Wednesday, 31 July 2013

#PAS Tuduh Orang Kuala Besut Kaki Rasuah. #PRKKualaBesut

Alhamdulillah! PRK Kuala Besut berlangsung tanpa sebarang gimik keterlaluan dari pembangkang iaitu tiada drama Bangladesh, tiada laungan ‘tak ada karan’ atau gambar peti undi dijumpai diatas sampan.  Namun, itu tidak bermakna tiada tuduhan liar dilemparkan terhadap UMNO, apatah lagi apabila UMNO menang.

Kini, telah berkumandang di dalam Harakah bahawa UMNO menang kerana rasuah.  Konon BN merasuah secara giat, menghulur wang tunai terus kepada rakyat Besut.   Malah, jika melihat dari laporan Harakah dan tulisan-tulisan para kolumnisnya serta ceramah-ceramah kempen sebelum ini pun, kita mungkin akan terbayang gambaran jentera dan calon UMNO menabur wang secara besar-besaran dan pengundi K. Besut pula berpusu-pusu berebut-rebut wang tersebut.

Apakah yang boleh disimpulkan dari tuduhan Harakah ini?

Kesimpulannya ialah, PAS menuduh orang Kuala Besut sebagai pemakan rasuah! 

Dalam keghairahan PAS menyerang, menghentam dan menghina UMNO, PAS terlupa yang mereka sebenarnya menyerang, menghentam dan menghina pengundi.

Pengundi Kuala Besut tidak wajar dihina sebegitu sekali.  Tidak mungkin mereka memilih UMNO kerana wang.  Tidak mungkin harga diri mereka semurah itu.   UMNO menghormati pengundi Kuala Besut dan tidak pernah menganggap mereka sebagai barang yang boleh dijual beli.  Lagipun, dengan rekod perkhidmatan UMNO,  UMNO tidak perlu merasuah untuk meraih undi.

Sebaliknya, yang jelas merasuah pengundi ialah PAS.

Lihat saja bagaimana calon PAS, Che Long membeli undi dengan minyak percuma.   Lihat saja bagaimana PAS menjaja Che Long sebagai ‘orang kaya’ bagi menarik pengundi, seolah-olah pengundi-pengundi di situ begitu ‘hadap’ dengan wang Che Long.   Walhal, yang ‘hadap’ dengan wang Che Long sebenarnya adalah PAS sendiri.

Tidak cukup dengan itu, PAS turut cuba merasuah pengundi dengan janji syurga.  Sedangkan PAS langsung tiada hak untuk menentukan syurga neraka sesiapa termasuk diri mereka sendiri.   Apatah lagi dalam pilihanraya yang menyaksikan perlawanan antara parti yang diterajui sesama Islam dengan calonnya juga Islam.  

Jika kita ingin turut menghukum sepertimana PAS menghukum orang lain, maka dosa PAS di PRK K.Besut sahaja sudah cukup banyak.  Antaranya memfitnah BN memberi rasuah, memfitnah pengundi Besut menerima rasuah, memberi rasuah minyak, serta menghukum dengan hukum Allah SWT.   Namun, kita bukan sejahil PAS.  Kita tahu kita tidak berhak menghukum sesiapa sebagai berdosa walaupun perbuatannya nyata.

Apa yang berlaku ialah UMNO mungkin ada memberi bantuan dan barang-barang cenderamata kempen kepada penduduk Kuala Besut dan itu bukanlah rasuah tetapi sebahagian dari proses pilihanraya selain memikul tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah.

Dan PAS juga ada berbuat yang sama iaitu mengedar cenderamata kempen kepada pengundi. Cumanya, tidak seperti UMNO, PAS jarang memberi bantuan dalam kempen-kempen mereka, tetapi sering menghulur ‘tin milo’ meminta bantuan (derma), dari pengundi pula - walaupun dalam pilihanraya di negeri yang diperintah mereka.

Seperti kata pepatah, tangan di atas lebih baik dari yang di bawah iaitu yang memberi lebih baik dari menerima.  Oleh kerana PAS biasa menjadi penerima dan bukan pemberi, maka secara automatik, PAS bukanlah lebih baik dari UMNO.

