Thursday, 31 October 2013

Mahfuz Bimbang Dipecat Jika #PAS Kalah Di Sungai Limau. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah

Selain dari calon yang bertanding, rupanya ada lagi orang yang risau sekiranya

PasGAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau. Melalui maklumat yang

diterima pagi ini, antara yang paling pening kepala sekiranya Pas kalah ialah

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana, kegagalan Pas mempertahankan kubu kuat mereka akan menjadi satu

tamparan hebat buat Mahfuz yang sebelum ini bersungguh-sungguh melobi untuk

jawatan Pesuruhjaya.

Malah mengikut sumber dalaman, antara yang mahu memastikan parti itu kalah ialah

bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas, Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. Ini

kerana Phahrolrazi yang sebelum ini bersekongkol dengan Mahfuz untuk menjatuhkan

Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak kecewa apabila dengan tindakan ahli

Parlimen Pokok Sena itu yang dikatakan mengkhianati dirinya.

Phahrolrazi sebelum ini, dikatakan turut mengidamkan jawatan sebagai Pesuruhjaya

Negeri merasakan tertipu dengan gerakan licik yang dimainkan oleh Mahfuz. Atas

sebab itu, Phahrolrazi merasakan PRK Sungai Limau adalah merupakan kesempatan

terbaik untuk meminta Pas pusat merombak kembali kepimpinan negeri.

Di saat jentera Pas sedang berhempas pulas memperhebatkan jentera kempen,

kumpulan Phahrolrazi dikatakan sedang sibuk mengerakkan jentera mensabotaj parti

dari dalam.

Malah atas sebab itu juga, Mahfuz sanggup menggunakan pendekatan untuk menipu

pengundi bagi menarik sokongan. Sebagai contoh, pada permulaan kempen jentera

Mahfuz telah menggunakan gambar ‘superimposed’ untuk berbohong kononnya

calon Pas rapat dan sering mengadakan perjumpaan dengan Ustaz Azizan.

Seterusnya dia kantoi menipu lagi apabila cuba menggunakan bapa kepada Menteri di

Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Jamil Khir Baharom kononnya mendoakan agar

BN/Umno kalah di Sungai Limau. Namun apabila diperiksa semula, nyata ia hanyalah

propaganda kempen untuk menarik simpati pengundi.

Dan yang terbaru, Mahfuz jelas terdesak apabila cuba menipu dengan menggunakan

isu susu tamat tempoh untuk menipu rakyat yang kononnya diberikan oleh jentera BN/

Umno di Pusat Daerah Mengundi Sungai Dedap. Namun setelah diteliti, aduan tersebut

rupanya dicipta oleh kakitangan Harakahdaily.

Dengan pelbagai siri pendedahan pembohongan Mahfuz ini, sudah cukup membuktikan

betapa jentera parti itu yang semakin terdesak.

Kesimpulannya, Mahfuz akhirnya sedar tindakannya untuk melobi jawatan Pesuruhjaya

tanpa mendapat sokongan para pemimpin negeri bakal merosakkan imejnya sekali gus

merosakkan peluangnya untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden Pas.

Inilah yang dinamakan, kehidupan ini ibarat roda yang berpusing. Nampaknya semua

gerakan jahat yang pernah dilakukannya untuk menyingkirkan Ustaz Azizan suatu

ketika dahulu mula memakan diri. Bak kata pepatah bangkai gajah masakan boleh

ditutup. Ini kerana lambat atau cepat, semua kejahatan yang pernah dilakukan pasti

akan diketahui juga.

Pesanan kepada Mahfuz, bersedialah untuk dipecat sekiranya GAGAL

mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

Amanat Ustaz Azizan, Menggerunkan #Pas Di Sungai Limau. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah

Pendedahan surat yang dikatakan ‘Amanat Ustaz Azizan’ benar-benar

merisaukan jentera Pas di Sungai Limau apabila dilihat semakin mendapat perhatian

pengundi yang rata-rata merupakan sanak saudara kepada mantan Menteri besar

Kedah itu.

Surat yang ditulis oleh saudara ustaz Azizan, Haji Syukri Haji Ismail agar para

penyokongnya untuk tidak mengundi Pas, PKR dan DAP kerana boleh di ibarat

sebagai mengkhianati Islam. Ini kerana menurut Haji Syukri amanat tersebut diberikan

kepadanya 3 minggu sebelum ini Ustaz Azizan menghembuskan nafasnya yang

terakhir.

Walaupun ada di kalangan pengikut Pas tegar yang mengatakan ia adalah merupakan

propaganda kempen Bn/Umno, namun rata-rata mereka yang rapat dengan Ustaz

Azizan pasti mengetahui sama ada surat tersebut benar atau palsu.

Ini kerana sebelum ini, Ustaz Azizan pernah berulang kali menyuarakan hasrat hatinya

yang dikatakan terkilan dengan perjuangan Pas. Ini kerana sejak bergabung dengan

PKR dan DAP, Pas dilihat mula menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Contohnya isu kalimah Allah yang jelas membuktikan parti yang mendakwa

memperjuangkan Islam itu terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP dan

PKR demi kerana sokongan masyarakat bukan Islam. Malah hanya kerana itu juga

Pas sebelum ini terpaksa menggadaikan asas dan dasar perjuangan yang selama ini

menjadi tonggak perjuangan semenjak parti itu ditubuhkan.

Kesimpulannya, perjuangan Pas tidak lagi seperti awal penubuhannya yang mahu

mengangkat Islam ke tahap yang tertinggi. Berikut adalah kenyataan penuh ‘Amanat

Ustaz Azizan untuk renungan bersama.

#DAP Itu Mak Bapak Lim Guan Eng Punya!!!!

Kemelut dalaman Parti DAP berterusan dan bertambah kusut dari sehari ke

sehari.  Parti yang sering mendabik dada sebagai lebih cekap, lebih telus, bijak

dan amanah berbanding Barisan Nasional itu ternyata tidak mampu menyaingi BN

walaupun sebesar hama.  Bayangkanlah pemilihan parti yang hanya melibatkan

lebih kurang 2,000 orang sahaja kelam kabut sehingga terpaksa dikira semula dan

kemudiannya dibuat pemilihan semula.

Itupun belum juga selesai lagi.

Sana-sini terdengar rungutan dari pihak ahli biasa sehinggalah ke pemimpin-pemimpin

peringkat negeri.  Yang tidak merungut hanyalah pemimpin CEC.

Rungutan mengenai tidak menerima notis mesyuarat, kehilangan misteri para

perwakilan dan juga perjumpaan khas yang hanya melibatkan orang-orang terpilih

adalah antara aduan yang dibuat.  Bagaimanapun, aduan yang paling mengejutkan

ialah berkenaan pemilihan semula yang dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti.

Akibatnya, DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat telah

bertindak menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC

pada 29 September lalu.

Swee Huat berkata, aduan tersebut terpaksa dibuat selepas ramai ahli DAP tidak

berpuas hati dengan CEC baru kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam

Kongres Kebangsaan parti, bukan Kongres Khas sepertimana yang berlaku.

Persoalannya, apakah Lim Guan Eng sebagai Setiuasaha Agong tidak tahu

perlembagaan parti?

Sudahlah tidak tahu mengira, tidak tahu menggunakan komputer dan kini tidak tahu

perlembagaan parti sendiri pula.   Apa jenis pemimpin yang menerajui DAP ini?  

Hanya ada dua kemungkinan penjelasan mengenai apa yang berlaku iaitu sama ada

Lim Guan Eng benar-benar bodoh atau beliau benar-benar jahat.

Kemungkinan besar ia adalah sebenarnya gabungan kedua-duanya iaitu bodoh dan

jahat yang lahir dari sikap bodoh-sombongnya.

Kita percaya, pemimpin DAP bukan tidak tahu mengira undi tetapi sengaja

mengumumkan tersalahkira kerana ingin memanipulasi keputusan agar orang-orang

tertentu sahaja yang menang.  Bukan mereka tidak tahu menggunakan komputer

tetapi perlu menyalahkan komputer bagi mencapai tujuan mereka untuk memanipulasi

keputusan undian.

Bukan juga mereka tidak tahu perlembagaan parti, tetapi sengaja tidak peduli kerana

bagi mereka, DAP adalah milik Dinasti Lim dan tidak perlu mengikut undang-undang

jauh sekali tunduk kepada mana-mana pihak berkuasa.

Pendek kata, mereka mengambil sikap DAP itu adalah milik mutlak Lim Guan Eng yang

kemudiannya menyifatkannya sebagai ‘mak-bapaknya yang punya!’. 

Justeru, ahli-ahli dan para pemimpin DAP di semua peringkat wajib memahami perkara

ini.

Ahli-ahli DAP boleh merungut atau mengadu, meletakkan jawatan, keluar parti ataupun

membunuh diri sekali pun.  Namun, untuk mengharapkan pemimpin DAP memberi

perhatian dan memperbaiki diri serta cuba berlaku adil kepada mereka, sama lah

dengan mengharapkan Israel berhenti menceroboh Palestin.  

