Sunday, 30 June 2013

Agihan pendapatan #ASN 2 7.10 sen seunit

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013, tertinggi dalam tempoh 13 tahun.

Agihan pendapatan itu adalah peningkatan sebanyak 0.60 sen seunit berbanding 6.5 sen seunit yang diagihkan pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM12.61 juta kepada 8,145 pelabur yang melanggan 178 juta unit amanah itu.

Prestasi ASN 2 sepanjang tahun kewangan dikaji secara keseluruhannya berada pada tahap memuaskan walaupun pasaran saham dan ekonomi dunia dalam ketidaktentuan berikutan kemelut ekonomi Amerika Syarikat serta krisis hutang Eropah yang berterusan.

Bagaimanapun, Ahmad Sarji berkata, kemasukan aliran dana asing serta pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi telah mengimbangi sentimen negatif berkenaan.

Indeks FBM KLCI mencatat peningkatan sebanyak 8.86 peratus daripada 1,599.15 mata yang dicatatkan pada 29 Jun 2012 berbanding 1,740.76 mata yang dicatatkan pada 26 Jun 2013. Hingga kelmarin ASN 2 sudah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM19.10 juta.

Daripada jumlah itu, jualan saham menyumbang RM9.69 juta atau 50.7 peratus, pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan sebanyak RM7.7 juta (40.3 peratus) dan RM1.71 juta (sembilan peratus) lagi daripada pendapatan lain.

Pengiraan agihan pendapatan ASN 2 adalah berdasarkan pegangan unit pada hari terakhir tahun kewangan dikaji iaitu 30 Jun 2013.

Pembayaran agihan pendapatan ASN 2 akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN 2 pada 30 Jun 2013.

Saturday, 29 June 2013

#PENDIDIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN. @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah menipu rakyat dalam soal pendidikan sebaliknya sentiasa komited memberikan tahap pendidikan terbaik kepada semua rakyat pelbagai kaum termasuk kaum India.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan yang melulu antaranya tuduhan bahawa kerajaan tidak menepati janji dalam menawarkan 1,500 tempat kepada pelajar kaum India melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat matrikulasi.

Tegas beliau, kerajaan sehingga hari ini tetap memegang janji tersebut dan sebagai bukti pada tahun lalu serta tahun ini, jumlah kuota pelajar India ke matrikulasi telah pun dipenuhi.

''Inilah komitmen yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kami di Kementerian Pendidikan. Kita penuhi tuntutan 1,500 tempat untuk pelajar-pelajar India melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi pada tahun ini dan tahun lalu," katanya.

Muhyiddin turut menjelaskan, jumlah 1,500 tempat itu dibuat selepas tapisan daripada beberapa ribu pelajar India yang membuat permohonan sama untuk ke pusat-pusat matrikulasi.

''Daripada sejumlah beberapa ribu pelajar yang memohon untuk masuk ke matrikulasi kita tapis dan sebahagiannya tidak memenuhi kriteria.

''Dari segi peratusan kelayakan, kita terpaksa turunkan sedikit kerana ada kuota dan kita juga mahu penuhi janji meskipun mereka tidaklah begitu berkelayakan dari segi tahap kompetensi mereka," ujarnya.

kerajaan sejak dahulu lagi begitu komited menjadikan sistem pendidikan negara sebagai sistem terbaik, sekali gus mampu melahirkan kumpulan sumber manusia yang baik.

''Sebab itu apabila dilihat dari sudut belanjawan negara, lebih 21 peratus daripadanya diluluskan untuk sektor pendidikan dengan melibatkan satu jumlah yang besar.

''Namun peruntukan sahaja tidak memadai. Kita perlu memenuhi tuntutan masyarakat yang mahu sistem pendidikan yang bermutu dan berimpak besar. Sebab itu kita membuat kajian-kajian dan beberapa laporan telah pun dibentang untuk menambah baik sistem pendidikan negara," ujarnya.

Friday, 28 June 2013

ANGAN-ANGAN #ANUwar MELAMPAU!!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.

Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.

Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.

Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.

Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut.

"Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.

Sumber : Utusan & Merdeka Online

#JEREBU : IPU SEMAKIN BAIK DI SEMUA KAWASAN

Kualiti udara di seluruh negara semakin baik apabila tiada kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat atau berbahaya.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan kebanyakan kawasan yang sebelum ini dilanda jerebu teruk antaranya Muar, Pasir Gudang, Bandar Melaka, Bukit Rambai, Pelabuhan Klang, Seri Manjung dan Nilai kini berada pada paras sederhana atau bacaan IPU di bawah 100 setakat pukul 7 pagi ini.

Kota Tinggi - 94

Larkin Lama - 60

Pasir Gudang - 66

Bandaraya Melaka - 55

Bukit Rambai - 72

Nilai - 82

Port Dickson - 55

Seremban - 61

Balok Baru, Kuantan - 73

Indera Mahkot a- 60

Seberang Jaya 2, Perai - 54

Banting - 68

Pelabuhan Kelang - 54

Putrajaya - 54

Kemaman - 68



#PAS CEMBURU DAN SAKIT HATI DENGAN #FGVH

HAHAHHA ketika mula-mula Felda Global Ventures Holding (FGVH) ditubuhkan, PAS adalah yang paling ke depan membantah penubuhan syarikat tersebut atas alasan menggadai hak dan tanah peneroka Felda. Macam merekalah yang memperjuangkan peneroka sangat. Tapi sekarang meroyan plak???

Selari dengan bantahan tersebut, ditubuhkan NGO haram yang kononnya mewakili generasi kedua Felda, ANAK yang diterajui Mazlan Aliman untuk membantah penubuhan FGVH.  Tidak ketinggalan, diseret beberapa orang peneroka untuk membawa kes ini ke Mahkamah sehingga berlaku kelewatan kepada penubuhan FGVH.

Cabaran dan dugaan ini tidak perlu yang di dalangi PAS ini bagaimanapun berjaya ditangani kerajaan, sehingga diakhirnya, peneroka yang sama juga ’menjilat-jilat’ imbuhan khas yang diberikan kerajaan dan Felda hasil dari pembentukan FGVH ini.

Mazlan Aliman sendiri gagal menyerlah dan tewas sebagai calon PAS bagi DUN Bukit Permai, Johor – kekalahan kali ke-4nya sejak mula bertanding sebagai calon PAS pada tahun 1999.

Sekarang, bila FGVH mengumumkan pemberian dividen kedua sebanyak RM 60.02 juta pada bulan Julai nanti, penulis yakin PAS akan terus terkedu dan berdukacita.  Mana tidaknya, syarikat yang mereka dakwa akan menggadaikan tanah peneroka, kini mula membayar dividen hasil keuntungan syarikat.

Menurut kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad semalam, setiap dari 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima bayaran dividen sebanyak RM 550.

Untung, itulah kata kuncinya kerana syarikat yang rugi tidak mungkin mampu membayar dividen kepada pemegang saham.
Jelas disitu PAS menipu dan membohong.  Semua yang dia sebut mengenai FGVH sebelum ini hanyalah mitos politik parti berkenaan semata-mata.  Malangnya masih ada juga sebahagian kecil peneroka termakan dengan dakyah ini disebalik segala macam penerangan yang telah diberikan kepada mereka.

