Monday, 30 September 2013

#DAP4ALL Hanya Mimpi?Hokkien & Mandarin Bahasa Pengantar Di CEC DAP! @NajibRazak @cmlimguaneng @




JK kembali lagi dengan isu-isu hangat dan kali ini JK ingin komen sedikit tentang CEC DAP yang telah berlangsung semalam. Sebelum ini kita biasa mendengar DAP ialah satu parti yang demokratik, yang menerima segenap lapisan bangsa, yang akan berjuang untuk membantu rakyat berbilang kaum. Jika itu benar, maka sudah tentu kita akan melihat ketua yang berbilang kaum menerajui DAP bukan? Namun itu hanyalah satu taktik meraih undi kerana lihatlah sendiri majoriti yang menguasai pucuk pimpinan DAP ini? Mana Melayunya (Zairil Khir Johari bukan Melayu tulen sila harap maklum)? Berapa peratusan India dan bangsa selain Cina dalam DAP ini? Ternyatalah DAP adalah satu parti perkauman yang menjadikan PAS serta PKR sebagai tunggangan. JK tak sanggup biarkan DAP menang pada PRU keberapa sekalipun!

Bantuan #Malaysia bukan hanya untuk orang Islam - Tun M. #Syria @tun_mahathir

Bantuan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka yang memerlukan di mana sahaja di dunia tidak seharusnya di salah tafsir khusus untuk orang Islam.

Tanggapan salah sebegitu menurut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad wujud kerana dewasa ini, kelompok yang paling banyak memerlukan bantuan di dunia merupakan orang Islam kesan daripada pelbagai bencana kemanusiaan.

Harus diingat bantuan yang dihulurkan oleh rakyat dan negara ini tidak hanya tertumpu kepada orang Islam.

Kita rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada semua tanpa mengira fahaman agama dan bangsa.

Ambil contoh bantuan yang kita hulurkan untuk pelarian rakyat Syria yang turut melibatkan penganut kristian, kita tidak membezakan bantuan yang diberi mengikut fahaman.

Tun M turut menasihatkan pihak-pihak yang bertanggapan sedemikian untuk membuka mata dan melihat perkara sebenar agar lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak kira siapa, agama atau ideologi.

#Gaza terima tempias krisis #Mesir

Krisis di Mesir bukan sahaja mendatangkan musibah kepada penduduk negara itu tetapi juga memberi kesan buruk kepada rakyat Palestin di Gaza.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, lebih memburukkan keadaan apabila tentera Mesir menutup pintu masuk serta memusnahkan terowong bawah tanah yang menghubungkan Gaza dan Mesir di sempadan Rafah.

Tindakan menutup sempadan oleh pihak berkuasa Mesir itu sama seperti berpakat dengan kuasa penceroboh Israel untuk agenda membunuh penduduk Gaza secara perlahan-lahan.

Beliau ditemui selepas melancarkan buku laporan 'Slow Death: The Collective Punishment of Gaza Has Reached A Critical Stage' yang turut dihadiri jurucakap Hamas di Malaysia, Ahmad An Najar.

Laporan berkenaan hasil kajian sebuah badan bukan kerajaan, Euro-Mid Observer yang berpusat di United Kingdom dan diterbitkan secara bersama oleh Mapim dan Palestinian Return Centre UK.

Laporan itu turut memuatkan 10 fakta implikasi penutupan pintu masuk ke Gaza antaranya sejak Julai lalu sejumlah 65 peratus isi rumah di Gaza menghadapi krisis bekalan makanan.

Penutupan pintu masuk berkenaan turut menyebabkan bekalan elektrik hanya boleh dibekalkan selama 12 jam sehari ia juga bakal menjejaskan sejumlah 90 peratus bekalan air bersih.

Sehingga Ogos lalu 35.5 peratus penduduk menganggur dan akan bertambah buruk menjelang hujung tahun ini jika pintu masuk Gaza terus ditutup.

Sementara 30,000 orang bakal kehilangan pekerjaan kerana sektor pembinaan turut terjejas sejak Julai lalu.