Ini kerana perjuangan DAP bukanlah untuk mengsejahterakan rakyat.  Perjuangan DAP

hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Melayu Islam.  Itu saja.

Di celah-celah itu, DAP turut berusaha  untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin

melalui syarikat-syarikat besar yang diberi kontrak dan projek supermega.  Bak kata

orang, sambil membina terowong di dalam laut, sambil minum air laut.

Untuk itu, Dinasti Lim perlu kekal berkuasa dengan apa jua cara.

Insentif industri automotif diumum tak lama lagi. #Ekonomi

Kerajaan akan mengumumkan insentif khusus bagi industri automotif secara berasingan, iaitu pada pengumuman Dasar Automotif Nasional (NAP) tidak lama lagi.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata semua peserta automotif serta pengguna tidak perlu gusar kerana sebarang perkara membabitkan pembangunan sektor itu akan diketengahkan dalam NAP nanti.

Ketiadaan pengumuman insentif atau perkara yang berkaitan industri automotif pada pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu, bukan bermakna kerajaan tidak memberi perhatian kepadanya.

Seperti yang anda ketahui, Bajet 2014 sangat meluas (liputannya), terdapat banyak perkara dan pelbagai segmen yang diketengahkan, terutama mengenai penstrukturan semula sistem percukaian negara iaitu pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta penekanan dalam beberapa aspek utama lain.

Pembentangan bajet berkenaan memakan masa lebih dua jam, jadi kita tidak boleh mengetengahkan segala-galanya dalam tempoh itu.

Justeru, semua isu dan perkara berkaitan sektor automotif akan diketengahkan secara berasingan dengan NAP adalah platform yang terbaik dan khusus untuk membincangkan tentang itu.

Pada Bajet 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lanjutan pengecualian cukai bagi kenderaan hibrid dan elektrik serta pengecualian duti, cukai jualan, cukai jalan, subsidi kadar faedah serta bantuan RM3,000 untuk penggantian teksi dan kereta sewa.

Namun, pada Bajet 2013 dan Bajet 2014, kerajaan bagaimanapun tidak mengumumkan sebarang insentif khusus membabitkan sektor itu meskipun pasaran menjangkakan kerajaan akan mengurangkan harga kereta secara berperingkat, sama ada menerusi penurunan duti eksais dan cukai jualan serta pelaksanaan dasar jangka hayat kenderaan.

Sehubungan itu, Abdul Wahid meminta semua pihak berkepentingan supaya bersabar kerana pengumuman mengenai NAP akan dibuat tidak lama lagi.

Semua pihak harus bersabar dan menunggu tempoh masa yang sesuai (berkaitan dengan insentif automotif) kerana kerajaan akan mengumumkannya (NAP) pada
masa yang sesuai.

Namun, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Sta Maria, baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan akan mengumumkan NAP yang baru itu pada penghujung tahun ini.

NAP adalah dasar automotif nasional yang disemak semula bagi mengukuhkan lagi strategi pembangunan industri automotif tempatan secara lebih berkesan; memaksimumkan sumbangan jangka panjang sektor automotif itu kepada ekonomi negara; dan pada masa sama meng-untungkan pengguna di Malaysia.

Difahamkan, semakan semula NAP lama dibuat di tengah-tengah kelembapan ekonomi global sebagai usaha membantu menaikkan semula taraf industri automotif tempatan supaya ia tidak akan terus ketinggalan berbanding negara lain, khususnya Thailand.

Thailand yang dianggap sebagai ‘Detroit Timur’ kini menjadi antara pusat kenderaan utama global dengan menawarkan pelbagai insentif cukai dan menghapuskan halangan pemilikan ke atas kilang dan anak syarikat bagi pelabur asing.

Wednesday, 30 October 2013

#PAS INFLUENCE WANING AMONG YOUNG VOTERS. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah

Sungai Limau by-election campaign enters its fifth day today and the ground seems

going well for Barisan Nasional (BN) as PAS loses grip of the voters, particularly the

young ones.

PAS young voters and young supporters do not seem to stand out in the campaign trail

as the party’s ceramahs held nightly have only been attended by a handful of old folks,

hardly one hundred at each ceramah.

The ceramahs by both sides of the political divide began on Friday night as the weather

has been fine with rainfalls only in the afternoon, not till late nights like Wednesday and

Thursday.

And the last Friday and Saturday nights, PAS seemed to have failed to rally the few

hundreds crowd at each ceramah, a stark contrast to the party’s normal ceramahs that

attracted few hundreds if not by the thousands.

The youngsters, the normal PAS supporters who have been prevalent in controlling

traffic every party ceramah and putting up banners and flags were absent in Sungai

Limau, reflecting two things – PAS influence is fading among the youngsters and the

party’s internal friction rears its ugly head.

Sungai Limau has been PAS bastion since 1995 and the late Datuk Seri Azizan

Razak, who was one-term Mentri Besar, was well-loved by Sungai Limau’s 41,400-odd

population of whom 27,222 would be casting their votes on Nov 4.

After his demise, the party had problems in choosing its candidates as the state

PAS is split into three factions – Azizan’s fundamentalist faction, present party state

commissioner Datuk Mahfuz Omar whose faction is close to Parti Keadilan Rakyat

(PKR) de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim and former exco member Datuk

Phahrolrazi Zawawi who leads his own faction not aligned to any side.

Phahrolrazi had staged a rebellion against the late Azizan when he latter was Menteri

Besar but failed and this had led to the break-away of Phahrolrazi’s supporters, who is

said to have boycotted the current by-election.

Mahfuz, whose leadership is not well accepted by the fundamentalists in the state

for his closeness with Anwar, has been in Kuala Lumpur to attend the the Parliament

session and thus, his presence is not felt at all.

With such situation, the campaigning is left to the fundamentalists and Azizan’s group

whose style is the traditionally holding ceramahs, completely detached from the normal

kampong style of shaking hands and a small chat.

Lucky for this group, the party women wing – the Muslimah – is all out going house-to-
house campaign wooing support which normally stars around 8am to afternoon.

But the concentration with this method of campaigning is the old folks who are known to

be staunch PAS supporters who actually need no further ‘push’ mentally.

BN on the other hand seems to have penetrated the PAS bastion by focusing on the

young voters who the past five days could be seen filling up BN’s operation centres in

droves on their motorcycles.

They seem to be attracted to BN’s Mentri Besar Datuk Mukhriz Dr Mahathir’s whose

personality is somewhat alike the late Azizan – soft spoken, always smiling and looking

straight in the eyes when talking person-to-person.

Talks among kampong folks are that ‘Mukhriz budak baik’ (Mukhriz is a good boy) who

should be given a ‘peluang’ (chance).

Whether this will be translated into votes on Nov 4 is yet to be seen but the fact remains

that BN has penetrated the PAS bastion through the young voters.

#Hudud #PAS: Apa Lagi Halangan Kerajaan #Kelantan? #dont#Islam

Kita sangkakan, lagu ‘hudud’ akan terus tenggelam dari dinyanyikan oleh PAS

semenjak parti itu giat menyokong puak Kristian menyebar dakwah melalui muslihat

Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah.   Namun, PRK Sg. Limau telah

memaksa PAS memainkan lagi lagu hudud melalui Harakah.  Pastinya, ia bertujuan

bagi mengingatkan pengundi Sungai Limau bahawa PAS itu masih lagi ‘berminat’

dengan Islam dan bahawa tindakan parti itu memejamkan mata dalam isu murtad

hanyalah strategi politik semata-mata.

Kali ini, lagu hudud dinyanyikan oleh Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk

Ahmad Yakob.  Katanya, Kerajaan Negeri Kelantan serius ingin melaksanakan hudud

serta tidak lemah semangat untuk terus berusaha agar Enakmen Undang-undang

Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan DUN Kelantan dapat dilaksanakan

sepenuhnya.

Soalan kita, jika benar serius, kenapakah ia belum dilaksanakan lagi?  Apakah

halangannya?

Alasan yang biasa PAS berikan ialah hudud tidak boleh dijalankan selagi tidak

mendapat persetujuan kerajaan persekutuan.  Ini kerana Kerajaan Persekutuan telah

menolak enakmen itu atas alasan terdapat terlalu banyak kelemahan yang mana

menjejaskan proses keadilan terutamanya terhadap wanita, dalam membuktikan

kejadian rogol. Enakmen tersebut juga telah didapati meragukan kerana menghalalkan

liwat dalam hubungan suami isteri.  Selain itu, proses pemilihan hakim dan saksi juga

tidak dapat digariskan dengan terperinci bagi mengelak sebarang ruang manipulasi

atau berat sebelah berlaku.