Maka, tidak hairanlah pengundi Kuala Besut memilih UMNO kerana mereka tahu UMNO tidak merasuah mereka, sebaliknya memberi, yakni membantu memajukan kawasan mereka bagi membuka peluang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka di masa hadapan.

#DAP Terbukti Kuat Menipu: Pemilihan Semula #CEC Perlu diPantau BERSIH?

Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas.

Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik.  Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan.

ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC.

Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat.   Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional.   Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus.   Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus.

Untuk itu,  DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya.

Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus.  Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini.

Oleh itu, seruan bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat agar pemilihan semula diadakan bagi membersihkan DAP adalah bertepatan.   Ini kerana parti yang kepimpinannya terlantik dengan cara kotor tidak mungkin mampu menjadi pemerintah yang bersih.   Dan jika negara diperintah oleh parti yang kotor, maka kekotoran itu akan kekal dan tidak mungkin dapat dicuci lagi.

Bagi memastikan pemilihan semula CEC berjalan dengan bersih, inilah disarankan agar BERSIH masuk campur bagi memastikan keadilan terlaksana dalam parti DAP.  Dengan cara ini, BERSIH turut berpeluang membersihkan imejnya yang terpalit najis DAP dan pembangkang serta membuktikan pertubuhan itu sebagai sebuah NGO bebas. 

Mungkin juga BERSIH boleh mencadangkan dakwat kekal serta pemantau dari luar negara untuk memantau pemilihan CEC DAP.  Namun, jika benar-benar ingin dianggap bersih dan telus, DAP boleh sahaja mengadakan pengundian secara terbuka, iaitu dengan mengangkat tangan.  Cara ini tentu lebih mudah memandangkan DAP tidak begitu bijak menggunakan komputer untuk pengiraan.

Setakat ini, sudah tiga kali DAP tersalah kira melalui komputer iaitu ketika pemilihan awal CEC, pengiraan semula pemilihan CEC dan juga pembentangan projek terowong di bawah laut yang tersasar sehingga lebih RM2 billion.

Jika pemilihan terbuka dapat dilakukan maka kita pasti DAP akan dapat memulihkan sedikit imejnya yang telah dicop sebagai ‘penipu tegar’.

Ketelusan pemilihan CEC DAP adalah penting kerana kita perlu mengelak sebarang kemungkinan sebuah parti penipu turut bertanding dalam PRU yang akan datang. 

Perajurit terima Pingat Kedaulatan Negara. @NajibRazak @HishammuddinH2O @Zahid_Hamidi @MyMassa

Hampir 8,000 perajurit yang terlibat dengan Ops Daulat pada Februari lalu bakal menerima pingat khas, Pingat Kedaulatan Negara (PKN) secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pingat berkenaan akan dianugerahkan oleh panglima mengikut cawangan perkhidmatan masing-masing.

Ini merupakan pingat khas sebagai pengiktirafan kerajaan kepada perajurit negara yang telah menyumbang bakti mempertahankan kedaulatan Malaysia semasa pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

Seramai 20 perajurit negara yang terlibat dengan Ops Daulat menjadi penerima awal PKN sempena Hari Pahlawan hari ini.

Terdahulu, turut diadakan perbarisan sempena Hari Pahlawan di Dataran Merdeka bagi mengenang jasa mereka yang terkorban di Lahad Datu.








JK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI PAHLAWAN

JK mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua pahlawan-pahlawan negara yang selama ini telah banyak berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta.  Marilah kita sama2 menghargai jasa pahlawan terutamanya parajurit  dahulu kala yang banyak berkorban demi negara. Sesungguhnya tanpa jasa mereka, mungkin kita masih lg berada pemerintahan barat dan komunis!

Lirik Lagu Warisan

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Isu sensitiviti kaum membimbangkan. @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Kebelakangan ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang mengenai aliran semasa yang menunjukkan peningkatan pelbagai isu menyentuh perkauman dan sensitiviti agama yang semakin lantang diungkit pelbagai pihak.

Keadaan itu menunjukkan seolah-olah masyarakat Malaysia sudah mencapai tahap ‘hyper sensitif’ sehingga ada perkara yang dalam keadaan biasa tidak dianggap sensitif tetapi sudah menjadi begitu sensitif sekarang.

