Friday, 10 May 2013

Pemimpin-pemimpin dunia ucap tahniah kepada PM Najib

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan mengatakan keputusan Pilihan Raya 2013 tidak sah, tidak adil dan sebagainya, negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara jiran dari Singapura terus-terusan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya mengekalkan kerajaan.

Pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell turut merakamkan ucapan tahniah kepada Najib kerana kejayaan tersebut serta berkata Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baharu setelah ia dibentuk.

Mereka turut meluahkan rasa puas hati melihat rakyat Malaysia bebas memilih pemimpin mereka sendiri.

Sementara itu, ada juga beberapa pemimpin lain seperti PM Britain, David Cameron, PM Australia Julia Gillard dan PM Thailand Yingluck Shinawatra yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Najib mempertahankan kuasa BN mentadbir Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong juga diberitakan telah menelefon Najib bagi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Lee berkata beliau tidak sabar-sabar untuk terus bekerjasama dengan Najib bagi mengukuhkan hubungan.

Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan dagangan yang besar, lebih-lebih lagi berkenaan pembinaan keretapi laju antara Kuala Lumpur- Singapura yang dijangka hanya akan mengambil masa kurang 90 minit.

Jika negara-negara luar m,engiktiraf Malaysia, menjalankan pilihan raya yang adil, kenapa sukar sangat untuk Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke013, sebaliknya menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anwar perlu memiukirkan logik tuduhan dan dakwaan-dakwaannya bahawa SPR membantu BN menipu dalam pilihan raya, sedangkan jika benar SPR bersubahat bersama BN, Selangor dan Pulau Pinang dengan mudak akan ditawan BN, dan BN sudah pasti akan beroleh majoriti dua pertiga kerusi parlimen dengan mudah.

Anwar sebenarnya telah habis modal untuk dijaja kepada penyokong Pakatan Rakyat lantas menggunakan isu yang tidak masuk akal untuk mengekalkan sokongan demi menutup kesalahan mereka.

Malah untuk mencapai tujuannya itu< Anwar ketika ceramah di Stadium Kelana jaya juga ebrjanji akan menganjurkan lebih banyak demonstrasi dan himpunan besar-besaran untuk menuntut SPR menjalankan pilihan raya dengan lebih adil dan telus.

Ini sekaligus menimbulkan persoalan bahawa mereka cuba mewujudkan 'fenomena Arab Spring' yang akan menyaksikan netara kacau bilau dan porak peranda dengan kehancuran yang diwujudkan Pakata Rakyat.

Mereka juga mendesak kerajaan Najib berundur kerana tidak sah dan mendakwa SPR talam dua muka kepada Najib.

No comments:

Post a Comment