Justeru, menurut PAS, kerajaan persekutuan merupakan halangan terbesar bagi

Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Namun, sekiranya PAS benar-benar serius dan perlu mendapatkan kelulusan kerajaan

persekutuan, bukankah langkah yang terbaik ialah memperbaiki Enakmen itu bagi

menangani segala kelemahan dan keraguan tersebut?

Kenapa perlu didesak ke atas sebuah undang-undang yang ada kelemahannya? 

Kenapakah tidak diusulkan deraf undang-undang yang baru?  Jika perlu dideraf beratus

kali sekalipun PAS wajib melakukannya bagi memastikan ia sebuah enakmen yang

sempurna.  Bukankah undang-undang Allah SWT itu adalah sempurna?  Bukankah

undang-undang Allah SWT itu adil?

Maka jika PAS ingin melaksanakan undang-undang Allah SWT, maka PAS wajib

menterjemahkan undang-undang itu dengan sempurna juga.  Mana mungkin hukum

Allah itu ada kelemahan seperti Enakmen Jenayah Syariah 1993 Kelantan itu?

Oleh itu, selagi ia tidak diperbaiki dan dipertingkatkan sehingga sempurna, selagi itu

akan tetap ditolak oleh kerajaan pusat.   Sekali gus, ini membuktikan bahawa PAS

sebenarnya tidak serius untuk melaksanakan hudud tetapi sengaja ingin membiarkan ia

tergantung untuk dijadikan modal politik dalam menyerang UMNO.

Hakikatnya, hukum Allah SWT itu memerlukan perlaksanaan yang tepat dari semua

segi dan tidak boleh ada sedikit pun kelemahan atau keraguan.  Ketepatannya wajib

diambilkira dari proses pemilihan hakim, pemilihan saksi, keadaan masyarakat serta

siasatan yang sempurna dan hukuman pula perlu mengambilkira latarbelakang individu

mengikut kes.    

Kesukaran itu memaksa manusia menilai keupayaan sendiri untuk menghukum atas

hukum Allah SWT.

Atas dasar itu, Al-Quran telah menjelaskan bahawa keadilan seharusnya mengatasi

undang-undang.  Dalam kata lain, biar apapun undang-undangnya, yang penting ialah

keadilan itu terlaksana.

Namun, PAS telah menjadikan hukum Allah SWT ini sebagai modal politik, sebagai

mainan dan bahan promosi untuk meraih kuasa.

Kesimpulannya, PAS bukan sahaja tidak serius mengenai hudud, tetapi

mempermainkannya pula.  Sebaiknya PAS tutup sahaja isu hudud dan tumpukan

secara serius tentang cara-cara untuk memperbaiki ekonomi negeri dan rakyat

Kelantan secara keseluruhannya.

#DAP Parti Kapitalis dan Diktator – Zulkifli

Nampaknya, Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mengambil masa yang

begitu lama untuk mengenali DAP yang sebenar.  Beliau telah bersama dengan DAP

selama 26 tahun tetapi hanya mula merasa ‘kecil hati’ dengan parti itu selepas PRU-

2008.

Menurutnya, DAP bukanlah tempat untuk orang Melayu kerana parti itu akhir-akhir ini,

tidak memberi ruang langsung kepada orang-orang Melayu.

Kemelut pemilihan CEC DAP mengukuhkan lagi kata-kata Zulkifli di mana tiada

seorang pun Melayu yang terpilih tetapi parti itu sanggup mencanangkan seorang Cina

iaitu Christopher Zairil, sebagai Melayu bagi mewakili Melayu.

Bagi menyatakan kekecewaannya, Zulkifli meletakkan semua jawatan yang

disandangnya di dalam parti iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen

Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global

Tourism.  Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai ahli biasa di dalam DAP.

Zulkifli merasakan bahawa DAP telah tersasar jauh dari segi kepimpinan parti dan

negeri di mana segala keputusan yang dibuat hanyalah untuk menguntungkan

golongan ‘elit’ tetapi merugikan rakyat.   Katanya, cara DAP ini adalah bertentangan

dengan prinsip dan pegangan hidupnya.

Slogan ‘ubah’ DAP ternyata bermaksud perubahan daripada prinsip sosial demokrat

kepada sistem kapitalis dan diktator yang mana tidak dapat diterima oleh Zulkifli.

Sebenarnya, apa yang diperkatakan oleh Zulkifli hanyalah ulangan dari apa yang

diperkatakan oleh Tunku Aziz yang lebih awal meninggalkan DAP.  Sejak Tunku Aziz

memilih untuk keluar dari parti itu, beliau telah berkali-kali mendedahkan betapa DAP

itu tersangat kotor, korup dan juga rasis.

Nampaknya, sesetengah orang terpaksa belajar dari kesilapan sendiri.  Zulkifli dan

Tunku Aziz adalah antara yang tergolong dalam kumpulan ini di mana mereka perlu

mengambil masa bertahun-tahun untuk melihat kebenaran.

Jelas, bahawa Tunku Aziz mahupun Zulkifli, kedua-duanya percaya yang DAP itu

adalah parti yang baik sebelum ini, dan hanya berubah akhir-akhir ini sahaja.

Mereka percaya DAP sebelum ini, punya integriti dan ikhlas berjuang untuk keadilan,

ketelusan dan kesamarataan sebenar.  Mereka percaya perubahan ini ada kena

mengena dengan pemimpin muda seperti Guan Eng.  

Tidak salah jika kita katakan bahawa manusia seperti Zulkifli dan Tunku Aziz adalah

naïf kerana tidak dapat membaca yang tersirat berdasarkan sejarah.

Hakikatnya, Guan Eng atau bapanya Kit Siang membawa semangat dan aspirasi

yang sama di dalam DAP.   Kit Siang pada 1969 adalah Kit Siang yang sama pada

2013.  Oleh itu, sudah menjadi satu kemestian yang anaknya iaitu Guan Eng juga

dididiknya dengan semangat yang sama.  

Untuk pengetahuan Zulkifli ataupun Tunku Aziz juga, Kit Siang pada 1969 bukannya

berjuang untuk kesamarataan atau keadilan, tetapi berjuang untuk ‘menghalau Melayu’

dan merampas pemerintahan negara.   Maka, sudah semestinya anaknya Guan Eng

meneruskan perjuangan bapanya.

Pendek kata, mereka tidak pernah berubah.   Dahulunya mereka membenci Melayu

dan hari ini juga mereka membenci Melayu.  Dahulunya mereka membawa penyapu

untuk menghalau Melayu ke hutan dan hari ini mereka membina hartanah jutaan ringgit

atas tujuan yang sama iaitu untuk menghalau Melayu ke hutan atau ke laut.

Yang membezakan antara dahulu dan sekarang hanyalah hakikat bahawa Kit Siang

lebih bijak berlakon di hadapan Melayu, tetapi Guan Eng langsung tidak dapat lagi

menyembunyikan kebenciannya terhadap Melayu.

Justeru, kita tidak faham apa lagi yang Zulkifli tunggu dalam parti DAP.  Apakah

beliau masih mengharapkan yang ia ‘berubah’ menjadi seperti dahulu iaitu sebelum

2008?  Apakah beliau tidak tahu bahawa tidak kira tahun 1969, 2008 ataupun 2013 dan

2020 sekali pun, jika diikutkan hati pemimpin DAP, untuk bernafas pun orang Melayu

tak akan diberi ruang, apatah lagi memegang jawatan?

Semoga Melayu di dalam DAP dan juga kaum-kaum lain yang bukan Cina di dalam

parti itu dapat belajar sesuatu dari semua yang berlaku ini.   Apa yang pasti ialah

menyokong DAP umpama menempah bala kepada diri sendiri.

Pencapaian #ekonomi negara konsisten


Malaysia menduduki tangga ke dua di kalangan 26 negara bagi kategori sumber dan ekonomi berdaya maju dalam senarai terkini indeks Kad Skor Kesalinghubungan 2013.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian negara lebih baik berbanding negara ASEAN lain, termasuk Thailand (13), Vietnam (14). Filipina (18) dan Indonesia (20) dan Singapura pula mengikut kategori ekonomi berinovasi.

Malaysia menjadi negara dengan pencapaian konsisten apabila kekal di antara tiga negara terbaik untuk tempoh beberapa tahun

Indeks Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) global yang pertama seumpamanya itu mengukur amalan infrastruktur, termasuk tahap pencapaian yang diguna pakai pada peringkat kerajaan, bisnes dan penggunaan di kalangan pengguna untuk meningkatkan kemakmuran sosial dan ekonomi atau dikenali sebagai penebusan jalur lebar berguna.

Pencapaian seiring revolusi global masa kini untuk mengubah gaya hidup rakyat selepas melalui revolusi pertanian dan industri itu meletakkan internet sebagai landasan global untuk komunikasi perdagangan dan ekspresi individu, selain menyokong bidang penting seperti kesihatan dan pendidikan.

