Monday, 31 December 2012

JK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2013

Pejam celik, diam tak diam tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dan pastinya tahun 2013 bakal tiba hanya beberapa jam saja lagi. Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka duka menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat, kini tahun baru telah menyambut kita,tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan.

Walau apa pun yang terjadi pada tahun 2012 pandanglah ia dari sedut positif dan jadikannya pengajaran dan pedoman. Teruskan berazam dan mulakan tahun baru 2013 dengan semangat yang baru.

RAKYAT AKAN MENIKMATI 12 TAWARAN YANG DIBENTANGKAN PM DALAM BAJET2013 MULAI ESOK

Mulai esok 1 Januari 2013, rakyat akan menikmati 12 tawaran yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Bajet 2013 pada September lalu.

Semua tawaran itu tercatat pada Fokus Keempat iaitu Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam serta Mensejahterakan Rakyat yang disenaraikan menerusi Fokus Kelima.

Tiga tawaran menerusi Fokus Keempat membabitkan warga tua dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang diberi diskaun 50 peratus caj bayaran pemprosesan pasport yang mana kadar bayaran bagi tempoh lima tahun dikurangkan kepada RM150 dan RM80 untuk dua tahun.

Bermula tahun depan, Bahagian Pinjaman Perumahan akan disusun semula dan panel bank komersial akan dilantik untuk menguruskan pinjaman perumahan kerajaan.

FAULT LINES SHOW UP IN SEAT TUSSLE

Whispers of strains between the Pakatan Rakyat partners over seat negotiations have grown louder after Datuk Seri Anwar Ibrahim snubbed the annual party gatherings of DAP and PAS.

AIDES of Datuk Seri Anwar Ibrahim have been telling the media not to read too much into their de facto leader’s no-show at the DAP national congress last week.

Anwar, they said, had to give the DAP annual gathering a miss because he was in Terengganu for the Himpunan Kebangkitan Rakyat rally the night before the congress.

His political secretary and Pantai Jerejak assemblyman Sim Tze Tzin, said Anwar had rushed to Terengganu from Kuala Lumpur where PKR leaders were having a two-day election pow-wow.

“We don’t have a private jet or helicopter to fly around,” said Sim with a little twist in his voice.

Anwar had also skipped the PAS muktamar in Kota Baru last month. He sent his other half and party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and secretary-general Saifuddin Nasution in his place.

DULU ZUL ARIFFIN TUMPANG POPULARITI OSTAJAH ABBY ABADI, KINI BERALIH KE GAYATRI PULA



Pelakon sasa Zul Ariffin mengaku sedang jalin hubungan cinta dengan penerbit filem dari Tayangan Unggul, Gayatri Su Lin Pillai. Ada yang kata Zu menghimpit wanita itu untuk mendapat peluang berlakon.


 Apalagi, kenalah Zul, sampai ada yang menuduh dia sengaja menghimpit wanita yang ada kepentingan untuk menaikkan namanya. Semua tu komen dari peminat-peminat. 

Kisah hubungannya dengan  Ostajah Abby Abadi dulu juga diungkit kembali apabila ada komentar mengatakan Zul menghimpit Abby semasa nama Abby kecoh gara-gara masalah keretakan rumah tangga dengan Norman Hakim. Kerana namanya dikaitkan dengan  Ostajah Abby, tiba tiba saja Zul jadi perhatian walaupun sebelum itu tiada orang hiraukan dia.


Bila sekarang ini Zul mengaku sedang melalui alam cinta dengan Gayatri, ada pula yang kata dia sedang berusaha mendapatkan job berlakon di bawah produksi yang ada kaitan dengan Gayatri.


Kalau hati dah terpikat nak buat macam mana kan. Itulah kata orang cinta itu buta. Walaupun Gayatri lebih berusia berbanding Zul, tapi ia bukanlah satu halangan buat mereka meneruskan hubungan.

Sepatutnya peminat doakanlah hubungan mereka menjadi, janganlah pula mudah mengkritik tanpa tahu hujung pangkal. Peminat hiburan hari ini tak macam dulu dah, mereka lebih cenderung mengkritik, apatah lagi dengan pelbagai laman sosial yang ada kini, mereka meluahkan apa sahaja sehingga menimbulkan aib artis.

Mogok Lapar Yang Auta!