Islam yang didakwa PAS menjadi asas perjuangan parti tersebut tidak mungkin menyokong penipuan dan pembohongan seperti yang dilakukan PAS dalam isu FGVH ini.

Malah, amat malanglah kepada sesiapa yang percaya kepada pembohongan Parti berasaskan Islam tersebut.

Thursday, 27 June 2013

PRK KUALA BESUT : RAMADHAN?? SYAWAL??

Kerusi DUN Kuala Besut ditakdirkan kosong semula hanya selepas lebih sebulan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berlalu apabila penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar,55, meninggal dunia pagi semalam dan PRK akan diadakan dalam temph 60 hari. PRK ini bakal diadakan sama ada pada bulan Ramadhan atau pun Syawal.

Seminggu sebelum meninggal, Allahyarham yang begitu disenangi penduduk masih meneruskan tugasan akhirnya dengan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri biarpun menyedari kesihatannya sudah cukup kritikal ketika itu namun disembunyi kepada umum.

Malah beliau masih ingin mencari kesempatan akhir untuk menemui rakyat di kawasannya dalam satu majlis meraikan kemenangan Barisan Nasional ketika sepatutnya sudah menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan pengawasan penuh oleh pakar.

Sudah menjadi resam agak `kejam' dalam politik apabila saat seorang wakil rakyat tenat dan disusuli kematian, soal Pilihan Raya Kecil (PRK) akan lebih diperkatakan umum.

Pemergian Allahyarham yang memaksa berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama selepas PRU, merancak permainan politik dengan gendangan yang terus bergema dan tidak berkesudahan di negara ini selepas PRU apabila terus diheret berpanjangan oleh pembangkang yang merasa mereka berhak menang.

Sama ada anda berasa cukup jelak, cuak dengan sinario permainan para pemimpin politik yang berterusan mengejar kuasa kini yang mencetuskann fenomena jauh lebih membimbangkan berbanding jerebu, anda terpaksa menerima keadaan ini.

DUN Kuala Besut meliputi kawasan lingkaran pantai dan pulau. Allahyarham anak Pulau Perhentian

dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin di kawasan tanah besar dan pulau yang mempunyai tautan kuat dengan kehidupannya selama dua penggal.

Jika disorot seimbas lalu, sememangnya Kuala Besut boleh dianggap kawasan kubu UMNO dengan rekod pencapaian PRU 2004 memperlihatkan ia menguasai 60 peratus undi manakala 61 peratus pada 2008 dan 58 peratus dalam PRU 2013.

Penguasaan UMNO ternyata kekal pada tahap seimbang sepanjang tiga penggal PRU di kawasan yang pengundi Melayunya mencecah hampir 99 peratus namun semua itu bersandarkan perjalanan PRU dan sebahagian rekod khidmat Allahyarham.

Kuala Besut di kawasan tradisional Melayu dilihatkan sebagai salah satu medan pertembungan sebenar antara dua parti, UMNO dan Pas untuk menentukan pengaruh di kalangan kaum yang diwakili, bukannya Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

PRK kali ini cukup besar maknanya bagi kedua-dua parti di negeri ini walaupun tidak merubah apa-apa di peringkat negara dan dibayangkan menjadi cukup getir kerana bakal menentukan masa depan kerajaan BN di negeri ini yang cuma kekal berkuasa selepas PRU dengan kelebihan dua kerusi.

UMNO mesti mengekalkan kelebihan itu untuk memastikan kerajaan tidak goyah dan dalam keadaan tidak menentu kerana jika kedudukan kerusi seimbang 16-16, buat pertama kalinya kedudukan DUN akan tergantung tanpa sokongan majoriti.

Ini pula kesempatan paling berharga buat Pas yang masih ghairah mengimpikan untuk kembali berkuasa setelah disingkirkan rakyat setelah sepenggal diberi kepercayaan dan cuma memerlukan tambahan sekitar 8 peratus undi untuk memenangi majoriti mudah.

Parti itu juga telah mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan bagi kerusi DUN Huklu besut dan Kuala Berang yang memuncakkan lagi harapan mereka.

Kekosongan yang berlaku mempercepatkan semula peluang Pas untuk kembali berkuasa tanpa perlu menunggu sepenggal lagi kerana jika berupaya menguasai Kuala Besut, kemungkinan DUN boleh dibubarkan dan membuka ruang pilihan raya semula di peringkat negeri.

Ini bagaikan pertembungan antara hidup dan mati dengan kedua-dua belah pihak pastinya akan berhempas pulas dengan mengumpulkan kekuatan jentera parti dari seluruh negara untuk memastikan kemenangan.

PKR kali bukan sekadar suatu pertembungan yang mungkin melebarkan lagi perpecahan umat Islam dan Melayu malah menentukan nasib negeri dan rakyat Terengganu.



#JEREBU - #PR TUNJUK KEBODOHAN PERTIKAI TINDAKAN KERAJAAN

Tindakan pembangkang menyalahkan kerajaan lambat menangani isu jerebu sebenarnya menggambarkan kebodohan mereka sendiri.

Ujar Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya, sebelum pembangkang mengeluarkan sebarang kenyataan menuding jari kepada Kerajaan, seharusnya mereka mengkaji terlebih dahulu apa yang telah kerajaan lakukan dan bukannya mempolitikkan isu bencana alam ini.

“Tindakan pembangkang menyalahkan kerajaan dengan menuduh kerajaan lambat bertindak sebenarnya menunjukkan kebodohan mereka. Siapa yang ajak rakyat ke jalanan? Siapa yang bergolek atas jalan raya depan parlimen sedangkan kerajaan telah menasihati rakyat agar jaga kesihatan dan jangan keluar rumah sekiranya tidak perlu.

“Jadi, siapa yag bodoh dan tuli di sini… Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi mereka tidak bertanggungjawab. Sekiranya mereka bertanggungjawab, sudah tentu mereka akan batalkan perhimpunan haram dan menasihatkan penyokong mereka agar jangan keluar rumah.

“Ini tidak… mereka membangkang setiap masa sehinggakan tidak mementingkan kesihatan penyokong mereka. Sekiranya mereka prihatin, sudah pasti pada hari pertama lagi mereka sudah bersama-sama kerajaan membantu mengatasi perkara ini dan tidak menjadikan isu jerebu sebagai bahan politik,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, sekarang ini bukan masa untuk menuding jari ke arah sesiapa sebalikynya pembangkang seharusnya ketepikan fahaman politik dan bersama-sama kerajaan membantu rakyat. Jangan hanya melihat hanya dari sudut politikal sahaja.

“Pembangkang harus faham bahawa isu jerebu ini adalah isu nusantara yang melibatkan negara lain. Mereka ingat pemimpin kita ini macam pemimpin mereka ke yang masuk campur pentadbiran orang lain. Kita bukan main ‘aci redah’ macam mereka yang tak tahu adat dan peraturan.

“Saya nasihatkan pembangkang agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga menampakkan kebodohan diri sendiri. Jagalah negeri Selangor terutama di Klang yang keadaan udaranya teruk tercemar. Jangan nak harapkan kerajaan sahaja.

KEKOSONGAN KERUSI #DUN KUALA BESUT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat pemakluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar semalam.