Malahan ekonomi di Gaza mencatatkan kerugian AS$460 juta dalam tempoh dua bulan lalu.

Buku laporan itu akan diedarkan kepada 192 ketua kerajaan di seluruh dunia.

Laluan berliku Naib Presiden. #UMNO

Jawatan Naib Presiden yang bakal diisi oleh tiga penyandang 19 Oktober depan adalah tiket laluan awal untuk parti, kerajaan dan rakyat mengukur potensi dan kewibawaan kepimpinan kanannya sebelum melangkah lebih jauh

Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada

Tunku Abdul Rahman, beliau memilih Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu berada dalam kedudukan nombor tiga di barisan Naib Presiden, sebagai timbalannya.

Apabila Dr. Ismail meninggal dunia, Tun Razak memilih Tun Hussein, juga Naib Presiden ketiga.

Tun Razak tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden. Begitu juga Almarhum

Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi Presiden UMNO kedua, menggantikan Datuk Onn Jaafar pada 1951 dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya

ketika itu. Tun Razak pula terus ke jawatan Timbalan Presiden (1951-1971) selepas memenanginya dengan menewaskan dua calon lain.

Pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO,

dua Naib Presiden yang paling kanan dan dua Naib Presiden nombor dua menjadi pilihannya untuk menyandang jawatan nombor dua. Ia meskipun sejarah sebelum itu

membuktikan Naib Presiden nombor tiga termasuk Dr. Mahathir sendiri adalah mereka yang sentiasa bernasib baik.

Naib Presiden paling kanan yang dipilih Dr. Mahathir sebagai orang nombor dua ialah

Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kedua-duanya tersadai di situ.

Apabila Tun Ghafar Baba dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau adalah Naib

Presiden nombor dua selepas Tengku Razaleigh Hamzah dan nombor tiga ketika itu ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu.

Dr. Mahathir, juga merupakan Naib Presiden nombor tiga apabila dilantik oleh Tun

Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mac 1976 berikutan kematian

mengejut Razak. Pada hal ketika itu, Naib Presiden UMNO paling kanan ialah Ghafar, diikuti Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada 8 Januari 1999 pula, Dr Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga nombor dua selepas Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila tiba giliran

Abdullah pula, beliau memilih Najib, Naib Presiden paling kanan sebagai timbalannya.

Pada 2009 itulah buat julung kali dalam sejarah UMNO, perwakilan menentukan sendiri siapa yang mereka mahu untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti.

Ini bukan lagi secara tradisi dalam sejarah 63 tahun kewujudannya, apabila Presiden

memilih timbalannya dalam kalangan tiga Naib Presiden tanpa mengira sama ada Naib Presiden paling kanan, kedua atau yang ketiga.

Pada ketika itu, Muhyiddin dari kerusi Naib Presiden menang menewaskan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri mempunyai sejarah tersendiri dan sepanjangkewujudan jawatan itu, ia sudah disandang oleh sembilan pemimpin iaitu Tun Razak,

Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr Mahathir, Musa, Ghafar, Anwar, Abdullah dan Najib.

Namun, untuk rekod, antara Naib Presiden yang pernah menjadi Timbalan Presiden ialah Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ghafar, Anwar, Abdullah,

Najib dan Muhyiddin. Antara mereka, cuma Tun Hussein, Dr. Mahathir, Abdullah dan

Najib berjaya ke puncak dalam parti dan seterusnya menyandang jawatan Perdana

Dr. Ismail yang dipilih Tun Razak sebagai timbalannya apabila dilantik sebagai Perdana

Menteri kedua pada September 1970, bagaimanapun tidak sempat naik ke puncak kerana meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Laluan untuk Naib-naib Presiden sebelum ke puncak kuasa, penuh berliku.

Sunday, 29 September 2013

#PRK Sungai Limau : Peluang Mukhriz untuk buktikan kemampuannya

Pulangnya Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah kelmarin, bermaksud berlakunya kekosongan bagi DUN Sungai

Limau - kekosongan kedua sejak PRU13 berakhir, selepas DUN Kuala Besut yang kosong selepas kematiannya penyandangnya, berjaya dipertahankan BN Ogos lepas.

