amat takut selepas kejadian itu. Secara objektif, saya menyatakan, situasi rasuah di Indonesia adalah lebih buruk berbanding di Malaysia, tetapi kita mempunyai penyakit yang sama.'' Maka jelaslah Anwar percaya kepada apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku juga di Malaysia. Ia juga menggambarkan akan mengambil langkah yang sama.

PAS Tetap Utamakan Politik Berbanding Ibadah Haji



Dalam perkembangan terbaru untuk menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding ibadah haji di Mekah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah 'memfatwakan' bahawa "menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa".

Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.

Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan.

Nyawa Politik Khalid Di Hujung Tanduk



Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita.  Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab.   Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”.  Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Thursday, 28 June 2012

Nurul Izzah Sahkan SUARAM Menipu




Akhirnya, Nurul Izzah terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada perbicaraan yang berlangsung di Perancis mengenai isu kapal selam Scorpene.  Dalam Sidang Parlimen 26hb Jun baru-baru ini, Nurul Izzah antara lainnya bertanya Menteri sekiranya Malaysia akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah Tribunal Perancis untuk mendapat akses kepada siasatan berhubung kes tersebut.

Y.B Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab bahawa keperluan itu tidak timbul kerana pihak Perancis telah memaklumkan bahawa tiada perbicaraan yang berlangsung mengenai kapal selam scorpene di negara itu.

Nurul Izzah kemudiannya akur dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi sama ada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut dan dijawab oleh Menteri Pertahanan sebagai tidak perlu kerana pembelian kelengkapan angkatan tentera dibuat mengikut tatacara perlaksanaan kontrak perolehan pertahanan negara.

Lim Guan Eng Tipu Rakyat Lagi


Lim Guan Eng sekali lagi telah menipu bulat-bulat kepada rakyat.

Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai. Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang  memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

FAKTA ISU SCORPENE DEDAH PEMBOHONGAN BESAR ANWAR



Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.

Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.

Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.

KHALID AJAR PENIAGA MENIPU?


Tu diaaaa nama je pusat kecantikan dan reflexology tapi sebenarnya servis urut mengurut pun ada sekali. MB Selangor ni memang sukat ada banyak rumah-rumah urut ni di Selangor. Jelas sekali menunjukkan yang Khalid Ibrahim turut bersubahat dalam pengendalian rumah urut ni. Ni Jejari kami kongsikan gambar-gambar pusat kecantikan di area Kota Damansara, selangor.


Pintu Kedutaan Singapura BERGEGAR




Puak-puak ultra kiasu ingat apabila kegemparan Jumaat lepas hanya tinggal spekulasi, mereka ingat rakyat Malaysia tidak berani bangkit dan hanya pandai buat bunyi bising daripada jauh sahaja.

Namun, tanpa mereka menyangka, kira-kira jam 12 tengahari tadi, kira-kira 500 orang rakyat yang patriotik telah berarak ke pejabat mereka bagi mendesak TIGA orang diplomat yang kurang ajar itu diBERSIHkan terus daripada bumi Malaysia ini!Namun, inilah bezanya perhimpunan yang berteraskan perjuangan yang hak dengan yang batil. Tiada siapa yang cedera dan tiada harta benda yang rosak. Semuanya berjalan dengan aman sekali tanpa sebarang cemuhan dan provokasi terhadap anggota keselamatan walaupun mereka mengawal keselamatan pihak musuh.

BULLETIN DRAWS FLAK FOR HAVING TOO MUCH OF GUAN ENG

GEORGE TOWN: The latest edition of Buletin Mutiara, the official newsletter of the Penang Government, has drawn flak in cyberspace for having too much of Chief Minister Lim Guan Eng and his family.

SAHAM FGVH MENINGKAT KEPADA RM5.39 SEN DENGAN PREMIUM 84 SEN

Bursa Malaysia digegarkan dengan penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings bila dagangan dibuka 9 pagi hari ini.

Ia ditawarkan pada harga RM4.55 sen sesaham dan sejurus selepas gong mula pasaran dipalu oleh Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad harga saham FGVH catat RM5.39.

Selain itu,  FGVH juga mempunyai rekod tersendiri iaitu IPO terbesar di Asia ketika ini dan kedua terbesar selepas Facebook.Penyenaraian Facebook mencatatkan penurunan.

