Friday, 30 November 2012

Hair They Come To Protest




A crowd turned up to support the right of customers to choose their hairstylist, regardless of gender.

They came to get a free haircut offered by celebrity hairstylist Raymond Choon to protest against the Kota Baru Municipal Council's ruling.

Housewife Emma Pye, 42, was among the first to get her hair cut at 3pm.

“Raymond has been my hairstylist for six years. This ruling is a step back as we should not be limited by gender or other restrictions,” she said.

Choon, who is known for styling a number of local and international celebrities, attended to the mostly-female customers who turned up at the Raymond Choon Hair Salon in The Gardens here yesterday.

In addition to the haircuts, they also received a free wash and blow dry.

“I believe customers have a right to choose who should cut their hair and the ruling is unnecessary.

“When my hairstylist friends heard of my plan, some even volunteered to help me attend to the customers,” said Choon, 38.


Choon attending to Pye in his salon.

He stressed that the offer was not a publicity stunt but a way of expressing his opposition to PAS' ruling that prohibits women and men hairstylists from attending to customers who are of the opposite gender, regardless of whether they are Muslims or non-Muslims.

Another customer, Nicole Wong, said she found out about the offer the day before through Facebook.

“This is a creative way for him to advocate his position and for us to make a stand on the ruling,” she said.

MCA central committee member Datuk Ti Lian Ker, who was also at the salon, lauded Choon and encouraged more hairstylists to stand up for their rights.

“People in the profession should come forward and express their thoughts,” he said.

Meanwhile, MCA publicity bureau deputy chairman Loh Seng Kok said non-Muslims were clearly affected by the ruling.

“Whatever assurances from the Kelantan state government that they (non-Muslims) would not be affected by the policy are not true,” he said yesterday.

Loh also slammed DAP for not de-fending the affected non-Muslims.

“The Opposition can barely defend the rights of non-Muslims at state level. So what can we expect from them should they form the Government?” he asked.

Amerika Syarikat dan Cina Percaya BN Menang Besar PRU 13



Politik adalah satu perkara yang kompleks, di mana bukan mudah bagi seseorang untuk memahaminya jika tidak benar-benar terlibat di dalamnya.  Di dalam politik, jarang sekali ada sesuatu yang jelas, selalunya kabur atau berwana-warni.   Walaupun ada yang menyatakan bahawa orang Melayu hebat dalam berpolitik, tetapi kehebatan berpolitik tanpa pengetahuan yang luas tidak mampu menjamin kemenangan mahupun ‘survival’ bangsa ini. 

Hari ini, masih ramai dari orang Melayu yang berpolitik dalam gelap atau dalam tempurung.   Kerana itu, mereka mudah terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan musuh-musuh yang licik dan jauh lebih kehadapan.   Ramai dari kita yang tidak dapat memahami kaitan antara politik negara dengan rangkaian percaturan politik dunia.

Sedangkan, tangan-tangan negara yang kuat telah jauh menjangkau mencaturkan politik dunia seawal kurun ke-13 lagi.  Jika sebelum itu, negara yang kuat hanya berminat untuk menyerang dan menakluk negara yang lemah secara langsung, tetapi mereka kemudiannya mempelajari cara lain yang lebih ‘selamat’ dan ‘kemas’ untuk menakluk, iaitu melalui percaturan politik.  Caranya ialah dengan menyamar sebagai kawan, melantik pemimpin boneka, memeras ugut dan menekan melalui pasaran atau mengarah dan memaksa tanpa perlu berbuat apa-apa.

Melalui cara inilah, negara-negara ini akhirnya muncul sebagai kuasa besar dunia. 

Kita punya bukti mengenai campurtangan kuasa besar, Amerika Syarikat terutamanya, dalam politik dunia seawal tahun 1960-an.  Beberapa bekas pemimpin mereka, termasuk bekas-bekas perisik yang terlibat di dalamnya telah pun mendedahkan perkara ini setelah dilanda penyesalan atau keinsafan. 

Suka atau tidak, akibat kita gagal menguasai ilmu seperti mereka, maka kita kini berada dalam keadaan di mana kita tidak dapat mengelak dari mengiktiraf kepentingan kuasa-kuasa besar ini dalam politik negara.  Namun, kebijaksanaan, sifat amanah serta tanggungjawab yang tinggi dalam barisan kepimpinan negara, telah berjaya memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara yang bebas, berdaulat serta aman, makmur dan maju. 

Hari ini, kita berdiri teguh sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berkredibiliti untuk bersikap lantang, menegur dan memberi pendapat kepada kuasa-kuasa besar dunia.  Sedikit sebanyak, suara kita tetap didengar, dan adakalanya digeruni oleh mereka, selain dikagumi atau diteladani oleh negara-negara kecil lain. 

Ini terbukti dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja yang baru lalu, di mana Datuk Seri Najib telah menuntut Amerika Syarikat bertindak segera menghentikan serangan Israel ke atas Gaza. 

Apa yang membanggakan ialah, Presiden Obama bukan sahaja mengambil maklum teguran tersebut dan membuat panggilan telefon terus ke Israel bagi menyampaikannya, tetapi lebih dari itu, satu pertemuan empat mata telah dibuat dengan Dato’ Seri Najib.  Pertemuan tersebut adalah satu-satunya pertemuan empat mata yang diadakan antara Obama dengan pemimpin ASEAN sekali gus, membuktikan bahawa Malaysia punya signifikannya yang tersendiri dalam politik dunia dan bahawa kepimpinan Malaysia diiktiraf dan dihormati oleh negara kecil dan besar. 

Dalam pertemuan tersebut, pemimpin kuasa dunia itu telah menyampaikan pandangannya bahawa Amerika percaya yang BN akan kekal memerintah dan program transformasi Dato’ Seri Najib telah benar-benar berjaya. 

Lebih menarik ialah pandangan yang sama juga disampaikan oleh kuasa besar ke-2 dunia, iaitu China.   Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyatakan demikian secara terbuka di samping mengulangi keyakinannya terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib dan Malaysia, yang dianggap sebagai sahabat paling dipercayai di rantau ini.  

Memahami signifikan pandangan kuasa besar terhadap keputusan pilihanraya sesebuah negara ialah dari segi kehebatan perisikan mereka, iaitu elemen asas yang meletakkan mereka sebagai kuasa besar.  Perisikan mereka jarang tersilap dalam membuat perkiraan.  Untuk itu, kita perlu faham bahawa ‘kesilapan’, jika ada dalam kamus perisikan mereka, sepertimana tersilap mengebom penempatan awam dan bukan kubu tentera di Iraq, kemungkinan besar bukan satu kesilapan tetapi disengajakan. 

Dan apabila kuasa besar menyatakan yang BN menang, maka kemungkinan perisikan mereka silap memberi maklumat adalah amat tipis sekali.  Justeru, pembangkang mungkin perlu lupakan sahaja hasrat untuk menawan Putrajaya dalam PRU kali ini. 

