Tuesday, 31 July 2012

Tidak Ada Seorang Pun Pemimpin PAS Berani Bantah Karpal.Maknanya?


Ini kenyataan terbaru Karpal terhadap PAS,
Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
Ada mana mana pemimpin PAS berani menyangah Mursidol Am DAP ini? Dalam ratusan ribu khawarij diseluruh negara mereka tidak berani angkat muka jauh sekali menegur seorang tua yang hanya berkerusi roda.

Dimana Pendirian PAS Sebagai Parti Perjuangkan Islam?



Naib Presiden PAS, Datuk Mustafa Ali, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa PAS sentiasa “bersetuju untuk tidak bersetuju dengan DAP berkenaan isu hudud.

PAS dengan lantang bersuara isu hudud dan sering menuduh UMNO tidak mahu melaksanakan hukum tersebut. PAS umpama tikus yang hanya berani dimalam hari. Apabila siang, tidak berani keluarkan diri. Dimana pendirian PAS yang sebenar tentang Hudud?

PAS sering melaungkan perjuangan mereka adalah perjuangan Islam, tetapi kita dapati PAS sendiri takut dengan Karpal. Kenapa? Perjuangan Islam yang bagaimana PAS perjuangkan jika takut dengan kafir laknatullah tu?

Mari Belajar 20 Fatwa Terkenal dari Mursyidul Am PAS



Koleksi fatwa Nik Ajis ni Wak kutip di 'muka buku'. Terima kasih  kepada hamba Allah yang sudi menerbitkan koleksi fatwa Nik Ajis ini sebagai peringatan kepada kita dan panduan kepada penyokong PAS khasnya.

Kepada siapa yang ingin menghafal dan memahaminya, sila baca dengan hati yang tenang dan penuh kewarasan. Jika ingin meninggalkan sebarang komentar di ruangan ini, sila guna bahasa yang lembut dan bukan maki hamun.

Cubaan PAS Perkenal Hudud Tidak Cerminkan Keputusan Muktamar Parti



Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pada Isnin sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke 57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann di sini.

Selangor Tiada Krisis Air Tapi Lori Tangki Diguna Hantar Air Kepada Penduduk


“Krisis air terawat sememangnya wujud di negeri Selangor walaupun cuba dinafikan..  buktinya kerajaan negeri menyalurkan air melalui lori tangki air. Itu sudah membuktikan bahawa krisis air terawat ini memang berlaku”, ujar Koordinator  Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Tambahnya, amat malang apabila kerajaan negeri Selangor langsung tidak mahu bertanggungjawab dalam hal ini sebaliknya cuba untuk terus  mempolitikkan isu bekalan air.

Ini ternyata tegas beliau sejak isu ini timbul terdapat lori-lori tangki ini yang menyalurkan air ini turut memaparkan sepanduk yang bertulis ”Bekalan air ini sumbangan kerajaan negeri Selangor. Hasil negeri untuk rakyat.”

JEJARIKAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI PAHLAWAN

JejariKami mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua anggota keselamatan yang telah penat lelah demi menjaga keamanan negara tercinta ini. Hanya ucapan jutaan terima kasih yang dapat diberikan kepada mereka yang telah berkhidmat dan sedang berkhidmat. Semoga Allah akan mencucuri rahmat kepada yang telah pergi meninggalkan kita semasa dan selepas mencurahkan segala keringat untuk negara. Jasa dan bakti pejuang terdahulu dalam kenangan. Pengorbanan dan perjuangan ini menjadi inspirasi kepada generasi baru.

PENGENDALI TALIAN KECEMASAN AKAN DIBERI LATIHAN PROFESIONAL

Operator dan pengendali talian kecemasan 999 akan dilatih secara profesional mengikut standard tertinggi yang ditetapkan bagi panggilan menangani krisis. Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (MERS) 999 bersedia untuk mencontohi penanda aras yang dipraktikkan oleh panggilan kecemasan kebangsaan, 911 di Amerika Syarikat.