Lonjakan harga saham FGVH ini telah disambut dengan tepukan pengurusan Felda dan tokoh-tokoh korprat yang hadir  di situ untuk menyaksikan penyenaraian saham itu. Turut hadir sama YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pagi tadi JejariKami dapat info  mengatakan bahawa harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dicatatkan RM5.38 sehingga jam 10.10 pagi tadi. Kaunter itu meningkat kepada RM5.40 selepas dagangan dan turun naik selama 24 saat antara RM5.38 dan RM5.40. Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia itu membuat kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen berbanding harga tawarannya RM4.55 sesaham.

Itu adalah info yang JejariKami dapat . Kemudian, JK tengok harga saham fgvh di bursa Malaysia pada jam 1.15 petang. Harga dah turun sikit kepada RM5.29. Tak pastila berapa harga saham ni bila kaunter saham ditutup hari ni.



Apa-apa pun tahniah kepada Felda Global Venture Holding. Seperti diduga ia sudah bikin gegar sekalipun sesetengah pihak khususnya pembangkang cuba memperlekehkan penyenaraian FGVH.Dalam suasana pasaran saham yang tidak menentu sekarang saham FGVH mencapai premium 84 sen.

.

PEMANDU TEKSI MAKAN RASUAH ?


Pakatan pembangkang khususnya mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampaknya sudah kering modal politik untuk memberikan imej buruk kepada BN sehinggakan terpaksa menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional terpaksa  merasuah dan melutut kepada pemandu dan pengusaha teksi dalam meraih sokongan dari golongan ini.

Ahli Parlmen Parit, Nizar Zakaria berkata, lidah Nizar Jamaluddin ini sangat jahat kerana sering membuat kenyataan dan hujah jahat, sehinggakan mempertikai kelebihan dan keupayaan kewangan dalam negara kita untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

Don’t take ties for granted


Penulis dibawah  prihatin terhadap hubungan Singapura dan Malaysia dalam menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Namun campur tangan Negara luar dalam politik Malaysia mampu mengeruhkan suasana. Penulis ini tidak percaya kehadiran dengan diplomat Singapura dalam campur tangan politik Malaysia? Tapi bukti telah ada disini : klik

Saya MERUJUK kepada artikel "Pegawai di perhimpunan pada mereka sendiri" (The Star 22 Jun). Sebagai seorang warganegara Singapura, saya tidak percaya bahawa pegawai-pegawai kami akan menghadiri perhimpunan Bersih 3,0 untuk menyatakan sokongan mereka terhadap penunjuk perasaan.

LEARNING THE HARDWAY

I usually never fiddle with my phone while walking. But because I was with my friend, I thought I could do it. — DAWN JEREMIAH
After nearly having her handbag snatched, ex-beauty queen Dawn Jeremiah has learned a sobering lesson about protecting herself.

Kisah Benar: Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Terbantut Kerana Reformasi 1998



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara".

Luahnya lagi, reformasi 1998 di Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya menjejaskan program pembangunan negara. Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.

PUSAT BELI BELAH MID VALLEY TINGKATKAN ASPEK KESELAMATAN

Pihak pengurusan pusat beli-belah Mid Valley meningkatkan aspek keselamatan di kawasan letak keretanya susulan kes rompakan baru-baru ini, telah memasang butang 'panik' atau 'bantuan' pada tiang terpilih yang bertanda 'HELP'. Jurucakap wanita Mid Valley City Sdn Bhd dalam kenyataan berkata bantuan segera akan diberikan sebaik butang panik itu ditekan.

GAMBAR 3 DIPLOMAT SINGAPURA DIDEDAHKAN



Mymassa menerima kiriman beberapa keping gambar dirujuk sebagai 3 Diplomat Singapura yang menyertai Demonstrasi haram Bersih 3.0.


Kerajaan Singapura dalam jawapannya kepada kerajaan Malaysia menyatakan ketiga-tiga pegawainya hanya bertindak sebagai Pemerhati sahaja http://merdeka-online.com/home/?p=932.
Isunya, kenapa Diplomat-diplomat Singapura itu menyertai demo tersebut, berjalan beriringan, bergerak seiringan, membuat persediaan, menyertai dari awal dan memakai baju Bersih 3.0. Perkara ini langsung tidak dijawab oleh Kerajaan Singapura, sebaliknya menyembunyikan ketiga-tiga Diplomatnya itu hingga sekarang.