Ia dibuktikan apabila sudah timbul pelbagai isu polarisasi kaum serta pelbagai kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama termasuk isu membabitkan Kementerian Pendidikan seperti murid tidak makan di kantin sekolah, baru-baru ini.

Dengan memberi contoh resolusi yang dibuat dalam Konvensyen Pemimpin Cina anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) kelmarin yang menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 serta mahu mengadakan siri jelajah seluruh negara bagi mengutip tandatangan mengenainya.

“Saya tidak nampak kenapa perkara murni yang kita lakukan untuk merapatkan jurang sistem pendidikan kita dengan negara maju, mengambil masa hampir dua tahun menggubalnya dengan mengadakan pertemuan pelbagai kelompok masyarakat, dilihat dalam perspektif agak luar biasa dan berbau perkauman.

“Kenapa ia dilihat dengan begitu serong oleh pihak ini (seolah-olah kerajaan) mahu menghapuskan bahasa ibunda mereka dan mengurangkan kedudukan mereka, manifestasi cetusan syak wasangka apa yang kita mahu lakukan, ini sesuatu yang agak membimbangkan,”

Isu ini membimbangkan aliran semasa seolah-olah mencabar semangat Perlembagaan Persekutuan selain bertanyakan apa tindakan kerajaan bagi menanganinya.

Situasi itu berlaku mungkin kerana mereka melihat masyarakat Islam sekarang sedang berada dalam keadaan berpecah-belah dalam beberapa kelompok dan kumpulan tertentu.

Mereka melihat kita orang Islam dalam keadaan yang lemah walaupun kita sebenarnya tidak lemah kerana majoriti rakyat beragama Islam di negara ini lebih 67 peratus dan mempunyai perwakilan dalam pelbagai bidang politik dan masyarakat.

Bagaimanapun, jika umat Islam tidak bersatu, kita akan menghadapi masalah lebih besar pada masa akan datang. Kita tidak mempunyai pilihan selain mengukuhkan ukhuwah.

Tuesday, 30 July 2013

#SYIAH - Guling kerajaan cara revolusi

Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri, berkata antara ciri golongan Syiah ialah cuba menggulingkan kerajaan dengan cara revolusi, selepas sistem sedia ada gagal memenuhi matlamat mereka.

Sebagai contoh, apabila golongan ini tidak dapat menguasai atau membentuk kerajaan, mereka akan ambil tindakan guling kerajaan, buat revolusi bagi memenuhi kehendak.

Ini adalah sebahagian cara pergerakan golongan Syiah ini untuk membentuk kerajaan dan cara ini dihalalkan oleh pengikut mereka. Ini sama menyemai semangat Iran.

Ada Wujud anasir tertentu dalam PAS yang cuba menyemai ‘semangat Iran’ di kalangan ahli parti, kononnya ia cara terbaik untuk menegakkan syiar Islam di negara ini.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan Majlis Fatwa negeri sudah menguatkuasakan larangan penyebaran Syiah sejak 1998, selepas menyedari mengenai bahaya penularan fahaman itu terhadap akidah umat Islam.

Majlis Fatwa Negeri ketika itu melihat ajaran Syiah ini perlu dibendung kerana bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Syiah jika dibiarkan akan menimbulkan masalah dengan penganut fahaman Islam yang lain. Jadi jelas untuk rakyat di negeri ini, ia dilarang sama sekali untuk disebarkan kepada orang lain. kegiatan kumpulan itu sentiasa dipantau.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang Malaysia berdasarkan peruntukan Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan KDN mengenal pasti pemimpin politik yang terbabit dalam gerakan Syiah dan akan mengambil tindakan jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan JAKIM.

Keperluan aset pertahanan masa depan berdasarkan ancaman. @NajibRazak

Malaysia akan meneliti keperluan pertahanan masa depan berdasarkan ancaman yang mungkin dihadapi dan bajet sedia ada dalam menentukan pembelian kelengkapan ketenteraan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan kini menumpukan perhatian terhadap menguruskan keperluan mengurangkan defisit dalam negara kerana perlu memperkukuhkan kedudukan makro dan fiskal.

Jika mencukupi dalam bajet kita, kita akan pertimbangkan, bukan saja dari segi pesawat perang pelbagai guna, tetapi kelengkapan lain seperti helikopter penyerang dan senjata, bergantung kepada ancaman yang mungkin dihadapi Malaysia pada masa depan.

