Thursday, 28 February 2013

SIRI 2 : KEMELUT KALIMAH ALLAH



Apa yang jelas ialah sudah ada peruntukan undang-undang yang sah dan sahih digubal melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Peruntukan ini dinamakan 'Undang- Undang Anti-Dakyah Agama' yang dengan jelas memperuntukkan "bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam dan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah dilarang sama sekali dalam apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka".

Peruntukan undang-undang ini pula sebenarnya dibuat berdasarkan peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain terhadap orang Islam.

Dan ini semua adalah bersesuaian dengan semangat dan peruntukan Rukun Negara di mana seluruh rakyat dan warganegara telah berikrar menyatakan antara lain akan menghormati, mentaati dan mempertahankan "Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang".

#PAKATANREPUBLIK HANYA TAHU TABUR JANJI. #MANIFESTOBUKANJANJI

ManifestoBukanJanji pakatan pembangkang membuktikan mereka hanya tahu menabur janji, tetapi langsung tidak tahu mentadbir. Yang mereka tahu hanya memfitnah dan melontarkan tomahan kepada kerajaan yang sedia ada.

Kerajaan perlu memastikan sumber pendapatan stabil dan tidak berbelanja melebihi kemampuan atau negara boleh muflis. Bukan seperti pembangkang nak semua dimansuhkan. Jika semua benda dimansuhkan seperti dalam manifesto ‘janji populis’ pembangkang, perbelanjaan negara akan melebihi pendapatan dan akan merugikan rakyat.

Ini manifesto orang tak tahu (tadbir) kerajaan. Kerajaan perlu ada wang dan perlu kuatkuasakan undang-undang. Kalau semua punca pendapatan termasuk cukai pendapatan, tol dan sebagainya kita hapuskan, pendapatan kerajaan akan berkurangan.

Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?



Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR. 

Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.

Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?

Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.

Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.

Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.

Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.

Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.

Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.

Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu? 

Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.

Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.

Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?

ISU AIR: SIRI 4 – BELI SAHAM SYABAS TIDAK SELESAIKAN MASALAH?? @NajibRazak @Khalid_Ibrahim @mymassa

Baru-baru ni Kerajaan Negeri Selangor membulatkan tekad untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Pembelian syarikat itu bukanlah isu besar kerana ia hanya proses biasa yang cuba dilihat luar biasa oleh kerajaan negeri di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Khalid Ibrahim.

Urusniaga pembelian syarikat berlangsung setiap hari di Bursa Saham Kuala Lumpur melalui pembelian saham di papan utama dan lain-lain saham cip biru. Pendek kata jika anda pembeli yang berkehendak beli (willing buyer) sahaja saham syarikat yang ingin dibeli (willing seller), jika mereka tuan punya syarikat ingin menjual maka segala urusan dianggap selesai.

#Altantuya - Masih Relevankah PI Bala Dengan Adanya Video Pengakuan Raja Petra?


Bagi pembangkang, PI Bala adalah kayu api terakhir (selepas Deepak) untuk menghidupkan kembali api fitnah mengenai pembunuhan Altantuya dan hubungkaitnya dengan pembelian kapal selam.

Biar MyMassa imbas kembali. Kes pembunuhan Altantuya dan skandal Kapal Selam merupakan cerita penglipur lara politik yang terkenal iaitu Raja Petra. Raja Petra berjaya mengarang beberapa siri cerita untuk mengaitkan pemimpin Kerajaan dengan kedua-dua perkara tersebut. Dan PI Bala hanyalah salah satu watak dalam cerita ciptaan Raja Petra (RPK).

Bila pembunuhan Altantuya menjadi kes mahkamah, watak tersebut menjadi saksi perbicaraan. Berbeza dengan fiksyen ciptaan RPK, kes ini perlu berfakta dan berdasarkan kejadian sebenar. Dengan takdir Allah SWT, PI Bala yang merupakan salah seorang saksi telah membuat akuan bersumpah sebanyak dua kali. Adakah orang yang bertukar-tukar akuan bersumpah seperti PI Bala perlu kita percayai?

Berbalik kepada perbicaraan kes Altantuya, hakim telah buat keputusan. Orang yang membunuh Altantuya juga telah dihukum. Lebih menarik lagi, penulis hikayat cerita dongeng Altantuya juga telah buat pengakuan!




Jadi adakah kita perlu terus layan hikayat demi hikayat ini yang sememangnya bertujuan untuk bunuh karier politik YAB Perdana Menteri sebagaimana yang diakui oleh pemula dan pengarang cerita ini sendiri?

Jika PI Bala masih mahu meneruskan cerita bohongnya, kita perlu tanya dapatkah dia menjelaskan gambar super impose ini? Benarkah Altantuya pernah memasuki Paris atau ianya hanya satu cerita rekaan berdasarkan bukti forensik fotografi ini dan penafian polis Perancis bahawa mendiang tidak pernah memasuki negara tersebut.


Pakatan DAP-PKR-PAS Bolot Kerusi DUN Dan Parlimen di Sabah!!




Dari awal lagi rakyat telah dimaklumkan akan taktik jahat Pakatan Haprak yang bukannya berkhidmat demi rakyat tetapi demi poket dan kroni sendiri. Terdahulu mereka ini seolah melempar najis kepada rakyat Sabah dengan mendalangi pencerobohan tentera Kesultanan Sulu sehingga memaksa kerajaan bertungkus lumus menyelesaikannya, kini mereka yang kononnya menjanjikan autonomi kepada Sabah sekali lagi mengencing parti-parti politik tempatan dengan membelakangkan calon dari SAPP (Parti Maju Sabah) dan beberapa buah parti lagi!

Nah kini kita sudah ketahui betapa jahat dan rakusnya Pakatan Haprak yang menjanjikan macam-macam namun tidak ditepatinya. JK pasti rakyat Sabah tentu akan menggelegak dengan amarah apabila mengetahui taktik jahat DAP-PKR-PAS membolot semua kerusi di Sabah. Sudah lah PKR Sabah memandai-mandai kurniakan gelaran mulia 'Huguan Siou' kepada Anwar Ibrahim dan menconteng arang kepada kaum Kadazan Dusun dan Murut, kini mereka mahu berkuasa terhadap Sabah pula??