Selain kuasa besar, turut menyatakan keyakinan bahawa BN akan memenangi PRU kali ini ialah Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono serta Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.  

Kedua-dua pemimpin jiran ini amat ‘dekat’ dengan politik Malaysia memandangkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah satu personaliti yang tidak asing lagi bagi mereka.  Indonesia, bagaikan negara kedua Anwar yang digunakan sebagai pentas untuk meluahkan segala kebenciannya terhadap negaranya sendiri.  Singapura pula adalah tempat di mana beliau sering masuk ‘perangkap’ sepertimana yang didedahkan oleh laman Wikileaks. 

Dengan itu, kita pasti pemimpin-pemimpin ini bukan bercakap ‘di atas angin’ tetapi berdasarkan maklumat risikan, pemerhatian dan fakta-fakta jelas.   

Nampaknya eloklah Anwar, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang semuanya duduk dan fikirkan semula strategi mereka, ataupun pakatan mereka atau lebih baik lagi, nasib mereka selepas pilihanraya ini. 
U.S. And China Believe That BN Will Win Big On GE13


Politic is a complex matter where it is not easy for a person to really understand it if they are not part of it. In politics, things are never clear, they are usually either hazy or colorful. Even though some say that Malays are great when it comes to politics, but without knowledge, no one can guarantee this race's 'survival'.

Today, there are still a lot of Malays who only practice politics in the dark. That is why they are usually easily influenced with things that are told by the enemy who are a lot smarter. Many of us still fail to understand the link between the country's politics and how it influences the world politics.

Other stronger countries had began their world political game every since the 13th century. If before the era, they would only attack and colonize weaker countries, they then learned another way which is a lot more 'safe' and 'organized' to colonize, through politics. The way they would do is by being friends and making connections with other countries, appoint a puppet leader, threaten and pressure through market or they simply make orders.

Through this way, these countries then managed to become one of the most powerful countries in the world now.

We do have prove on interventions made by bigger power, United States especially, in the politics as early as the 1960s. A few of their former leaders, including former secret agents who were involved have already revealed this matter when they realized that they have made a huge mistake.

Like it or not, due to the fact that we do not have enough knowledge as they do, we now have no choice but to acknowledge their power. Despite that, due to the high responsibility taken by this country's leaders, they have managed to ensure that Malaysia can always remain as a free and harmonious country.

Today, we stand tall as a dignified country where we re able to provide our opinions to those powerful countries. In a way, our voices are heard, and sometimes feared by them, and exemplary for other small countries.

This is proven during the ASEAN Summit Conference which was held in Phnom Penh, Cambodia recently where Datuk Seri Najib demanded the United States to take rapid actions to stop Israel's attacks against Gaza.

The great outcome from there was that President Obama not only accepted the demand, he even made a call to Israel to convey the message, he even joined a meeting along with Dato’ Seri Najib. The meeting was the only meeting which was held between Obama and Asean leaders, proving that Malaysia has its own significance in the world politics and that Malaysian leadership is respected by both small and big nations.

During the meet, Obama had given his opinion that America believe that BN will remain in power and Dato’ Seri Najib's transformation plan is a great success.

What is more interesting is that the same opinion was given by China as well. Prime Minister of China, Wen Jiabao made the statement and he is confident with Dato’ Seri Najib s well s Malaysia.

Understanding the significance of opinions given by these big nations regarding election results is that their opinions' often made based on great lenght of their intelligence, a basic element which gets them where they are now. Their intelligence do not usually make any mistake.

And when they say that BN will win, the probability of their intelligence in giving false information is quite small. Thus, the opposition might as well forget their dream of taking over Putrajaya in the coming GE.

Other than those two big countries, others who stated their confidence on BN include Indonesian President, Susilo Bambang Yudhoyono as well as Singapore's President, Lee Hsien Loong. 

Both of these leaders are very close with Malaysian politics considering that they are aware of our Opposition Leader, Anwar Ibrahim. Indonesia is like Anwar's second home where he would often be at the country to express his hate towards his own country. Singapore in the other hand, is a place he would often fall into 'traps' like what was published by Wikileaks.

With that, we are certain that these leaders did not simply expressed their confidence, but they gave their opinions based on intelligence information, observations as well as clear facts.

It seems that it would be better for Anwar, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang and every other opposition leaders to sit together and re-strategize on what would happen to them after this election.

12 Kali PRU PAS Bohongi Rakyat



Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung tiga sayap utama UMNO ada menyebut, "Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam."

Beliau berkata demikian ketika merujuk pada hala tuju perjuangan PAS yang ternyata hanya bijak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Selanjutnya beliau meminta rakyat supaya mengambil kesempatan PRU 13 nanti untuk memastikan PAS tidak lagi bebas untuk terus berbohong dengan berselindung disebalik retorik agama yang mengelirukan.

Barangkali menyedari betapa pedasnya teguran oleh Timbalan Presiden UMNO itu, tak semena-mena para penyokong PAS dan PR menghamburkan kemarahan mempertikaikannya.

Memang agak pahit untuk penyokong pembangkang menerima kebenaran kenyataan itu sekalipun terbukti benar sejak 61 tahun PAS ditubuhkan hanya gembar-gembur propaganda sahaja yang mampu PAS utarakan kepada rakyat.

Mudah untuk PAS berjanji itu dan ini konon asas perjuangan bersandarkan Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w, namun realiti dari segi praktikalnya bab kata Tan Sri Muhyiddin kepada PAS, "jauh panggang dari api,"

Lihat sajalah tindak balas lemah oleh kepimpinan PAS ketika timbulnya isu kebebasan agama yang di suarakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, sehingga kini PAS gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu itu.

Ramai dikalangan pemimpin PAS lebih gemar mengambil pendirian berkecuali atau hanya berdiam diri sekalipun tahu kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR itu besar impak negatifnya terhadap akidah orang Melayu Islam.

Malah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi PM sekiranya PR diberi peluang memerintah juga PAS gagal tanganinya dengan berkesan sehingga akhirnya ternampak jelas kuasa pemutus sebenarnya berada di tangan DAP manakala PAS cumalah sekadar balaci sahaja.

Sudah 12 kali musim PRU berlalu, dan dalam tempoh itu hingga sekarang PAS terus gagal membuktikan partinya jauh lebih baik dari UMNO, baik dari segi manfaat untuk rakyat, agama mahupun negara.

Kos Pembersihan Terowong SMART Tidak Murah!




JK selalu mengikuti berita-berita terkini dari laman media sosial dan setiap kali hujan, warga kota tidak putus-putus mengeluh tentang keadaan trafik yang sesak dan juga banjir kilat (terutamanya di Negeri Selangor). Akan tetapi keluhan warga Kuala Lumpur dan sekitar Sg Besi tentang banjir memang tiada dengan kehadiran terowong SMART (antara inisiatif kerajaan persekutuan untuk rakyat). Terowong ini akan ditutup setiap kali hujan lebat bagi mengalirkan air hujan dan mengelakkan banjir kilat.