Pemakluman kekosongan itu diserahkan oleh Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong kepada Pengarah SPR negeri, Fakhrul Razi Ab Wahab di Wisma Darul Iman, sebentar tadi.

Fakhrul berkata, dengan pemakluman itu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut lam perlu diadakan dalam tempoh 60 hari atau sebelum 27 Ogos ini.

Dr A Rahman meninggal dunia jam 10.18 pagi semalam akibat kegagalan pernafasan disebabkan masalah paru-paru.

Wednesday, 26 June 2013

Tiba Masa Untuk Berhenti Berpolitik


Himpunan Black505 berakhir dengan kegagalan yang memalukan bagi Anwar Ibrahim, sekali gus menandakan bahawa rakyat sudah semakin celik akan permainan pembangkang.  Berikutan dengan itu, Anwar juga telah menyatakan bahawa tiada lagi demonstrasi selepas ini. 
 
Walaupun sukar untuk kita mempercayai beliau, namun itulah yang sebaik-baiknya yang dilakukan Anwar kerana mengadakan himpunan lagi pasti akan menggandakan lagi kegagalan yang memalukan itu. 
 
Apatah lagi apabila Anwar sudah pun mengangkat sumpah dan bergelak ketawa besar bersama Dato’ Seri Najib di dalam Parlimen.  Dari tindak-tanduknya, seolah-olah beliau langsung tidak ada kena mengena dengan himpunan Black505 mahupun anak-anak muda yang berbaring dan mencuba untuk merempuh parlimen semalam.  
 
Biarlah beliau menipu diri sendiri, yang penting beliau tidak lagi dapat menipu rakyat jelata.  Rakyat tahu bahawa niatnya adalah untuk mencetus anarki dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang tetapi terpaksa menebalkan muka mengangkat sumpah kerana telah gagal mencapai matlamatnya. 
 
Bagaimanapun, walau apa yang berlaku di dalam arena politik, hakikatnya rakyat jelata di luar kepompong politik sebenarnya sudah muak dengan cerita-cerita politik.  
 
Sebelum pilihanraya, tidak dinafikan yang rakyat Malaysia cukup prihatin dengan berita politik.  Laman-laman sosial rakyat biasa bagai tidak dapat lari dari menyentuh soal politik.   Mereka juga sering memberi komen atau sekadar ‘menyampuk’ di laman-laman dan media sosial yang dikhaskan untuk politik.   Rakyat semakin aktif berbincang politik sewaktu demam pilihanraya sehinggakan mereka yang atas pagar atau senyap sebelum itu juga mula menyerlahkan warna masing-masing.   
 
Pada hari pilihanraya, dan seminggu selepasnya, keadaan di laman-laman sosial masih lagi hangat dengan sembang-sembang politik.  Namun, ia pantas berkurangan di mana sebulan selepas PRU, mereka di kalangan rakyat biasa hampir langsung tidak bercakap politik lagi. 
 
Yang masih terus hangat bercakap mengenai politik hanyalah mereka-mereka yang di peringkat Cawangan, Bahagian, Pusat, dan terutama sekali yang terlibat dalam aktiviti media sosial.  
 
Ketika himpunan Black505 baru-baru ini, laman-laman sosial rakyat biasa hampir tidak langsung mengambil tahu, jauh sekali melemparkan komen mengenai himpunan itu.  Yang terus aktif mengemaskini status masing-masing mengenai himpunan tersebut hanyalah di kalangan mereka-mereka yang terlibat dalam media sosial politik. 
 
Malah, seorang rakan memberitahu bahawa teman-teman serumahnya langsung tidak sedar akan adanya himpunan ‘besar’ pada hari tersebut.   
 
Jelas, rakyat sudah benar-benar bosan dengan politik dan hanya menunjukkan minat sebelum ini kerana memikirkan hala tuju negara yang mungkin berubah selepas PRU-13.   Kini, setelah PRU berlalu, rakyat ingin kembali ke rutin asal mereka dan enggan diganggu oleh berita politik lagi. 
 
Justeru, ada baiknya jika semua pihak mengurangkan propaganda dan provokasi politik kerana bimbang rakyat akan menjadi meluat pula. 
 
Usah ditampilkan imej murahan para politikus yang asyik bergaduh, menuduh dan menghentam ataupun mempromosi diri sendiri.   Laporkanlah hanya apa yang perlu.  Sempena konsep wasatiyyah yang dijadikan tonggak pemerintahan Perdana Menteri, maka eloklah semua pihak mengambil sikap bersederhana dan tidak keterlaluan dalam apa jua termasuk politik. 
 
Sudah sampai masa politik Malaysia menempuh usia matang dan tidak terus terbawa-bawa dengan emosi.  Jika UMNO dan BN dapat meningkatkan diri, lama kelamaan, kita pasti pembangkang akan ‘mati’ sendiri. 
 
Rakyat telah memberi peluang sekali lagi, hargailah peluang itu dengan memajukan parti dan di masa yang sama, mengukuhkan jati diri.

Jerebu Semakin Pulih, Tiada IPU Paras Bahaya Pagi Ini

Keadaan jerebu yang melanda negara kini menunjukkan tanda-tanda pulih apabila tiada lagi kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya setakat pukul 7 pagi Rabu.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya 13 kawasan mencatat IPU paras tidak sihat sementara 35 kawasan lain mencatat paras sederhana.
Hujan yang turun di beberapa kawasan pada Selasa antara faktor yang membantu peningkatan kualiti udara di kawasan terjejas.
Kualiti udara di beberapa kawasan di Selangor dan Perak yang mencatat bacaan paras bahaya dan sangat tidak sihat pada Selasa, mencatatkan bacaan tidak sihat pagi ini.
Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 464 pada pukul 5 petang semalam merekodkan 140 pagi ini, manakala Sri Manjung dan Jalan Pegoh di Perak yang masing-masing mencatat 290 dan 211 semalam, menunjukkan peningkatan kualiti udara pagi dengan IPU 137 dan 118.
Kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (111), Nilai (148), Port Dickson (105), Seremban (118), Tanjung Malim (110), Kuala Selangor (134), Petaling Jaya (111) dan Putrajaya (112).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
Pada SElasa, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud memaklumkan semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan terbabit melebihi paras 250 pada pukul 5 petang Selasa. - BERNAMA

Lembaran Baru Parlimen Malaysia


Setelah Ketua Pembangkang menelan ludahnya sendiri dan mengangkat sumpah di Parlimen semalam, maka bermulalah lembaran baru dalam pentadbiran Malaysia.   Walaupun sidang yang mulia tersebut dicemari oleh sampah-sarap yang ditabur Anwar di luar Dewan, namun rakyat tetap memberi harapan tinggi agar sidang kali ini mampu menampakkan satu transformasi minda di kalangan ahli-ahli politik. 
 
Dalam kata lain, kita harap sikap mereka yang berbaring dan menjerit di luar dewan, tidak turut menggambarkan sikap yang di dalam dewan.   
 
Ingatlah, di dalam dewan inilah rakyat bergantung nasib dan masa depan mereka.  Dengan barisan-barisan pemimpin yang digambarkan sebagai ‘paling layak’, ‘paling tepat’, dan ‘paling bijak’ kalaupun tidak ‘paling popular’,  maka inilah diharapkan agar usul-usul serta hujah-hujah perbahasan turut menepati semua gambaran itu.   
 