JK kasihan melihat segelintir penyokong pembangkang yang berselindung di sebalik gerakan itu dan gerakan ini dengan hanya satu niat iaitu untuk memburukkan kerajaan dan memberi imej yang negatif buat negara. Mereka ini yang dibiaya oleh pemimpin pembangkang suka menimbulkan onar dengan berdemo tentang perkara yang tidak logik hanya untuk mempamerkan kononnya kerajaan zalim dan menindas (kalau zalim rasa-rasanya rakyat Malaysia ni boleh keluar beli belah dan cuti-cuti kah setiap minggu sehingga pusat beli belah dan rekreasi dipenuhi rakyat Malaysia yang keluar mencari hiburan dan berseronok bersama keluarga!)

Tetapi JK yakin majoriti rakyat Malaysia yang lain sudah nampak gelagat parti pembangkang yang propa dan auta kerana tindakan mereka ini semakin hari semakin bodoh. Terbaru sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli kelab pencinta alam sekitar telah 'bekerjasama' dengan kumpulan anti-Lynas untuk mengadakan mogok lapar sehingga tahun baru 2013 di Dataran Merdeka. Walaupun MalaysiaKini dan media pembangkang yang lain cuba sedaya upaya untuk mensensasikan mogok lapar ini,tetapi publisiti yang diberi hanya mengkantoikan tindakan mereka kerana rata-rata mereka yang mogok lapar ini telah ditangkap makan di sekitar hotel-hotel dan gerai-gerai terpencil di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Mereka yang mengikuti mogok ini turut membawa bersama-sama kanak-kanak sekitar umur 12-14 tahun kononnnya untuk meraih simpati rakyat tetapi telah dikecam hebat oleh rakyat kerana mengheret kanak-kanak yang tidak berdosa hanya untuk memuaskan nafsu politik mereka. Nampaknya strategi pakatan pembangkang untuk mengsensasikan mogok ini seperti demo pelajar universiti yang tidak mahu membayar PTPTN tidak kesampaian kerana rakyat sudah kenal keautaan mereka yang tiada motif lain selain memburukkan imej negara.

Selepas ini tolonglah jangan hasut rakyat lagi dengan strategi yang sudah lapuk dan predictable! Kita layan gambar-gambar peserta mogok lapar yang kantoi menikmati hidangan enak di hotel dan restoran ehsan dari jurugambar mynewshub.my






JK: Harap-harap tiada yang menuduh gambar-gambar ini fitnah UMNO dan diphotoshop!!

PERLIS TUAN RUMAH SUKMA KE-17

Perlis sudah membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah kepada dua kejohanan sukan yang besar pada 2014 dan kerja pembinaan infrastruktur bagi tujuan itu bermula awal tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad.

Kedua-dua acara sukan itu ialah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dan Sukan Paralimpiad Kebangsaan yang akan menjadikan Perlis sebagai negeri tumpuan utama sektor sukan pada tahun itu.

Ada juga sesetengah pihak mempertikai keupayaan Perlis menganjurkan kejohanan-kejohanan tersebut, tetapi Perlis sememangnya sudah bersedia.

Projek ETP lonjak sektor pembinaan

Projek mega di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dijangka melonjakkan sektor pembinaan untuk mencatatkan pertumbuhan 11.5 peratus pada 2013.

Alliance Research Sdn Bhd berkata, sejumlah 149 projek telah diumumkan dengan komitmen pelaburan berjumlah RM212 bilion dan dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) RM137.6 bilion pada 2020 serta mewujudkan 410,892 pekerjaan.
Manfaat paling banyak

Sektor pembinaan berkemungkinan menerima man-faat paling banyak daripada pelaburan ETP dengan jangkaan kadar pertumbuhan 11.5 peratus pada 2013.

Walaupun sumbangan sektor pembinaan agak kecil, iaitu 3.6 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding sektor perkhidmatan dan pembuatan, kesan pengganda daripada sektor ini adalah tinggi memandangkan hubungannya kepada subsektor utama ekonomi yang lain.

Sunday, 30 December 2012

10 NAMA BAKAL HANCURKAN POLITIK ANWAR

Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

RIFT BETWEEN DAP AND PAS WIDENS, WIDEN FLIES IN TO MEND THE SITUATION

PAS and DAP are head-on now on the using the word ‘ALLAH’ issue as DAP harps on it to gain the Christian votes while PAS stand firm on its fundamentals that the word ‘ALLAH’ is sacred to Muslims.