Buat masa sekarang kerja pembersihan dan baik pulih sistem kawalan banjir Terowong SMART yang ditutup kepada lalu lintas sedang giat dijalankan dan hanya akan dibuka semula sebaik mendapat kebenaran Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)  

Namun harus diingat dalam kita mengeluh, kerja pembersihan dan pemulihan terowong ini memang tidak senang dan memakan kos yang tinggi juga, yang mana lebih kurang RM800,000 diperlukan termasuk upahan tambahan pekerja-pekerja. Semuanya ini dilakukan bagi menyenangkan rakyat dan mengelakkan kejadian banjir. Terowong tebatan banjir ini merupakan terpanjang di ASEAN dan kedua di Asia. Penutupan terowong juga berkala iaitu pada hari Rabu pertama dalam setiap bulan. Terowong SMART ini dikatakan digunakan oleh lebih kurang 38,000 pengguna kereta.

Status Terowong SMART juga boleh diikuti melalui laman sesawang SMART di
www.smarttunnel.com.my.twitter@smarttunnel atau “Smart Tunnel” di laman Facebook dan menghubungi talian bantuan SMART 1300-88-7188.

Karpal Pengerusi Majlis Fatwa PR



Krisis dalaman di dalam PAS, DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti sekutu. 

Yang menariknya ialah ‘kemunculan’ Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang berbangkit.  Karpal merupakan ‘bintang’ dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud.  Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam. 

Walaupun kenyataan Karpal adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini.   Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain pemimipin DAP hanya menjadi pelakon tambahan. 

PAS juga hanya dilihat hanya menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang.  Malah, PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk ‘menenangkan’ ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya, kenyataan Karpal adalah kenyataan peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah ‘memahami’ hudud PAS. 

Dari situ, Karpal terus menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS.  Semalam, Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan sumber anugerah Tuhan, iaitu air.   Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri itu. 

Alasan kerajaan Kedah ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut.  Lagipun, penjagaan sumber alam itu, termasuk mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan, dan kos itu perlu turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya. 

Kesungguhan Karpal menjaga kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng, yang kurang menonjol akhir-akhir ini.  Pendek kata, Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam kerjasama PR. 

Bagaikan pengerusi Majlis Fatwa bagi PR, Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat terus berkiblatkan semangat menghormati DAP. 

Malah, di dalam DAP juga, Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai ‘penegak hukum’. 

Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing. 

Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.  

Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak  kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman.  Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri. 

Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya. 

Strategi menonjolkan Karpal seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat.   Namun, bagi pihak Karpal, beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai ‘bintang’, maka mungkin juga sebagai ‘kambing hitam’.

Senarionya, jika PR menang dalam PRU ke-13 ini, maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan bagi mengelak akar umbi PAS ‘mengamuk’.  

Sedang pemimpin PAS boleh terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan hakikat masyarakat majmuk, PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud. 

Oleh itu, Karpal mungkin perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud.  Dengan itu, walaupun hudud tetap tidak dilaksanakan, akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal selamat.  

Karpal sebagai ‘cerita lama’ boleh dibersarakan saja.  Malang bagi Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir, kerana Karpal tidak bersara sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam, Pengerusi parti. 


Karpal Is The Chairman Of PR's Fatwa Council


The internal crisis within PAS, DAP and PKR is now seen to be getting worse when the issues which they argue often overlap in their coalition where each of the component parties have their own opinion and stand.

The interesting part is the 'appearance' of Karpal Singh as the main role in every issue which are raised. Karpal is like a 'star' in the argument of hudud with Nasharudin Mat Isa. He was fierce in ordering PAS to go back to the original agreement where PAS should stop talking or even dream of implementing hudud and Islamic state.

Even though Karpal's stand represents DAP but it seems that Karpal is the only one demanding PAS to put a clear stand in this issue. Kit Siang, Guan Eng and other DAP leaders somehow remained as 'extras'.

PAS is also seem to only focus their attack on Karpal alone. PAS even made a statement defending DAP to 'calm' their members by saying that Karpal's statement is a personal statement and DAP basically do not have any problem in 'understanding' PAS's hudud.

From there, Karpal kept on being DAP's main actor by filling up frontpages in newspapers with strong statements, revealing the conflict between his party and PAS. Yesterday, Karpal criticized PAS Kedah for selling off 'god's gift', water. Karpal is angered when PAS Kedah decided that Penang should pay for raw water supply which is channelled from Kedah to the state.

The reason given by Kedah is that even Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang made a business from the same water. Besides, the maintenance of the natural source include cost which should also be charged to Penang, for which they get to enjoy the use of water.

Karpal's consistency in taking care of Penang's interest is seen to be more active to be compared to the Chief Minister of the state himself, Lim Guan Eng, who do not really seem to shine these days. In short, Karpal is the only PR leader who is fast and furious when it comes to handling issues which involve the unity in PR coalition.

Like a Chairman of Fatwa Council for PR, Karpal tries his best to ensure that the cooperation in Pakatan Rakyat should go how DAP want it to be.

Even in DAP, karpal uses the same approach where he is the 'man of justice'.

Karpal is the champion in fighting for 'one candidate, one seat' for the coming GE to ensure that assemblymen should focus on their constituencies.

However, Karpal's suggestion has given doubt to even DAP members when Teresa Kok insulted him by saying that Karpal is just an 'old story'.

Teresa Kok's actions has raised anger among a few because she is seen to not respect the elders and also a very experienced party Chairman. Due to that, Kota Alam Shah MP, M. Manoharan raised Teresa's failure in her service as an assemblywoman as she holds a lot of 'seats' or posts in the party as well as the state government.

Despite that, recently, more and more DAP members are beginning to show their support on Karpal's idea, hence, giving him more popularity.

The strategy in focusing on Karpal and to silence all DAP leaders in a way is seen as a measure to reduce the crisis which is happening within Pakatan Rakyat. But, as for Karpal, he would need to be more careful in taking the next step because this could put him in two different positions. One as 'star', and the other is a 'scapegoat'.

The scenario is, if PR wins the coming GE13, so the issue of DAP's rejection aghainst hudud should be solved to avoid PAS top leadership from being raged.

Even when PAS leaders could still give the excuse that they need majority in parliament, they would need to prove that they are really serious in going against those who do not accept hudud.

That is why, Karpal might need to be sacrificed as the only DAP leader who goes against hudud. With that, even if hudud is not implemented, PAS would go back to it's normal stage and DAP would remain safe.

As an 'old story', Karpal can simply be 'retired'. Sadly, this would not get him the title of Tun Karpal unlike what was portrayed by Tun Mahathir, because Karpal would not retire as a Prime Minister, but he would only retire as a scape goat, party Chairman.