Diharap rakyat Sabah yang sudah sedar dari mimpi janji-janji bulan dan bintang Pakatan Haprak ini membuka seluas-luasnya mata kerana apabila kuasa DAP-PKR-PAS menyelinap masuk Sabah,maka akan hilanglah identiti pribumi Sabah yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kalian! 

Sama-sama kita tolak pakatan haprak, Parti Pijak Rakyat! 

Wednesday, 27 February 2013

OPPOSITION PACT LEADERS FEAR THE TRUTH – INTEGRITY PLEDGE WILL SEE THEIR BLUFFS

Every Malaysian is waiting anxiously when the opposition pact leaders would sign the Transparency Integrity Election Pledge as time passes by and the general election is drawing near. 
 
S. Ambiga has the cheek to say that he would Prime Minister Naib TunRazak responsible to the pledge but why doesn’t she call on the leaders of the opposition pact to sign? 
 
She knows that the pact leaders would cheat in the election and she is with them and that is why she does not even want to touch them. 
 
So Malaysians now know the leaders of the opposition pact only knows how to condemn but never want to commit – the only reason anyone can think of is they wanted to cheat – that is why they will not sign the pledge. 
 

ISU AIR: SIRI 3 – KERAJAAN PERSEKUTUAN BANTU SYABAS

Apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan bantuan kepada SYABAS untuk kerja yang amat kritikal dalam menambah baik sistem bekalan air akibat dari tindakan Kerajaan negeri tidak mahu Loji Langat 2 dibina, SYABAS dikata kroni kerajaan persekutuan. Yang terbaru isu bantuan kepada SYABAS sebanyak RM120juta.

Secara umumnya bantuan kepada SYABAS adalah merupakan bantuan kepada kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan negeri memegang 30% saham dalam SYABAS dan yang akan terima faedah dari bantuan ini tak lain dan tak bukan rakyat Selangor juga.

PAS Secara Halus Menolak Anwar Sebagai Calon PM



Ketika DAP begitu konsisten menegaskan bahawa Anwar akan dipilih menjadi PM jika Pakatan menang, PAS pula menyuarakan penegasan yang berbeza . PAS menegaskan tiada jaminan Anwar akan menjadi Perdana Menteri sekiranya  menang dalam PRU nanti. Nampaknya PAS tidak senada dengan DAP. Barangkali Anwar bukan calon pilihan PAS untuk menjadi PM. Apa kata PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa ada 2 faktor yang diambil kira untuk melayakkan seseorang itu untuk menjadi PM.

Pertama : Bergantung kepada bilangan kerusi yang dimenangi oleh parti.

Kedua : Semua pihak dalam PR perlu bersetuju kepada orang yang dilantik menjadi PM.

Si Peluru Tumpul Anwar Bala Subramaniam Siri 1:Sumpah #Bala Diagung-agungkan,Sumpah #Anwar Bila Lagi?

 
Setelah gagal menghasut dan mengdoktrin rakyat untuk mentaatinya, kem Anwar Ibrahim telah menukar modus operandi kepada sesuatu yang lebih ganas dan di luar jangkauan iaitu dengan cuba mengaitkan insiden lahad datu dan pemberian IC sebagai kelemahan pentadbiran kerajaan,namun Allah Maha Berkuasa,dengan sekelip mata kedua-dua pelan jahat Anwar telah terkena batang hidung sendiri apabila kini Anwar dan konco-konconya pula yang dituduh mendalangi insiden Lahad Datu (sila baca di sini dan sini) dan pemberian IC (sila rujuk sini). Hmm..ini tak boleh jadi,Anwar harus lakukan sesuatu yang terdesak bagi menghasut rakyat. 
 
Maka second last resort (JK akan ulas tentang last resort beliau di akhir artikel ini) ialah dengan membangkitkan semula kes scorpene yang sapinanya masih tak sampai-sampai lagi ke Malaysia (ingat lagi Cynthia Gabriel dengan sombongnya berucap menyatakan sapina itu 'on the way to Malaysia'),sapina itu berenang dari Perancis agaknya!Perbicaraan pun tiada nak sapina apanye??Ok berbalik pada kisah scorpene ini,Anwar dengan desperatenya telah memutuskan untuk membawa pulang Bala seorang insan flip flop dan diragui personalitinya untuk kembali ke Malaysia bagi membuat onar yang kononnya akan memberi mileage kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13. JK hairan juga selama di dalam persembunyiannya si Bala ni ditaja oleh siapa?

Maka Si Bala ni pun tiba di KLIA,langsung tidak ditahan imigresen (maka terbuktilah kerajaan kita tidak zalim,sesuka hati menahan orang masuk ke Malaysia) disambut bagaikan seorang wira filem tamil oleh pencacai Anwar, antara yang kelihatan ialah peguam bela iaitu, anggota kuat parti PKR. Nah kehadiran orang-orang pembangkang ke KLIA sudah membuktikan bahawa kepulangan Bala ke Malaysia ini tidak lain tidak bukan hanya sebagai bullet Anwar yang terdesak mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia! Dan yang paling mencuit hati sekali tentulah insiden Bala bersumpah laknat dengan kitab Agama Hindu Bhagavad Gita di hadapan khalayak ramai bahawasanya beliau mempunyai 'bukti kukuh' tentang kes scorpene dan altantuya ini! Adoi nak terkucil pun ada melihat gelagat pendokong Anwar Ibrahim yang bersorak sorai dengan sumpahan Bala menggunakan kitab Agama Hindu Bhagavad Gita, eh tiba-tiba sumpah pakai kitab Hindu ni boleh diterima pakai oleh puak-puak taksub Anwar Ibrahim ni pula ye? Bila pula mereka nak laksanakan upacara'bersihkan' ketua mereka pula dengan sumpah laknatnya? Kalau dia tidak mahu guna kitab Al-Quran,mungkin guna kitab Bhagavad Gita macam Bala tu baru pengikutnya nak percaya kot? Nantikan siri seterusnya yang akan merungkai lebih banyak fitnah Bala dan Anwar demi memperbodoh rakyat.