The difference in this issue is threatening the political relationship between the two parties that may see each going their own way come the general election.

PAS is now hardening its stand as the party sees the racial and religious divide in the multi-racial Malaysia has taken a new twist as political parties – of course the opposition DAP – is playing to the gallery.

For PAS, despite having its own setbacks, particularly the edict issued by president Abdul Hadi Awang, the party still maintains its support among Malay grassroots who are either fundamentalists or leftists in religious views.

Saturday, 29 December 2012

PUNCA HADI TERUS DIAM

Siapa yang tidak kenal Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau seorang pemimpin Pas yang begitu tegas dan lantang mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Di bawah kepimpinannya juga, haluan perjuangan politik Pas dilihat berubah apabila meninggalkan usaha memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Malahan dalam apa juga situasi, biar pun dikecam oleh pelbagai pihak berikutan tindakan Pas bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang memungkinkan Pas dilihat hanya pak turut, Abdul Hadi akan ke depan - bermati-matian mempertahankan apa yang dipanggil tahaluf siyasi.

Orang Melayu dan umat Islam juga melihat betapa lantang dan beraninya Ahli Parlimen Marang itu muncul setiap masa untuk memperkatakan sesuatu isu khususnya demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

PAS WILL DEFEND HADI'S MESSAGE UNTIL THEIR DEATH

Hadi's message still remain as a hot topic even though the intentionally 'goes missing' with hopes that it will be forgotten.

However, we believe that he is well aware that not saying anything would not let him away from being responsible for all the negative impacts the message had given to rakyat.

Efforts from the media, especially Utusan Malaysia to expose the stories where through the message, relationships were broken when supporters start calling their own family members as kafir. It is because this message is not a small matter which can easily be solved.

Besides, this is the matter of 'debt' where Hadi Awang owe those who were involved, with an apology at least.

Especially when Nik Aziz urged Hadi to defend his message and to never take it back unlike what was Ulama told him to do.

Friday, 28 December 2012

KERAJAAN ADA PERANCANGAN UNTUK JAMIN KEMAKMURAN RAKYAT

Sebagai rakyat Malaysia kita perlulah bersyukur dan berterima kasih dengan kemakmuran dan juga kesejahteraan yang kita kecapi sekarang ini. Kerajaan sedaya upaya mahu memajukan negara menerusi pelbagai perancangan jangka masa pendek dan panjang yang diatur termasuk menyatupadukan kaum sebagai salah satu bukti kebijaksanaan kerajaan Barisan Nasional (BN).
  
Kepekaan kerajaan jelas terbukti melalui pewujudan pelbagai kemudahan termasuk Belanjawan 2013 NegeriSabah yang memperuntukkan RM4.088 bilion bagi memakmurkan negeri ini.

Keamanan negara tanpa huru-hara menjadi salah satu faktor utama negara menjadi tumpuan utama pelancong dan pelabur asing. Pelaburan dan sektor pelancongan yang menggalakkan akan membuka peluang pekerjaan serta perniagaan kepada rakyat khususnya di negeri Sabah.

SKANDAL TANAH NGEH-NGA BAKAL HANCURKAN DAP

Keadaan rumahtangga Dap sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.
  
Pendedahan itu membuka rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Walaupun Dap muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu  Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Maka termaktublah satu persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Atas persetujuan tersebut, Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya Plantation Sdn Bhd.

HANYA 150 YANG HADIR, HIMPUNAN OREN GAGAL








Kuala Lumpur - Sekali lagi puak OREN buat onar di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Bersama pendemo yang masih setia hanya tinggal 150 orang yang hadir membontoti Mazlan Aliman. Suka untuk penulis katakan bahawa perhimpunan gagal ini telah menunjukkan hasil bahawa rakyat dah jemu dan muak dengan sikap mereka. Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung sehingga ke petang habis hanya dalam masa satu jam. Tiada sambutan yang menggalakkan. Berkumpul di Masjid UTM Jalan Semarak kemudian beramai-ramai ke bangunan FELDA. 

Polis sudah bertindak lebih awal demi menjaga keselamatan kerana demonstrasi ini kononnya akan dihadiri 10,000 orang  tetapi yang datang tadi tak sampai 10,000 orang. Hanya 100-150 sahaja. Mana tidaknya, rakyat dah mula bosan dengan permainan Mazlan Aliman.  