MPSP Biadap Runtuhkan Binaan Keagamaan Hindu!




Kalau dah negeri itu diperintah oleh pemimpin yang biadap lagi angkuh, JejariKami tidak hairanlah jika sikap dan perangai sedemikian akan diwarisi oleh penjawat awam di negeri tersebut. Bukannya apa, contoh dah banyak sangat, takkan rakyat senyap sahaja dipijak kepala? Rakyat yang pilih pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukannya terbalik!

Begitulah yang terjadi terhadap Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) yang dengan biadapnya meruntuhkan binaan untuk upacara keagamaan Hindu di sebuah rumah di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi. Pemilik rumah yang dikenali sebagai Uma Devi menyatakan bahawa dia ada menerima notis untuk meruntuhkan struktur tersebut namun beliau dan suami telahpun ke pejabat MPSP untuk merayu dan diberitahu rayuan mereka akan diambil kira. Namun setelah itu mereka diberi notis kedua yang memperuntukkan denda sebanyak RM250 sehari jika ingkar. Insiden ini menjadi lebih tragik dan sadis apabila penguatkuasa MPSP datang ke rumah Uma Devi tanpa notis dan terus merobohkan binaan tersebut tanpa belas kasihan! Gambar-gambar yang diambil telah mula tersebar di media sosial yang menyaksikan pegawai penguatkuasa tanpa rasa segan memasuki rumah dan meruntuhkan struktur yang suci bagi penganut Hindu. 

Bayangkanlah jika mereka diberi mandat dan kuasa yang lebih besar, sudah tentu rakyat akan menderita! Kejadian ini sungguh tidak menjaga sensitiviti kaum dan agama yang pelbagai di Malaysia. Bukankah kita diajar untuk bersikap toleransi, lebih-lebih lagi apabila menyentuh aspek agama dan kepercayaan. Apa yang lebih menyakitkan hati rakyat ialah apa kes ini diajukan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan beliau berkata kerajaan negeri tidak akan campur tangan terhadap masalah ini sedangkan sejak tahun 2009 kerajaan Pakatan Rakyat telah merobohkan lebih 7 struktur kuil dan binaan keagamaan! Janji tinggal janji!

Sanggup Cerai Bini, Syarat Jadi Calon Pakatan Rakyat



Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS, yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami.

Jangan pula ada yang kata ini fitnah, bukan juga cubaan atau main-main, tapi ini realiti sebenar yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri dan hakikat ini sedang membelenggu kehidupan ramai wakil rakyat PAS baik di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Tidak berapa lama dulu, beberapa pemimpin kanan PAS termasuklah Ahli Parimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sendiri pernah mengakui memang wujud sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri, katanya untuk mengikat kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Tinggi PAS Perak, Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya kepada Sinar Harian Online 27 November 2012 telah menyarankan supaya sumpah baiah dilaksanakan kepada semua calon pilihanraya yang mewakili PR terutama sekali di Perak.

Katanya demi menjamin kesetiaan calon dan wakil rakyat kepada parti selanjutnya mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali sebagaimana kejatuhan yang dialami oleh Kerajaan DAP PAS Perak pada 2009.

Bunyinya seperti PAS agak meragui tahap kesetiaan calon dan wakil rakyat dari PKR dan DAP terutama sekali PKR tentunya, maka disebabkan itulah timbul desakan supaya kedua-dua parti tersebut mengikuti kaedah sumpah baiah seperti diamalkan oleh PAS.

Tahukah kalian kenapa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali tidak keluar dari PAS sekalipun kerapkali difitnah, diperlekeh dan dihina oleh pimpinan PAS yang lain berikutan ketegasan Hasan mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya dari asakan DAP?

Sebaliknya PAS pula yang terpaksa mengambil langkah drastik dengan memecat bekas Naib Presiden PAS itu tanpa diberi peluang pembelaan diri semata-mata untuk menjaga hubungan politik PAS dengan PKR dan DAP. Kenapa & mengapa?

Jawabnya kerana kewujudan sumpah baiah yang mana sekiranya Hasan secara rela keluar atau berhenti dari PAS, automatik ikatan perkahwinannya dengan isteri akan terputus (talak tiga). Namun apabila Hasan dipecat oleh PAS, sumpah baiah talak tiga ke atas isterinya tidak lagi sah.

Bagi pelayar internet yang pernah mengikut isu sumpah bai'ah sebelum ini tentunya pernah melihat sendiri video ceramah seorang wakil rakyat PAS yang mengakui risiko keluar dari PAS bermakna akan tertalak tigalah hubungannya dengan isteri tersayang. Tak sanggup katanya.

Inilah wajah sebenar PAS, parti politik paling celaka atas muka bumi hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dipaksa calon-calon pilihanraya dan wakil rakyatnya mencagar ikatan suci suami isteri untuk dipertaruhkan demi kemahuan parti.

Jadinya, apabila wisel PRU 13 ditiupkan kelak, mudah untuk kita mengetahui setiap calon PAS tentunya sudah mengangkat sumpah baiah talak tiga, berkemungkinan ada pemimpin PKR yang beragama Islam pun ada yang sanggup bersetuju dengan syarat menceraikan isteri.

Malang benar sekiranya pada PRU 13 nanti masih ada pengundi dari golongan hawa yang tergamak menyokong PR setelah mengetahui hakikat betapa rendahnya maruah mereka diperlakukan oleh pemimpin PR.

BILA LEBUHRAYA KELANTAN NAK SIAP???

Buat pertama kalinya dalam Sejarah Negeri Kelantan nak buat lebuhraya sendiri. Berkobar-kobar semangat kerajaan PAS Kelantan nak buat lebuhraya. Dan biasalah inisiatif awalnya adalah meminta derma. Bukan sahaja syarikat korporat memberi sumbangan, malah orang kampung turut tampil menghulur sokongan, bagi membiayai projek Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer, dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

Kerajaan pusat tak pernah sesekali menghalang usaha murni kerajaan Kelantan nak bina lebuhraya. Tapi hingga ke saat ni satu apa pun belum jalan lagi. Mana semangat PAS nak buat lebuhraya? Agak-agak la kan bila la lebuhraya ni siap ye?

Ternyata, selepas 22 tahun memerintah Kelantan, kerajaan PAS tidak putus-putus menjanjikan pelbagai projek atas nama rakyat, namun banyak yang hanya indah dalam bentuk ilustrasi, tetapi kelam pada realitinya.

Mahfuz Juga Layak Jadi PM



Isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.

Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.

Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU 13.

Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja.

Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.

Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.

Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah "yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat" itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.

Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.

Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.

Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.

Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.

Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat. Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.

Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang. Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi.

Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.

Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM. Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala.

PAS JANGAN JADI BANGANG TAK FAHAM PERJANJIAN!!