Sebuah badan yang disokong oleh pihak kerajaan akan ditubuhkan bagi memastikan supaya operator atau pengendali talian MERS 999 menjawab panggilan kecemasan dalam tempoh 20 saat, iaitu 10 saat lebih cepat daripada masa bertindak semasa.

KERAJAAN PUSAT LULUS PERUNTUKAN UNTUK 4 SRJKT DI KEDAH

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kepada empat lagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di Kedah bagi membina bangunan tambahan dan peralatan serta kerja pengubahsuaian berjumlah RM7.421 juta. Pengerusi MIC Negeri Kedah S. Ananthan berkata sekolah tersebut adalah SRJKT Ladang Victoria, Padang Serai yang mendapat sebuah bangunan tambahan tiga tingkat bernilai RM4 juta dan SRJKT Ladang Bukit Mertajam, Karangan yang mendapat bangunan tambahan dan peralatan bernilai RM2.521 juta.

SKMM LEBIH BERTEGAS AGIH NETBOOK 1MALAYSIA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan bertindak lebih tegas berhubung pengagihan komputer riba di bawah program Netbook 1Malaysia berikutan terdapat laporan pemalsuan maklumat mengenai permohonannya di negeri ini dalam dua fasa terdahulu. Pengarah SKMM Wilayah Timur, Datuk Mohd Shafie Harun berkata walaupun hanya segelintir sahaja perbuatan itu dikesan, namun perkara tersebut tidak boleh dibiar berlarutan kerana ia akan menjejaskan pengagihan kepada pelajar yang layak.

JANGAN BUAT TUDUHAN BERSANDARKAN PENEMUAN SENDIRI – SPR

Pihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharap tidak membuat tuduhan dan pelbagai andaian dengan hanya bersandarkan kepada penemuan sendiri. Sebaliknya, mereka perlu tampil dan mengemukakan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

TAZKIRAH RAMADHAN: ZAKAT

Makna dari Segi Bahasa:
Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah. 

Makna Dari Segi Syara'

Zakat dari segi syarak bermaksud nama daripada harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan kadar tertentu (2.5% atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf golongan-golongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar terus sekiranya tiada pihak berkuasa menguruskannya.

PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada



Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.  

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.  Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor. 

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan. 

'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'



Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Monday, 30 July 2012

Gagasan 1Malaysia Bukti Komitmen Kerajaan Sedia Tadbir Urus Baik Untuk Rakyat


Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi bukti jelas terhadap komitmen Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyediakan tadbir urus yang baik kepada rakyat negara ini.
Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, berkata isu tadbir urus yang baik sudah menjadi sebahagian daripada trend antarabangsa yang perlu dipenuhi sesebuah kerajaan selain isu demokrasi dan hak asasi.
“Dewasa ini, isu demokrasi, tadbir urus baik dan hak asasi sudah menjadi penting dan tidak seharusnya dilihat secara negatif dan tidak diperkecil-kecilkan, sebaliknya perlu difahami secara mendalam.

KU LI MAHU BN SELESAI ISU ROYALTI SEBELUM PRU

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN. Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13. Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13. Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.

Bonus Penjawat Awam Tidak Jejas Defisit: Ahmad Husni

Pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion tidak menjejaskan sasaran defisit dan hutang negara terkawal, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, keadaan kewangan negara membolehkan pemberian bonus terbabit melalui bajet yang disediakan kerajaan setiap tahun.
“Dari segi pendapatan negara kita telah mencapai sasaran untuk tahun ini. Malahan kita jangka perolehi lebih daripada sasaran kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam serta dividen yang akan kita terima daripada agensi-agensi kerajaan.
“Perbelanjaan negara juga terkawal yang mana kerajaan melaksanakan konsep ‘Nilai untuk Wang’ iaitu perbelanjaan yang bukan hanya untuk berbelanja tapi berasaskan kepada bagaimana kita berbelanja dan bagaimana nak kurangkan perbelanjaan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan van jenazah oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada Persatuan Kebajikan Taman Klebang Jaya di Dewan Komuniti Chemor di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Sementara itu, ditanya mengenai bajet 2013 beliau berkata, bajet terbabit kini dalam proses penyediaan di mana perbincangan bersama Kumpulan Tumpuan sedang dijalankan dan pandangan daripada orang ramai masih diterima.
Katanya, Perdana Menteri menggunakan sistem dalam talian untuk mengumpul pendapat orang ramai selari dengan konsep “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.
“Pelbagai cadangan dikemukakan oleh orang ramai. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan itu mesti mencerminkan apa yang rakyat mahu dan kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menyediakannya,” kata beliau.
Sumber : BERNAMA

Hadi Awang Kian Terpinggir



Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Bekalan Daging, Ayam Untuk Aidilfitri Mencukupi


Bekalan daging, ayam dan telur untuk musim perayaan Aidilfitri dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom.

Isu Tolak Hudud: Pakatan Rakyat Tidak Kukuh, Semakin Rapuh


Percanggahan pendapat antara Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menunjukkan pakatan yang dibentuk oleh pemimpin pembangkang semakin goyah dan hanya bersifat untuk kepentingan politik peribadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga parti yang terdiri daripada PAS, DAP serta PKR itu diwujudkan atas dasar untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Percanggahan pendapat antara pemimpin parti itu membuktikan pakatan yang dibentuk itu bukanlah satu pakatan yang kukuh,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Van Jenazah Masjid Jamek Mardhiah Kati di Kuala Kangsar, hari ini.

Katanya, tujuan pembentukan kerjasama antara parti-parti tersebut bukan untuk menyediakan platform untuk membantu atau memajukan rakyat, sebaliknya dipenuhi dengan sifat hasad dengki terhadap BN.

“Saya percaya jika pakatan mempunyai perasaan negatif seumpama itu, tidak mungkin mereka boleh memerintah negara dengan baik,” jelasnya.

PAS BERSETUJU TUNTUTAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

Baru- baru ini Dr Hasan Ali telah mencabar agar menyatakan pendirian sama ada bersetuju akan tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia yang mahu semua agama bebas disebar tanpa sebarang sekatan undang undang. Menurut jurucakap PAS,beliau berpendapat sebagai sebuah parti yang mementingkan aspek keterbukaan adalah tidak menjadi masaalah buat parti itu menerima cadangan pihak Persekutuan Kristian memandangkan didalam PAS sendiri mempopularkan slogan "PAS For All" dan menubuhkan DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS ) yang mempunyai pelbagai latar belakang agama dan bangsa.
PAS mengalu-alukan sokongan daripada penganut agama Kristian ini kerana persekutuan berkenaan menyeru penganut Kristian memilih parti yang menawarkan kebebasan itu pada pilihan raya umum akan datang.Perlu ditekankan disini tuntutan Persekutuan Kristian melambangkan akan hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia. Inilah intipati perjuangan pakatan rakyat ,PAS juga menyokong penuh usaha ini memandangkan didalam perancangan pakatan adalah menjadi hak rakyat Malaysia untuk menentukan agama sendiri selepas berumur 18 tahun. Ini terkandung didalam tuntutan IFC.


Menurut jurucakap PAS walaupun tuntutan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seruan sedemikian melibatkan kuasa memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.Hak rakyat untuk memilih pakatan yang selama ini begitu konsisten memperjuangkan hak asasi manusia. Pisau melihat keterbukaan PAS memang mencerminkan apa yang dikehendaki oleh DAP dan PKR. PAS berjaya keluar daripada kepompong politik sempit kepada politik baru yang lebih terbuka dan liberal.

Tidak menjadi masaalah buat PAS untuk menerima tuntutan Persekutuan Kristian memandangkan sebelum ini ramai pemimpin PAS berkempen didalam gereja dan tuhan Allah PAS juga turut dikongsi olehPada 18 Julai lalu, Persekutuan Kristian Malaysia menyeru penganut agama itu memilih parti yang mampu menawarkan kebebasan agama merangkumi kebebasan menganut, mengamal, menyebar dan dibenar berkembang tanpa batasan undang-undang, penegahan atau larangan.Tuntutan itu bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Malaysia yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan.