Sebaliknya, Kerajaan Singapura menarik isu lain kononnya Mymassa membuat pendedahan tidak benar mengenai aktiviti PACA di Singapura yang memberi fokus kepada Pilihanraya Umum Ke-13 negara kita. Jika Kerajaan Singapura mengatakan peserta kursus tersebut rakyat Malaysia, sila senaraikan lebih 10 peserta itu dan kerakyatan mereka. Sebutkan nama mereka? dan Parti mana yang menganjurkan PACA di Singapura itu? Apakah Singapura hendak menolak persoalan bahawa rakyat Singapura, turut berada di dalam kursus PACA itu? Sehingga ke hari ini Singapura gagal menjelaskan isu ini, melainkan hanya menafikan sahaja.


Mymassa bersetuju dengan PERKASA supaya ketiga-tiga Diplomat Singapura itu dihantar pulang, kerana telah mengguris perasaan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berasa terancam dengan kegiatan seolah-olah pengintipan, pengcampurtangan, pemerhatian yang termelampau, diplomatisasi yang melampaui batasan, pembodohan ke atas rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Diplomat-Diplomat Singapura itu.


Mymassa sangat-sangat yakin, Presiden PAS, Haji Hadi Awang pasti tidak bersetuju dengan Campurtangan Singapura dalam politik Malaysia, apatah lagi campurtangan Israel. Kamu boleh bertanya Haji Hadi Awang jika kamu sangsi!


Setakat ini dahulu, berikan pasukan kami masa mendedahkan dan mengesahkan gambar ketiga-tiga Diplomat Singapura itu.


Di negara Iran, Lebanon, Palestin, China, Russia...jika anda pengintip dan ditangkap, jawapannya ialah anda akan dihukum bunuh! Bacaan ini membantu pengetahuan anda http://takusahrisau.wordpress.com/2010/09/11/agen-israel-kenalkah-anda/ dan http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/pyongyang-kecam-korea-s-sebab-berkas-dua-lelaki-didakwa-pengintip.


The Washington Post sering melaporkan kisah yang sama http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2010/11/23/AR2010112302144.html

Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2012/06/eksklusif-dari-mymassa-gambar-3.html

NIK AZIZ KE PARLIMEN, KJ GANTI MB KELANTAN?

Pilihanraya Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya. Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya.

Zaliah Perlu Jelaskan Sumber Kekayaannya

 
Menarik sebenarnya bila kita membicarakan mengenai akaun induk RM 3 bilion yang agak heboh diperkatakan sejak dulu hingga kini. Surat Akuan Bersumpah (SD) yang Ketua Umum PKR kemukakan nyata tidak berupaya menarik tirai penamat untuk isu kontroversi ini.

Apatah lagi bilamana bekas Ketua Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris mengakui SD tersebut dibuat atas permintaan Anwar Ibrahim dan bukannya dilakukan atas sebab terdetik dari kesedaran dirinya sendiri.

Anwar Dan Kisah Tauke Judi Lumba Kuda



SEINGAT-INGAT penulis, nama Zaliah Zakaria ini tidak terpacul dimana-mana sepanjang siasatan berkaitan wang RM 3 billion yang dikatakan berada dibawah kawalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung .  Tapi itu logik kerana terlalu banyak nama yang naik (majoriti nama usahawan Cina), sudah tentu sukar nak ditentukan individu mana satu yang penting untuk dijadikan isu pada ketika itu.

Bagaimanapun, yang menarik ialah pengakuan dan penafian Zaliah Zakaria baru-baru ini setelah gambar dan kaitan dirinya dengan Anwar didedahkan Ummi Hafilda dan media.