Dipetik dari utusan: 

Kontrak sebanyak 19 orang pensyarah tertera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tidak disambung kerana mereka telah diganti dengan pensyarah yang lebih berkelayakan dari segi kelulusan akademik.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, kesemua pensyarah terlibat hanya dipinjamkan ke UPNM sejak 2008 bagi memenuhi keperluan pensyarah ketika itu.

Jumlah sebenar juga kata beliau, hanya 19 orang bukannya 92 orang seperti yang didakwa oleh beberapa portal media sosial.

"Pada awalnya kemasukan 19 pensyarah itu ke UPNM ekoran institusi tersebut masih baru diwartakan menjadi sebuah universiti, maka keperluan dalam aspek latihan ketenteraan untuk pelajar menjadi keperluan meskipun tenaga pengajar tidak mempunyai kelulusan ijazah pertama.


"Tetapi selepas beberapa tahun, UPNM memberi pcnekanan pada soal kualiti pelajar dan tenaga pengajar dengan mengutamakan kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MolJ) antara All Cosmos Biotech Holding Corporation (All Cosmos) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) , di sini hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menggesa Kementerian Pengajian Tinggi menyiasat penamatan kontrak seiamai 92 pensyarah, UPNM yang terdiri daripada pegawai tentera.

Mohamed Khaled memberitahu, kesemua pensyarah UPNM yang tamat kontrak pinjaman itu kini telah kembali berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Mengenai tindakan ke atas pelajar yang menyertai Himpunan Hijau, beliau berkata, kementerian tidak lagi bertanggungjawab ke atas pelajar yang menyertai sebarang perhimpunan selepas Akta Kolej dan Universiti (AUKU) dipinda.-Utusan

JK nak komen sikit pasal ni. Ada perbezaan ditamatkan kontrak dengan kontrak dah habis. Kat sini, kontrak pensyarah-pensyarah ni dah habis. Berdasarkan perjanjian dah termaktub. Jadi nak personal apa lagi. PAS jangan jadi bangang tak faham perjanjian. Sebelum nak kritik, selidik betul-betul. Yang kelakarnya, kenapa nak mengadu kat PAS. Apa yang PAS boleh tolong? Tolong bagi fitnah boleh la. hahaha 

Thursday, 29 November 2012

DONG ZHONG : TUDUHAN BAHASA CINA DIABAI TIDAK BERASAS



Perkembangan berterusan bahasa Cina dalam institusi pendidikan negara selama ini membuktikan dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya kerajaan mengabaikan bahasa ibunda kaum itu, adalah tidak berasas.

Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Tan Sri Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, dakwaan itu hanya menggambarkan sikap negatif Dong Zong terhadap usaha pembaharuan yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan dalam sistem pendidikan negara.

Menurutnya, tindakan menuduh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mahu merosakkan bahasa dan sistem pendidikan sekolah Cina tanpa sebarang bukti adalah tidak wajar.

RAKYAT PERLU PERTAHAN NILAI MURNI YANG CUBA DINODA PEMBANGKANG


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat bangkit menentang bahana besar ideologi songsang pembangkang yang merungkai asas-asas agama, mencabar maruah bangsa dan mengancam kedaulatan negara.

TPM menjelaskan inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan pakatan pembangkang yang merungkai asas-asas agama Islam yang terpahat kukuh di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Di peringkat antarabangsa, muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tapi atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh saja.

“Jangan biarkan mereka merungkai asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang”.

Ucapan Dasar Presiden UMNO 2012

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-63 TAHUN 2012
PADA 29 NOVEMBER 2012 (KHAMIS) 9.30 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN MERDEKA PWTC, KUALA LUMPUR
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEPIMPINAN TRANSFORMATIF MENUJU WAWASAN NASIONAL

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berhormat Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,

DEBATE CALL IS JUST TO SHEMA NAJIB, NOT REALLY TO SEE THROUGH POLICIES



Bersih co-chairman S Ambiga seems to act as though Prime Minister Najib Tun Razak must follow all her wishes and desires. After demanding clean electoral list and fair election and so on through legal means of demonstration but can be considered as ‘uncivilised’ because normal civilized people sit down and discuss rather than demonstrate, now she wanted Najib to debate with Anwar Ibrahim.

To her, whatever Najib has done is immaterial but he must debate Anwar as she claimed it would give Malaysians the opportunity to gauge which political coalition was best to govern the nation.

Loads of bullshit in her words! It is as though all this while, she has never benefitted from whatever the government under the BN rule…the fact that she is what she is now is evident of BN’s fair policies in distribution of wealth.

Her call is followed by DAP secretary-general Lim Guan Eng and of course, daughter of Anwar who got caught on record for supporting freedom of religion among Malays Nurul Izzah.

The fact that Ambiga is able to set up and organize her NGO and walk the streets shouting words running down the government is evident that the BN government is fair and allows freedom of expression.

The fact that she is able to hold press conferences without being harassed and visibly monitored by government enforcement is evident that the BN government gives freedom of movement and speech to every citizen.

The fact that she supports the opposition and aim to topple the government that feeds her mouth or rather make it possible for her to do what she is doing now without obstacles is evident of the BN government’s freedom of political affiliations.

With all these freedoms, Ambiga, of course on instruction from her master Anwar, the ambitious opposition head who has already sold his ‘all’, now giving ‘directive’ that Najib should debate Anwar just like Barrack Obama with Mitt Romey.

As far those who knows Ambiga, her motive is nothing more than to shame Najib in the debate, to allow the public to see Najib in awkward position as Anwar, who is not responsible for anything grill Najib on matters or issues that are irrelevant or make believe.

Ambiga’s motive is crystal clear despite her reasons, make believe again, that seem intellectual and democratic…of course…all are bullshits.

The real motive is the attempt to ‘bare all’ if Najib is to take the challenge to debate – obviously to ‘strip naked’ Najib with issues that do not even matters – always the make-believe issues – raised only for the purpose of creating doubts in the minds of audiences who are voters.

Given such background, it is best that Najib just ignore these calls and continue with his programmes that benefit Malaysians at large in every aspect of life.

Kerajaan Selangor Kedekut Dengan Rakyat Sendiri!





Persidangan Dewan Negeri Selangor sekali lagi menimbulkan seribu satu pertanyaan terutamanya apabila kerajaan Negeri telah memutuskan untuk memperuntukkan hanya RM5 juta untuk membasmi kejadian banjir kilat yang semakin kerap berlaku di sekitar Selangor, sedangkan berpuluh-puluh juta boleh diperuntukkan tanpa banyak bicara bagi kes belian semula Talam.