JK: Ada yang bisikkan dekat JK dana peruntukan untuk Bala di luar negara sudahpun kehabisan jadi beliau harus pulang untuk claim duit lagi dari tabung tin milo Pakatan Haprak ni. Dan berkenaan last resort tu, dengar-dengarnya akan ada satu insiden yang mana salah seorang yang penting dalam parti akan ditembak supaya mereka dapat menuding jari ke arah lawan dan play the victim macam kes racun arsenik dan suntikan HIV!! Siapalah orang itu agaknya ya?

SIRI 1 : KEMELUT KALIMAH ALLAH



Tindakan Lim Guan Eng membuat desakan pada 25 Disember 2012 sempena sambutan Krismas supaya Kerajaan Persekutuan memberikan kebenaran rasmi kepada penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam hal berkaitan agama Kristian adalah jelas satu penghinaan terhadap Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan dan melanggar peruntukan undang-undang negara!

Dan tindakan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang membuat kenyataan bersama pada 8 Januari 2013 bahawa penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dengan alasan antara lain kononnya Islam membenarkannya, membuktikan pakatan DAP-PKR-Pas adalah satu pakatan yang tidak menghormati agama Islam, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang negara.

Malahan Majlis Syura Pas pada 13 Januari 2013 telah menyanggah pendirian Presiden Pas sendiri dan ketetapan pembangkang DAP-PKR-Pas dengan membuat pendirian yang sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama muktabirin serta NGO-NGO Islam dengan memutuskan bahawa kalimah Allah hanya boleh diguna oleh umat Islam dan melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam termasuk Kristian.

Tuesday, 26 February 2013

Negara Luar Tiada Tol??Pakatan Republik Kantoi Menipu



Semalam JK terbaca surat khabar tentang UEM ‘hilang’ projek RM17.5 bilion di Turki di mana Kerajaan Turki memutuskan untuk membatal tender projek penswastaan jambatan dan lebuh raya bernilai AS$5.72 billion (RM17.5 bilion di negara tersebut yang mana sebelum ini telah dimenangi oleh konsortium yang dianggotai oleh UEM Group Bhd. (UEM).

UEM telah memenangi tender tersebut bagi mengendali dan menyelenggara lebuh raya bertol sepanjang 1975 kilometer, dua jalan sambungan serta dua buah jambatan untuk tempoh 25 tahun.  JK terbaca sesuatu. LEBUH RAYA BERTOL??? Eh betul ke apa yang JK baca ni. Bukan apa, sebab puak-puak pembangkang cakap negara luar tiada lebuh raya bertol.  So, ini buktinya yang negara Turki pun ada lebuh raya bertol.  Bukan negara Turki je, banyak lagi negara luar yang ada lebuh raya bertol. Sebelum nak cakap, buat research dulu.

Malas nak berdebat dengan puak-puak pembangkang ni. Bagi bukti yang real pun mereka tetap takkan percaya. Mereka bercakap tidak berasaskan fakta. Semuanya auta semata-mata. Apa yang kerajaan buat semua nak dibangkangnya. Cakap pasal tol ni tiba-tiba JK teringat tentang idea bernas Pakatan Republik ni.

Di dalam Buku Jingga ilham pakatan pembangkang, semua lebuh raya bertol di Malaysia mahu dimansuhkan. Bagus sungguh idea tersebut. Mana ada rakyat Malaysia yang suka dan rela bayar tol.

Tapi kita perlu ingat, bermacam-macam idea yang sedap didengar ini dicanangkan oleh pemimpin PKR, DAP dan Pas semata-mata mahu undi rakyat.

Belum tentu apa yang digembar-gembur ini akan ditunaikan selepas menang pilihan raya. Tengoklah apa yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

Sebelum menang, mereka berjanji akan menamatkan bayaran tol jika berjaya menawan Selangor. Tapi bila sudah menang dan berkuasa, ada sahaja dalih mereka. Alasan utama adalah tanggungjawab itu dikatakan di luar bidang kuasa kerajaan negeri PKR. Mereka campak beban itu kepada Kerajaan Pusat kerana sedar bidang kuasa dan kemampuan mereka kecil. Itulah PAKATAN RAKYAT. Hanya pandai berjanji tetapi tidak tunaikan.


P/S : Apa jadi dengan LEBUH RAKYAT Nik Ajis eh??Dengar cerita yang ada cuma batu nisan eh silap batu asas je yang tersergam indah di situ..hahaha

Undang-Undang Malaysia Lebih 90% Mengikut Syariah



Undang-undang Malaysia adalah 90 peratus mengikut syariah dan tidak perlu disangkalkan lagi. Menurut kenyataan Tun Abdul Hamid Mohamad,beliau percaya sekiranya Malaysia melaksanakan undang-undang sepenuhnya, lebih daripada 90% undang-undang sedia ada tidak akan berubah.


Kerajaan telah melakukan usaha-usaha pengukuhan nilai-nilai keislaman. Masyarakat melayu dinasihatkan supaya berhenti daripada asyik berbahas untuk menentukan Malaysia sebuah Negara Islam atau sekular kerana Malaysia adalah Negara Islam.

ISU AIR: SIRI 2 – PENGSTRUKTURAN SEMULA BUKAN ALASAN. @NajibRazak @Khalid_Ibrahim @mymassa

Isu yang utama yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri Selangor ialah menjadikan pengstrukturan semula Industri Air Selangor. Ia dijadikan alas an utama kerajaan negeri untuk tidak melaksanakan Loji Air Langat 2, penahanan perbelanjaan modal (CAPEX) SYABAS dan lain-lain perkara yang melibatkan kelulusan kerajaan negeri.

Untuk pengetahuan, SYABAS dan Puncak Niaga tak pernah membantah cadangan untuk membuat pengstrukturan semula atau migrasi mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jelas tiada halangan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menstruktur semula industri air kerana ini adalah transaksi perniagaan dan kesua-dua pihak boleh membuat keputusan atas dasar “Willing Seller, Willing Buyer”.

LALUAN PERTAMA MRT SUNGAI BULOH-KAJANG DIJANGKA SIAP MENGIKUT JADUAL


Laluan pertama My Rapid Transit (MRT)Sungai Buloh-Kajang dijangka siap mengikut jadual pada Jun 2017.

Dengan tujuh peratus landasan telah siap dibina setakat ini, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul Hamid berkata kemajuannya dijangka berjalan lancar di masa depan.