Dalam bidang pendidikan misalnya, projek 1BestariNet menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menggabungkan akses kelajuan tinggi 4G untuk pembelajaran di kelas, sekali gus menjadikan Malaysia negara pertama di dunia melengkapkan komuniti pendidikan dengan jaringan tunggal yang memenuhi aspek pembelajaran dan pengajaran.

Menerusi Program Transformasi Ekonomi, kerajaan meletakkan sasaran untuk rakyat menikmati potensi gaya hidup digital sepenuhnya di mana sehingga September lalu, kadar penembusan jalur lebar mencapai 67.2 peratus serta kewujudan Pusat Pertukaran Internet Malaysia (MyIX) untuk meningkatkan kelajuan akses internet membabitkan kos RM28 juta.

Penyempurnaan projek ini bakal membuka lebaran baru kepada industri perkhidmatan internet di negara ini dan mewujudkan situasi menang-menang kepada V Telecoms dan kerajaan.

Tuesday, 29 October 2013

#Pas #Kedah Benci Ulama. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah


Ramai yang seolah-olah tidak dapat menerima hakikat apabila ada yang mengatakan

tidak semua orang Pas itu dari kumpulan ulama atau mempunyai latar belakang agama.

Pada mereka Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Sedangkan sekiranya diteliti, terdapat banyak kelompok di dalam Pas antaranya

kumpulan Liberal, Syiah, Anwarinas @ Endorgan, Pak Turut, berlagak

Alim, berpura-pura menyokong Islam (Kelab Penyokong Pas) dan

sebagainya. Inilah realiti sebenarnya, di dalam Pas terhimpun pelbagai kumpulan yang

mempunyai pelbagai ideologi atau dalam bahasa mudah ‘rojak @ pasembor’.

Malah sekiranya ada yang mengatakan Pas ingin memperjuangkan Islam, juga tidak

kena dari bahasa. Kerana tidak sampai dari separuh pimpinan atasan parti itu yang

mempunyai latar belakang agama.

Contoh yang paling dekat ialah, pemilihan Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas

Negeri Kedah. Ia jelas membuktikan bahawa parti itu tidak lagi menitik beratkan Islam

sebagai asas perjuangan.

Malah sejurus selepas perlantikan Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri

Kedah,Phahrolrazi Zawawi selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri telah mengambil

satu tindakan drastik dengan meletakkan jawatan.

Walaupun dia mendakwa ingin memberi peluang kepada Mahfuz untuk memilih

kepimpinan baru, namun umum mengetahui Phahrolrazi sebenarnya kecewa kerana

tidak terpilih untuk menggantikan Azizan bagi menerajui kepimpinan Pas negeri.

Malah ketika diminta mengulas mengenainya, Phahrolrazi secara sinis mengatakan dia

tidak berapa rapat dengan Mahfuz.

“Biarlah dia membawa idea baharu sebab kalau lantik yang lama masih lagi terikat

dengan pendekatan lama," katanya.

Paling menarik perhatian ialah, sejurus selepas Suruhanjaya Pilihan raya (SPR)

mengumumkan kekosongan kerusi DUN Sungai Limau, Pas Kedah kembali bergolak

apabila masing-masing ingin meletakkan calon pilihan mereka.

Parti itu, sebelum ini dikatakan telah menyenarai pendek seramai 8 nama calon untuk

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November ini kerana berdepan dengan

masalah pepecahan dalaman.

Malah menurut sumber dalaman, wujud kem dalam kepemimpinan Pas Kedah pada

masa ini iaitu kumpulan yang pro dengan bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Allahyarham

Tan Sri Azizan Abdul Razak, kem Phahrolrazi Zawawi dan kem Mahfuz Omar. Masing-
masing dikatakan mahu meletakkan calon pilihan masing-masing.

Kumpulan Allahyarham Azizan sebelum ini turut dikatakan kecewa dengan keputusan

Pas Pusat melantik Mahfuz seolah-olah Pas Kedah sudah ketandusan pemimpin yang

mempunyai latar-belakang agama.

Macam dah tak ada orang lain! Itulah antara komen yang dilemparkan oleh salah

seorang penyokong Pas yang jelas tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

“Agaknya depa ni benci dengan ulama. Pas Kedah banyak melahirkan ulama. Lulus

pondok ada, lulus Al-Azhar pun ada. Tapi kenapa Mahfuz yang dipilih. Kalau macam ni

mamposlah Pas Kedah” marah salah seorang pengikut Pas yang ditemui.

Kesimpulan, jelas itu tidak lagi menjadikan dasar Islam sebagai perjuangan parti. Apa

yang penting pada mereka ialah mendapatkan kuasa, walaupun terpaksa mengunakan

apa sahaja cara. Kepada Mahfuz, selamat mengemudikan jentera Pas negeri agar

jangan mampos (sekadar mengulang kembali kenyataan tadi).

Sinar Harian Dedah Penipuan Media Sosial #Pas

Nampak gayanya Pas begitu terdesak untuk mengekalkan kemenangan parti itu di

Sungai Limau sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara. Terbaru jentera parti

itu di dedahkan menipu dalam risalah kempennya bagi menarik sokongan dan simpati

pengundi.

Media sebelum ini memaparkan risalah kempen yang menunjukkan gambar calon parti

itu untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan

Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, apabila disiasat gambar itu sebenarnya merupakan gambar kunjungan mesra

dua pemberita kanan akhbar Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan

telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam

pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Bagi mengelakkan parti itu disalahkan, mereka dengan pantas menjadikan pereka

grafiknya sebagai ‘kambing hitam’. Mereka mendakwa kononnya perbuatan

tersebut langsung tidak diketahui oleh kepimpinan parti dan berjanji akan melakukan

siasatan.


Sinar Harian sebelum ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar

tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK Dun

Sungai Limau.

Laporan itu juga menyatakan akhbar tersebut berasa terpanggil untuk menjelaskan

mengenai foto tersebut, bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd Idros Mohd Ali yang

merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata,

adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak

menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini. Gambar

ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja,"

katanya kepada Bernama.

Namun apa yang pasti, Pas KANTOI MENIPU. Sudahlah sebelum ini mereka

melakukanPEMBOHONGAN kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana

Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendoakan kemenangan Pas. Tidak cukup

dengan itu mereka juga turut mendakwa kononnya calon parti itu mempunyai hubungan

keluarga dengan Azizan sebagai satu usaha menarik simpati.

Kini pembohongan mereka didedahkan lagi. Nampaknya tak serik-serik parti yang

menggunakan Islam itu menipu orang kampung. Nampaknya selepas ini, satu gerakan

perlu dilakukan agar Pas menggugurkan slogan Islam dari parti bagi mengelakkan

orang ramai terus ditipu dan meletakkan kesalahan pada agama Islam.


#Pas bertanding demi politik, #BN demi rakyat. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah

Sememangnya dari segi demokrasi, tidak ada apa salahnya untuk Pas bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil pada 4 November ini, tambahan pula kerusi itu kononnya adalah kubu kuat mereka.

Tetapi biarlah hasrat untuk bertanding tersebut dibuat atas niat untuk membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada mereka. Bagaimanapun masuk hari kelima kempen pilihan raya kecil itu ternyata Pas hanya bertanding semata-mata untuk tujuan politik.

Pas memahami mereka bukan lagi sebuah parti yang menerajui kerajaan negeri Kedah dan mereka juga mengerti bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan bagi membela nasib penduduk Sungai Limau.

Malah mereka juga mengetahui tidak lagi mempunyai pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan tersendiri menarik orang ramai menyokong Pas dan sudah pasti pemimpin-pemimpin

Pas Kedah juga mengetahui siapa yang menyebabkan Allahyarham hanya mampu bertahan sepenggal sahaja sebagai Namun Pas tetap mahu menguasai kerusi DUN Sungai Limau. Mereka akan melaksanakan 'politik air liur' dengan membuat janji yang mereka sendiri amat memahami tidak mampu ditunaikan dan mengamalkan 'politik tin kosong' dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah merekalah yang terbaik di muka bumi Allah ini.

BN pula masuk ke gelanggang di DUN Sungai Limau bukan semata-mata untuk memperkukuhkan kuasa, BN tidak berada dalam kedudukan amat memerlukan kerusi tersebut untuk terus memerintah tetapi niat BN di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir hanya satu iaitu merangkul penduduk Sungai Limau untuk sama-sama menikmati kesejahteraan melalui arus pembangunan yang akan dilaksanakan.

Bagi BN, sudah sampai masanya nasib penduduk Sungai Limau dibela secara ikhlas tanpa mengira fahaman politik yang mereka pegang. BN boleh sahaja membiarkan DUN Sungai Limau di bawah Pas dan BN juga sudah boleh merelakan sahaja penduduk kawasan itu terus terpedaya dengan mainan politik Pas.

Tetapi BN adalah parti yang bertanggungjawab dan mahu melaksanakan amanah bagi membela nasib rakyat sebab itulah BN bersedia bertarung di DUN Sungai Limau. BN tidak boleh membiarkan penduduk Sungai Limau hanya sekadar pemerhati arus pembangunan yang melanda kawasan lain. Apatah lagi majoriti penduduk kawasan itu adalah orang Melayu dan beragama Islam.