Ronnie Liu menyatakan bahawa RM5 juta tersebut akan digunakan untuk 9 projek mitigasi bagi mengatasi masalah banjir kilat dan mengakui bahawa kos yang diperlukan sebenarnya sebanyak RM1.2 bilion! Hai inikah balasan untuk rakyat sendiri yang telah mengundi mereka? Hanya RM5 juta sahaja diperuntukkan bagi menjaga kebajikan rakyat? Ini sungguh berlainan dengan kes Talam Corp yang mana duit rakyat dibazirkan untuk masuk poket kroni dan juga pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat Selangor seharusnya bangkit untuk melakukan perubahan dan tidak leka dengan janji manis serta laporan sugar coating kerajaan negeri yang hanya melaporkan yang sedap didengar sahaja! Nampak sangat modus operandi Pakatan Rakyat ini predictable, iaitu menutup aib,kerugian dan keburukan daripada rakyat dengan menyalahkan orang lain!

LAGI UNTUK PALESTIN ALHAMDULILLAH

Syukur Alhamdulillah, Selepas kejayaan mengutip derma hampir RM10,000 di sekitar pusat membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur bagi membantu rakyat Palestin yang teraniaya akibat kekejaman rejim Zionis, Kumpulan Usrah Fitrah bakal mengadakan kutipan amal siri ke-2 pula.

Menurut wakil kumpulan tersebut iaitu Sam, acara kutipan Amal Tabung Palestin Siri 2 itu akan diadakan di sekitar kawasan Masjid India, Kuala Lumpur bermula pukul 4.30 petang.

"Kami sedang berusaha untuk mengumpul sumbangan daripada orang ramai dengan menyasarkan sebanyak RM1 juta buat rakyat Palestin. Selain selebriti tempatan, kami turut mengalu-alukan kehadiran semua lapisan masyarakat yang prihatin untuk menyumbang ke tabung yang akan dibawa sendiri oleh artis-artis yang turut serta,"

Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Irma Hasmie, Diana Amir, Heliza Helmi, Norkhiriah, Iha Raziah, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit, Roslan Shah dan ramai lagi.

Selain menderma dan beramal, para penderma turut berpeluang untuk bergambar serta beramah mesra dengan para artis yang hadir.

Kenapa Hamas hargai UMNO, Bukan PAS?



Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia.  Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia. 

Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.   Justeru,  secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga. 

Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam.   Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam. 

Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. 

UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.   Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza. 

Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.  Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas.  Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama. 

Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu.   Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine. 

Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti. 

Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.   

Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat  kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel.  Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.   Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.

Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.   Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti. 

Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.  Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa.   Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar. 

Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia.   Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain. 

Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri.  Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja.  PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi.

Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia.  Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.  

Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.  

Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?

TIME FOR PUTERI TO WAKE UP



Puteri Umno is a lost movement as it hibernates in its cocoon oblivious to the current political ‘unrest’ where Umno and its leaders being attacked in every corner.

The movement seems to be out of touch with the reality and the youngsters who are first time voters in the coming general election, estimated around 3 million.

Under the leadership of Rosnah Shirlin in 2009, the movement has not made much impact or in fact, hardly heard in the country’s vigorous political scenario as its existence is not mentioned much, what more about its activities.

The movement was set up to engage with youngsters particularly women who are in college, working and who are politically lost in the wilderness of the country’s politics, whose age is below 40, to be more specific below 35 and who just entered college or left school.

Puteri Umno’s presence is no longer felt since 2008 general election and it does not seem to touch base since then, unlike when it was headed by Azalina Said where it always hold the limelight despite being flanked by its sister movement Wanita Umno.

The movement’s failure in engaging with the youngsters had probably got Umno president Najib Tun Razak himself to reach out to the youngsters through the alternative media such as facebook, twitter and so on.

The movement is also silent when Najib was heavily shelled by the oppositions on make-believed issues which created doubts in the minds of youngsters as to his and the government’s credibility and image.

Puteri movement is just not there to help defend nor counter aimed at helping the party president to move forward in his transformation programs without having to look behind or blocking the onslaughts.

The movement also does not seemed to make much use of the new media such as blogs or portals to reach out to the females youngsters and engage intellectually to attract them to Umno and Barisan Nasional (BN).

Puteri’s ‘silence and sleeping mode’ has created a void or vacuum where young voters, mainly females began to forget about Umno as they continue being fed with opposition’s accusations in the new media.

Puteri’s failure to engage the youngsters through the new media have given the oppositions the much needed space to do their psy-war without hindrance and competitions.

Puteri, whose members comprised intellectuals and computer savvy females have actually lost the chances or opportunities to engage with the youngsters during Umno’ low-period beginning 2008.

The movement just did not have the leadership capability and minds on how to reach out to the youngsters during that period using the new media and such technology such as facebook and so on.

The movements failure has somewhat shift the youngsters political inclination towards the opposition in one way or another as the onslaughts on the new media seem effective in attracting them to their side.

The movement is now not seen as a force except just a follower waiting for instruction as it cannot move on its own for reasons best known to them.

Given such background, this assembly is the time for the movement to make itself visible and relevant again given the present political scenario is for the young people and the young minds.

The movement should change its ‘inferiority complex’ against its sister the Wanita movement as Puteri is supposed to be the frontline to engage with the youngsters and new media.

The movement need to be more aggressive in the current political scenario to enable Umno and BN to withstand the onslaught of the oppositions as Najib cannot fight a lone battle in the fast changing political trend.

He needs help from all the movements in the party and Wanita Umno does not seemt o be of much help with its chief Sharizat Abdul Jalil caught in the NFC controversy.

As such, it is up to Puteri to stand up and be seen and counted as a force that can be depended on from now as the general election is just around the corner.

Tiada Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan Selangor



Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.

Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.

Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.

Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.

Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?

Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?

Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati.

Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat, kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam?

Sementelah lagi selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air, jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan, tak begitu?

Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.

Sebulan RM24 juta, setahun RM288 juta, dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat.

Selain persoalan bonus sebulan gaji, kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan. Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas.

Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.

Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat.

Malang betul ber MB kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

Wednesday, 28 November 2012

Saman Utusan Bukti Nurul Izzah Tipu Rakyat


Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.

Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat. Dengan kata lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.

Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23 November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki.

Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali.

Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman? Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu Malaysiakini terkecuali dari tindakan?

Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal Malaysiakini yang pro pembangkang.

Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith" menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".

Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.

Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat dan itu realiti. Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing.

Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Malaysiakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar, tidak begitu?

Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard.

Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan, bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja.

Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar.

JANJI-JANJI PALSU PAKATAN RAKYAT HANYUT BERSAMA BANJIR DI SELANGOR



Dipetik daripada blog http://sel13.com

Banjir telah melanda beberapa kawasan di Selangor. Malah, tanah runtuh juga telah berlaku di Ampang. Namun, Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Khalid Ibrahim, langsung tidak menampakkan sebarang usaha untuk membantu rakyat. Di sebalik pelbagai janji yang dibuat, Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Khalid Ibrahim lebih berminat dengan penghapusan aset dan penjualan serta harta benda rakyat Selangor untuk kepentingan diri, seolah-olah Pakatan Rakyat sudah tidak  yakin lagi mereka akan menerajui Selangor selepas PRU13.