Seperti pencerobohan di Sabah baru-baru ini. Ia ancaman berintensiti rendah. Walaupun bahaya, ia tidak serius seperti menghadapi peperangan.

Tubuh badan penasihat RIBI

Kementerian Wilayah Persekutuan akan menubuhkan badan penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang antaranya berperanan menentukan kawasan sesuai untuk pembinaan rumah ibadat.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr J. Loga Balan berkata, badan penasihat itu juga akan menyiasat tindakan pengosongan tapak oleh pihak penguat kuasa dengan mengambil kira sensitiviti agama masyarakat berbilang kaum.

Buat masa sekarang badan penasihat itu hanya dianggotai oleh wakil agama dari badan bukan kerajaan, dan belum dibuka keanggotaan kepada ahli politik.

Foto: Peristiwa Berdarah di Mesir, Bila Akan Berakhir?


















Tumpahan Minyak Jejaskan Pelancongan di Thailand












Operasi pembersihan minyak di Ao Prao Beach di Koh Samet, Rayong selepas minyak mentah yang bocor dari saluran paip di Teluk Thailand pada hujung minggu yang lalu sehingga mencecah pantai resort pelancongan Thailand. Kira-kira 50,000 liter minyak mentah yang dicurahkan ke dalam laut pada hari Sabtu kira-kira 20 km (12 batu) di luar pantai Rayong, tenggara Bangkok.

Koh Samet, terkenal dengan pantai berpasir putih, sering dibanjiri oleh pelancong tempatan dan luar negara. Kira-kira 200 anggota tentera telah dikerahkan untuk membantu membersihkan tumpahan dan 300 lagi akan bersedia untuk membantu sebagai back-up. Gabenor Wilayah, Wichit Chartpaisit berkata tugas ini akan mengambil sedikit masa untuk pembersihan.

Laporan penelitian semula "The New Village" siap minggu ini - LPF

 
 
KUALA LUMPUR: Laporan lengkap penelitian semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) terhadap filem The New Village akan dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu ini.

Pengerusi LPF Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata dua panel ditubuhkan yang masing-masing berperanan untuk mencari apa yang didakwa mengandungi unsur memperjuangkan komunis dan mencari agenda tersembunyi daripada segi jalan cerita, perkara-perkara tertentu di sebalik filem itu.

"Panel LPF sentiasa melihat dari sudut garis panduan yang ditetapkan untuk sesebuah filem dan kita akan melihat semula objektif filem itu. Panel yang ditubuhkan akan menonton semula filem itu.

"Malah, pagi tadi telah berjumpa dengan Astro Shaw (penerbit filem) dan mereka telah serah filem tersebut kepada kami untuk penelitian semula," katanya kepada Bernama hari ini.

Filem itu mengundang kontroversi umum di Internet apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tayangan filem itu yang dijadualkan pada 22 Ogos ditangguhkan bagi membolehkan LPF meneliti semula kandungannya termasuk keperluan menapis semula daripada segi plot cerita dan mesejnya.

Raja Azhar berkata jika laporan penelitian semula telah diserahkan kepada KDN, keputusan penayangan terletak pada bidang kuasa kementerian itu.

"LPF hanya berperanan untuk meletakkan garis panduan yang sesuai dan bukannya penentu sesebuah filem itu boleh ditayang atau sebaliknya," katanya.

Ditanya mengapa pada peringkat awal LPF meluluskan filem itu untuk ditayangkan, beliau memberitahu bagi LPF, filem itu telah mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan.

"Dari segi garis panduan, filem itu dilepaskan kerana ia melepasi semua garis panduan kita seperti bebas dari isu ketenteraman awam, keselamatan, keagamaan dan hubungan kaum.

"Kita juga teliti setiap dialog. Malah dari segi isu-isu keganasan keterlaluan pun tiada malahan bersih. Begitu juga tiada dialog yang menyinggung perasaan kaum," katanya.

Raja Azhar menjelaskan kontroversi yang timbul ketika ini 'di luar garis panduan LPF' contohnya objektif filem dan tujuan filem diterbitkan, dan LPF perlu meneliti semula kandungan keseluruhan film tersebut.