Menarik dalam PRK Sungai Limau nanti, Pengerusi Perhubungan BN Kedah yang baru, merangkap Menteri Besar,

Datuk Mukhriz Mahathir akan turut memimpin BN buat pertama kalinya sebagai Jeneral dalam kempen pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu nanti.

BN sudah pasti mahu melengkapkan penguasaan di Parlimen Jerai dengan merampas DUN Sungai Limau dari

PAS setelah kawasan parlimen itu sendiri berjaya dirampas melalui calonnya Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam

PRU13 yang lepas, selain BN berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN yang lain (Gurun dan Guar Cempedak).

Kejayaan ataupun kegagalan BN dalam kempen tersebut nanti, pasti memberi kesan kepada peluang Mukhriz dalam persaingannya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan

Ini adalah hakikat yang tidak boleh dielak kerana, walaupun dilantik sebagai Menteri Besar sebaik BN diumumkan

berjaya kembali berkuasa di Kedah Mei lepas, Mukhriz bukanlah yang mengetuai jentera kempen BN di Kedah pada waktu itu, sebaliknya Pengerusi Perhubungan BN sebelum beliau, Datuk Ahmad Bashah.

Walaupun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan faktor pencalonan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sebelum itu, turut memainkan peranan yang tidak kurang besar dalam mencapai kejayaan tersebut.

Tapi kali ini situasinya jelas berbeza,mahu tidak mahu Mukhriz perlu menerima hakikat bahawa corak

pentadbirannya berbanding dengan yang lama sudah boleh dilihat dan dinilai rakyat Kedah amnya dan pengundi Sungai Limau khasnya.

Disamping itu, kali ini Mukhriz akan turut berhadapan dengan isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak barubaru ini yang pasti akan dimanipulasi sehabis mungkin oleh pembangkang, seolah-olahnya kalau PAS berjaya mengekalkan kuasa di DUN Sungai Limau dalam kempen PRK itu nanti, harga minyak akan diturunkan serta merta mana janji Anwar Ibrahim dalam buku Jingga.

Tidak juga, tapi pembangkang peduli apa, yang penting pada mereka ialah menang pilihanraya dan mengekalkan

Mungkin kalau ada yang boleh membantu sedikit sebanyak ialah sikap terpuji Mukhriz yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda permusuhan dengan Allahyarham Azizan apabila sering kali kelihatan melawat bekas Menteri

Besar tersebut sejak Allahyarham mula jatuh sakit.  Malah pentadbiran Mukhriz juga secara terbuka mengumumkan akan membantu Azizan sepanjang menjalani rawatan, sesuai dengan kedudukkannya sebagai bekas Menteri Besar.

Pendekatan mulia yang dipilih Mukhriz ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kempen BN nanti, disamping faktor calon dan isu-isu nasional yang lain seperti yang dijelaskan di atas.

Justeru, yang nyata PRK Sungai Limau nanti pasti akan menjadi medan tempur politik yang menarik selepas

PRU13. Kempen kali ini bukan setakat persaingan mencari pengganti Allahyarham sebagai ADUN, tapi juga untuk Mukhriz membuktikan kebolehannya sebagai pencatur politik yang berjaya dan tidak setakat bergantung kepada populariti bapanya, Tun Mahathir Mohamad semata-mata.

Pendek kata, Mukhriz ada terlalu banyak yang nak dibuktikan, kepada rakyat Kedah dan pengundi Sungai Limau terutamanya, selain ahli-ahli UMNO sendiri.

Keadaan TERKINI di Syria



























Saturday, 28 September 2013

#DAP Agungkan Chin Peng, lupakan Devan Nair

Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah seperti 'kacang lupakan kulit' dengan lebih mengagungkan pemimpin

Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu, bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan mendakwa, ini berikutan DAP sukar

menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri.

Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah 'memadamkan' Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.

Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding 'pemimpin' lain dalam parti.

"Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin Peng yang meninggal dunia baru-baru

ini. Rata-rata pemimpin DAP menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya, ada juga Ahli Parlimen DAP dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand, blog juga penuh dengan cerita Chin Peng.

Devan Nair langsung tiada.

"Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan keadaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Devan Nair merupakan satu-satunya pemimpin PAP yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964 iaitu semasa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Bangsar itu seterusnya mengasaskan DAP setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.

Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Presiden republik itu mulai 23 Oktober 1981 hingga 27 Mac 1985.

Kata Manoharan lagi:

""Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana, tidak pernah ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.

"Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja?

Tidak ramai yang tahu perjuangan dan pengorbanan Devan Nair, bukankah parti bertanggungjawab menjaga sejarah ini."

Manoharan turut memuji parti Gerakan yang meskipun didominasi oleh kaum Cina, namun masih tetap meletakkan potret pengasas dan Presidennya, Syed Hussein Alatas di pejabat parti itu.

Russian War Games: Kerana Ini Amerika Tergugat Dengan Rusia
















Friday, 27 September 2013

#PRK Sungai Limau : Penentang Azizan jadi calon #PAS

 Tidak ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kedah,

Allahyarham Tan Sri Azizan Razak semalam.  Media rasmi PAS, Harakah  sendiri pun menyenaraikan lebih banyak nama pemimpin-pemimpin UMNO hadir bagi memberikan penghormatan terakhir berbanding pemimpin PAS, PKR

dan DAP.

Seolah-olah ada boikot besar-besaran bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati masing-masing terhadap Azizan.

Bukanlah satu rahsia, majoriti pemimpin DAP dan PKR termasuk PAS sendiri, menyalahkan Azizan atas tumbangnya

kerajaan Kedah pimpinan PAS dalam PRU13 yang lepas.  Sikap mesra yang ditunjukkan Azizan kepada semua orang tanpa mengira faham politik, termasuk tidak teragak-agak menyerahkan projek kerajaan negeri kepada

pemimpin UMNO, dianggap sebagai kelemahan utama pentadbiran Azizan yang menerbitkan semua rasa tidak puas hati ini.

Cakap pasal DAP, tidak seorang pun pembesar DAP yang kelihatan, tak kiralah yang memang Cina, Cina atau yang

Cina nama Melayu, bayang pun tak nampak, walaupun sarang mereka di Pulau Pinang, bersempadanan dengan

Kedah.  Begitu juga pemimpin utama PKR macam Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, turut tidak nampak bayang.

Sedangkan Chin Peng mati di Thailand pemimpin utama DAP & PKR boleh pergi melawat, takkanlah arwah Azizan yang menghembuskan nafas terakhir di Kedah, tidak boleh nak menjengok?  Sudah tentu ada yang tidak kena

Apa pun tinggalkanlah cerita itu dulu untuk perbincangan di lain masa.

Hari ini penulis nak menumpukan kepada kecoh-kecoh siapa yang bakal dicalonkan PAS Kedah untuk mengisi kekosongan yang ditinggal Allahyarham di DUN Sungai Limau dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti. 

Walaupun arwah baru sahaja dikebumikan semalam, itu tidak menghalang segelintir pemimpin PAS negeri dari membangkitkan soal tersebut tanpa rasa bersalah sedikit pun terhadap keluarga Allahyarham.

Ini sendiri pun satu tanda penghinaan ke atas Allahyarham juga, setanding dengan penghinaan serupa yang ditunjukkan pemimpin DAP dan PKR yang memboikot majlis pengebumian Allahyarham semalam.

Kalau ia pun kemaruk berpolitik, sekurang-kurangnya tunggulah sampai beberapa hari selepas Allahyarham selesai dikebumikan dulu. Ini  tidak, kubur baru siap gali, masing-masing dah sibuk-sibuk cerita pasal pilihanraya kecil, siap nama bakal calon yang akan diketengahkan pihak-pihak ini nanti.

Betul-betul mentaliti kelas ketiga.

Tapi kalau nak dibahaskan juga, nama bakal calon yang banyak disebut itu pulak, khabarnya ialah salah seorang pemimpin PAS negeri yang diketahui sangat tidak senang dengan Allahyarham sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.