Apabila Najib Abdul Razak mengumumkan, sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang, perkara pertama yang dilakukan nanti adalah melupuskan projek kondominium di Batu Caves, orang yang paling kuat melompat adalah Xavier Jeyakumar, Exco Selangor merangkap ADUN Sri Andalas. Kata Xavier Jeyakumar, Najib sekadar membeli undi untuk pilihanraya.

Anehnya, Pakatan Rakyat yang menjadi Kerajaan Negeri di Selangor tidak pula mendahului Barisan Nasional dengan melupuskan projek kondominium tersebut sebaliknya, berusaha menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, kononnya projek tersebut telah diluluskan pada zaman Kerajaan Negeri yang terdahulu.

Penganut Buddha Wajar Kekalkan Kerajaan BN – Master Hsing Yun



Master Hsing Yun, iaitu pengasas kuil Fo Guang Shan iaitu kuil terbesar di Taiwan pada tahun 1976 kini berada di Malaysia untuk menghadiri Buddhist Cultural and Dharma Blessing Function.   Beliau merupakan tokoh Sami Buddha paling berpengaruh di dunia. 

Kita sedia maklum bahawa Sami Buddha terkenal dengan sifat mereka yang tenang dan berdisiplin.  Seorang Sami yang ‘tinggi’ darjatnya sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa yang menggunakan kekuatan minda.  Sami yang benar-benar komited dengan kepercayaannya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata mereka.  Mereka tidak bercakap sebarangan sepertimana orang biasa.    

Oleh itu, kata-kata seorang Sami seperti Master Hsing Yun diterima sebagai amanat oleh pengikut-pengikut agama Buddha kerana mereka tahu bahawa beliau tidak akan bercakap sesuka hatinya tanpa memikirkannya dalam-dalam. 

Dan hakikat inilah yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu Master Hsing Yun telah menasihatkan rakyat Malaysia agar bersatu padu dan jangan berpecah kerana ia mampu melemahkan negara.   Kata beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang baik malah berhajat agar dilahirkan semula sebagai sami di Malaysia dalam kehidupan selepas ini. 

Beliau juga menyatakan yang kerjasama antara kaum bakal menjadikan Malaysia negara yang hebat.   Beliau mengingatkan golongan sami agar tidak masuk campur soal politik walaupun mereka disarankan untuk mengambil tahu mengenainya.  

Master Hsing dijadualkan untuk diraikan dalam progam yang dinamakan “A joyful dharma evening "2012 Marvellous Malaysia--Venerable Master Hsing Yun" di Stadium Shah Alam di mana 2,000 sukarelawan dijangka mengambil bahagian dengan lebih 80,000 cenderamata akan diagihkan kepada orang ramai. 

Program ini dengan sendirinya membuktikan kemakmuran Malaysia sepertimana yang digambarkan oleh Master Hsing.  Ini bukan hanya kerana temanya yang memuji Malaysia, tetapi juga kerana hakikat penganjurannya di sebuah negara bermasyarakat majmuk serta kehadiran orang ramai dalam keadaan aman, tanpa diancam kebimbangan. 

Semua ini hanya mampu terhasil dari sebuah kepimpinan yang bijak, adil dan cekap.  Dan kepimpinan itu adalah kepimpinan Barisan Nasional. 

Dengan bukti kredibiliti BN yang begitu jelas, adalah tidak wajar bagi masyarakat Buddha di Malaysia untuk terpedaya dengan hasutan pihak yang saban hari menyogok fitnah bahawa Malaysia adalah negara yang buruk dan teruk di mana pihak minority didiskriminasi. 

Sedangkan, sepintas lalu sudah terbukti bahawa masyarakat Buddha yang menjadi minoriti, juga mampu hidup dalam keadaan yang jauh lebih selesa dan mewah dari kaum majoriti.  Mereka tidak pernah dihalang untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan di negara ini.  Malah, budaya dan bahasa ibunda mereka juga mendapat tempat dan diberi ruang untuk berkembang.   Kebebasan mengamalkan agama dan menganjurkan program berunsur agama tidak mungkin boleh diragui lagi walaupun agama rasmi negara ini adalah agama Islam. 

Justeru, segala apa yang dikatakan diskriminasi, kezaliman dan penindasan terhadap mereka hanyalah ilusi dari kenyataan di atas kertas yang meletakkan hak istimewa kaum majoriti.  Sedangkan realitinya, kaum minority tidak pernah tersekat atau tertindas.

Maka, sewajarnya masyarakat Buddha merenung sedalam-dalamnya amanat Master Hsing yang membawa mesej kebaikan, ketenangan dan keamanan dengan berpaksi kepada semangat perpaduan dan kerjasama di bawah payung BN yang sedia terbukti mampu memastikan hidup kita kekal makmur dan selesa.
Buddhist Should Retain BN Government - Master Hsing Yun


Master Hsing Yun, the founder of Fo Guang Shan Temple, the biggest temple in Taiwan back in year 1976 is now in Malaysia to attend the Buddhist Cultural and Dharma Blessing Function. he is one of the most influential monks in the world.
We are well aware that Buddhist monks are famous with their discipline and calmness. High ranking monks are always linked with their great mental abilities. A committed monk would always control their manners and language. They would never say things regular people would usually use.
That is why, the words from monks such as Master Hsing Yun should be taken as a serious message for Buddhist because they know that he would not say things without thinking of the outcome.
And this is the interesting fact which was shared by Master Hsing Yun where he advised Malaysians to never break their unity because it could weaken the country. He said, Malaysia is a good country where he even hope that he could be reincarnated as a Malaysian monk.
He also stated that cooperation between races could make Malaysia a great country. He reminded all monks to not get involved in politics although they are recommended to know the updates on it.
Master Hsing is scheduled to be celebrated in a program which is called 'A joyful dharma evening "2012 Marvellous Malaysia--Venerable Master Hsing Yun' at Shah Alam Stadium where 2,000 volunteers are expected to take part and more than 80,000 gifts will be distributed to the public.
This program will be able to prove how harmony Malaysia is like what was described by Master Hsing. This is not because the theme is about complimenting Malaysia, but it is because the program would actually be held in a multi-racial country where people can come in peace, without having to worry about any threat.
This is all possible thanks to a great leadership which is wise, fair and efficient. And the leadership is none other than Barisan Nasional.
With BN's clear credibility, it is not wise for Buddhist in Malaysia to be fooled by those who kept on spreading lies saying that Malaysia is a bad country where minority are discriminated.
When it is proven that even though Buddhist are considered as minority, the society could still live in luxury and comfort, even better than the majority. They are never stopped from generating more wealth in this country. The freedom in religion allow them to organized religious programs without raising any doubt even though the official religion in this country is Islam.
Thus, all of the lies saying that the minority are being discriminated are all illusion because those things never happened.
So, Buddhist should really think about the message given by Master Hsing on the spirit of unity and cooperation which thrives under BN which has been providing us great comfort

ANWAR BUKAN LAGI KESAYANGAN NEGARA BARAT



Tindakan kerajaan Australia tidak melayan rayuan Ketua Pembangkang untuk masuk campur dalam proses pilihan raya Malaysia merupakan satu tempelak yang sudah pastinya amat sukar diterima oleh Anwar Ibrahim.