"Sebagai sebuah cerita, filem ini memang tiada isu ... tetapi jika ada di sebalik cerita sama ada memperjuangkan komunis atau tidak, itu yang kita akan double check. Dalam konteks filem hiburan, ia lepas. Kalau wujud isu perkauman, kita memang sudah potong," katanya.

Raja Azhar turut menasihatkan mereka yang mengkritik tanpa usul periksa ketika ini supaya menonton keseluruhan filem dan bukannya treler sahaja yang langsung tidak menggambarkan keseluruhannya.

Menurutnya filem tersebut berkisar pada pencintaan seorang gadis kampung dengan anggota komunis yang dipisahkan dengan kawat berduri selain memaparkan ketentaraman awam dikawal sepenuhnya pasukan keselamatan.

Raja Azhar turut ditanya kenapa filem itu akan ditayangkan terlebih dahulu berbanding filem 'Tanda Putera' yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei.

Beliau berkata keputusan menayangkan mana-mana filem terletak pada bidang kuasa pengeluar dan penerbit filem itu sendiri dan bukannya di bawah LPF.

"Ini strategi pemasaran dan perniagaan mereka, sama ada hendak tayang dahulu atau kemudian. Tugas kita hanya membuat penapisan dan menguruskan filem itu," katanya.

Sementara itu, wakil penerbit filem itu, Astro Shaw dan Yellow Pictures satu kenyataan menjelaskan bahawa filem The New Village merupakan sebuah filem period berbahasa Mandarin yang mengisahkan percintaan terlarang.

Menurut Astro Shaw, filem itu telah melalui pelbagai proses termasuk di fasa Lembaga Penapisan Filem dan telah diberikan klasifikasi P13 tanpa potongan pada September 2012.

Buat masa ini, filem tersebut sedang melalui penelitian kedua oleh LPF.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/laporan-penelitian-semula-the-new-village-siap-minggu-ini-lpf-19358?cp

Pembunuh Upahan Semakin Berleluasa, Kami Mahukan ISA Dikembalikan


KUALA LUMPUR: Kejadiaan pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat semakin berleluasa terutama melibatkan mangsa golongan berprofil tinggi harus diberi perhatian serius oleh polis.

Hari ini sahaja, dua kes tembak dilaporkan -- satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam -- menyebabkan seorang maut dan dua cedera. Yang terbunuh dalam kejadian hari ini ialah Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Satu lagi kejadian dilaporkan di Ipoh, Perak malam tadi menyebabkan seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di sini pada 10.15 malam.

Khuatir dengan trend itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata kepada Bernama kejadian seperti itu memberi gambaran yang kurang elok terhadap tahap keselamatan di negara ini.

Tambahan pula kes pembunuhan golongan berprofil tinggi sering dikaitkan dengan dakwaan wujudnya pembunuh upahan tetapi tiada pembunuh upahan yang ditangkap atau didakwa setakat ini (pada tahun ini), kata Akhbar.

"Penguatkuasa perlu menyiasat dan menyelesaikan dengan segera kes-kes tembak yang melibatkan individu berprofil tinggi," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank,Hussain Ahmad Najadimaut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang jugaPengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevancedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri)Datuk Shaharuddin Ibrahimyang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April.

Sehubungan itu, Akhbar mengesyorkan pihak berkuasa meningkatkan usaha membanteras penyeludupan senjata api yang menyumbang kepada peningkatan kes pembunuhan termasuk kononnya oleh pembunuh upahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pasukannya telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran dan tidak mendedahkan jumlah rampasan senjata.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas sejak kejadian kes pembunuh upahan menggunakan senjata api semakin berleluasa.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor mencatat peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Selain kes tembak yang disebut di atas, terdapat kejadian tembakan melibatkan orang awam lain, antaranya:

18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.
8 Julai - seorangguru penolong kananhal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.
13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
11 Mei -Dua lelaki mautmanakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan10 kesan tembakandi persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pembunuh-upahan-semakin-berleluasa-masih-tiada-tangkapan-19356?cp

Foto Nahas Kereta Api,Terbaru di Switzerland







 
GRANGES-PRES-MARNAND: Dua kereta api bertembung di barat Switzerland, hari ini mengakibatkan 35 penumpang cedera dengan sekurang-kurangnya lima lagi parah.