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa politiking di Malaysia sudah mencapai tahap tepu sehingga tiada lagi ruang yang tidak dipolitikkan. 
 
Oleh itu, kita harap ahli-ahli parlimen sekalian memahami bahawa Dewan Parlimen bukan tempat berpolitik, tetapi merupakan satu platform untuk berbincang, berdebat dan mencari penyelesaian serta ide-ide baru mengenai negara.  Ia adalah satu sidang yang serius serta bukan tempat untuk mencari populariti mahupun membodek atau mengutuk sesiapa. 
 
Rakyat tidak meletakkan anda di sana untuk membuat persembahan sarkas dan membodohkan diri sendiri.  Sesungguhnya tiada apa yang menarik melihat ahli-ahli politik membodohkan diri sendiri.  
 
Justeru, rakyat ingin agar isu-isu yang dekat dengan diri mereka diperbahaskan secara professional dan matang agar penjelasan dan penyelesaian dapat diambil segera.  
 
Semoga persidangan kali ini berjalan lancar tanpa gangguan makhluk-makhluk perosak yang membazir masa dan wang negara.  Bersikaplah sebagai pemimpin, bukan artis atau samseng jalanan.  Dan yang paling penting, janganlah bersikap macam binatang. 

Tuesday, 25 June 2013

TERKINI!!!! #JEREBU - 239 sekolah di Hilir Perak dan Manjung ditutup

Sehingga kini, sebanyak 239 buah sekolah menengah dan rendah di Manjung dan Hilir Perak ditutup dua hari bermula tengah hari ini ekoran keadaan berjerebu di daerah berkenaan yang berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 330.

Menurut jurucakap Jabatan Pelajaran Perak, penutupan itu melibatkan 102 sekolah di Manjung manakala 137 pula di Hilir Perak.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar, sehingga pukul 10 pagi ini, empat kawasan lain yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat ialah Tanjung Malim (176), Jalan Tasek, Ipoh (146), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (190) dan Kampung Air Putih, Taiping (153).




TERKINI!!!! #JEREBU - SEKOLAH DI MANJUNG DITUTUP HARI INI

Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada jam 9 pagi.

Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Muhd Suod Mat Thani, berkata penutupan itu membabitkan 21 sekolah menengah dan 81 sekolah rendah dengan hampir 40,000 orang murid.

"Kami sudah mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri dan memaklumkan kepada semua pengetua serta guru besar sekolah di sini. Murid sesi pagi dibenarkan pulang awal memandang mereka sudah hadir ke sekolah pagi in".

namun sesi persekolahan pada hari ini dan esok perlu digantikan pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan lain yang merekodkan kualiti udara yang semakin buruk pada pukul 9 pagi ialah Jalan Tasek, Ipoh dengan bacaan 144, Kampung Air Putih, Taiping (149), Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Tanjung Malim (175).

#JEREBU - PRESIDEN #INDONESIA MOHON MAAF, BERTANGGUNGJAWAB PENUH

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.

Susilo Bambang Yudhoyono, “Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara kami di Singapura dan Malaysia. Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi. Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara kami di Singapura dan Malaysia”.

pada masa ini kawasan yang terbabit dengan kebakaran iaitu Jambi, Bengkulu dan Riau, ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu.

Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu dan yakin ia akan dapat diatasi dengan segera.

Susilo berjanji bahawa Indonesia akan berusaha memadamkan titik panas di Indonesia dengan melakukan hujan buatan melalui pembenihan awan, selain mengerah pasukan pemadam kebakaran di darat termasuk menggunakan tenaga anggota tentera.

#JEREBU - JAKARTA, #INDONESIA PERLU KUATKUASA UNDANG-UNDANG

Kerajaan Indonesia diminta menggalas tanggungjawab dan bekerjasama menangani masalah jerebu yang kian meruncing di Malaysia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau akan mengutus surat kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berhubung perkara itu.

PM akan meminta Indonesia menguatkuasakan tindakan undang-undang dengan lebih tegas kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah menyebabkan jerebu.

Ini bukan soal siapa pemilik ladang yang menjadi isu, tetapi siapa yang terbabit yang menyebabkan jerebu. Tidak kira ladang itu milik Malaysia atau Indonesia, tindakan lebih tegas harus diambil ke atas mereka yang bersalah.

Malaysia turut bersedia meminjamkan kapal terbang jenis amfibia yang berkeupayaan memadamkan kebakaran dari udara.

Monday, 24 June 2013

MKN - GARIS PANDUAN HADAPI DARURAT #JEREBU

Apabila Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

A) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan atau swasta dan tempat bekerja lain, termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. Langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.
Bagaimanapun nasihat penutupan itu dikecualikan bagi perkhidmatan:- Air dan elektrik

- Kesihatan awam
- Bomba dan Penjara
- Pos, telefon, telekomunikasi dan telegraf
- Komunikasi radio, penyiaran dan televisyen
- Pelabuhan, termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan yang ada kaitan
- Pengangkutan darat, laut dan udara
- Membekal bahan pembakar dan minyak pelincir - Perbankan dan kewangan
- Semua yang terbabit secara langsung dalam pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN No 20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

B) Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan melaksanakan penutupan sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu

C) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan mempertingkatkan penyiaran maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam

D) JAS; Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa tempatan atau agensi berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber yang boleh menyumbang kemerosotan kualiti udara

E) Jabatan Bomba dan Penyelamat mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi lain

F) Kementerian Kesihatan mempertingkatkan pemantauan dan rawatan kesihatan disebabkan jerebu di hospital dan klinik kesihatan

G) Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan jerebu

H) Semua kementerian, jabatan atau agensi berkaitan menangguhkan aktiviti luar atau riadah membabitkan masyarakat.

Haze: Impact on Malaysia economy minimal, say experts



Kuala Lumpur - The economy could suffer due to the haze currently polluting some parts of the country, says an economist.
The problem, however, would not be serious enough to affect the country's gross domestic product (GDP), said RAM Hold- ings Group chief economist Dr Yeah Kim Leng.
He said tourism, leisure and restaurant businesses stood to lose the most at this point.
"Malaysians only need to worry if the haze grows to hazardous levels over the next few weeks or months," he said.
Dr Yeah said the losses in the current haze situation could be in the millions of ringgit but "not hundreds of millions".
He also pointed out that reduced sunshine could have negative effects on plantations, while critical haze levels could delay construction projects.
"The concern now is that if no immediate action is taken, the situation will get worse," he added.
Ambank Group chief economist Anthony Dass said that although work productivity and consumer spending would take a hit due to the haze, the economic impact was "minimal and negligible".
He added that the haze situation could be considered tolerable now as many people could still be seen going about their daily activities.
"However, if the haze worsens and the Government takes drastic precautionary measures like asking people not to go outdoors, we may see a more serious impact to our daily life," he added.
Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) deputy president John Tan said a prolonged haze would impact in-bound tourism.
"If the haze worsens, foreign tourists will return to spread word about the situation here and this will affect our tourism industry," he added.
On the other hand, he believes more Malaysians would travel overseas to escape the haze.

#Jerebu di Muar bertambah baik, PD pula catat IPU berbahaya

Keadaan jerebu di Muar bertambah baik apabila Indeks Percemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 148 pada jam 7 pagi tadi.