Adalah mustahak untuk menyiapkan projek ini tepat pada masa dalam kos yang ditetapkan. Dan sebarang kesilapan atau kesilapan perlu dielakkan.

Baki 18 pakej bagi Laluan 1 dijangka diberikan sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

Monday, 25 February 2013

Najib "Negara Di Minda, Rakyat Di Hati" Siri 7 (1) : Pelan Tindakan Menuju Transformasi @NajibRazak



Tugas utama yang ditangani Dato' Sri Najib ialah suatu tugas yang beliau anggap sendi untuk kejayaan semua rancangan yang lain. Beliau telah menggagaskan '1Malaysia' sebagai suatu platform terangkum untuk mendekati dan menyentuh setiap rakyat menggunakan cogankata 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', bagi menggerakan gagasan itu. Konsep tersebut kini telah diserapkan ke dalam keperluan asas rakyat meliputi makanan, kesihatan dan perumahan yang merangkumi perkara-perkara berikut :

Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup-
Mengiktirafkan kesusahan hidup sesetengah warga Malaysia, Dato' Sri Najib telah memberikan keutamaan kepada usaha menangani kenaikan belanja sara hidup. Beliau telah memantapkan inisiatif untuk memberi bantuan kepada rakyat sebaik mungkin. Beliau telah memikirkan langkah jangka pendek dan juga langkah jangka panjang untuk meringankan keadaan.

Subsidi Kerajaan telah menjadi kaedah penyelesaian secara berterusan dan ini dijangka akan diteruskan. di bawah ini diperincikan subsidi barangan makanan dan untuk ini kerajaan telah memperuntukan RM2.3 bilion untuk faedah semua rakyat.

BERAS:
Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga sebenar ialah RM2.40 tetapi subsidi Kerajaan BN sebanyak 25% atau 60sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.80.

GULA:
Bagi setiap kilogram gula, harga sebenar ialah RM2.50 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 8% atau sebanyak 20sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM2.30.

MINYAK MASAK:
Bagi setiap kilogram minyak masak, harga sebenar ialah RM4.75 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 43% atau RM2.25 daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM2.50.

TEPUNG:
Bagi setiap kilogram tepung, harga sebenar ialah RM1.90 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 29% atau 55sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.35. Disamping barangan berasaskan makanan, Kerajaan BN juga telah menimbangkan kos petroleum dan gas yang merangkumi subsidi berikut:

PETROL:
Bagi setiap liter RON95, harga sebenar ialah RM2.75 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 31% atau 85sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.90.

DIESEL:
Bagi setiap liter diesel, harga sebenar ialah RM2.66 tetapi subsidi Kerajaan sebanyak 23% atau 86sen daripada harga sebenar membolehkan orang ramai membayar hanya RM1.80.

Sejak 2009 Kerajaan telah memberi subsidi bagi isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan sebanyak RM20 atau kurang dan faedah ini dinikmati kira-kira 1 juta isi rumah.

Membina Jaring Keselamatan Sosial Menerusi 1Malaysia:
Dalam usaha menangi masalah belanja sara hidup, Dato' Sri Najib telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah konsep 1Malaysia. Ini termasuk :-

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia(KARISMA) :
Memberi faedah kepada warga emas yang miskin dan kanak-kanak menerusi peruntukan antara RM100 hingga RM450 sebulan. Kira-kira RM1.4 bilion diperuntukkan setiap tahun menerusi program ini, termasuk golongan kurang upaya dan ibu tunggal.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M):
Kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Sebanyak RM2.6 bilion telah diperuntukan untuk tujuan ini dan hampir 80% daripada isi rumah yang tergolongan dalam kategori ini dijangka akan menerima bantuan di bawah BR1M.



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) :
Membolehkan warga Malaysia memohon pinjaman RM5,000 daripada institusi-institusi kewangan yang turut serta seperti CIMB Bank, RHB Bank, Maybank dan Bank Simpanan Nasional untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Para peserta hanya dikenakan bayaran bulanan minimum selama 5 tahun. Bayaran insentif diberikan setiap bulan selama lima tahun.

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) :
Merupakan rangkaian kedai runcit yang menawarkan 250 jenis produk yang dijual kepada rakyat Malaysia pada harga 40% lebih murah.


Menu Rakyat 1Malaysia :
Menawarkan set menu popular dengan bayaran maksimun RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengahari. Pada masa ini terdapat 750 pengendali makanan menawarkan menu ini manakala 3,000 pengusaha lagi dijangka menerimapakai menu yang sama menjelang akhir 2012. Semua pengusaha kafeteria di pejabat kerajaan dan juga sektor swasta digalakkan untuk melaksanakan tawaran ini.


Klinik 1Malaysia:
Beroperasi di seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan kesihatan pada kadar RM1. Ini bagi meringankan beban rakyat miskin Malaysia dan membolehkan mereka mendapat penjagaan kesihatan pada kos yang munasabah.

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA):
Telah ditubuhkan untuk membangun dan menyenggelarakan rumah berkualiti mampu milik khususu untuk warga Malaysia daripada kumpulan berpendapatan pertengahan. PR1MA bertindak sebagai pemaju untuk mencari sumber luar tanah yang dimiliki kerajaan supaya boleh ditukar menjadi kawasan perumahan.

Rancangan Jangka Panjang Untuk Menangani Kenaikan Harga Makanan.

Sebagai langkah jangka panjang untuk menyekat kenaikan harga makanan terutamanya dalam pengeluaran komoditi makanan utama seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan, Dato' Sri Najib telah mengambil langkah-langkah berikut :-

- Melancarkan Dasar Agro-Makanan Negara 2011-2020 untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi, meningkatkan nilai tambah agro-makanan, melengkapkan dan memantapkan rantaian bekalan dan menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan terlatih untuk sektor pertanian.

-    - Peruntukkan RM 1.1 Billion untuk pembangunan sektor pertanian. Projek ini dilaksanakan di bawah inisiatif  Projek Pembangunan  Pertanian Terengganu Utara,  Projek  Saliran Sabah dan Sarawak, TEKUN,  dan projek NKEA.

-     -Memperluas ruang lingkup Dana Pertanian Dagangan dengan peruntukan sebesar RM300 juta, termasuk projek pertanian inovatif. Dengan adanya dana ini Malaysia boleh meningkatkan kualiti dan bilangan usahawan tani.