Masih tidak habis dengan tuntutan yang tidak masuk akal oleh Mazlan Aliman. Sepatutnya anak FELDA yang bersuara, bukan orang luar. Mereka ini adalah golongan yang tidak pernah bersyukur. Peneroka ditatang bagaikan minyak yang penuh, menajdi anak emas kepada Perdana Menteri sehingga rakyat luar FELDA cemburu dengan keistimewaan yang mereka dapat. Tetapi keistimewaan itu mereka telah gunakan tetapi tidak membalas dengan kebaikan yang telah diberi kerajaan. Sepatutnya jadilah manusia yang tahu bersyukur.

KELANTAN LAND ISSUE - PAS SUPPORTERS FAIL TO UNDERSTAND BETWEEN LETTER OF SUPPORT AND LETTER TO TRANSFER LAND

The issue of Kelantan's 4,210 land which is worth almost RM30 million in locations such as Relai, Chiku District at Gua Musang which is given to Upayapadu Plantation Sdn Bhd by Nik Aziz's government is beginning to fall apart. It is said that the land is given because it involves the interest of politicians such as Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, few of the investors in the company.

The 'gift' given by PAS government to the Perak DAP leader is said so that PAS could put Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin as Perak Chief Minister at the time.

Based on the search on Companies Commission of Malaysia (SSM), 40% or RM15 million of Upaya Padu Plantation Sdn Bhd is owned by Ngeh Koo Ham, and 51% or RM16 million is owned by a company known as Efektif Kirana. And 99% of the shares in Efektif Kirana is owned by Ngeh Koo Ham as well.

Thus, in a way, Upaya Padu Plantation is almost 100% owned by Ngeh Koo Ham.  Ngeh also confirmed that he is the owner of the company even though previously he tried to lie deny everything.

DENGAN SEKALI LAFAZ, LEUNIEY SAH JADI MILIK APEK


Tahniah diucapkan kepada Apek dan Leuniey kerana telah selamat menjadi pasangan suami isteri kira-kira jam 10 pagi tadi, Hanya sekali lafaz, Leuniey sah menjadi milik Apek. Inilah yang dinamakan jodoh. Perkenalan singkat yang akhirnya membawa hubungan ini ke jinjang pelamin. 


Kedua-dua mempelai memang tampak sama cantik dan sama padan. Jutaan tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka berdua. Semoga berkekalan hingga ke syurga.

DAP IS IN TROUBLE AS INTERNAL CONFLICTS TAKE SHAPE ALONG RACIAL LINE

With the year ending and the general election is considered as still few months away, the oppositions are still grappling with internal conflicts and also within the alliance itself.

The three parties – DAP, PAS and PKR – are not seeing each other ‘eye-to-eye’ in every political sense as each party go their way to gain as much influence as each can, forgetting the ‘togetherness’ they are supposed to forged to take over Putrajaya.

2012 is a year of ‘disaster’ for the three opposition parties as they see their strength and influence eroding by the day and the ruling Barisan Nasional (BN) is on the offensive.

Since the past few years, the oppositions under the unregistered alliance of Pakatan Rakyat (PR) have been on the offensive picking up issues that attracted Malaysians but apparently, the issues did not stick.

TUNGGAKAN DIJANGKA SIFAR TAK LAMA LAGI – LIGA MALAYSIA

Tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi pasukan yang bertanding pada Liga Malaysia (Liga M) akan mencapai angka sifar tidak lama lagi.

Ini berikutan jumlah tunggakan keseluruhan ditanggung pasukan-pasukan terbabit kini semakin berkurangan daripada RM2.1 juta pada Oktober lalu kepada RM1.3 juta sekarang.

Jumlah merangkumi tunggakan KWSP sebanyak RM833,793, PERKESO RM101,526 dan LHDN RM365,895.

ASN - 1.23 JUTA PELABUR TERIMA KEUNTUNGAN 6.30 SEN SEUNIT

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.30 sen seunit kepada 1.23 juta pelabur skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012.

Kadar itu adalah peningkatan 0.25 sen berbanding yang dibayar tahun lalu, dan adalah yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun lalu.