BN mahu memastikan kelompok itu dibela dan mendapat manfaat sama ada demi pembangunan fizikal mahupun spiritual. Sebab itulah BN tidak boleh membenarkan penduduk Sungai Limau terus terpedaya dengan mainan politik

Pas berhujah, pertama, menyatakan penambahan kerusi BN di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran parti itu, sebaliknya kemenangan BN akan menyebabkan parti tersebut menjadi angkuh, kedua, mereka mahu mengekalkan kerusi tersebut kerana ingin menjadi pemantau kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.

Ketiga, jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang, BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14, maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat. Keempat, kemenangan Pas akan menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang kononnya bagi mereka merugikan rakyat dan kelima, UMNO sudah diberi sebuah negeri, maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada

Kesemua alasan ini membuktikan, Pas tidak mempunyai apa-apa agenda yang bertujuan mensejahterakan rakyat sebaliknya ia bermotif politik semata-mata. Memang benar, keputusan di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran kerajaan negeri tetapi apakah ini bermaksud Pas mahu membiarkan sahaja penduduk Sungai Limau berada dalam kedudukan sekarang yang dilihat ketinggalan dari segi arus pembangunan?

Apakah Islam mengajar umatnya berada dalam keadaan sebegitu? Benarkah Pas boleh menjadi pemantau kepada kerajaan negeri sedangkan apa yang kita saksikan selama ini bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara, Pas dan pembangkang sentiasa sahaja mencari alasan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Biarpun apa yang dilakukan oleh BN demi kebaikan rakyat, Pas dan pakatan pembangkang akan memutarbelitkan usaha itu demi meraih

Sekarang ini pun dalam kempen pilihan raya di Sungai Limau, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengkaji apakah dakwaan mereka benar atau tidak, adakah ini pemantau yang dikehendaki dalam Islam?

Alasan jika Sungai Limau terus berada dalam Pas ia akan membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana BN akan berusaha merampasnya dalam pilihan raya umum akan datang adalah hujah paling dangkal. Ini membuktikan

Pas tidak berupaya melakukan apa-apa sebaliknya mengiktiraf keupayaan BN untuk melaksanakan pembangunan tetapi akhirnya Pas akan mengamalkan sikap 'lembu punya susu sapi dapat nama' dengan mendabik dada apa yang

BN lakukan adalah hasil tekanan dan desakan mereka.Apabila Pas menyatakan mahu menjadikan kemenangan di Sungai Limau sebagai mesej rakyat kepada kerajaan

BN di pusat, ia sekali gus menunjukkan parti itu terus dengan pendekatan politik ketinggalan zaman dan hakikatnya tidak mempunyai apa-apa agenda untuk membela nasib penduduk Sungai Limau. Sebaliknya mereka mahu 'memperalatkan' pengundi Sungai Limau demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

Hujah biarlah Pas terus menguasai kerusi DUN Sungai Limau memandangkan UMNO sudah menjadi kerajaan negeri menunjukkan Pas hanya mahukan kerusi itu semata-mata kerana politik tidak lebih daripada itu.

Demikianlah sikap Pas, mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau atas tujuan politik dan bukan untuk membela nasib rakyat di situ. Atas sebab itulah pengundi-pengundi Sungai Limau harus memahami mainan

Tidak salah untuk mereka terus memberi sokongan kepada gerakan politik Pas tetapi dalam soal pilihan raya bagi menentukan pemilihan seorang wakil rakyat bukan soal politik semata-mata yang harus diberi pertimbangan.

Sebaliknya banyak sudut lain harus dipertimbangkan khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan dalam hidup.BN yang dipimpin oleh Mukhriz dengan ikhlas hadir menawarkan khidmat demi mengubah nasib rakyat Sungai Limau, oleh itu BN mengharapkan keikhlasan itu akan diterima dan disambut oleh penduduk kawasan berkenaan melalui tagline 'Berani Berhijrah'.

Dalam Islam Allah sudah mengingatkan dalam surah Ar-Ra'd bahawa, Dia tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka

Oleh itu penduduk Sungai Limau khususnya mereka yang masih berhasrat untuk mengekalkan Pas di kawasan itu ketepikanlah ketaksuban, hapuskanlah kebencian sebaliknya berfikiran terbukalah untuk menerima tawaran BN bagi mengubah nasib mereka.

E-dagang pacu #Ekonomi. #Bajet2014

Bajet 2014 berpotensi menggalakkan e-dagang sebagai enjin pemacu peningkatan ekonomi, dan inisiatif yang diumumkan adalah satu permulaan yang baik, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno.

Akses internet di seluruh negara serta sokongan padu komuniti perniagaan selain perkembangan positif dalam aktiviti beli-belah dalam talian, membeli-belah sosial serta dan e-dompet, akan terus menjadikan Malaysia sebagai pasaran e-dagang yang cergas dan menguntungkan.

Banyak inisiatif dan tindakan dirancang sejajar komitmen Rakuten untuk mengembangkan landskap e-dagang di Malaysia. Langkah utama yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dan membolehkan negara ini memenuhi matlamatnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Monday, 28 October 2013

#PRKSgLimau Risalah Fakta Atau Auta? @mymassa @NajibRazak @hajihusammusa


 Fakta

Auta
PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.

Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.


FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.



AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.

#PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah - Sokong Azam Bermakna Sokong Penentang Almarhum Tan Sri Azizan.

Almarhum Tan Sri Azizan selama memegang jawatan Menteri Besar Kedah telah

berusaha sedaya upaya dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam yang

sebenar.  Ketika hayatnya, arwah cukup jelas menyatakan perbezaan antara PAS

dengan Islam atau parti dengan kerajaan.  Beliau enggan mencampuraduk kedua-
duanya tidak kira apa pun yang dihadapinya.  Kerana itu beliau menghadapi cabaran

yang begitu berat dalam menerajui negeri Kedah.  

Biarpun apa kelemahannya dalam pentadbiran, keikhlasan beliau terhadap rakyat

tidak dapat dinafikan.  Beliau begitu takut untuk menerima sebarang pemberian,

yakni ‘hamper’ sekali pun.  Malah, sering mengembalikan wang yang diberikan

kepadanya oleh tauke-tauke besar mahupun tauke-tauke ‘alibaba’ yang mana

menyebabkan beliau dimusuhi mereka.

Mungkin menyedari kekurangan beliau dalam ekonomi dan pentadbiran, maka beliau

tidak segan silu meminta nasihat, hatta dari musuh sekali pun, demi kesejahteraan

negeri.  Namun, malang sekali keikhlasan dan kejujurannya menyebabkan beliau

menjadi sasaran mudah para penipu dan pendengki.  Justeru, nama beliau diburuk-
burukkan dan difitnah oleh mereka-mereka ini.

Apa yang mengejutkan ialah mereka-mereka yang memusuhi beliau ini, pada hari ini

menggunakan nama beliau untuk berkempen di PRK Sungai Limau.  Calon PAS, iaitu

Azam Samat diwar-warkan sebagai anak didik arwah Tan Sri Azizan.  

Hakikatnya, Azam Samat bukan sahaja tidak pernah rapat dengan arwah tetapi

merupakan dua pupu kepada orang yang paling hebat memusuhi arwah, iaitu

Phahrolrazi, bekas Exco Kedah.  Siapa tidak kenal Phahrolrazi yang pernah mencabar

arwah secara terbuka dan memberi gelaran yang begitu buruk kepada Tan Sri Azizan.

Tidak cukup dengan itu, Phahrolrazi turut memfitnah Tan Sri Azizan dan

keluarga. Semuanya kerana ingin merebut projek penyelenggaraan jalanraya sejauh

2148km yang merangkumi 12 daerah.  Kos yang terlibat adalah RM60 juta bagi 10

tahun.

Tan Sri Azizan difitnah oleh Phahrolrazi sebagai memberi projek tersebut kepada kroni

UMNO melalui syarikat milik isterinya, To’ Puan Faekah.  Kononnya projek tersebut

bernilai RM600 juta.

Cerita ini dicanang seluruh Kedah sehingga menyebabkan ramai yang memandang

serong kepada Tan Sri Azizan.

Apa yang berlaku ialah Tan Sri Azizan ingin merancakkan aktiviti anak syarikat kerajaan

negeri dengan memberikan projek tersebut kepada STDC yang bernaung di bawah

PKNK dalam rancangan ‘Kedah Gemilang’.   Tujuan beliau adalah murni iaitu bagi

menjana ekonomi negeri. 

Sesuatu yang sukar untuk dipercayai oleh orang-orang politik ialah, Tan Sri Azizan tidak

pernah gilakan jawatan atau wang, dan arwah langsung tidak kisah jika projek jalanraya

tersebut memakan masa 10 tahun di mana terdapat kemungkinan dalam tempoh

tersebut, UMNO akan mengambil-alih kerajaan negeri.