Pelik juga, kenapa nama orang yang semacam ini nak diketengahkan sedangkan DUN Sungai Limau bukan setakat kawasan yang diwakili Azizan sejak 1995, malah Allahyarham turut dilahir dan dibesarkan disini.

Adakah ini usaha berterusan pihak-pihak tertentu dalam PAS Negeri yang mahu terus mencemarkan imej

Allahyarham, walaupun setelah kematiannya dengan mencalonkan penentang Azizan sebagai calon di kawasan tersebut?

Memanglah dari segi peraturannya tidak salah, tapi politik bukan sekadar mengenai peraturan, tapi rasa hormat dan mengenang jasa bekas pemimpin.  Allahyarham mungkin faktor terbesar yang menjadi punca kekalahan PAS dalam

PRU13 yang lepas, tapi jangan lupa, kerana beliau jugalah PAS menang buat pertama kali di Kedah pada 2008.

Kalau itu bukan jasa yang layak dikenang dan diberi penghormatan yang sewajarnya, penulis tidak tahu nak kata apa lagi.

Nampaknya benarlah kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semalam yang politik PAS semakin teruk berbanding semasa dia mula menyertai parti tersebut lebih 35 tahun dulu dan persoalan mengenai siapa yang bakal

menggantikan Azizan di Sungai Limau - dibangkitkan ketika arwah belum pun dikebumikan semalam, hanya menguatkan lagi hakikat tersebut.

Portal Penipu @tm_insider Hina Malaysia? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @SayaSayangTunM #CPI2012 #TI


Survey Tipu dari Malaysian Insider

 Pada JK, pembangkang di Malaysia ni harus bersyukur kerana kerajaan memerintah tidak pernah menyekat kebebasan media sehingga disalahguna oleh pembangkang. Sebentar tadi, JK membaca satu artikel di The Malaysian Insider berkenaan kononnya Malaysia antara negara yang tinggi amalan rasuahnya. Kajian yang telah dijalankan oleh Ernst & Young telah 'MEMILIH' eksekutif-eksekutif untuk ditemubual dan hasilnya Malaysia mendapat peratusan sebanyak 54% dalam indeks rasuah Ernst & Young itu. 

Dari Tranparency International


JK memang tergelak besar dengan usaha cekal portal yang dibiayai pembangkang untuk menghina negara sendiri dan membohongi rakyat dengan data yang kurang tepat lagi kurang sahih. Kalau pembaca mahu tahu, kajian dan survey yang dilakukan untuk menentukan sesuatu isu itu haruslah dijalankan oleh mereka yang bebas pengaruh politik serta unbiased. Malaysian Insider sekali menunjukkan kebebalannya dengan meuar-uarkan kajian yang sudah tentu berat sebelah. JK telah consult beberapa orang yang bijak pandai dalam hal ini dan jawapannya simple sahaja. Survey yang unbiased selalunya diperolehi dari Transparency International kerana agensi itu seperti namanya, transparent dan tidak berat sebelah. Dan menurut Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke 54 daripada 174 negara (http://cpi.transparency.org/cpi2012/results/) dari segi indeks rasuah maka keputusan ini meletakkan negara kita dalam kategori sederhana dan bukanlah teruk dan hina seperti laporan Malaysian Insider.

JK nak sangat tahu list eksekutif yang ditemuramah tu. Mungkinkah dari geng Red Bean Army? Sebab mereka sahaja yang selalu hina negara sendiri dan dalam masa yang sama menikmati kemewahan yang diberikan oleh pemimpin. Oh lupa pula tentang kes Malaysian Insider ni, bukankah wartawan mereka suka misquote kenyataan menteri-menteri demi menaikkan rating? Jadi JK tidak terkejutlah dengan perbuatan bodoh Malaysian Insider ini. 

JK: Kalau suka hina negara sendiri,baik duduk negara lain kan?Bila bagitau pembangkan macam tu, mereka nak terasa pula! Macam-macam perangai pembangkang ni!