Ia bakal membabitkan pembayaran berjumlah RM92.18 juta berbanding hanya RM89.5 juta yang dibayar tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, dalam tempoh antara 31 Disember 2011 dan 24 Disember 2012, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah mencatatkan peningkatan 9.1 peratus, daripada 1,530.73 mata yang dicatat pada 30 Disember, 2011 kepada 1,669.40 mata pada 24 Disember, 2012.

Thursday, 27 December 2012

ISU TANAH KELANTAN - PENYOKONG PAS TAK FAHAM BEZA SURAT SOKONGAN DENGAN SURAT TUKAR MILIK TANAH

Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan ‘habuan’ kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai.   Ia dikatakan ‘habuan’ kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut.

Pemberian ‘habuan’ daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.

Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana.   Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.

Hamidin nafi aksi Lions XII dalam Liga Super bantu jiran juarai Piala Suzuki

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan kejayaan Singapura dan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 baru-baru ini bukan berpunca daripada keputusan membenarkan Lions XII beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan dan dijadikan alasan kerana kedua-dua pihak mendapat faedah daripada program pertukaran empat musim antara badan induk itu dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

SKANDAL TANAH & BALAK - SEJARAH BERULANG KEMBALI, PAS MENGUNDANG BALA KEKALAHAN DI KELANTAN

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

LEUNIEY DAH JEMPUT BAPANYA KE MAJLIS PERKAHWINAN



Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin banyak dugaan yang mendatang. Itu perkara biasa untuk semua pengantin. Apek dan Leuniey juga turut tidak terkecuali. Yang terbaru, bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad menyatakan yang dirinya tidak dijemput ke majlis anaknya itu.

Berkata kepada Berita Harian semalam, Jaafar Mohamad melahirkan rasa terkilannya kerana tidak dijemput oleh anaknya sendiri untuk ke majlis pernikahan.

“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu. Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput.” Katanya

Untuk makluman, Apek dan Leuniey telah pun berjumpa bapa kandung Leuniey untuk memohon tandatangan sebagai wali. Menurut bapa kandung Leuniey, tiada sebarang pelawaan dilakukan ketika itu. 

Namun hari ini menerusi Kosmo, ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar memberitahu yang Leuniey telah menjemput bapanya untuk hadir ketika itu.

Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali nikah dan ketika itu juga Leuniey telah menjemput bapa kandungnya itu turut hadir pada majlis pernikahannya. Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada isu dalaman keluarga.

JK rasa sepatutnya benda ni kena  berbincang elok-elok daripada nak heboh kat satu Malaysia. Bukan susah pun. Teknologi semakin canggih. Hantar je sms tak pun call. 

PENGERUSI KUIL KESAL SIKAP ACUH KERAJAAN SELANGOR

Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman R.Vellasamy kesal dengan sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan pakatan pembangkang dalam menyelesaikan isu tapak kuil itu.

Beberapa pucuk surat telah dihantar kepada kerajaan negeri meminta agar satu jalan penyelesaian berkaitan isu tapak kuil seluas hampir 0.8 hektar milik sebuah syarikat perladangan dan hartanah yang terletak di Ladang Teluk Merbau di sini.

Vellasamy berkata selepas mendapat surat daripada pemilik tanah pada 1 April2011 meminta tapak itu dikosongkan dan pihak pengurusan kuil menghubungikerajaan negeri bagi mendapatkan bantuan, tetapi hampa.

Beberapa surat untuk bertemu Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan,Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar, exco yang bertanggungjawab berkaitan masyarakat India, bagi menyelesaikan isu itu sehinggahari ini tidak menerima sebarang maklum balas.

SAHAM TEMPATAN DIJANGKA KIAN RANCAK

Pasaran saham tempatan dijangka lebih rancak tahun depan, khususnya aktiviti tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia berikutan kekukuhan tahap kecairan dalam negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Holdings Bhd, Chay Wai Leong (gambar), berkata pasaran modal negara berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu didorong inisiatif pelaksanaan pelbagai program rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Bursa Malaysia, katanya akan terus menyaksikan penyenaraian baru yang tinggi tahun depan dengan kemasukan syarikat kompetitif.

Seperti diumumkan sebelum ini, Tune Insurance dan Stapled REIT KLCC dijangka disenaraikan seawal 2013. Malakoff juga dilaporkan akan disenaraikan semula dan kita juga akan menyaksikan penyenaraian 1MDB dan Sarawak Energy.