Keadaan itu berkurangan berbanding 578 pada jam 10 malam tadi.

Sementara itu, Port Dickson pula mencatat IPU berbahaya dengan 335 sehingga jam 7 pagi tadi.

Laman web Jabatan Alam Sekitar melaporkan secara keseluruhan lima peratus kawasan adalah amat tidak sihat manakala 36 peratus tidak sihat dan 51 peratus pula mencatat bacaan sederhana.

Selain itu, kawasan dengan IPU baik ialah tujuh peratus.

Berikut ialah sebahagian bacaan IPU pagi ini:
Port Dickson 335

Pelabuhan Klang 296

Bukit Rambai 260

Kemaman 249

Petaling Jaya, Balok Baru (Kuantan) 198

- Berita Harian -

#JEREBU - GURU & PETUGAS TURUT TERLIBAT

Penutupan operasi sekolah akibat bencana jerebu di beberapa kawasan hari ini turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan. Bukan sekadar pelajar yang tak perlu hadirkan diri ke sekolah malah semua guru dan petugas turut terlibat.

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, kesemua mereka tidak perlu hadir bertugas di sekolah yang berkenaan sehingga diberitahu kelak.

Arahan ini dikeluarkan berikutan beberapa guru yang diarah hadir di sekolah masing-masing walaupun kerajaan telah mengumumkan sekolah terbabit ditutup kerana jerebu.

Dimaklumkan semua sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditutup hari ini.

Peringkat daerah pula meliputi sekolah di Segamat, Muar dan Ledang di Johor, Kuantan (Pahang) dan Port Dickson (Negeri Sembilan).


Sunday, 23 June 2013

Kawasan terbabit jerebu catat peningkatan IPU, Pasir Gudang masih di paras bahaya



Kawasan-kawasan yang terbabit dengan jerebu di Johor dan Melaka terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tengah hari ini dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi. 

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 11 pagi ini, Pasir Gudang masih mencatat bacaan melebihi paras berbahaya, iaitu 323 berbanding 310 pagi tadi manakala Kota Tinggi meningkat ke 314 berbanding 313 pagi tadi. 

Muar turut mencatat peningkatan bacaan IPU 193 berbanding 183 pagi tadi. Di Melaka, bacaan IPU yang dicatat di Bandaraya Melaka kini mencecah paras 'sangat tidak sihat' (205) berbanding paras 'tidak sihat' (192) pagi tadi. 

Satu lagi kawasan iaitu Bukit Rambai turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU iaitu 191 berbanding 164 pagi tadi. 

Kawasan lain yang masih mencatat bacaan tinggi melebihi paras 'tidak sihat' dengan bacaan IPU 100 sehingga 200, ialah Larkin Lama, Johor (197), Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan IPU 187 dan 109 serta Banting, Selangor (143). 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini akan berterusan sehingga Rabu berikutan ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya. 
Timbalan Ketua Pengarahnya Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata ribut itu menjadikan tiupan angin lebih kencang dan cuaca kering, selain membawa jerebu dari arah Sumatera ke sempadan negara. 

"Pada awalnya kami menjangkakan cuaca akan kembali kepada keadaan asal pada 23 Jun (Ahad), namun kejadian ribut tropika baharu ini akan memanjangkan keadaan jerebu ini," katanya semasa ditemu bual pada 'Buletin Awani' Astro Awani, hari ini. - BERNAMA 

Jerebu : Allah Swt Murka, Anwar Bayangan Firaun


Allah SWT menunjuk kemurkaanNYA bilamana jerebu semakin teruk di Johor, Melaka dan kini ke Kuala Lumpur.
Adakah Allah SWT memberi arahan kepada makhlukNya yakni api, angin dan asap supaya semakin membesar dan seluruh negara dilitupi asap yg sangat gelap dan hitam menunjuk betapa murkanya Allah SWT ke atas kejahatan Anwar yang nak buat Himpunan Kerosakan .
Sesungguhnya Allah SWT menunjuk tanda-tanda, hanya mereka yang berfikir akan melihat tanda-tanda kemurkaan Allah SWT itu. Allah SWT Yang Maha Berkuasa dengan mudahnya boleh mengarahkan, “Wahai api bakarlah segala hutan2 yg kosong itu bantulah petani peladang yang miskin dan yang susah itu membersihkan lalang di kebun mereka, wahai asap datanglah ke Kuala Lumpur hitamkan dan gelapkan bandar Kuala Lumpur,  masuklah ke dalam lubang hidung Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikutnya yang ego,  bodoh dan sombong itu.
Sesungguhnya Anwar itu jelmaan Firaun yg tidak pernah reda kpd Qada dan Qadar yang telah Aku (Allah SWt) tetapkan.
Sesungguhnya Anwar dan pengikut-pengikutnya lupa kepada Ayat Allah SWT, “Sesungguhnya kamu merancang, tetapi Allah SWT juga mempunyai perancangannya ke atas rancangan kamu itu”.- Mymassa

Saturday, 22 June 2013

Acara Sukan Termasuk Larian Olimpik Batal akibat jerebu

Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu.

Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok esok.

Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan.

Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada semalam untuk membuat keputusan bagi menangguhkan perlawanan Liga-M.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa perlawanan yang dijadualkan pada Semalam  dan hari ini boleh ditangguhkan akibat jerebu.

Kualiti udara terus merosot

Kualiti udara di beberapa kawasan di Johor dan Melaka terus merosot, dengan dua kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi tahap bahaya iaitu 301.

Bacaan IPU dari 51 stesen pengawasan kualiti udara menunjukkan Muar mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 383 sehingga jam 11 pagi, manakala Pasir Gudang setinggi 333 pada jam 5 petang berbanding 199 pada paginya.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, punca kemerosotan kualiti udara dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September ini.

Berikutan kemerosotan kualiti udara yang berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lalu, kementerian memaklumkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu selaras Tahap Amaran 3A dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan di kawasan berbahaya dan sangat tidak sihat, iaitu Kota Tinggi.

Ketua Pengarah Alam Sekitar sudah mengeluarkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di seluruh Selangor, Melaka dan Johor berkuat kuasa kelmarin sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kecuali pembakaran mayat, keagamaan, aktiviti memanggang (barbeku) serta pembakaran gas mudah terbakar.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah JAS sudah menulis surat kepada rakan sejawatnya di Kementerian Alam Sekitar Indonesia bagi menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan titik panas di Sumatera Tengah yang menyebabkan jerebu di Semenanjung sejak 15 Jun lalu.

“Malaysia juga menggesa Indonesia melaksanakan tindakan segera pencegahan dan memadam kebakaran,” katanya.

Berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara, kementerian menasihati orang ramai tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.

Friday, 21 June 2013

TAHNIAH!! #ANUwar memang pelakon terhebat

Bukanlah suatu yang luar biasa, apabila Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau akan mengangkat sumpah sebagai  Ahli Parlimen pada 24 Jun ini walaupun sebelum ini pembangkang bercadang memboikot majlis berkenaan.

Bekas Pegawai Khas Anwar, Rahimi Osman menyifat kenyataan Anwar untuk mengangkat sumpah bukanlah sesuatu yang pelik walaupun sebelum ini merancang untuk memboikotnya, kerana memang sudah diketahui umum Anwar mempunyai pelbagai muslihat.