 -Memperluas program pertanian kontrak untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diberi tugas untuk menguruskan program ini. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka terlibat meliputi 7,000 hektar tanah. FAMA akan menyediakan rangkaian pengedaran untuk memasarkan hasil tani daripada program ini.

Dalam mengambil keputusan untuk mengajakkan ekonomi kepada taraf pendapatan tinggi, Dato' Sri Najib perlu mengambil langkah tegas untuk meningkatkan produktiviti dan menambahkan nilai kepada taraf baru yang diharapkan, dimana produk dan perkhidmatan Malaysia mampu bersaing secara berkesan setaraf dengan negara-negara yang lebih maju.

Beliau boleh mengambil jalan mudah menerusi perumusan Rancangan Malaysia Ke-10, yang menggunakan pendekatan berasaskan belanjawan untuk meneruskan usaha membina ekonomi negara.

Tetapi beliau sedar bahawa beliau perlu mengambil risiko kerana Malaysia tidak lagi dapat terus mengekalkan pertumbuhannya berasaskan pola yang telah digunakan sejak bertahun-tahun lamanya.

Acuannya perlu dirungkai dan Dato' Sri Najib yang berbekalkan ilmu ekonomi di dada cukup sedar akan hal ini. Beliau juga tahu rakyat Malaysia sudah bersedia untuk melakukan perubahan.

Lantas beliau memecahkan tradisi dengan memperkenalkan beberapa langkah yang merangkumi Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi sebagai rangka tindakan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan yang diperlukan untuk menganjakkan perusahaan dan tadbir urus Malaysia ke tahap yang seterusnya.

Pengenalan inisiatif baru ini memperkukuhkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang meliputi tempoh 2011-2015. RMK-10 digagaskan dalam kerangka  '10 Gagasan Besar' khusus bertujuan meningkatkan pelaburan swasta.

Pelaburan swasta, tempatan dan asing merupakan sumber untuk Malaysia mendapatkan dana untuk membiayai projek yang mesti dilaksanakan untuk menganjakkan negara ke tahap berpendapatan tinggi.

Dato Sri Najib turut sedar bahawa apabila sektor swasta mula bergerak untuk menambahkan produktiviti maka jentera Kerajaan pula perlu meningkatkan usaha untuk menyediakan sokongan yang akan meningkatkan daya saing.

PAS PUT ITS FOOT DOWN AND PR PARTIES DISINTEGRATING

PAS, the strongest party in the opposition pact of Pakatan Rakyat (PR) is opening up and getting wise.
The party has decided to ‘go alone’ in wooing voters using its strength that is Islam and its fundamentals, distancing itself from the cheats and lies of PKR and DAP.

The party which leaders are matured and who know Anwar Ibrahim since the latter was in university, has now taking a hardline stand to put its own choice as Prime Minister if the PR wins the 13th general election.
PAS move has angered not only Anwar who has sold his soul to the ‘devil’ just to be the Prime Minister, but also partner DAP as shown by Karpal Singh openly.

The verbal spat on several issues between PAS and DAP is not just a ‘storm in atea cup’ but a typhoon over the sea, threatening to rock and capsize the ship the three parties are in.

@Khalid_Ibrahim Terumbang - Ambing Di Selangor




Melihat gelagat MB Selangor yang ingin membubarkan Dewan Undangan Selangor lebih awal seperti menonton drama bersiri yang dimana diakhiri dengan pelbagai soalan dan penuh tanda tanya. Akhirnya persoalan adalah Khalid akan membubarkan DUN Selangor lebih awal masih menjadi misteri dan tanda tanya. 


Minggu lepas, Khalid kelihatan untuk bertindak ke arah pembubaran selepas Chap Goh Meh. Kemudian pada Isnin, beliau berkata Selangor akan bersama dengan pilihanraya umum. Sehari kemudian, dia muncul dihadapan umum dan menyatakan pihak Istana tidak mempunyai bantahan ke atas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

ISU AIR: SIRI 1 – KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGELIRUKAN RAKYAT. @NajibRazak @Khalid_Ibrahim @mymassa

Kerajaan Negeri Selangor perlu berhenti mengelirukan orang ramai dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan bahawa empangan adalah penuh dan selalu hujan. Isu utama di sini ialah, Bekalan air yang telah dirawat adalah hampir sama dengan Permintaan. Jika anda mempunyai 500 paket nasi lemak untuk dijual dan pengguna-pengguna ingin membeli 520 paket, adakah anda mampu memenuhi keperluan mereka? Ini adalah contoh yang paling ringkas untuk menjelaskan isu bekalan air terawat yang sedang berlaku.

Di samping itu, empangan adalah direka bentuk untuk menyimpan air mentah untuk beberapa bulan tanpa hujan. Ini adalah kriteria reka bentuk dalam kejuruteraan untuk empangan. Air mentah akan dirawat melalui loji rawatan air untuk menghasilkan air terawat. Keseluruhan isu bekalan-permintaan ini adalah berkaitan dengan air yang telah dirawat, bukannya air mentah. Menambah loji rawatan baru ke empangan akan menjejaskan penimbal reka bentuk. Sebagai contoh, jika sebuah empangan direka untuk bertahan kemarau selama 3 bulan, meningkatkan kapasiti rawatan dengan menambah loji rawatan yang baru di empangan tersebut akan menyebabkan air mentah di empangan surut lebih cepat jika kemarau berlaku.

PROJEK KERETA API LAJU RANCAK EKONOMI SEKITAR

Projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, yang dijangka siap pada 2020, mampu merancakkan pembangunan di kawasan sepanjang laluan dan stesen kereta api itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kajian awal menunjukkan lima hentian berpotensi menjadi lokasi stesen baru, iaitu Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka) serta Muar, Batu Pahat dan Iskandar Malaysia di Johor.
Pemangkin pembangunan

Ini akan menjadi pemangkin pembangunan di kawasan sekitar stesen kereta api dan sepanjang laluan.

Sunday, 24 February 2013

HASIL NEGERI GAWAT, PAS KIAN TERDESAK

Tuntutan RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

TELENOVELA ‘KALIMAH ALLAH’ - LAKONAN MAJLIS SYURA–KARPAL SINGH MEMUALKAN

Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.  