Ini yang menyebabkan ramai pemimpin PAS tidak puas hati.

Yang paling sakit hati ialah Phahrolrazi.  Phahrolrazi inginkan projek tersebut diberikan

kepada syarikat HCM Sdn Bhd.  Apa yang difahamkan ialah anaknya merupakan

antara pemilik syarikat tersebut.  Kegagalan beliau meyakinkan Tan Sri Azizan untuk

mengikut cakapnya telah mencetuskan dendam kesumat yang begitu kuat sehingga

tidak dapat dirahsiakan lagi.  

Busuknya hati Phahrolrazi ini sehingga dapat dihidu oleh semua rakyat Kedah.  Tidak

hairanlah ramai yang mengesyaki beliau turut mensihirkan Tan Sri Azizan,

Wallahualam.

Fitnah ini terlalu besar dan kutukan Phahrolrazi terhadap arwah terlalu kejam.  Justeru,

kita tidak faham kenapa PAS sanggup meletakkan dua pupu kepada Phahrolrazi

sebagai calon pengganti Tan Sri Azizan.

Sekadar mengingatkan pengundi Sungai Limau, ketepikan dulu soal parti dan lihatlah

dari segi fakta.  Bukankah memilih Azam, umpama memilih Phahrolrazi?  Di mana

semangat Tan Sri Azizan yang meletakkan kebenaran mengatasi parti dan agama

mengatasi politik?

Ingatlah, melantik Azam sebagai wakil Sungai Limau bukan sahaja umpama

menentang Tan Sri Azizan, tetapi seolah-olah turut mempersenda To’ Puan Faekah

dan seluruh keluarga beliau.

#PakatanRepublik jadikan #GST sebagai Sentimen Kebencian Rakyat. #Bajet2014

Sejurus selepas pengumuman bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Perdana

Menteri Jumaat lalu, pembangkang mula menjadi isu Cukai Barang dan

Perkhidmatan atauGood And Service Tax (GST) sebagai isu yang cuba

digunakan untuk terus menanamkan sentimen kebencian rakyat. Mereka mengatakan

kononnya kerajaan BN/Umno sengaja mahu menindas membebankan rakyat dengan

mewujudkan pelbagai cukai baru.

Mereka cuba memainkan isu secara berterusan untuk memastikan rakyat dapat

menghadam sekali gus menerima semua tohmahan ini tersebut dan menganggap ia

sebagai perkara yang betul. Itulah resam pembangkang, mereka akan cuba menjadikan

semua isu untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan.

Sedangkan secara realiti ia adalah sebaliknya. Pada yang masih kabur dan samar,

GST adalah merupakan cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah

pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan,

termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Malah kadar GST yang dicadangkan pada 4% itu juga sebenarnya lebih rendah dari

kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada

masa sekarang.

Dengan pelaksanaan GST, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam

sistem percukaian sedia ada. Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya kita membeli

minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah membayar dua kali cukai,

yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Dalam sistem GST ini, pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan

adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah

bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Atau dalam bahasa mudah, bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan

miskin, sebanyak RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan

dikenakan pada 4%, beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17

sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.

Sebagai contoh pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan

sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan

harian mereka. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan

di dalam invois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.

Malah sekiranya dibuat kadar GST yang ditetapkan ini merupakan yang terendah

dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Laos

mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar 7

peratus.

Dan buat kali yang kedua, Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang juga turut

membentangkan bajet alternatif, sehari sebelum pembentangan bajet kerajaan. Ia

antara lainnya bertujuan untuk menunjukkan kononnya pakatan pembangkang lebih

hebat mengurus tadbir ekonomi negara berbanding kerajaan.

Namun apa yang jelas, bajet tersebut  memperlihatkan kelemahan mereka di sana

sini. Paling ketara apabila Anwar gagal menjelaskan sumber kewangan yang akan

digunakan dalam semua perancangan tersebut.

Malah negeri yang ditadbir oleh mereka juga jelas tidak menguna pakai semua

perancangan yang pernah dibentangkan di dalam bajet alternatif 2013 mereka.

Tidak cukup dengan itu, Anwar selaku penasihat negeri Selangor juga turut mengakui,

pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor lemah kerana gagal mengurus tadbir sumber

kewangan negeri. Itu belum diambil kira Guan Eng di Penang yang langsung tidak

mengunapakai semua perancangan yang dibentangkan oleh Anwar.

Atau dalam bahasa mudah, bajet alternatif Anwar telah ‘dibakul sampahkan’ oleh Lim

Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Ini realiti sebenar pembangkang, mereka hanya tahu

merancangkan dan menjanjikan ‘bulan dan bintang’ buat rakyat. Namun apabila tiba

untuk perlaksanaan, ia pasti gagal sekali gus meletakkan ekonomi rakyat terjejas.

Mungkin ada baiknya, pembangkang mengimport penasihat-penasihat mereka

sebelum membentangkan bajet alternatif seperti Dr Pornthip Rojanasunand dan

SenatorNick Xenophon

Kesimpulannya pengunaan GST ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan satu

sistem percukaian secara menyeluruh dan saksama agar dapat dimanfaatkan oleh

seluruh rakyat Malaysia. Dengan cara ini, selain memperkasakan ekonomi negara agar

dapat ia juga dapat meringankan beban rakyat

#Bajet2013 Isu GST tidak perlu dipolitikkan @NajibRazak



 
Pembangkang disarankan agar tidak memanipulasikan lagi isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi meraih undi di PRK Dun Sungai Limau kerana ia boleh mengelirukan majoriti rakyat dengan perkara tersebut.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, usaha mempolitikkan isu tersebut hanyalah untuk menakutkan rakyat.

“Saya sarankan supaya isu GST ini jangan dipolitikkan, kerana ia bukannya dilaksanakan sekarang. Jadi jangan ambil kesempatan atas perkara ini demi kepentingan politik.

“Perkara sama ada ia membebankan rakyat atau tidak memerlukan maklumat dan kajian yang betul. Jangan dimanipulasikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kata beliau, pelaksanaan GST itu tidak akan melibatkan semua barangan keperluan asas, sambil menegaskan golongan rendah dan pertengahan tidak akan merasa terbeban.

“Kalau ikutkan golongan berpendapatan rendah tidak akan mendapat kesan kerana ia melibatkan barangan mewah sahaja.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana kerajaan tidak akan melaksanakannya sekiranya untuk menyusahkan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Bajet 2014 Jumaat lalu mengumumkan pelaksanaan GST akan berkuat kuasa mulai April 2015.

Bagaimanapun, GST tidak melibatkan barang keperluan asas seperti barang makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik, perkhidmatan pengangkutan awam dan jual beli kediaman.

Najib berkata, pelaksanaan GST itu didorong oleh kedudukan inflasi yang rendah serta terkawal, selain menangani kelemahan sistem percukaian.

Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan rakyat sebenarnya sudah pun membayar cukai.

“Isu ini sahaja diperbesarkan, tambahan pula rakyat tidak mempunyai maklumat yang betul mengenai pelaksanaannya,” katanya.

Sunday, 27 October 2013

Menghayati Makna ‘Berani Hijrah’. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah

Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato’ Mukhriz Mahathir sebagai

Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan ‘Berani Hijrah’ dalam strategi mendekati

masyarakat kawasan tersebut.   Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan ‘Berani

Berubah’ yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini.

Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih

baik.  Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau

untuk memahaminya secara mendalam.

Mungkin ramai yang melihat perkataan ‘ubah’, ‘perubahan’, ‘transformasi’, ‘reformasi’

atau ‘hijrah’ adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu

individu ke individu lain.   Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya

sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran.

Namun, ‘hijrah’ yang dimaksudkan oleh Dato’ Mukhriz adalah melangkaui apa

yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari

keperibadian Dato’ Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman.   Ini satu

hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana

musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu.

Dato’ Mukhriz tidak pernah ‘terlepas laku’ sepertimana beberapa pemimpin kita hari

ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau

menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan ‘berjuang’.  Beliau pernah

diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum.  Beliau

sering menjawab sindiran dengan lembut.  Apabila beliau menyerang, beliau

menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi

dari Tun Mahathir yang dikasihi.

Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas

serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun

belum masanya lagi.  Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau

kemungkinannya tidak ada.   Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus.

Dalam masyarakat British, lelaki budiman seringkali dirujuk kepada golongan

bangsawan iaitu yang lahir dari keturunan yang dihormati, selalunya berdarah

diRaja. Golongan ini perlu menjaga tuturkata dan adab sopan serta tidak akan sekali-
kali menggunakan kata-kata kesat kerana ia akan menjatuhkan maruah mereka.

Mungkin kerana sifat Dato’ Mukhriz yang budiman, maka beliau turut dirujuk sebagai

golongan bangsawan.