“Ini bukan sesuatu yang baru kepada Anwar, dia adalah seorang pelakon hebat, sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya, sebelum ini pelbagai gelagat sudah dilakukan  untuk mendapatkan simpati, apa yang diucapkan itu hanya antara mainannya.

“Itulah Anwar, yang sentiasa bijak bersandiwara, akan memutar belitkan apa sahaja yang pernah diucapkan dan sudah pasti akan menyalahkan pihak lain apabila rancangannya tidak menjadi, dia pernah bersandiwara dengan memakai penyokong leher dan berkerusi roda untuk dapat perhatian,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa dia akan hadir di majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat minggu depan berbeza dengan kenyataan yang dibuat olehnya sebelum ini.

Perancangan Anwar itu tidak menjadi apabila bukan sahaja rakan sekutunya, DAP dan Pas tidak bersetuju, malah Timbalan PKR, Azmin Ali turut tidak bersetuju dengan apa yang dirancang itu

Menurutnya, Anwar tidak akan berhenti berpolitik selagi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai, dan sudah pasti pelbagai usaha akan dilakukan oleh Anwar untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional.

“Menyedari perancangan politiknya tidak menjadi pada pilihan raya lalu, Anwar pasti sudah merancang untuk membuat pelbagai kejutan untuk memastikan kesinambungan politik tidak terpadam begitu sahaja walaupun pembangkang gagal menawan Putrajaya.

“Sudah pasti persidangan Dewan Rakyat kali akan dipergunakan bukan sahaja oleh Anwar, malah Ahli Parlimen pembangkang lain yang akan mencari apa sahaja idea untuk memburuk-burukkan kerajaan, persidangan ini akan digunakan untuk kepentingan politik bukannya kepentingan rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, Anwar akan bercakap apa sahaja tetapi semuanya tidak adalah bermotif untuk kepentingan dirinya tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, apa yang utama adalah cita-cita peribadinya tercapai walaupun rakyat terpaksa menanggung keperitannya.

#ANUwar is fooling his supporters!!

As expected, Anwar will not boycott the parliamentary seating even though he said he would. The shameless Anwar Ibrahim took the oath and attended the seating after his series of Blackout 505 rallies failed to topple the government.

Anwar suggested that the Pakatan Rakyat should boycott the parliament because he thought DAP and PAS will follow him. However, his calculation was wrong as both of the party refuse to take the risk of losing its voice in the parliament. Thus, Anwar have to follow his allies as he is afraid of losing his position as the opposition leader.

We know that the DAP and PAS has already attended the parliament meeting in the absence of Anwar Ibrahim. The Pakatan Rakyat is thinking of appointing a new leader for the opposition. In a lot of ways, Anwar has become a liability to the coalition. Anwar has lost his focus and the Pakatan Rakyat is confused.

Other than that, Anwar seems to have lost his senses; he has lost all hope in becoming the Prime Minister. In a half conscious state, Anwar decided that he needs to attend the parliament proceeding only because of his title as the opposition leader.

Before the general election, western reporters stated that Anwar Ibrahim is only an entertainer in Malaysian politics. Long before that, he was labelled as a chameleon by western magazine.

Recently, when answering the issue of the Najib-Anwar meeting in Jakarta that never happened, a writer from Indonesia quoted Jusuf Kalla on his view of Anwar Ibrahim. The Vice President of Indonesia stated that Anwar lives in an imaginary world where he still considers himself the Prime Minister of Malaysia.

We have already detected the signs of delusion in Anwar Ibrahim, and we found out this a year ago. His delusion has become so severe that it enhances his ego and now even to have effect on his judgement.

Anwar Ibrahim that we see today is not the same Anwar we know during his reformation era. Dirty politics is embedded in his heart and soul. Easily said, if Anwar lie to the public, it is not because he is trying to fool the people, he do not have to planned it as he has become a compulsive habitual liar.

It seems like Malaysia has an opposition leader that has lost it soul. It is unsure how the opposition can contribute to the benefit of this country and its people.

Anwar Ibrahim strategy in the parliament has already been known by the people. He do not even care about the problem of the people or building the country, Anwar only knows how to organize demonstration, create riots and opposing the election.

Ironically, he will also take the oath on becoming a certified parliament member and the opposition leader based on the general election result that he opposed.

Our opposition are not helping the country to move forward, as all of their demands are taking the country one step behind. In addition to that, our opposition leader is a madmen.

The sad thing is, the supporters of the opposition are giving their full support and trust to this particular mad man. Supporters of the Pakatan Rakyat are treated like dogs by their leaders. All the demonstration and rallies done by them will come to no affect and their shameless leader will take the oath and become the opposition leader once more.

Thursday, 20 June 2013

Jerebu Tak Jejaskan Penerbangan


Semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka akan diteruskan seperti biasa walaupun keadaan berjerebu dilihat semakin teruk di beberapa bahagian di Malaysia.
Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) Malaysia Airports Datuk Azmi Murad berkata setakat ini kekerapan penerbangan tidak terjejas akibat pencemaran, yang dikatakan berpunca daripada amalan syarikat-syarikat perladangan di Sumatera yang melakukan pembakaran untuk pertanian.
"Setakat ini tidak ada apa-apa gangguan, tetapi kita bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk memantau keadaan," katanya selepas menyampaikan anugerah kepada kakitangan barisan hadapan dan syarikat-syarikat konsesi yang beroperasi di luar terminal penerbangan tambang rendah utama dan KLIA.
Pada pagi Khamis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengumumkan bahawa keadaan jerebu di beberapa kawasan di negara ini menjadi semakin buruk.
Bacaan paling teruk diambil di Muar, Johor, yang mencatat indeks pencemaran udara (IPU) 337 yang dinilai sebagai berbahaya.- Merdeka Online

Perhimpunan Bantah Pru 13- Usaha Terdesak Capai Cita-Cita


Usaha bersungguh-sungguh pembangkang menarik sokongan orang ramai agar menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Sabtu ini, dipercayai langkah terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-cita memerintah negara ini.
Sumber berkata, sasaran pembangkang untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan tersebut bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar iaitu bagi merealisasikan cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Semasa perhimpunan pada Sabtu ini, peserta yang hadir dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin pembangkang ke Padang Merbok di sini.
"Sebenarnya lokasi perhimpunan tersebut hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat pembangkang ialah mahu menawan jalan raya bagi tujuan menumbangkan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, perhimpunan kali ini bakal disertai semula oleh aktivis propembangkang, Abdul Malek Hussein yang merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah lama menghilangkan diri.
Beliau berkata, kehadiran Abdul Malek adalah untuk menyampaikan kehendak sebenar Anwar melalui perhimpunan jalanan.
Menurutnya, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya dekat sini semalam.
Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim.
Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama akan diadakan di tempat sama esok.
Sumber berkata, bagi mencapai cita-cita Anwar yang mahu berkuasa, pihak penganjur perhimpunan tetap dengan keputusan untuk mengadakan program itu di Padang Merbok walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan ia diadakan dalam stadium.
"Mereka berkeras enggan mengikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium dan Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup," katanya.
Selain itu, beliau berkata, semua pemimpin pembangkang yang hadir dalam mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.
Kata sumber lagi, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.
Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.
"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya.