Sumber : Pisau.Net

ISU HUDUD - HASAN ALI SELAR PARASIT PAS HINA NIK AZIZ..!!

Tatkala Nik Aziz mempertahankan Hukum Hudud secara tegas, tiada seorang pun dari kalangan Parasit PAS seperti Khalid Samad, Mat Sabu dan yang lain tampil mempertahankan Pemimpin yang dianggap mulia dalam Parti tersebut. Hasan Ali yang merupakan Bekas Naib Presiden PAS mendakwa, ini mencerminkan Parasit2 tersebut sememangnya berusaha mencantas perjuangan Hudud tersebut.

PAS menerusi Majlis Syura yang turut disertai beliau ketika memegang jawatan Naib Presiden PAS dan AJK PAS Pusat, parti tersebut telah banyak kali mengambil langkah muzakarah dengan parti2 komponen seperti DAP dalam mengabaikan seketika perjuangan asas parti tersebut sejak gabungan Barisan Alternatif hinggalah ke Pakatan Rakyat, akan tetapi DAP langsung tidak menghormati prinsip tersebut malah menyatakan bantahan keras walaupun usaha perlaksanaan Hukum tetsebut mahu dilaksanakan di Kelantan semata2.

Malah jikalau diimbas ketika era Dato Fadzil Noor selaku Presiden, pendirian PAS dilihat kuat dan konsisten sehingga tidak menghadapi masalah dengan pengunduran DAP dari Barisan Alternatif gara2 terlalu benci akan Undang2 berkaitan Islam apatah lagi Hukum Hudud. Hasan Ali turut mencabar PAS menjelaskan kedudukan dan hala tuju perjuangan sebenar mereka kepada rakyat, memandangkan percanggahan prinsip antara parti komponen Pakatan Rakyat yang lain semakin ketara.
Hasan berkata persefahaman PAS dengan rakan kompenannya yang lain semakin rumit, terutama berkaitan pelaksaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam. "Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah tunjukkan sifat berlembut dan mula memahami hasrat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan Hudud. Tetapi observasi itu disanggah Karpal dengan mengatakan beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS.


"PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty tegaskan baru-baru ini bahawa pelaksanaan hudud tak terdapat dalam buku Jingga. Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal dan DAP,"kata beliau. 

Malah satu ketika dahulu kosisten PAS dalam bermuzakarah dengan UMNO tidak dinafikan dek kerana kononnya parti UMNO tidak menerima Hudud. Mengapa konsisten yang sama tidak ditujukan ke atas DAP yang bukan sahaja tidak menerima perjuangan Hukum Hudud, malah menidakkan perlaksanaan Enakmen Syariah sedia ada di peringkat Negeri terutamanya soal penjualan arak dan Kelab-kelab Malam tanpa berlesen?

Kenyataan Presiden Jalur Tiga (JATI) turut dikeluarkan menerusi laman portal politik yang lain yang diantaranya menyebut, Karpal mendakwa PAS telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam Muktamar parti itu tahun lalu. Justeru beliau  mendesak pimpinan tertinggi parti Islam tersebut tampil ke hadapan bagi menjelaskan beberapa perkara iaitu adakah benar dakwaan DAP yang mengatakan PAS tidak lagi memperjuangkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.


DUIT RAYA FELDA RM43.2 JUTA

Alhamdulillah berita gembira kepada semua peneroka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda. Pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka. Kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

Seramai 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.

PEMBANGKANG AMAL POLITIK POPULIS

Janji ditabur tapi tak perlu dikota. Sinonim lah ungkapan itu dengan pakatan rakyat yang hanya tahu menabur janji palsu kepada rakyat. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pakatan pembangkang hanya mengamalkan ‘politik populis’ tanpa menunaikan janji, sebaliknya pimpinan Barisan Nasional (BN) membuktikan perancangan yang dilakukan berhasil melalui program transformasi.