Masyarakat kita seringkali tersalah mentafsirkan perkataan ‘bangsawan’ atau ada juga

yang merujuknya sebagai ‘elit’.  Ada yang menyangka ia merujuk kepada ‘orang-orang

kaya’ tak kira apa latarbelakangnya dan bagaimanapun sikapnya.  Hakikatnya, seorang

bangsawan sebenar pastinya seorang yang budiman.  Manakala, seorang kaya

tidak semestinya seorang budiman dan seorang budiman tidak semestinya seorang

bangsawan dan tidak semestinya kaya.

Hari ini, sukar sekali untuk kita mencari lelaki budiman tidak kira dari golongan bawahan

mahupun atasan.  Hari ini kita melihat anak-anak pemimpin yang kaya raya juga terjerit-
jerit, menyombong atau mengherdik orang sesuka hati.   Di kalangan remaja biasa

juga, adab sopan sudah semakin terhakis terus.  Malah, pemandu teksi di Malaysia

telah ‘dinobatkan’ oleh majalah antarabangsa sebagai paling biadab di dunia!

Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang ‘taiko’ dihormati manakala

yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi.  Maki hamun dan cakap-
cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja.  Mungkin ada yang

menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi ‘kasta’ antara bangsawan dengan

tidak.

Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya.  Sedikit demi sedikit

kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan.  Sedangkan di

dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab.

Maka inilah ‘Hijrah’ yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih

baik. Tidak guna ‘berebut’ perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika

diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah.  Apa ada pada jubah, serban dan

tudung kepala jika tutur kata bersalut najis? 

Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato’

Mukhriz.  Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun.  Ingatlah bagaimana

mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau

terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut

jawatannya.

Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato’ Mukhriz tidak sanggup

membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato’ Mukhrizlah yang tampil membela beliau di

dalam Dewan.  Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.

Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh,

menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab

serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua.

InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab.  Ingatlah

bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia

berbanding ceramah.

Lebih Ramai Ahli #Pas Akan Mengundi #BN. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah -

Berdasarkan beberapa pemerhatian dan perkongsian maklumat yang dikumpulkan

sepanjang perjalanan PRK Sungai Limau ini, dapat dijangkakan Barisan Nasional

mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi tersebut yang sekian lama milik

PAS.

Terdapat beberapa faktor yang diberi perhatian dan jelas ianya berpihak kepada BN

termasuklah faktor calon yang dipertandingkan pada PRK ini.

Pertamanya, calon yang dibawa PAS dalam PRK kali ini dilihat kurang dikenali

berbanding penyandang kerusi ini dahulu, arwah Tan Sri Azizan.

Ini tidak memberikan kelebihan kepada PAS berbanding calon BN yang lebih dikenali

dan mudah mesra dengan penduduk sekitar Sungai Limau.

Walaupun difahamkan calon PAS merupakan anak jati kampung tersebut, tetapi

ternyata hasil tinjauan yang dilakukan wartawan yang berada di lokasi PRK, Ustaz

Azam Samat tidak begitu dikenali penduduk setempat berbanding calon BN, Dr Ahmad

Sohaimi Lazim.

Penduduk di sekitar kawasn itu juga lebih berminat untuk mempunyai Adun yang

berpendidikan tinggi seperti mantan Adun Sungai Limau, arwah Ustaz Azizan

Sudah pasti, pendidikan merupakan antara faktor penting yang diberi perhatian tidak

kira sama ada oleh parti mahupun rakyat.

Ini kerana, pendidikan dapat menjamin pentadbiran yang baik dan lebih bermutu untuk

memastikan masyarakat setempat mendapat pembangunan dan kemajuan yang

sepatutnya.

Dikatakan juga, beberapa ahli PAS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh,

Sungai Dedap, Gelam Tiga dan Bukti Choras turut sama menyokong calon yang

berpendidikan seperti Ustaz Azizan dahulu.

Malah, penyokong PAS di Pondok Pak Ya juga dikatakan menyokong calon BN ekoran

Dr Sohaimi merupakan salah seorang bekas tenaga pengajar di sekolah pondok

tersebut.

Ini menunjukkan peluang cerah BN mendahului hati masyarakat setempat dalam

memastikan kerusi Sungai Limau kembali menjadi milik BN.

Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan rekod yang sedia ada, ahli Umno

di Sungai Limau berjumlah 7,833 orang. Namun, jumlah undi yang diperoleh oleh

BN pada PRU13 yang lalu berjumlah 10,540 melebihi jumlah ahli Umno di kawasan

tersebut.

Dan dijangka pada PRK kali ini, akan lebih ramai ahli PAS yang bakal berhijrah

menyokong BN dan berdasarkan faktor-faktor ini dan pemerhatian yang dijalankan,

PAS dilihat perlu bekerja keras untuk berkempen sebelum hari pengundian tiba pada 4

November nanti.

Saturday, 26 October 2013

#BN Lebih Layak Di Sungai Limau. #PRKSGlimau #UMNO #beraniberhijrah

Di atas kertas, ramai yang meramalkan Barisan Nasional (BN) tidak akan berpeluang untuk merampas kerusi Dewan

Undangan Negeri (DUN) kawasan Sungai Limau yang berada dalam genggaman Pas.

Kerusi DUN itu dianggap kubu kedua terkuat Pas di Kedah selepas DUN Tokai yang berada dalam Parlimen Pendang.

DUN Sungai Limau atau dahulunya dikenali DUN Sala seolah-olah begitu kebal untuk ditembusi oleh BN apatah lagi ia dikuasai oleh Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Allahyarham dianggap tokoh yang memungkinkan Sungai Limau berada di tahap itu dan Allahyarham jugalah yang memungkinkan melalui kepimpinan di dalam Pas bukan kata Sungai Limau berada dalam genggaman Pas malah dalam pilihan raya umum 2008, parti itu berjaya menawan Kedah.

Bagaimanapun Azizan tetap menjadi idola penduduk-penduduk Sungai Limau, ketabahan Allahyarham menghadapi asakan demi asakan dalam parti sendiri telah memungkinkan Allahyarham terus berjaya mempertahankan kerusi

DUN Sungai Limau, biar pun Pas kehilangan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kedah.

Namun pada 26 September lalu, Allahyarham kembali menemui Ilahi sehingga memungkinkan kerusi DUN Sungai Limau kosong bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Allahyarham Azizan bukan seperti pemimpin Pas lain, Allahyarham tidak pernah melihat pemimpin-pemimpin atau penyokong BN sebagai musuh, Allahyarham bersahabat dengan sesiapa sahaja, faktor inilah yang membolehkan

Allahyarham terus menjadi pemimpin Pas yang dihormati oleh kawan dan lawan.

''Peluang BN untuk menang tetap ada kerana Pas menghadapi masalah untuk mencari pengganti seperti Azizan, dia kawan dengan semua orang tak kira parti,'' kata seorang penduduk Sungai Limau kepada penulis.

Kini Pas tidak boleh lagi bergantung kepada Allahyarham untuk mempertahankan DUN Sungai Limau. Tanpa mahu memperkecilkan kewibawaan calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat dalam pilihan raya kecil kawasan itu 4 November ini, BN perlu diperingatkan supaya tidak terlalu gentar dengan cabaran Pas.

Kita menghormati latar belakang pendidikan Mohd. Azam seorang yang bertaraf ustaz dan ia dilihat sesuai oleh Pas kerana masyarakat Sungai Limau dianggap kelompok Islamik. Tetapi UMNO tidak ada kurangnya biar pun calon mereka, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim adalah bekas pensyarah kanan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Biar pun tidak berlatar belakang agama tetapi Dr.Ahmad Suhaimi mempunyai akhlak yang baik dan mampu
melaksanakan tanggungjawab yang berkesan sebagai wakil rakyat jika dipilih.

Sememangnya kita mengakui, seorang ustaz amat diperlukan dalam masyarakat tetapi dalam masa sama, sebagai orang Islam kita juga diseru untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan sudah pastilah dalam soal ini, kita perlu mencari pemimpin daripada golongan yang boleh memimpin kita mencari kebahagiaan akhirat tanpa meninggalkan kebahagiaan dunia.

Pas mungkin boleh mendabik dada dengan calon mereka tetapi fikirkan apakah Pas mampu membawa kesejahteraan kepada penduduk-penduduk Sungai Limau melalui pembangunan? Walaupun tidak berlatar belakang agama tetapi

Dr. Ahmad Suhaimi boleh dibantu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang kini sudah menjadi Ahli Parlimen Jerai dan Ketua UMNO Bahagian Jerai.

Dr. Ahmad Suhaimi boleh menumpukan program-program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat bersama Jamil Khir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga boleh mengatur pelbagai program-program berunsur keagamaan.

