Thursday, 6 June 2013

#Belanjawan2014 - Pembangunan Prasarana Luar Bandar Akan Diberi Keutamaan

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan diberi keutamaan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2014, khususnya bagi wilayah pedalaman di Sarawak dan Sabah, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

jumlah peruntukan bagi pembangunan prasarana luar Bandar di Sarawak dan Sabah serta negeri-negeri lain akan diputuskan selepas pihaknya mengadakan perbincangan serta penelitian bagi merangka pelan perbelanjaaan tahunan berkenaan.

“Pastinya tumpuan belanjawaan perlu diberikan kepada kawasan luar bandar, terutama dari segi jaringan jalan, semua ini kita perlu mengambil kira. Lihat kes feri karam baru-baru ini, ia sungguh menyedihkan apabila negara kita sedang maju, namun ada rakyat yang terpaksa naik feri pergi ke satu tempat dengan dua, tiga jam,”

“Sudah pasti pembangunan luar bandar akan diberi keutamaan mengikut kemampuan belanjawan kita kerana kita juga mensasarkan untuk mengurangkan defisit perbelanjaan. Kita akan berusaha dengan kemampuan kita dan lebih banyak peruntukan untuk kawasan dan pembangunan infrastruktur luar bandar,” katanya.

Belanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan luar bandar akan terus dibangunkan untuk mengurangkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar, di mana sebanyak RM4.5 bilion telah diperuntukkan ke arah pelbagai projek pembangunan prasarana luar bandar.

No comments:

Post a Comment