Menurutnya, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya dekat sini semalam.

Antara yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim.

Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama akan diadakan di tempat sama esok.
Sumber berkata, bagi mencapai cita-cita Anwar yang mahu berkuasa, pihak penganjur perhimpunan tetap dengan keputusan untuk mengadakan program itu di Padang Merbok walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan ia diadakan dalam stadium.

"Mereka berkeras enggan mengikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium dan Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup," katanya.

Selain itu, beliau berkata, semua pemimpin pembangkang yang hadir dalam mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.
Kata sumber lagi, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.

Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya.


Wednesday, 19 June 2013

Akta Perhimpunan Aman 2012 Perlu di Pinda

Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan supaya Akta Perhimpunan Aman 2012 dipinda bagi membolehkan hukuman yang lebih keras kepada pesalah.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata pindaan itu perlu meliputi hukuman penalti sekiranya lewat mengemukakan pemberitahuan perhimpunan, gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis serta bagi kesalahan menganjurkan perhimpunan haram.

Hukuman yang lebih keras boleh dijadikan peringatan untuk pihak lain yang berhasrat melakukan perkara yang sama pada masa depan.

Tan berkata di bawah Seksyen 4 Akta Perhimpunan Aman, sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah seksyen itu boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 manakala bagi kesalahan gagal mengemukakan pemberitahuan boleh didenda sehingga RM10,000 berdasarkan Seksyen 9 Akta tersebut.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Alor Setar mengenai penganjuran perhimpunan Black505 Sabtu ini di Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu Tan menggesa pihak polis menyiasat perhimpunan yang dirancang kerana ia akan diadakan di lokasi yang tidak dibenarkan yang jelas bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

#LahadDatu - #Malaysia sangkal dakwaan media #Filipina

Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.

"Tiada insiden seperti itu berlaku.

"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.

Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.

Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.

Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Tuesday, 18 June 2013

#PAS hanya berselindung di sebalik kopiah

Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 menjadi pentas kepada Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Nozula Mat Diah untuk memberi 'tarbiah' kepada pemimpin-pemimpin Pas Kelantan mengenai sikap buruk mereka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh berkata, pemimpin-pemimpin Pas Kelantan sebenarnya hanya berselindung di sebalik kopiah dan songkok sebaliknya pertuturan mereka kesemuanya dipenuhi makian dan tuduhan liar.

Nozula berkata demikian ekoran tuduhan yang dikeluarkan Mohamad Zaki Ibrahim sebelum itu yang mendakwa BN memberi pil kuda dan air ketum kepada golongan muda pada pilihan raya lalu untuk mendapat undi.

PAS sendiri cakap jangan sakitkan hati orang sebab Pas kononnya perjuangkan Islam, tetapi sanggup tuduh, dan maki orang.

Rupa-rupanya, hati pemimpin Pas belum bersih, belum suci sebaliknya hanya menggunakan kopiah dan songkok untuk menunjukkan ciri-ciri Islam.

Terdahulu dengan selamba Mohamad Zaki mendakwa Pas sepatutnya menang bersih 45-0 di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, namun BN berjaya mendapat 12 kerusi DUN kerana melakukan pelbagai penipuan termasuk memberi dadah kepada pengundi muda.

Mohamad Zaki mungkin melepaskan geram untuk bercakap kerana tidak lagi diberi jawatan sebagai Timbalan Speaker.

Pemimpin-pemimpin Pas sepatutnya menggunakan Sidang DUN untuk mengulas isu rakyat supaya dapat diselesaikan dalam tempoh empat atau lima tahun lagi, bukannya menjadikannya sebagai pentas memaki hamun dan melemparkan pelbagai tuduhan.


PEMBANGKANG = TALAM 2 MUKA #PAKATANREPUBLIK

Keputusan pakatan pembangkang yang akhirnya membatalkan tindakan yang kononnya akan memboikot upacara majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen memperlihatkan pembangkang sekali lagi bermain sandiwara.

Tindakan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang masih ghairah untuk mengadakan perhimpunan haram 505 tidak lebih sekadar satu usaha untuk perbodohkan para penguikut mereka.

Perhimpunan 505 adalah satu strategi mengelirukan penyokong mereka  atau dalam bahasa kasarnya ahli-ahli parti mereka. Ini semua hanyalah satu sandiwara mereka untuk menutup kegagalan dan harapan palsu yang diberikan sebelum ini kononnya mereka mampu menguasai Putrajaya.

Mereka tidak mahu rakyat terutama penyokong mereka nampak kenyataan sebenar bahawa apa yang mereka laungkan selama ini terutama menjelang PRU 13 baru-baru ini hanyalah propaganda palsu.  Maka untuk menutup malu mereka mencipta pelbagai alasan dan fitnah terhadap SPR dan kerajaan BN.

Sekiranya benar segala dakwaan mereka contohnya PRU-13 tidak telus, berlaku penipuan dan sebagainya maka kenapa pembangkang setuju untuk angkat sumpah sebagai ahli dewan rakyat dan menerima negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sebagai negeri tawanan mereka.

Maka sudah jelas tambahnya lagi  bahawa pembangkang hanya memperalatkan penyokong mereka untuk mencapai agenda peribadi.

Kita yakin rakyat makin tahu bahawa pakatan pembangkang hanya hidup atas sandiwara yang mereka mainkan. Malah tindak tanduk mereka ternyata berputar belit bak kata bidalan depan cakap lain, belakang buat lain.

Monday, 17 June 2013

@drwanazizah dan Azmin Ali berperang???? #PKR

GEMPAR!!!!! Aktivitiberbalas-balas kenyataan antara beberapa orang pemimpin PKR yang diketahui datang dari kem berlainan yang berlaku kebelakangan ini, semakin mengesahkan bahawa ada peperangan dalaman besar yang sedang berlaku dalam parti yang bertuhankan Anwar Ibrahim itu.

Peperangan dalaman yang melibatkan penyokong kem Wan Azizah (Pro Anwar) dan penyokong kem Azmin Ali (Pro Azmin) nampaknya semakin sukar di kawal bila beberapa orang di antara mereka membuat kenyataan terbuka, mengutuk pemimpin di kem yang satu lagi.

Paling menarik terutama bagi rakyat di kawasan Ampang, Ahli Parlimen mereka Zuraidah Kamarudin (Pro Azmin) yang tergamak mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai gagal menyelesaikan masalah penduduk di Ampang sepanjang penggal pemerintahannya yang lepas.

Sampah, penyelenggaraan jalan dan sebagainya adalah antara masalah yang dimaksudkan.
Oh, ada janji tak laksana rupanya, jadi macam mana masa kempen itu hari perkara ini tidak dibangkitkan?  Segala dan semuanya adalah baik dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat?  Alih bila dah menang, baru rakyat tahu rupanya janji banyak tak laksana pun.

Tapi pilihanraya umum yang lepas bukan berkenaan kerajaan mana lebih baik dan menunaikan janji tapi lebih kepada keinginan satu kaum ini untuk mengubah kerajaan, tak kira apa lagi dah walaupun terpaksa mengundi batang kayu.
Balik pada isu tadi, sebelum ini pun Zuraidah secara terbuka menyanggah kenyataan Anwar Ibrahim untuk memboikot acara angkat sumpah pada 26 Jun nanti, sebelum disambut oleh Azmin sendiri.