Janji-janji populis pembangkang seperti memansuhkan bayaran tol dan pinjaman PTPTN, bukan untuk memajukan negara ke arah berpendapatan tinggi malah lebih menjurus kepada negara yang bankrap.

HRW Mengecam Anwar: Anwar Cuba Membaharui Imej Islamnya



Baru-baru ini, Anwar Ibrahim direkodkan berkata bahawa diskriminasi terhadap golongan homoseksual adalah tepat.  Dalam jawapannya kepada peguam Firoz Hussein jika Malaysia wajar mendiskriminasi homoseksual, Anwar menjawab, “ya”.  “Kita tidak memberi tempat kepada homoseksual.”

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson, menuduh Anwar bermain politik dengan kepentingan awam.  “Anwar adalah salah secara asasnya apabila beliau menyatakan bahawa ia adalah tidak salah untuk mendiskriminasi golongan homoseksual.”

Respon Human Rights Watch’s (HRW) terhadap pendirian baru Anwar mengenai hak homoseksual ini telah pun dijangka oleh kebanyakan pemerhati politik.  Tetapi sama ada ini hanyalah satu permainan politik yang dimainkan oleh Anwar, kekal menjadi tandatanya.

RAKYAT DERITA AKIBAT PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA ISU AIR



Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda  menjelang tahun 2014.

Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.

Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

HRW Condemns Anwar: Anwar Struggles To Renew His Devout Muslim’s Image



Just recently, Anwar Ibrahim was recorded saying that it is right to discriminate against homosexuals.  In reply to a question from lawyer Firoz Hussein if Malaysia should “discriminate against homosexuals,” Anwar said: “Yes”. “We do not give space to homosexuals.”

Deputy director of Human Rights Watch (Asia division), Phil Robertson, accused Anwar of playing politics with civil liberties. “Anwar is fundamentally wrong when he maintains that it should be permissible to discriminate against homosexuals.

The Human Rights Watch’s (HRW) response to Anwar’s latest stance on homosexual rights has been anticipated by political observers.   But whether this is just another political game played by Anwar remains a question.  

FREE WIFI OR PAID WIFI FOR PENANG?



Penang government nowadays are very proud of providing free WIFI in the state. They even took up advertisement in the Chinese
local newspaper.

However, when SEDA put up a paid advertisement on the explanation on feed in tariff, some politician from the same party who 
are ruling the Penang state condemning such effort as wasting public money.

However, what we want to highlight is that there is some disturbing information related to so called Penang Free Wi-Fi in 
Penang.

The state seen has not exercising its much appreciated open tender policy in the RM8.5 million ‘Free Wi-Fi’ project awards.

S&P AFFIRMS MALAYSIA’S RATINGS WITH STABLE OUTLOOK

PETALING JAYA: Standard & Poor’s Ratings Services (S&P) has affirmed Malaysia’s “A-/A-2” foreign currency and “A/A-1” local currency sovereign credit ratings with the outlook on the long-term rating remaining stable.

The rating agency has at the same time affirmed the country’s Asean scale rating at “axAAA/axA-1+”.

“The sovereign credit rating on Malaysia reflects the country’s strong external liquidity position, its open and competitive middle-income economy, and high savings rate,” it said in a statement.

It noted that the country’s foreign reserves rose to US$133.6bil at the end of Dec 2011 (versus US$106.5bil the year before), sufficient to finance 5.1 months of current account payments.

TAZKIRAH RAMADHAN: HARI-HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA

Pertama : Diharamkan berpuasa pada hari raya Eidul Fitri dan hari raya Eidul Adha. Samada puasa sunat atau pun puasa wajib ataupun nazar .

Kedua : Hari Tasyrik iaitu 11,12,13 Zulhijjah.

Ketiga : Puasa sunat pada hari Syak tanpa sebab ataupun berpuasa untuk ramadhan.