Pengakuan: Tentang dirinya yang memiliki aset bernilai ratusan juta ringgit hasil dari perniagaan lumba kuda (sebut judi), simpanan dalam bank bernilai RM 26 juta, cukai pendapatan RM 50 juta, rumah RM 3.6 juta dan lain-lain yang juta-juta juga nilainya.  Ingat, ini yang didedahkan, yang tidak didedahkan itu wallahualam.  Lagipun seperti pengakuannya, dia pernah tingaal di Dubai, konon nak melupakan kisah kematian anak lelaki dan seperti yang kita tahu kos kehidupan di Dubai bukan murah. 

Maknanya disitu, dalam pada asetnya dirampas dan sebagainya, masih lagi mampu menjalani kehidupan di luar negara.

Penafian: Yang dia mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, tapi mengaku mengenali rapat isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengakuan dan penafian itu memang menarik kerana ia timbul dikala ribut-ribut mengenai isu Anwar mengawal wang sebesar RM 3 billion sedang hebat diperkatakan.  Sukar nak menafikan kaitan Zaliah dengan Anwar walaupun tuan punya badan menafikan dirinya mengenali pemimpin utama Pakatan Rakyat itu.  Lagipun, biasalah, orang dah buang air besar tengah jalan, siapa yang nak mengaku ye tak.

Kenapa pula kita tak mahu percaya Zaliah ada berkaitan dengan Anwar dalam soal wang berbilion ringgit ini?  Kalau Anwar boleh mengaitkan dan mahu rakyat percaya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan Altantunya walaupun buktinya tidak ada langsung, kenapa kita tak boleh mengaitkan Anwar dengan Zaliah, lebih lagi bila Zaliah sendiri terbukti mempunyai harta bernilai ratusan disamping mengaku mengenali dan rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah?

Dan, mengenali sikap Anwar itu sendiri, adalah satu keajaiban yang sangat besar kalau dia mengaku terlibat dalam hal-hal seumpama ini.  Kalau tidak boleh mengelak sangat pun, dia akan mengaitkan orang lain sebagai punca.  Lihat saja dalam kes liwat dengan Saiful, pembantu dia sendiri lantik, air mani dalam dubor dia sendiri punya tapi siapa yang dia tuduh terlibat – UMNO!!!

Isu ini besar sebab modal Anwar untuk menawan hati rakyat menyokongnya ialah dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Islam, berjiwa rakyat, marhaen dan sebagainya.  Alih-alih pecah lubang bahawa dia ada kaitan dengan jutawan (kini bekas jutawan) yang antara punca kekayaaannya ialah perniagaan dalam kelab lumba kuda (sebut judi).

Dari Pulau Pinang pulak tu (negeri asal Anwar).

Kalau tuduhan dan dakwaan yang asalnya dibuat oleh Ummi Hafilda ini tidak benar, kenapa sampai sekarang Anwar cukup takut untuk membuat laporan polis terhadap perempuan yang satu ini.  Itu sahaja menceritakan kepada kita bahawa dakwaan itu sememangnya benar.

Penulis sebenarnya insaf bahawa Allah swt sayangkan rakyat Malaysia terutama orang melayu yang 99.99% darinya beragama Islam di negara ini.  Sebab itu sikit-sikit mengenai Anwar Ibrahim yang sebenarnya terdedah kepada masyarakat di negara ini untuk kita menilai.

Wednesday, 27 June 2012

SUARAM, Biarlah Altantuya Bersemadi Dengan Tenang



Sekali menipu, selamanya penipu.  Itulah SUARAM. 

SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah.  Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar. 

Kita faham bahawa SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir tetapi sekurang-kurangnya, SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik, ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu, iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi. 

Kita tahu bahawa SUARAM telah hilang kawalan atas penipuan mereka sendiri apabila penipuan mereka semakin mudah untuk dikesan, malah melucukan.  Contohnya, SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Malaysiakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet. 

SELANGOR BAKAL JADI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR DALAM TEMPOH SETAHUN SETENGAH !!!



Air.. Air.. Air.. Lagi isu air di Selangor yang wajib dibaca terutama oleh generasi muda.

First of all, aku nak singkap sikit sejarah berkaitan kajian yang pernah dilakukan dulu dan perancangan Kerajaan Pusat bagi mengatasi permasalahan bekalan air mentah di kawasan Lembah Klang.

Sebenarnya, isu bekalan air ini telah dijangka sejak lama dahulu.