Wednesday, 26 December 2012

GUNA SEPENUHNYA PENGALAMAN VETERAN UMNO

Nampaknya debaran Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) makin terasa. Cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara digesa menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengaruh anggota veteran parti itu bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 akan datang.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan 'peluru' yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.

PAS HANYA DIPERGUNAKAN DALAM PR

Walaupun dalam Pakatan Republik terdapat 3 parti iaitu PAS, PKR dan DAP tetapi parti PAS nampaknya seperti tidak wujud dalam pakatan tersebut. PAS seolah-olah hanya menjadi penumpang kepada PKR dan DAP yang mana nampaknya lebih dominan dan berkuasa atas segala-galanya.

Pas bukan sahaja merupakan penumpang kelas ketiga dalam pakatan pembangkang, malah mereka ibarat melukut di tepi gantang masuk tak lebih, keluar tidak kurang… tiada lebih baik. .Itulah ibaratnya parti PAS dalam pakatan  kini akibat daripada melacurkan perjuangan mereka semata-mata memuaskan nafsu politik Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, ujar Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip.

Selama ini hanya PAS yang menwar-warkan mahu melantik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

SITI OOO...SOM

Nampaknya semakin aktif penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjinakkan diri dalam bidang pengacaraan.

Selepas kejayaan program bual bicara berjudul Siti, kini Siti mengembangkan bakatnya dalam mengacara program berbentuk permainan (gameshow) pula iaitu Siti Ooo...Som.

Siti Nurhaliza Taruddin, 32, berkata, percubaan kali kedua sebagai pengacara tetap memberikan cabaran yang tersendiri namun masih lagi terkawal memandangkan konsepnya lebih santai, berbeza dengan Siti, dimana ia sebuah program yang serius.

GANESAN SUDAH REPOT POLIS, ANWAR DAN AZMIN BILA LAGI?

Skandal dan ahli politik bagaikan aur dengan tebing, iaitu tidak boleh dipisahkan.  Sama ada skandal tersebut benar atau tidak, itu adalah cerita lain sama sekali.  Sekiranya skandal tersebut tidak benar, maka ia akan hilang sendiri.  Tetapi sekiranya benar, maka ia mungkin bermakna berakhirnya nyawa politik mereka.

Namun, di dalam politik, semuanya mungkin sehinggakan seorang yang telah terbukti meliwat dan video seksnya tersebar juga mampu bertahan, asalkan tahu caranya.  Antara ahli politik yang berkenaan tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali.

Dan kita juga telah pun melihat bagaimana ada pemimpin politik yang terus ‘bernyawa’ walaupun memilih untuk mengaku salah.   Keikhlasan beliau memohon maaf serta menelan malu akibat skandal tersebut adalah sesuatu yang luar biasa, sehinggakan akhirnya dipuji sebagai tindakan berani, jujur dan ikhlas.   Beliau kini dimaafkan dan diterima baik oleh keluarga dan juga orang ramai.

Lalu, skandal tersebut pun habis setakat itu sahaja dan hari ini, skandal mengenai ahli politik lain pula mendapat tempat di media.

KFCM & LEUNIEY BAKAL BERGELAR SUAMI ISTERI

Akhirnya!!! Tahniah diucapkan kepada penjaga gol pasukan bola Kebangsaan Khairul Fahmy Che Mat atau lebih glamer dengan panggilan Apek, 23 kerana bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 Jumaat ini bersamaan 28 Disember 2012.

Pernikahan pasangan ini akan berlangsung pada 28 Disember 2012 di kediaman pengantin perempuan, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada jam 9.00 pagi. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 30 Disember 2012 di Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan pada jam 8.00 malam. Berkonsepkan Melayu Kontemporari.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu iaitu pada 5 Januari 2013 di kediaman keluarga pengantin lelaki di Kg. Chenang, Kota Bahru pada jam 1.00 tengahari. Majlis ini akan menampilkan konsep perkahwinan ala kampung.

PAS BIDAS GUAN ENG ISU KALIMAH ALLAH

PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

“Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut”.

KIM SWEE BERDEDIKASI

Tidak mustahil skrip yang lebih kurang sama juga bakal dialami Kim Swee menjelang Sukan SEA di Myanmar seperti tahun lalu apabila skuad Harimau Muda kendaliannya berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia.