HARI SYAK ITU IALAH TIGA JENIS:-

1.      Hari yang manusia bercakap padanya telah kelihatan anak bulan tanpa membawa datang si penglihatnya .

2.      Hari yang didakwa akan penyaksian anak bulan padanya oleh sesiapa yang tidak diterima penyaksian dan perakuan daripada mereka,  seperti kanak-kanak, orang perempuan , orang fasik , hamba dan hari itu jatuh hari ke- 30 Syaaban .

3.      Sekiranya kita yakin pada kebenaran dakwaan melihat anak bulan , maka wajib berpuasa sekiranya membenarkan sahaja tanpa keyakinan maka haru berpuasa , kalau sekiranya syak pada kebenaran dakwaan tersebut maka haram berpuasa padanya

Sunday, 29 July 2012

KEDAH AKAN KEMBALI KEPADA BN


InsyaAllah, dibulan Ramadhan ini kita pakat memohon doa kepada Allah SWT supaya dikembalikan pemerintahan Kedah kepada yang layak dan mampu memerintah.

Yang hanya pandai bercakap dan berbohong minta Allah letak mereka ditempat yang sepatutnya sebagai pembangkang.

Telah banyak kali Kedah Times sebut bahawa Kedah memerlukan ikon yang boleh membawa UMNO kembali memerintah. Ikon yang mampu menghidupkan semua kegemilangan Kedah di mata rakyat Malaysia dan dunia.

PAS Marah UMNO Sebab PKR Tolak Hudud?



Dalam program Fiqh bersama Ulama yang menampilkan ulama-ulama dari negara Arab, pada bulan lepas, antara kertaskerja yang dibentangkan menyatakan bahawa Hudud hanyalah 1/10 dari dari Islam. 

Perkara ini dipersetujui oleh ramai Ulama termasuk Ulama PAS, buktinya, Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa ‘Hudud hanyalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam’. 

Maknanya, tuntutan Islam ke atas sesebuah masyarakat itu adalah lebih luas mencakupi aspek sosial dan kemanusiaan yang lebih penting seperti pendidikan yang berkualiti, kemakmuran dan kemajuan negara, keupayaan untuk menyumbang bagi kesejahteraan manusia sejagat dan berbagai-bagai lagi, selaras dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi. 

Azizan Tak Tahu Hubungkait Calon MB Dengan Isu Rakyat



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terkenal dengan panas baran semalam melenting dengan Majlis Profesor Negara (MPN) apabila hasil kajian mereka yang membabitkan isu Pilihanraya Umum ke-13 tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. 

Sebaik dimaklumkan mengenai kajian tersebut, Azizan langsung tidak mengambil walau sesaat dari masanya untuk merenung dan memikirkan kenapa hasil kajian MPN menunjukkan yang sokongan rakyat Kedah sudah kembali kepada BN.  Azizan langsung tidak terfikir akan kemungkinan beliau benar-benar ada kelemahan, kesilapan, lemah dan tidak prihatin terhadap tuntutan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian tersebut. 

Sebaliknya beliau pantas berkata isu yang dikaji termasuk memilih calon MB adalah remeh dan tidak sesuai difokuskan oleh golongan cerdik pandai.  Beliau juga merendah-rendahkan tahap pemikiran MPN serta secara sinis menuduh mereka diperalatkan oleh pihak BN.   Kata beliau, MPN seharusnya mengkaji isu yang lebih serius seperti masalah isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa. 

Saturday, 28 July 2012

Minta Restu Nik Ajis Tapi Masuk PKR. Hina Sangat Ke PAS Ni?



Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya. 

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

ANTARA IMPIAN NAJIB DAN MIMPI ANWAR



Rakyat tumpang gembira serta mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 59 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang jatuh pada 23 Julai yang lalu.

Lebih daripada itu rakyat berasa bertuah mempunyai seorang pemimpin bervisi seperti Datuk Seri Najib yang bakal membawa negara ke tahap pembangunan yang jauh lebih maju dan progresif dalam tahun-tahun mendatang.

Rancangan beliau untuk memantapkan lagi pentadbiran negara melonjakkan pembangunan negara sediada serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat semuanya terkandung kemas dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

SELANGOR BERHADAPAN GELOMBANG BANTAHAN RAKYAT

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan berhadapan dengan gelombang bantahan rakyat di negeri ini jika beliau masih mengutamakan agenda politik dan meneruskan hasrat mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas). Menurut Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad, Abdul Khalid telah diperingatkan dan diberi penerangan tentang krisis air yang meruncing tersebut, namun kedegilan beliau menerima kenyataan hanya akan menjejaskan kebajikan rakyat.

TAZKIRAH RAMADHAN: PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM PUASA

Pertama : Segerakan berbuka puasa setelah pasti terbenamnya matahari.
Sabda Rasulullah SAW. :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Maksudnya : Manusia akan tetap berkeadaan baik selagi mereka menyegerakan berbuka
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Kedua : Menangguhkan sahur keakhir  waktu .
Dalam satu Hadis :

إن تأخير السحور من سنن المرسلين

Maksudnya : Sesungguhnya melewatkan bersahur itu adalah sunnah Para Rasul
(Diriwayatkan oleh Ibn. Hibban)

Friday, 27 July 2012

KENYATAAN MEDIA OLEH KeTTHA:PEMBETULAN FAKTA MENGENAI ISU-ISU BEKALAN AIR SELANGOR


Putrajaya, 26 Julai – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ingin membetulkan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh YAB. Menteri Besar Selangor dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor sejak 23 Julai 2012 mengenai isu bekalan air Selangor. Pembetulan ini dibuat kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Penjelasan ini seperti di *Jadual 1 diharap dapat memberi gambaran sebenar tentang isu-isu yang telah dibangkitkan itu.


FELDA Peruntuk RM563j Untuk Isteri Peneroka: Ahmad Maslan

Sebanyak RM563 juta diperuntukkan bagi pemberian 'durian runtuh' untuk isteri peneroka di seluruh negara. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pemberian RM5,000 seorang itu membabitkan 112,635 isteri peneroka. 

"Pahang mencatat jumlah pembayaran yang tertinggi iaitu sebanyak RM215.6 juta membabitkan 43,124 penerokawati," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang terbabit kepada 900 isteri peneroka di Felda Lakum dan Bukit Damar Lanchang, di sini.

"Kita berharap mereka berbelanja secara berhemah dan menyimpan di institusi kewangan bagi membiayai pelajaran anak-anak atau bekalan di hari tua," katanya. - BERNAMA

JejariKami ingin mengucapkan tahniah kepada peneroka Felda. Majoriti mereka bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kepada Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengasaskan Felda.

Penyelewengan Pangsapuri Damai, Sekinchan Tindakan Kurang Bijak


Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) kecewa dan dukacita dengan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, apabila beliau tidak menjawab persoalan yang yang dilontarkan berkaitan penjualan Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai, Pekan Sekinchan seperti yang didedahkannya baru-baru ini.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, Ng Suee Lim tidak menjawab persoalan yang dilontarkan berkaitan isu ini sebaliknya membiarkan pegawai beliau sahaja yang memberikan keterangan.

“Kita mencabar ADUN Sekinchan untuk menjawab persoalan–persoalan yang diberikan terhadap penjualan aset milik kerajaan Negeri Selangor yang dibuat bertujuan menampung perbelanjaan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Ini adalah suatu tindakan yang kurang bijak dari perancangan Belanjawan Tahunan MDSB, apatah lagi jika penjualan tersebut di bawah dari harga pasaran.”

Katanya, penjelasan bahawa penjualan pangsapuri di bawah dari harga pasaran dibuat kerana hanya sebuah syarikat yang memasuki tender tersebut adalah sesuatu kenyataan yang tidak diterima akal apatah lagi NKK Enterprise merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada 29 September 2010.

Pas, DAP Dicabar Nyata Pendirian Secara Berdepan



Pas dicabar untuk duduk semeja bersama DAP dalam memperkatakan mengenai hukum hudud dan pelaksanaan negara Islam jika parti itu benar-benar berani serta berprinsip.

Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, berkata tidak ada penghujungnya jika masing-masing mempertahankan pendirian menerusi ‘jarak jauh’ yang hanya menyerlahkan sikap retorik Pas dalam memperjuangkan isu tersebut.

Tegas beliau jika Pas benar-benar berani dan tegas, mereka bukan sahaja tetap istiqamah dalam perjuangan malah mereka akan berjuang habis-habisan agar kedua-dua perkara berkenaan iaitu hukum hudud dan negara Islam dimasukkan dalam buku jingga.

“Apakah Pas betul-betul ada prinsip? Ini yang saya cukup hairan dan menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan rakyat khususnya umat Islam. Kerana apa, bukankah hari ini kita kedengaran ‘Negara Berkebajikan’.

“Negara Islam sekali sekala tu adalah tetapi bukannya selalu kerana melihatkan kepada apa yang berlaku hari ini seolah-olah dah tak ada sebaliknya yang ada diwar-warkan kepada umum adalah ‘Negara Berkebajikan,” katanya.

OPPOSITION PARTIES USING EACH OTHER FOR THEIR OWN CAUSE



Parties in the opposition unregistered alliance of Pakatan Rakyat are in reality using each other as platform to further their causes – not for the rakyat or Malaysians in totality.

From day one when they came together, DAP has its own Chinese agenda but of course laced and disguise under a Malaysian image, PAS is pursuing the cause of certain individuals but most over their main objectives of an Islamic state.

DAP claims to be multi-racial but its struggle has been one track – championing the Chinese cause – and its members comprise 99 per cent Chinese.

PAS is Islamic based as its members can be of any race so long as they are Muslims and they pursue for an Islamic theology state, no meandering or deviation in whatever ways.

POPULARITI NAJIB & BN TERUS MENINGKAT

Kaji selidik berkenaan populariti pemimpin dan parti politik yang diadakan oleh UKM menunjukkan petanda yang baik buat Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.  Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa populariti Dato’ Seri Najib meningkat sehingga 76% mengatasi dua pemimpin pembangkang iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%.

Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13, 37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah. Dalam pada itu, populariti pemimpin dan parti pembangkang semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan  55% responden di menyatakan tidak yakin dengan PR serta ragu-ragu dengan agenda PR yang banyak merugikan kaum Melayu.

GEREJA ARAH UNDI "PARTI AMAL KEBEBASAN BERAGAMA"

CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA


Di petik dari blog MyMassa

Oleh demikian, Persekutuan Kristian Malaysia menjemput dan menggalakkan umat Kristian supaya menyedari hak-hak politik mereka iaitu hak untuk mengundi dan menggunakan kuasa mengundi mereka untuk memilih sebuah kerajaan yang akan menjamin keadilan yang saksama dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Persekutuan Kristian Malaysia tidak bermotivasikan politik mahupun menyokong mana-mana satu parti politik. Tindakan melaksanakan hak mengundi oleh para rakyat adalah hak asasi terpenting dalam pemerintahan demokrasi. Hak mengundi yang dimiliki dan tidak digunakan boleh membawa padah. Tindakan mengundi memastikan setiap warganegara mengambil bahagian dalam mewujudkan Negara Malaysia yang lebih adil dan saksama untuk generasi masa kini dan yang akan datang.

PERJUANGAN BN DI LANDASAN BETUL

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul walaupun perikatan itu tidak menggunakan label Islam. Segala program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk rakyat adalah berlandaskan 'maqasid syariah'.

Apa yang dilakukan adalah berpandukan kepada kehendak Islam seperti yang tertera dalam maqasid syariah. Maqasid syariah itulah panduan induk kita. Kerajaan BN menunjukkan komitmen yang berterusan dalam menjagakesucian Islam.