Semasa kajian Selangor Water Demand Study yang dibuat pada akhir tahun 80-an oleh EPU, berdasarkan maklumat permintaan dan penawaran (demand and supply) projection masa tu, hasilnya adalah spt berikut :-

TAK BAYAR HUTANG, MUNGKIR JANJI, TAK KENANG BUDI MEMANG AMALAN PEMBANGKANG!!


Sifat sebenar pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, Pas dan PKR telah terpamer sebagaimana perlakuan mereka yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat selepas PIlihan Raya Umum ke-12 lalu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin
Katanya, pakatan pembangkang lebih cenderung menyerlahkan sifat buruk mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu tidak menepati janji, budi tidak perlu dihargai dan hutang tak perlu dibayar.

SCORPENE: TIADA KEPERLUAN TUBUH RCI

Sebenarnya tiada keperluan bagi kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pembelian kapal selam Scorpene yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pembelian kedua-dua kapal selam berkenaan dibuat mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara.

ANWAR MENGAMUK BILA DISOAL TENTANG UMMI HAFILDA


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak untuk menjawab dakwaan Ummi Hafilda Ali mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? Tiada standard".

Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan nada sedikit berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan.

"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini, semalam.

BANTUAN DAN PERUNTUKAN KERAJAAN BUKAN MENGUNTUNGKAN SATU PIHAK SAHAJA

Adil dan saksama. Itulah paling tepat untuk menggambarkan sikap kerajaan dalam mentadbir Negara sehingga ke tahap sekarang. Sebarang peruntukan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan tidak seharusnya dilihat sebagai menguntungkan satu pihak sahaja, memandangkan kerajaan akan membantu mereka yang patut dibantu tanpa mengira bangsa atau agama. Malah kerajaan juga tidak langsung memandang perbezaan ideology politik. Semuanya akan mendapat dengan sama rata.

Malaysiakini Mempromosi Perkauman



Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini.  Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.”

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan.  Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi.  Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal.  Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan. 

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera.  Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus.  Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.

Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia. 

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman.  Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang. 

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja. 

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini.  Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman.  ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh  mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf?  Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh?  Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam?  Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?

Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman.  Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan. 

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua.  Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya. 

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’.  Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya. 

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.    

Lynas: Dr Rosli Takut Di Makan Sumpah 'Baiah'?


Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.

Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.

Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain. Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu?

Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".

"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".

Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.

Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.

Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.

Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.

Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?

Akaun RM 3 billion, Siapa Anwar Nak Salahkan?



DALAM banyak-banyak ‘peluru’ ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar. Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.

Sudah tentu bila kita bercakap tentang jumlah wang yang ‘ramai’, maka orang yang terlibat pun ramailah juga. Ini bukan seperti perlakuan homoseksual dan zina yang berlaku dalam bilik hotel atau kondo yang hanya melibatkan 2 individu, ini tentang jumlah wang yang besar untuk menyelesaikan banyak masalah ‘orang-orang besar’ (kebetulan kroni-kroni Anwar) yang lain. Lagipun, kawalan ke atas wang haram bukan seperti kes zina yang memerlukan ditunjukkan 4 saksi (merujuk kepada alasan kegemaran Anwar – mana 4 saksi?)

Tuesday, 26 June 2012

Keganasan Adalah ‘Trend’ – Pemimpin PR?



Penulis harus tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat. Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya. Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama. Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat. Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.

Dark Past Of Indonesian Reform




Economic crisis which hit a few countries in the Asian continent back in 1997 had left bad marks which still haunts those who were involved.

Thailand, Philippines, Indonesia and Malaysia were few of the countries which was first hit with such crisis due to attacks from financial criminal, George Soros during the middle of 1997.

By 1998, the effects began to show in most of the countries which were hit by the attacks. Economies were unstable and their currency value kept on plummeting.

KEANGKUHAN NIK AZIZ



Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

AGEN ASING HIDUP BERSAMA PEMBANGKANG


Semakin hari semakin banyak Malaysia menerima gangguan dari orang luar. Ini adalah hasil dari sifat sesetengah manusia yang suka meminta bantuan luar untuk menyelesaikan masalah kecil dalam negara. Seolah-olah kita tidak boleh menyelesaikannya sendiri.