Apa yang pasti, tarikh 11 Disember 2013 pastinya menjadi hari yang cukup istimewa buat beliau jika anak-anak buahnya berjaya melakar hatrik pada temasya dwitahunan itu.

Sedar ia sesuatu yang cukup indah, Kim Swee, 42, sebaliknya enggan memikirkan sentimen peribadi dan kekal fokus untuk memburu emas bola sepak yang ketujuh buat Malaysia sejak temasya itu diperkenalkan pada 1959 (dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP).

PERBANKAN NEGARA TERUS BERKEMBANG TAHUN DEPAN

Sektor perbankan negara bersedia untuk terus berkembang tahun depan seiring dengan negara maju baru yang lain.

Ketua ekonomi (kerjasama perdagangan dan serantau), Pejabat Integrasi Ekonomi Serantau, Bank Pembangunan Asia, Jayant Menon, berkata Myanmar ialah antara pilihan serantau yang baru untuk bank tempatan mengembangkan sayapnya, selain daripada Kemboja dan Laos.

Terdapat juga banyak potensi lain untuk bank meningkatkan jualan dan pendapatan mereka di pasaran baru ini.  Vietnam juga mempunyai banyak potensi dari segi pertumbuhan masa depan untuk bank-bank Malaysia.

Tuesday, 25 December 2012

ARAH PULANG GELARAN DATUK BUKTI DAP PERLEKEH RAJA MELAYU

Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

KERAJAAN SELANGOR DOLAK DALIK BERHUBUNG ISU CUKAI TAKSIRAN

Barisan Nasional (BN) Selangor telah membidas sikap berdolak-dalik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu semakan cukai taksiran ke atas pemilik tanah di Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata Abdul Khalid tidak sepatutnya mengaitkan kerajaan pusat berhubung penetapan kadar cukai taksiran di negeri itu sebab ia sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Besar dan Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal PBT mempunyai kuasa untuk menentu dan memutuskan kadar cukai pintu yang dikenakan kepada rakyat negeri ini sama ada ia dinaikkan atau sebaliknya.

Dalam soal pelantikan ahli majlis PBT sebagai contoh, kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam membuat asas pertimbangan pelantikan jawatan itu. Malah, fungsi PBT itu sendiri sebenarnya di kawal selia oleh kerajaan negeri.

Mohd Zin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Khalid pada Selasa lepas bahawa pihak berkuasa tempatan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan kadar cukai taksiran yang dikenakan terhadap penduduk setempat.

Menteri Besar berkata kadar cukai taksiran di negeri itu ditetap berdasarkan kadar semasa hartanah mengikut penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan.

RASUAH PEMBERIAN TANAH DI KELANTAN KEPADA KEPIMPINAN DAP

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan sebuah blog yang mendakwa berlakunya rasuah pemberian tanah terhadap salah seorang pemimpin DAP dalam proses pemilihan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri ,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak kira-kira empat  tahun lepas.

Menurut beliau, biarpun pendedahan tersebut telah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang, namun beliau mendesak agar SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

“Saya minta agar SPRM segera menyiasat dakwaan tersebut untuk mencari kebenaran tentang pendedahan tersebut. Bahkan saya difahamkan, blog tersebut juga turut memuatkan beberapa dokumen berkenaan pemberian tanah tersebut kepada kepimpinan DAP itu.

“Selama ini mereka menuduh UMNO dan BN mengamalkan rasuah, namun pendedahan tersebut membuktikan bahawa tuduhan itu kini berbalik kepada mereka dengan pendedahan blog tersebut dengan beberapa dokumen sebagai bukti,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini.

TUDUHAN RASUAH CALAR MARUAH KAKITANGAN AWAM

Dakwaan dakwaan Senator Dr Ariffin SM Omar kononnya monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah.adalah tidak benar sama sekali. Kenyataannya ini telah mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak terutamanya penjawat awam.

Dia perlu sedar perlantikannya dalam CEC hanyalah wayang semata. Diri dia sendiri dipergunakan oleh DAP. Jadi jangan nak mengata monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam punca rasuah. Dia sendiri bangsa Melayu. Jangan jadi musang berbulu ayam.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, “Saya nak tanya dia, apa ukuran yang dibuat olehnya dan di mana rujukan yang diambil untuk membuat penilaian sedemikian. Bagi saya, Ariffin hanya mahu mempromosikan dirinya dan mendapat liputan media. Publisiti murahan”.