Apa tidaknya, selama ini Anwar berfikir bahawa kawan-kawannya di negara Barat menyebelahinya dalam mengepalai pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi beliau sekali pun tidak terfikir bahawa dalam pada sokongan berterusan yang diterimanya, Anwar tidak menyangka satu hari kelak negara-negara yang sama juga akan menjauhi daripada beliau.

Inilah yang berlaku ketika Anwar menulis surat kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang mengandungi pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara lain Anwar meminta Australia membantu dalam memastikan PRU ke-13 anbg bakal diadakan bersih daripada penipuan dan rasuah.

Malah untuk menyakinkan kerajaan Australia, Anwar mendakwa kononnya mempunyai bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan penyelewengan lain dalam menghadapi pilihan raya.

Walaupun sedays mana pun Anwar memujuk Senator Bob Carr samada secara perbincangan peribadi atau perutusan surat, Australia tetap menolak taktik Ketua Umum PKR.

Pertama Australia bukanlah sobodoh seperti yang disangka Anwwar kerana walaupun negara ini yakin kepada proses pilihan raya yang adil dan bersih, ia juga tahu bahawa adalah salah dan melanggar protokol hubungan antarabangsa untuk mencampuri urusan dalam negara lain.

Apatah lagi kedua-dua Malaysia dan Australia adalah anggota dalam kesatuan negara-negara Komanwel.

Kedua, tindakan Anwar itu menunjukkan usaha desperado seorang yang betul-betul kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup untuk meminta bantuan negara asing terlibat sama dalam pentadbiran negara.

Bayangkan apakah reaksi apakah reaksi Malaysia jika Ketua Pembangkang Parlimen Australia menulis surat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meminta  negara ini camour tangan dalam proses pilihan raya negara itu atas alasan yang sama.

Jika Anwar sanggup membabitkan negara luar untuk membantunya mengapai impian menjadi Perdana Menteri, rakyat akan tertanya apa yang boleh beliau lakukan jika berkuasa di Putrajaya.

Kemungkinan Anwar akan menggadaikan Malaysia demi membalas balik jasa kuasa-kuasa asing yang telah membantunya semasa menjadi Ketua Pembangkang.

Hakikatnya sahabat-sahabat Anwar di negara-negara Barat dan juga kuncu-kuncunya di rantau Asia sudah mula sedar siapa beliau sebenarnya.

Mereka mula berfikir sejauh mana bebaloi menyokong individu ini yang rela menjadi agen Barat dengan membawa agenda mereka tetapi padsa masa yang sama ditolak oleh rakyat.

Pada negara luar yang dijadikanAnwar sebagai batu loncotannya untuk berkuasa, sudah tiba masanya kerjasama selama ini dikaji semula dan mungkin juga ditamatkan.

Anwar sudah menjadi 'lost cause' atau perjuangan sia-sia samada pada Washington, London mahupun Canberra kerana 'pelaburan' mereka dalam Ketua Pembangkang itu tidak menampakkan hasil yang lumayan tetapi sebaliknya bakal menjadi perosak kepada hubungan baik mereka dengan Malaysia.

Anwar sudah mula menjadi liabiliti kepada negara-negara luar yang menyokongnya dan penolakan Australia melayani permintaan beliau adalah permulaan kepada proses 'moving on' atau meneruskan kehidupan tanpa 'sahabat karib Barat' itu.

Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan prestasi pembangunan ekonomi yang amat membanggakan.

Kejayaan memperkenalkan dasar serta program pembangunan negara yang innovatif dan berpandangan jauh dalam senario ekonomi global yang goyah dan tidak menentu telah menerima pujian daripada media Barat yang selama ini sememangnya kritikal terhadap Malaysia.

Sudah tentunya negara seperti Australia mahu menumpang limpahan kemajuan Malaysia dalam tahun-tahun mendatang dan adalah tidak cerdik untuk mengambil pendirian menyokong Anwar yang tidak membawa apa-apa keuntungan.

Jika Anwar cuba menjahanamkan ekonomi negara semasa krisis serangan penyangak matawang George Soros pada 1998 dengan usaha membawa masuk bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kini negara Barat sedar bahawa agenda mereka telah menemui kegagalan di tangan bekas banduan Penjara Sg Buloh itu.

Negara barat juga tahu Anwar mempunyai agenda peribadi yang akan menjadi masaah besar kepada mereka jika individu ini terus didokong dengan segala bantuan kewangan dan moral.

Cara pemikiran Barat, lebih baik campak sahaja Anwar awal-awal daripada menjadi beban biawak hidup seperti mereka lakukan kepada Saddam Hussien, Hosni Mubarak, Ben Ali, Muammar Gadafi sebelum ini.

Jika Anwar masih berfikir beliau masih menjadi 'pet' atau kesayangan negara Barat, maka itu adalah kesilapan terbesarnya kerana yang disangka kawan sudah pun bersedia untuk menikam belakangnya bila-bila masa sahaja.

ends




MISTERI DI SEBALIK SEBUAH SYARIKAT SEDIAKAN KENDERAAN MEWAH UNTUK KEGUNAAN AHLI PARLIMEN AMPANG


Sumber : Sel13

Seperti yang kami janjikan semalam, hari ini kami akan mendedahkan perihal seorang ahli parlimen pembangkang yang selama ini lantang berpasangan dengan Rafizi Ramli menuduh orang-orang Umno melakukan rasuah dan penyelewengan. Rafizi adalah salah seorang pemimpin PKR yang hidungnya mengalami masalah deria bau. Atas sebab itulah dia boleh bertahan untuk kerap berada di sisi Zuraida.

Minggu lepas kami telah mendedahkan tentang koleksi kereta terakhir yang dibeli oleh anak kelahiran Bengkulu, Sumatera Indonesia itu semenjak bergelar YB adalah Mercedes Benz E240 yang didaftarkan pada 24.05.2012.

Ahad lepas atau lebih tepat pada 25.11.2012 seorang ahli PKR di Ampang yang menjadi mata-mata kami untuk memerhatikan pergerakan Zuraida, melaporkan kepada kami pada hari berkenaan Zuraida ada beberapa program di Ampang.

Antara majlis yang dihadirinya pada hari berkenaan adalah penyampaian sumbangan deepavali di Dewan Flat Ahmad Razali Ampang dan dialog dengan penduduk Ukay Perdana di Hotel Flamingo. Pergerakan Zuraida pada hari itu menggunakan sebuah kereta Mercedes Benz E200 CGI.