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja. 

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja. 

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

PRU-13 BERPIHAK PADA BN

Sehingga kini Malaysia memang menjadi tumpuan utama negara-negara luar sehinggakan mereka menjadikan Malaysia sebagai role model kerana prestasi negara kita pada saat ini semakin memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara  kukuh dan berada pada tahap yang selesa jika dibandingkan dengan pertumbuhan ekonomi dunia ketika ini. Perdana Menteri DS Najib Razak berjaya mengukuhkan ekonomi negara kita setaraf dengan antarabangsa walaupun saat ini terdapat beberapa negara maju di dunia yang tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan ekonomi atau berada pada kadar yang kurang memberangsangkan.

Dengan kejayaan yang dicapai negara sekarang, The Economist Intelligence Unit (EIU), yang (sebahagian daripada majalah berpangkalan di London) meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar pada PRU-13 yang akan datang pada bila-bila masa saja lagi. Ini kerana kepimpinan DS Najib bukan saja dapat mengukuhkan ekonomi negara malah mampu mengukuhkan politik negara dan perpaduan rakyat.

@mymassa @NajibRazak Antara 'Haiwan Hampas' Cercaan @nikabdulaziz dan 'Syaitan' Yang Dikias Oleh Tun Mahathir


Penyokong Nik Aziz mempertahankan Nik Aziz yang mendakwa "Penerima bantuan itu adalah sama macam binatang"







Persoalannya:

1. Anda kata itu kiasan, okaylah. Tapi, bila Tun Mahathir guna perumpamaan Inggeris "Better Devil we know than the angels you dont know" maka ramailah dari anda menyuruh Tun M bertaubat lah dan mcm2 lagi penghinaan kami dengar yang kami tak dapat terima.

2. Jika kiasan, adakah ia bermaksud org menerima bantuan itu akan menyokong kerajaan sekarang? 

3. Bagaimana dengan jumlah penerima BR1M antara tertinggi ialah rakyat Kelantan? Adakah mereka kategori binatang juga?




4. Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pernah memohon bantuan Kerajaan pimpinan Tun Mahathir untus krisis air di Kelantan dan diluluskan. Adakah binatang juga?

Mungkin, doa Nik Aziz untuk ditunjukkan kebenaran. Allah dah makbulkan. 

Its time for you step down, as your promised before "Kalu Mahathir letok jawate hari ni, esok jugok ambo letok jawate"


Saturday, 23 February 2013

Kerajaan Negeri Selangor Cakap Tak Serupa Bikin @khalid_ibrahim


Walaupun kerajaan negeri Selangor  mendakwa telah mencatatkan pelaburan aliran masuk yang tertinggi ke negeri itu dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lepas, namun bilangan sebenar projek-projek yang telah dilaksanakan adalah sangat-sangat diragui.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan kemampuan kerajaan negeri itu mengambil alih dan mengurus empat syarikat konsesi air di Selangor Beliau mendakwa kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber kewangan yang dperlukan untuk meneruskan rancangan pengambilan alih empat syarikat itu.

Noh berkata berkata demikian pada program perdebatan, "Jom Debat Tolak Pakatan," yang turut disertai oleh Penasihat Waris Malaya,  Datuk Zulkifli Nordin. Ia telah dianjurkan oleh Sekretariat Jom Tolak Pakatan di Padang Jawa malam kelmarin.

Kerajaan negeri tidak pernah  memikirkan kebajikan rakyat di mana ia telah menahan perbelanjaan modal (CAPEX) bagi SYABAS yang diperlukan oleh syarikat itu bagi mengganti paip-paip lama untuk mengurangkan kehilangan air semasa pembekalan ke rumah.

Selain itu, projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ingin dicampurkan oleh kerajaan negeri dalam proses penstrukturan air di Selangor sedangkan ia merupakan  dua isu yang berbeza, katanya.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan tidak ada ada masalah untuk kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air itu tetapi ia perlu berunding dengan syarikat berkenaan atas prinsip ‘willing buyer, willing seller’ (berminat membeli-berminat menjual).

Beliau mendakwa pada masa ini bekalan air di Lembah Klang hanya cukup untuk kegunaan semasa dan tidak mencukupi untuk kegunaan projek pembangunan perindustrian di Selangor. Beliau mendakwa setakat bulan lepas, sebanyak 450 projek kilang baharu tidak dapat dimulakan kerana air tidak mencukupi untuk mereka beroperasi jika kilang mereka siap nanti.

Pada tahun lepas sahaja sejumlah 236 projek kilang baharu tidak dapat dimulakan kerana faktor yang sama mengakibatkan kehilangan 20,000 peluang pekerjaan untuk anak-anak Selangor, katanya. Inilah hasil apabila isu air dipolitikkan oleh kerajaan negeri  yang menyebabkan rakyat menderita.

Turut  mengingatkan kepada penyokong dan ahli PAS untuk melihat kembali pada arah perjuangan parti  itu yang telah menyimpang dari jalan Islam yang sebenar dan terdedah kepada pengaruh- pengaruh asing.

Beliau berkata, DAP dan PKR tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis syura Ulama PAS yang memutuskan bahawa perkataan "Allah" tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana ia melibatkan persoalan iman.

Selain itu, katanya, pergerakan pro-pembangkang di Malaysia telah dimasuki oleh anasir- anasir  asing untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah seperti apa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya.

Zulkifli sendiri mengakui bahawa ketika beliau dengan pembangkang sebelum ini, beliau menerima latihan di New York, Vienna dan Filipina mengenai bagaimana untuk menjatuhkan kerajaan melalui politik jalanan.

Najib " Negara Di Minda, Rakyat Di Hati" Siri 6 : Sebuah Negara Untuk Ditransformasikan. @NajibRazak



"Daya usaha yang radikal, salah satu yang cukup membanggakan, adalah pengenalan dasar 1malaysia sebagai panji-panji negara yang baru yang boleh dijadikan tonggak bersatunya seluruh warga malaysia.Kepelbagaian budaya Malaysia merupakan suatu ciri unggul bagi negara ini, berlatar  Sejak mengambil alih jawatan, Dato' Sri Najib telah bertekad untuk membina sebuah masyarakat yang inklusif, terbuka dan saksama di mana semua warga kita mempunyai peluang untuk maju dan makmur. – Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

Mungkin ramai mempersoalkan apa perlunya transformasi ini dan apa sebenarnya bentuk transformasi tersebut. Tetapi transformasi bukanlah suatu fenomena baru bagi Malaysia. Lima Perdana Menteri telah mentadbir Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Dalam tempoh tersebut negara telah berubah daripada sebuah ekonomi asas tani dua komoditi kepada ekonomi asas industri berpaksikan eksport, dan sekali lagi kepada ekonomi asas pengetahuan berpaksikan teknologi tinggi.

Setiap kali negara menganjak naik ke satu tahap, negara bergerak seiring dengan arah aliran global. Hasilnya, negara telah maju dan rakyatnya makmur. Pertumbuhan Malaysia telah direncanakan, dilaksanakan serta dipantau dengan penuh rapi menerusi rancangan-rancangan pembangunan lima tahu negara.

Malaysia telah menggilap kepakaran dalam bidang pembuatan dan kita telah mencapai kejayaan dalam menggeluarkan produk-produk berkualiti, selain memperluaskan sektor perkhidmatan. Rakyat Malaysia berkemahiran tinggi dan mereka mendapat upah yang lebih tinggi. Kejayaan negara dapat dilihat dilihat daripada gaya hidup rakyatnya serta sebanyak mana pembangunan landskap negara.


Namun begitu, sungguhpun kita telah mencapai tahap kemajuan yang tertentu, kita tidak sepatutnya kekal disitu sahaja tetapi mesti terus maju ke hadapan kerana negara-negara lain begitu pantas mengejar kita. Sebagai contoh, negara China ketika ini sedang pesat berkembang menjadi sebuah ekonomi raksasa, dengan membekalkan barangan dan perkhidmatan yang telahpun menghakis bahagian pasaran Malaysia.

Ekonomi negara lain seperti India dan ekonomi yang baru muncul seperti Vietnam juga telah menjejaskan sektor pembuatan Malaysia. Akibatnya, banyak syarikat kecil terpaksa menggulung tikar kerana tidakl lagi mampu bersaing dengan harga yang ditawarkan oleh China dan negara-negara berkenaan.

Tahun pertama memegang jawatan, Dato' Sri Najib bertindak menangai cabaran ini. Usaha ini memerlukan keberanian dalam tindakan, dan cara pelaksanaan yang teratur. Beliau tahu bahawa Malaysia mesti ditransformasi sekali gus, oleh itu rangka tindakan yang diajukannya selama tiga tahun begitu tuntas atau menyeluruh dari segi pelaksanaan untuk mengangkat Malaysia ke peringkat pertumbuhan yang selanjutnya.


#PRU13 #CNAlAfghani Buku Yang Akan Kantoikan @nikabdulaziz @MahfuzOmar Haji Hadi??Maka Benarlah Kata Anwar Hj Hadi Ni Pak Turut!!


Mat Sabu dan Mahfuz Bean yang mencabar pengarang buku ini, ahli seumur hidup PAS, C.N Al-Afghani untuk membuat report polis berkenaan tabung memali telahpun mendapat malu apabila beliau telah menyahut cabaran tersebut. Kini, Cikgu Non telah kembali dengan penulisan yang lagi hebat dan hangat yang akan mengkantoikan Haji Hadi buat ke sekian kalinya. Lihat sahaja kenyataan flip flop hipokrit Haji Hadi seperti di bawah:


Islam sangat PAS ni kan? *sarcasm* Alangkan Hukum Allah boleh mereka permainkan, apatah lagi pengikut taksub mereka. Jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran hari ini juga! 

Tindakan Imigresen Sekat Xenophon Wajar


Orang asing cuba campuri urusan politik dalam negara patut dihalang

Tiada apa yang pelik dengan tindakan Jabatan Imigresen melarang Senator Australia, Nick Xenophon, daripada memasuki negara ini ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang kelmarin jika kita melihat rekod kehadiran beliau sebelum ini dan niat lawatan terbarunya itu.

Publisiti negatif

Sesiapa yang pernah ke Australia tentunya menyedari betapa ketatnya peraturan imigresen dan kastam di negara itu sehingga tanah terlekat di tapak kasut pun perlu dibersihkan, apa lagi jika pemergian ke sana bertujuan mencampuri urusan politik di negara itu. Persoalannya, apakah kita perlu orang luar untuk mengajar apa yang perlu dilakukan di negara ini.

Walaupun tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 8 (3) sebagai orang dilarang masuk mendapat publisiti negatif daripada media antarabangsa, ia bukanlah di luar amalan oleh mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Australia sendiri yang mendakwa kononnya juara demokrasi dan hak asasi manusia. Dalam kebanyakan kes, mereka tidak perlu memberi alasan konkrit apabila menahan kemasukan rakyat asing.

Sesiapa yang pernah ke Australia tentunya menyedari betapa ketatnya peraturan imigresen dan kastam di negara itu sehingga tanah terlekat di tapak kasut pun perlu dibersihkan, apa lagi jika pemergian ke sana bertujuan mencampuri urusan politik di negara itu. Persoalannya, apakah kita perlu orang luar untuk mengajar apa yang perlu dilakukan di negara ini.

Menurut Jabatan Imigresen, Xenophon, Senator Bebas yang juga peguam di Australia itu, dilarang masuk ke negara ini kerana melanggar peraturan dan undang-undang Malaysia ketika lawatan beliau sebelum ini. Bercanggah dengan laporan media asing dan laman web propembangkang, ahli politik itu tidak ditahan tetapi dilarang masuk serta dilayan dengan baik ketika menunggu penerbangan pulang ke Melbourne, malam kelmarin.

Hakikatnya, mana-mana negara pun akan menghalang kemasukan rakyat asing, sama ada secara nyata atau disyaki, cuba mencampuri urusan dalaman atau boleh memudaratkan ketenteraman awam di negara itu. Dalam kes Xenophon, tindakannya ketika datang ke sini dulu dan jadual lawatannya kali ini, jelas mahu mencampuri urusan politik negara.

Ketika melawat negara ini pada April tahun lalu, yang kononnya misi mencari fakta mengenai Malaysia, Xenophon menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya. Beliau mendakwa cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan ‘autoritarian.’

Xenophon juga adalah antara 50 ahli Parlimen Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010 selain sering mengkritik sistem perundangan Malaysia termasuk menuduh sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai mahkamah kangaru.

Beliau juga terkenal sebagai tokoh politik Australia yang lantang mengkritik industri minyak sawit Malaysia dengan mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan serta menuduh industri sawit memusnahkan hutan tropika yang menjadi habitat orang utan.

Ekoran popularitinya semakin menurun di Australia, Xenophon dilaporkan akan menjadikan tuntutan supaya jualan minyak sawit dilarang di negara itu sebagai satu isu utama kempen beliau pada pilihan raya umum Australia akan datang. Seandainya, kempen itu mencapai matlamat, Malaysia yang banyak mengeksport minyak sawit ke Australia, akan menerima kesan langsung.

Tak perlu takut

Berdasarkan tindak-tanduk Xenophon itu, Jabatan Imigresen sepatutnya sudah lama melarang kedatangan beliau ke negara ini. Dalam soal kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat, agensi penguat kuasa seharus tidak perlu takut atau malu untuk bertindak.

Kita harus melihat bagaimana Amerika Syarikat bertegas dengan kedatangan orang Islam ke negara itu selepas serangan pengganas 11 September walaupun dalam kebanyakan kes, ia jelas mencabul peraturan antarabangsa. Malah Rekod Australia berhubung larangan memasuki negara itu jauh lebih teruk daripada Malaysia walaupun segelintir rakyat negara ini menjadikannya sebagai destinasi penghijrahan mereka.

Pada 2005 misalnya, seorang mualaf dan pendakwah rakyat Britain, Abdur Raheem Green dilarang memasuki negara itu bagi memenuhi undangan berceramah di Pusat Islam Sydney. Ini kerana Imigresen Australia menganggap Abdur Raheem seorang radikal apabila pernah berucap bahawa orang Islam dan Barat tidak boleh hidup secara aman.

Tahun lalu, sarjan polis Metrolitan London, Peter Threlfall, yang mendapat tawaran bekerja dengan polis Australia, diberitahu keluarganya tidak boleh berhijrah ke negara itu. Sebabnya, anak tiri Threlfall, Sarah, 25, menghidap autistik, yang bakal membebankan perkhidmatan kesihatan dan masyarakat Australia.

Kepada rakyat negara ini yang berasakan tindakan imigresen melarang kemasukan ahli politik Australia itu kelmarin sebagai tidak demokratik dan melanggar susila kemanusiaan, selamat berhijrah ke ‘Down Under’.

Sumber : Berita Harian

DAP Nak PENANG Jadi WILAYAH AUTONOMI!! @cmlimguaneng @HuanPCM @NajibRazak @mymassa


Grand design untuk memisahkan Pulau Pinang seperti mana berlakunya kepada Singapura sedang dalam proses pembikinan. DAP sanggup untuk melakukan apa saja demi mencapai hasrat agar dapat kembali bersatu bersama PAP.

Sudah ada ura ura untuk memisahkan Pulau Pinang daripada kerajaan pusat semata mata kerana isu perbalahan Ketua Menteri dan SDO Nik Ali. Dalam perbincangan sulit mereka ada yang membincangkan tentang pemisahan negeri dari kerajaan Pusat dan mengkaji dalam bentuk apakah Singapura boleh membantu Pulau Pinang jika mereka berjaya mendapat autonomi.

Usaha mereka kearah itu sudah di rancang sejak begitu lama, mereka tidak berani membuat kenyataan secara terbuka, tindakan dan segala perancangan terlalu banyak yang tersirat hinggakan rakyat gagal melihat perancangan mereka.

Sumber tulisan dari Malaysiakini di atas telah dibuang seperti yang terdapat dalam gambar di atas.

Tapi saya dapat cari semula tulisan asalnya, mari baca pendedahan dibawah ini.

DAP Wants Autonomy For Penang

Autonomy for Penang in national interest
http://www.malaysiakini.com/news/138933

detail boleh baca sini : http://darah-satria.blogspot.com/2011/12/dap-merancang-pisahkan-pulau-pinang.html

Salah satu bukti sepertimana yang disiarkan oleh malaysiakini sememangnya ada sentimen yang disemai kearah perpisahan Pulau Pinang

The recent spat between the Penang chief minister and the State Development officer brought to light an issue that most people think about but dare not suggest: autonomy for Penang.

Tanda tanda kearah itu cukup banyak,yang cukup jelas apabila Universiti Nanyang akan membuka cawangan di Balik Pulau, apa rasionalnya sebuah Universiti ultra kiasu yang hanya terletak di Selatan Semenanjung mahu dibina cawangannya di Pulau Pinang? Sudah tidak cukupkah kampus Universiti tempatan?

Pecah dan perintah adalah salah satu taktik yang sedang dijalankan seperti mana saranan Menteri Mentor Lim Kwan Yew kepada Guan Eng. Hal ini benar benar berlaku, apabila DAP melakukan rezoning pengundi.
Mana mana kawasan yang punyai pengundi Melayu yang ramai akan dipisahkan, malah pengundi cina akan dimasukkan kekawasan pengundi Melayu bagi mengurangkan peratusan, ini memudahkan mereka dijadikan sebagai pengundi penentu kepada kawasan melayu.

Contoh yang paling hampir adalah di kawasan Batu Maung, majoritinya pengundi kawasan ini adalah orang Melayu, namun sekarang ini perpindahan pengundi Cina amat drastik dan meningkat tinggi. Ini semata mata untuk dijadikan bargaining chip supaya pemimpim Melayu yang bertanding dikawasan itu untuk tunduk dan mengikut arahan mereka.
Guan Eng cukup gemar ke Singapura, setiap bulan 4-6 kali pasti akan terbang ke sana untuk bertemu dan berbincang dengan pemimpin PAP. Nampaknya semua yang dilakukan ada perakra sama yang dibuat Lee Kuan Yewe di Singapura pada tahun2 1960an dahulu.

Adakah anda mahu membiarkan perkara ini berlaku?

Cadangan Sultan Kedah untuk mengambil semula Pulau Pinang kerana sudah berakhirnya pajakan 100 tahun itu adalah sangat dialukan!