Walhal Naib Presiden PKR, Tian Chua (Pro Anwar) menyokong kenyataan tersebut tanpa berbelah bagi.

Dari maklumat yang penulis dapat, ada besar kemungkinan lebih ramai lagi pemimpin dari kedua-dua kem yang akan mengeluarkan kenyataan menghentam satu sama lain dalam jangka masa terdekat.

Sementara UMNO melihat dengan penuh minat perkembangan yang tidak berapa nak digemari penyokong pembangkang ini, satu yang pasti dan penulis rasa rakyat perlu menilainya dengan baik ialah bagaimana kegilaan melampau terhadap kuasa yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin PKR telah mula kelihatan.

Dari soal perlantikan Menteri Besar Selangor tempoh hari lagi, sehingga kepada anggota Exco negeri yang lain (memakan masa hampir 1 bulan), semua ini menunjukkan parti ini tidak stabil dan entah bagaimana PKR boleh dianggap sebagai mengetuai Pakatan pembangkang.

Ini baru cerita satu negeri, belum kita sebut satu Malaysia lagi.  Kita bersyukurlah kerana Tuhan tidak membenarkan Pakatan ini mengetuai kerajaan Malaysia dan menyelamatkan negara kita dari terjerumus ke arah yang lebih buruk.

HUSAM MUSA WAJIB BERSARA

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan telah gagal menghadiri upacara angkat sumpah sebagai ADUN dalam sidang pertama DUN Kelantan semalam.  Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mustafa Mohammad dan Datuk Abdullah Che Rawi.  Sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah ketidak hadiran Husam Musa yang juga ADUN bagi kawasan Salor.

Dua yang lain itu diberitakan ada alasan yang munasabah untuk menjustifikasikan ketidak hadiran masing-masing semalam, hanya ‘kehilangan’ Husam sahaja yang dikatakan menjadi sedikit misteri.

‘Kehilangan’ Husam ini sudah tentu ada kaitan dengan keputusan kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub untuk tidak melantik semula Husam di dalam barisan Exco kerajaan negeri yang baru, atas alasan tidak mendapat perkenan Sultan – setidak-tidaknya itulah yang hebat diperkatakan orang.

Husam dikatakan merajuk dan kecewa dengan keputusan tersebut kerana dia fikir dia telah banyak berjasa kepada kerajaan Kelantan sepanjang tempoh pemerintahan penggal yang lepas.  Maka tidak hairanlah kenapa para penyokong Husam mengadakan beberapa siri demonstrasi bagi menyatakan bantahan atas keputusan tersebut.

Pakatan Rakyat memandang tindakan Husam ini sebagai satu tindakan yang serius.  Kalau dilakukan bersama-sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, itu cerita berbeza, tapi sekarang hanya Husam sahaja yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, seterusnya menimbulkan persoalan sama ada Husam akan membiarkan kerusi DUN Salor kosong secara automatik selepas tempeh 6 bulan.

Seterusnya membuka laluan kepada pilihanraya kecil.

Atau ini semua hanya helah Husam supaya dia dilantik semula sebagai Exco?  Kita tidak pasti, tapi mana-mana satu sekalipun, PAS dan Pakatan Rakyat tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan serba salah seperti ini, hanya kerana tindakan Husam seorang.  Sepatutnya, Husam menggunakan masa ini untuk muhasabah dirinya dan memperbaiki kelemahannya supaya di masa hadapan, dia akan kembali menjadi Exco kerajaan negeri, bukan merajuk macam budak-budak.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan tunduk kepada ugutan dan tekanan dari Husam.  Apatah lagi, soal perlantikan Exco adalah dalam bidang kuasa Sultan yang memerintah dan kerajaan Negeri tidak ada pilihan, selain akur kepada ketetapan tersebut.

Justeru, penulis mencadangkan agar Husam bersara sahaja dari politik.dan membuka laluan kepada pemimpin lain yang mengutamakan kepentingan parti lebih dari kepentingan dirinya sendiri.  Penulis yakin, pemimpin seperti itu ada ramai di Kelantan, hanya menunggu masa untuk Husam membukakan  jalan.  Kalau macam inilah gayanya, Husam memang terbukti seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri.
Tapi dalam mengendalikan soal Husam ini, PAS perlu bijak.

Jangan sampai pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula kerana jika itu berlaku, ada kemungkinan besar PAS akan kalah kepada calon BN melihat kepada momentum perubahan yang berlaku selepas pilihanraya umum yang lepas.  Walaupun dalam kempen tersebut Husam berjaya meningkatkan majoriti undinya dari 3,232 undi pada 2008 kepada 3,683 undi pada 2013, tapi perkara tersebut banyak dibantu oleh simpati pengundi kepada Husam berikutan kematian ibunya, beberapa  hari sebelum hari pengundian pada 5 Mei.

Statistik tersebut kalau ditambah dengan faktor pengunduran Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, sudah tentu akan mengurangkan lagi peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Friday, 14 June 2013

#ANUwar Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang

Anwar Ibrahim kini terpaksa menumpukan tenaganya untuk terus berpaut sekuat mungkin pada gelaran ‘Ketua Pembangkang’.  Sedikit kesilapan, akan menyebabkan beliau tertendang keluar dari jawatan tersebut.  Tidak keterlaluan dikatakan, bahawa jawatan ‘Ketua Pembangkang’ itulah ‘maruahnya’ yang tinggal kerana pada hakikatnya, tiada siapa lagi yang mendengar arahan atau kata-katanya.

Sebenarnya, sesiapa sahaja yang bercakap berbelit, sering U-Turn dan ‘flip-flop’ tidak akan dihormati dan seorang ketua yang bersikap sedemikian akan akhirnya dipandang rendah atau sepi oleh orang bawahannya.  Begitulah yang terjadi kepada Anwar kerana sering bercakap tidak serupa bikin.

Paling terkini, Anwar telah beria-ia membayangkan yang beliau akan memboikot Dewan Rakyat tetapi akhirnya bayangan hanya tinggal bayangan apabila rakan-rakan sekutunya mempersoalkan saranan tersebut.  Tindakan mereka mempersoalkan saranannya secara terbuka membuktikan bahawa mereka tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua mereka.

Apabila Anwar sendiri kemudiannya menghadiri Dewan malah beria-ia mencadangkan nama Speaker, segala kebobrokannya terserlah lagi.

Oleh itu, jika Anwar tertanya-tanya kenapa beliau masih lagi tidak berjaya mencapai cita-citanya menjadi pemimpin negara, maka beliau harus sedar bahawa selain petah berpidato, beliau sebenarnya tidak punya sifat kepimpinan pun.  Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pendirian yang teguh serta konsisten dalam kata-kata dan tindakannya tetapi Anwar sering mencadangkan sesuatu tetapi berbuat sebaliknya.  Bagaimana orang boleh menghormatinya?

Kerana itu, Anwar perlu memanipulasi pemilihan partinya setiap kali kerana beliau sendiri sebenarnya kurang keyakinan yang beliau boleh menang secara adil.

Malang bagi pembangkang kerana mempunyai ketua yang tidak layak menjadi ketua.  Jika menjadi Ketua Pembangkang pun tidak layak, bagaimana boleh berangan menjadi Perdana Menteri.