Tetapi hakikat sebenarnya bukanlah masalah sangat, tetapi kerana dihati mereka ini sangat mendalam kebencian dan ketamakan dalam mencari kuasa. Jadi dek kerana gagal mendapat bantuan dan sokongan dari rakyat sendiri, mereka memilih untuk meminta bantuan rakyat luar.

PAS RELA MAKAN BABI DENGAN GUAN ENG DARI MAKAN AYAM DENGAN NAJIB

Sejak PAS dan DAP tidur sebantal dengan diwalikan oleh PKR, watak, sikap, prinsip dan dasar parti Islam itu semakin menyamai parti cauvinis Cina tersebut. Malah prinsip perjuangan PAS juga dah jauh terpesong daripada asalnya. Sedang DAP bijak mengatur langkah dan strategi untuk menawan hati orang Melayu, PAS pula bertindak sebaliknya.

SAIFUDDIN ABDULLAH BUKTI UMNO MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG CERDAS DAN MATANG

Dato Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) merupakan seorang pemimpin yang bijak, bertimbang rasa, berpandangan jauh, cekap serta merendah diri. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau sebagai seorang pemimpin UMNO yang disegani dan dihormati. Beliau mudah untuk mendampingi semua golongan tidak mengira kaum, agama dan bangsa. Beliau juga merupakan seorang yang berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata tidak kiralah dalam apa jua situasi sekalipun. 

Chua: State your stand







Anwar should clarify his plans on Chinese education, says MCA chief

He must make it clear so that the Chinese community can make a comparison.
— DATUK SERI DR CHUA SOI LEK

BATU PAHAT: Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should make his stand clear on his plans to develop Chinese education should he come to power, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

He said Anwar has been evading this important question from the Chinese community, and since the PKR adviser has been telling people that he is marching to Putrajaya, he should explain.

“Is he going to build more Chinese primary schools and Chinese independent schools?

“Will he upgrade the existing schools and institutionalise allocations to all Chinese schools?.

“He has been evading this important question.

“Anwar says he doesn’t have to respond as he is not in the Government. “That is wrong. “I hope DAP can help me to get Anwar to explain this issue.

Bukit Aman to meet mall security management teams


KUALA LUMPUR: Bukit Aman will be meeting with shopping mall security management teams to address the recent cases of women who were attacked at several shopping mall car parks in the city.

Federal CID director Comm Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said he planned to organise the meeting as soon as possible to discuss security measures employed by the shopping malls.

Comm mohd Bakri said most cases of theft and armed robbery involved male suspects.

“These suspects are highly opportunistic and look for the easiest way to rob a victim.

“The reason most of these criminals attack women is because they are less likely to fight back,” he told The Star.

He added that the environment and surrounding area also played a big part in criminal activity.

PAS setuju SPRM siasat akaun Anwar


KUALA LUMPUR: PAS bersetuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata parti itu tidak ada halangan jika pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasatan atas apa-apa tuduhan. Itu adalah pendirian PAS, kita setuju bukan saja Anwar, bahkan Tok Guru (Nik Aziz) sekali pun.

“Jalankan siasatan dan itu pendirian kita, sebab sebelum ini pun Anwar sudah menjawabnya (isu RM3 bilion) di Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.

Sebelum ini, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999.

CHEAP OIL WON’T SAVE THE WORLD’S ECONOMY

Earlier this year, oil prices spiked upward, and observers worried that high prices could pinch the global economy. Then the global economy stumbled on its own — with slowdowns in the United States, China, Europe, and elsewhere — and oil prices slumped again. Crude traded in the United States sunk from $108 per barrel back in February down to $78 per barrel today. So will the reverse be true? Can low oil prices provide a stimulus?

‘Janji Ditepati' tema hari kemerdekaan


Jejarikami kami rasa tertarik dengan tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini. “Janji Ditepati” rasa sangat sesuai dengan kerana kita semua sedar bahawa segala janji PM kepada kita telah ditunaikan. Janji pembangkang? Hanya tinggal janji sahaja. Apa jejarikami hendak sampaikan disini adalah pilihlah mereka yang tahu menunaikan janji dan bukannya yang pandai menabur janji kosong. Tak gitu?

KUALA LUMPUR: ‘Janji Ditepati’ dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan membabitkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.
Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka, manakala pada sebelah malamnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.