Gabungan kedua-dua pemimpin ini akan diperkukuhkan pula dengan kerjasama padu yang akan diberikan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang sudah pastinya mempunyai perancangan tersendiri dengan sokongan kerajaan pusat bagaimana hendak memajukan kehidupan penduduk Sungai Limau bagi membolehkan mereka mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pengundi-pengundi Sungai Limau tidak harus lagi terus terpegun dengan laungan perjuangan Islam oleh Pas atau pelbagai slogan yang pastinya akan berkumandang lagi sepanjang kempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

Sebaliknya, mereka perlu memberi ruang dan peluang kepada BN untuk menduduki semula kerusi Sungai Limau - dulu BN pernah menguasai kawasan ini dan biarlah sejarah tersebut berulang.

Memang benar, apa pun keputusan ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri atau kedudukan Pas dalam Dewan Undangan Negeri, tetapi BN bertanding bukan semata-mata kerana mahu merebut kerusi Sungai Limau tetapi parti itu ikhlas mahu menawarkan khidmat bakti kepada penduduk Sungai Limau.

Kalau BN memikirkan soal kerusi semata-mata sudah pasti parti itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ia tidak mengubah apa-apa tetapi ini soal tanggungjawab kepada rakyat.

BN mahu DUN Sungai Limau membangun seperti kawasan-kawasan lain yang berada di bawah penguasaannya.

Justeru penduduk Sungai Limau tidak harus terus bernostalgia dengan politik Pas.

Berilah peluang kepada BN untuk membuktikan keupayaannya dan kita yakin sebagai kawasan kubu kuat parti lawan yang berjaya diranapkan dalam pilihan raya kecil kali ini, kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Mukhriz pasti akan benar-benar menghargai kepercayaan yang diberikan.

Oleh itu, fikirkanlah dengan semasak-masaknya tawaran yang dibuat oleh BN dalam pilihan raya kecil kali ini, bak kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, teruslah menjadi ahli Pas tetapi undilah BN untuk kesejahteraan hidup mereka.

Mungkin seruan ini nampak ganjil tetapi faktanya kita menyokong sesebuah parti itu adalah untuk memastikan kehidupan kita terbela tetapi Pas sudah terbukti tidak mampu berbuat demikian, oleh itu kalau mahu terus mengekalkan semangat Pas kerana masih berpegang kepada perjuangan Islam parti itu, teruskanlah, tetapi mengundilah BN kerana parti itu berupaya menjadikan sebuah perjuangan itu bukan sekadar slogan tetapi realiti dalam usaha kita mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

HABIS PENAMAAN CALON, TIBA MASA BERKEMPEN. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah

Selesai sudah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Limau dan sekarang

adalah masa untuk berkempen bagi kedua-dua calon Barisan Nasional dan Pakatan

Rakyat. Namun, apa yang mengecewakan, tindakan PAS yang menggunakan bekas

Menteri Besar Kedah, Arwah Tan Sri Azizan sebagai modal untuk berkempen.

Sedangkan umum tahu konflik yang terjadi di Kedah sewaktu di bawah pentadbiran

arwah yang kerap menjadi kecaman PR kerana mengamalkan dasar sama rata kepada

semua pihak.

Dahulu, Pharolrazi kerap menyelar segala tindak tanduk arwah sehingga melancarkan

perang saraf bagi menentang tokoh politik yang berjiwa besar itu.

Apa yang terjadi sekarang, seumpama tidak mempunyai perasaan, arwah dijadikan

modal kempen walaupun masa hidup beliau dipenuh dengan tentangan dari ahli parti

sendiri termasuk parti komponen PR itu.

Terdesak sehingga menggunakan kebaikan arwah untuk mendahului hati pengundi di

kawasan Sungai Limau kerana penduduk di situ merupakan penyokong kepada Ustaz

Azizan.

Kalau dahulu, apa sahaja cara digunakan untuk mencantas bekas Menteri Besar itu

sehingga satu masa, beliau dikatakan merajuk dengan mereka.

Masa hidup, tidak dikenang. Tetapi apabila beliau sudah lagi tiada, segala kebaikan

dibawa naik untuk disampaikan bagi pihak parti untuk mempertahankan kerusi di

Sungai Limau itu.

Orang yang bijak akan dapat menilai kebodohan PAS terutamanya dalam hal

ini, mereka dilihat terlalu bermuka-muka dan menngunakan kesempatan dalam

kesempitan.

Terlalu taksub untuk mempertahankan kerusi yang selama ini milik PAS sehingga tidak

memikirkan secara waras dan matang berkenaan tindakan mereka.

Tidak teringatkah dahulu mereka yang kerap mengecam dan menindas arwah, tapi

sekarang cuba untuk menjaja nama beliau bagi kepentingan politik.

Sah-sah sudah jauh menyimpang dengan dasar perjuangan PAS yang membawa

agama Islam sebagai asas perjuangan dalam parti kalau menghormati arwah juga tidak

pernah tejadi ketika beliau masih bernyawa.

Rakyat sudah pasti tidak bodoh untuk menilai situasi ini, bukan untuk berkempen,

tetapi memikirkan dasar kemanusiaan dan sikap mereka yang tidak berperasaan ini

membuatkan orang bertambah jengkel dan meluat dengan PR.

Friday, 25 October 2013

The Truth Behind The Sarcasm of "Malaysia Masih Aman"




Memandangkan tagline “syukur Malaysia masih aman” diaplikasi dengan penuh sarkastik akhir-akhir ni let’s talk about it. 

Malaysia bukan negara yang diklasifikasikan sebagai negara selamat! Itu reality, sesetengah pihak melabelkan kita sebagai negara selamat cuma kerana kita bebas dari perang. Tapi adakah kita selamat dari segi crime? The answer is NO.

Cuma Japan & Singapore negara Asia yang tersenarai diantara 10 negara paling selamat dalam dunia (selamat untuk didiami/bebas perang/kadar jenayah rendah/selamat untuk pelancong) *google it kalau tak percaya*.

Kenapa Malaysia tak tersenarai? Saya akan mudahkan pembacaan research saya mengenai “Effect on unemployment on crime”. Iaitu kesan pengangguran terhadap jenayah. 

First of all have you been to Japan? Cepat click promo Air Asia & travel to Japan. Habiskan masa anda 24 jam di Japan, tengok cleaner, buruh, cashier, promoter, orang gaji, pak guard dan lain-lain SEMUANYA ADALAH ORANG JAPAN!

Sekarang habiskan masa di Malaysia pula, guna 24 jam tengok sekeliling, cashier, orang gaji, promoter, penjual jambu tepi jalan, buruh, jaga, bla bla bla MAJORITI NEPALIAN, BANGLADESHI, INDONESIAN. Oh, yang jual surat khabar tu orang Malaysia kot.

Meningkatkan peluang pekerjaan mampu menurunkan kadar jenayah!! Kajian menunjukkan orang yang tidak bekerja lebih cenderung untuk mencuri dan melakukan jenayah (CEPC, 2012).

Satu lagi kajian dari National Bureau of Economic Research (1991) juga menunjukkan impak jelas kadar pengangguran dengan kadar jenayah. Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan cenderung untuk terjebak dengan jenayah bunuh, rogol, rompak, mencederakan orang awam, dan mencuri.

“… the magnitudes of the crime-unemployment effects presented here relative to overall movements in crime rates are substantial and suggest that policies aimed at improving the employment prospects of workers facing the greatest obstacles can be effective tools for combating crime (BOCSAR, 2012)”

Hakikat itu boleh menjawab salah satu sebab kenapa ada banyak jenayah kat Malaysia. Jika negara kita tegas dalam hal menyekat kemasukan orang asing, dan 99% peluang pekerjaan hanya untuk WARGANEGARA MALAYSIA, jenayah memang akan sangat kurang. Kerajaan seriously perlu buat sesuatu untuk sekat kemasukan pekerja asing & sediakan peluang pekerjaan untuk rakyat sendiri. Walaupun majikan cenderung ambil pekerja luar tapi kalau kerajaan tegas dan pantau tetap peluang pekerjaan akan wujud untuk rakyat M’sia. 

Dah banyak kajian tunjukkan bila ada penurunan kadar pengangguran maka turunlah kadar jenayah: “the 2.5 percentage point decline in unemployment caused a decrease of 5 percent for burglary, 3.7 percent for larceny, 2.5 percent for auto theft, and 4.3 percent for robbery. Expressed as a percentage of actual declines, our estimates indicate that 28 percent for burglary, 82 percent for larceny, 14 percent for auto theft, and 14 percent for robbery is attributable to the decline in the unemployment rate (BOCSAR, 2012)”.

Jadi kerajaan Malaysia, berhentilah berlembut dengan kemasukan warga asing, jika negara lain boleh sediakan majority peluang pekerjaan hanya untuk warganegara kenapa tidak Malaysia lakukan yang sama? 

By the way, alasan jenayah dilakukan oleh warga asing dah lapuk sebab dah banyak kajian menunjukkan orang Malaysia sendiri yang lakukan jenayah sebab desakan hidup. *sila check statistic kalau tak percaya*


Dipetik dari FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad