Tuesday, 31 December 2013

Edisi #Turun :Tweet Jahil Dari Pembangkang Malaysia Yang Jahil @nikabdulaziz @mbnizar @NajibRazak


Mereka (pemimpin pembangkang) suka mencanang dalam ceramah betapa tidak Islamiknya Malaysia di bawah UMNO. Siang malam meratib UMNO kafir sehingga sudah menggantikan zikir mereka. Barangkali mereka ini buta agaknya kerana berapa ribu masjid dan surau yang telah dibina di sini dan rakyat bebas untuk melaksanakan ibadat tanpa dibom atau ditembak seperti negara lain. Namun mereka terkedu apabila video tidak senonoh melibatkan Mustafa Ali dan Mat Sabu sehingga diam membisu. Mana hududnya? Mana hukuman hudud untuk mereka kerana sedap membuat maksiat? Hipokrit sungguh!

Terbaru JK persembahkan koleksi berkenaan perhimpunan haram malam ini oleh pembangkang Melayu Islam dari PAS yang jahil lagi melacur agama!

Apakah Sebenarnya Objektif #TURUN #RPDM31D ? @mymassa @NajibRazak @king_jason_ori #RPDM31D


Melihatkan gambar-gambar rakyat di sini, membuatkan JK tertanya-tanya, apakah motif himpunan kali ini? Kerana kita dapat melihat macai memakai t-shirt kuning "Bersih" yang sudah maklum diketahui tiada penipuan langsung dalam PRU13 yang lepas, t-shirt hitam "Blackout505" yang mana semua sedia maklum tiada blackout mahupun Bangla seperti didakwa, malah ada juga pula flyers yang mahukan Anwar sebagai Presiden!! Aikk..bukankah jawatan Presiden untuk negara Republik? Maka sudah jelaslah, macai-macai ini hanyalah kuli batak yang tidak paham konsep mentadbir negara tetapi hanya mengikut telunjuk pemimpin pembangkang pakatoon yang sentiasa menyebar fitnah, u-turn kenyataan dan jawatan dan macam-macam lagi.



Kanak-kanak disalah guna.


Dan muda mudi disaran memakai topeng Guy Fawkes (seorang penganut Katolik yang warak) yang secara tidak langsung menyesatkan akidah mereka.




Kredit gambar: ASSU

Mohon @WardinaSafiyyah Minta Maaf Kerana Menyebarkan Fitnah!! @hdaily09



Tindakan pelakon yang juga merupakan ahli Majlis Konsultansi Negara, Wardina Safiyah mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukan RM 15 juta sambutan Tahun Baru 2014 merupakan satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan bercorak membakar api kemarahan kumpulan demontrasi kenaikan harga barang malam ini. 

Wardina yang dipetik oleh Harakahdaily.net dari facebook beliau, 

“Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,” 

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014. 

Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014” 

Fakta dan kenyataan ini sangat tidak benar kerana dalam ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur bertarikh 20 Disember 2013 Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menyatakan RM 15 juta diperuntukan DBKL untuk pelbagai acara sempena Tahun Melawat Malaysia termasuk sambutan Tahun Baru 2014 dan pelbagai acara lagi sepanjang tahun. 

video


Ini bermakna bajet sebanyak RM 15 juta itu ialah untuk DBKL melaksanakan program-program membabitkan Tahun Melawat Malaysia sepanjang 2014. 

Mengapa Wardina sanggup memutar belit kenyataan Datuk Bandar sangat mudah diagak. Beliau mahu membangkitkan kemarahan peyokong Pakatan untuk keluar berdemontrasi di Dataran Merdeka malam ini bagi mencetusk kekecohan dan kekacauan. 

Wajarkah pembohong dan pengadu-domba seperti ini berada dalam Majlis Konsultansi Negara? 

Sebelum ini kami telah pun membangkitkan isu perlantikan Wardina ke dalam Majlis Konsultansi Negara merupakan satu kesilapan dan tidak mencerminkan matlamat majlis tersebut.


JK: Tindakan Wardina Safiyyah amat memalukan. Wardina sepatutnya menyelidik maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya. 

CM Lim Guan Eng Bergaya Dengan Merc Baru!! @cmlimguaneng @rafiziramli @n_izzah @limkitsiang


Dinasti Lim sedang melebarkan pengaruh dan kuasanya sehingga mengikis orang Melayu sedikit demi sedikit dari tanah sendiri. JK punyai kawan yang pada PRU12 bencikan BN dan mahukan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang yang sudah menyesal tak sudah kerana katanya Pulau Pinang sudah menjadi seperti Singapura dengan kebanjiran orang Cina. Sekarang rasakan akibatnya terlalu mengikut kata hati. Lim Guan Eng dikatakan baru sahaja menukar kereta rasmi beliau kepada kereta mewah Mercedez Benz dengan no plat PG 1. JK pelik tiada suara sumbang yang menegur perbelanjaan tidak beretika oleh seorang Ketua Menteri oleh macai PR. Jikalau yang memakai kereta ini dari BN, sudah tentu berbakul-bakul tohmahan diterima. 




JK: Ada yang terharu dengan gambar Lim Guan Eng menaiki pesawat dan duduk di kelas ekonomi. Zuhud kata mereka. Nak tergelak JK kerana bukan tak tahu perangai orang Cina hendak menambat hati orang Melayu. Berlakon dan berpura-pura pakai songkok/baju Melayu sahaja sudah boleh buat orang Melayu terharu! 

Perhimpunan #Turun :Lelaki Ditahan Dengan Bom Buatan Sendiri Dan Baju-baju Provokasi @PDRMsia @KBAB51 @NajibRazak


Seorang lelaki ,46 tahun ditahan bersama sebatang paip disyaki bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang Jaya, Selangor. 

Anggota polis yang mengesyaki sesuatu telah cuba menahan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki di lampu isyarat Tasik Permai, Ampang. Lelaki tersebut yang memecut motosikal kemudiannya telah dikejar oleh anggota polis dan setibanya di suatu lokasi di Taman Halaman, Ampang motosikal yang ditunggangi lelaki tersebut telah terbabas dan melanggar sebuah kenderaan yang berada di bahu jalan tersebut. 

Anggota polis yang berjaya menahan lelaki terbabit telah menjalankan pemeriksaan dan telah menemui sebatang paip PVC bersama mercun botol bersumbu yang dipercayai bom buatan sendiri. Polis juga turut merampas telefon bimbit milik saspek untuk siasatan lanjut. Semakan terhadap saspek mendapati saspek mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau dan satu kes dikehendaki serta positif dadah. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan saspek direman selama tiga hari bermula semalam. Dalam sidang media sama Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Abd. Rahim b. Jaafar turut memaklumkan hasil risikan dan maklumat pihak polis telah berjaya merampas pelbagai jenis T-Shirt di sebuah rumah di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan.



Pemeriksaan dijalankan mendapati T-Shirt tersebut mempunyai cetakan berunsurkan hasutan yang boleh menimbulkan provokasi. Berikutan itu polis telah merakam percakapan seorang lelaki berumur 37 tahun untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan. Kes disiasat di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan. 

Walau bagaimanapun polis masih melakukan siasatan lanjut. Beliau menasihatkan kepada masyarakat di luar sana yang hendak menyertai sambutan malam tahun baru supaya tidak memakai baju-baju atau apa jua yang boleh menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan tercetusnya pergaduhan.

JK: Jadi betullah puak pakatan haram di belakang perhimpunan ini. Bila ditanya, masing-masing pass tanggungjawab dan tak mau mengaku. Memang pakatan haram mahu menjahanamkan negara!

Tahniah PM!!Elaun Menteri Dikurangkan Mulai 1 Jan @NajibRazak @mymassa @rafizi_ramli


JK pasti PR dan cacainya sudah tentu terkedu dengan tindakan pantas DS Najib untuk mengurangkan kos kerajaan setelah mendengar rintihan rakyat. Tahniah PM yang berjiwa rakyat. Di Selangor, slogan merakyatkan ekonomi Selangor sudah boleh dibuang di dalam tong sampah kerana gaji Menteri Besar dan Exco semua naik 300% dan caj lesen perniagaan dinaikkan mulai tahun depan! Tahniah!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua
Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya.


Monday, 30 December 2013

Misi @chegubard Di Sarawak Gagal!! @MahasiswaMsia @king_jason_ori @mymassa @papagomo


Hasrat sebenar kedatangan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ke Sarawak telah disifatkan sebagai gagal.

Gagal kerana tidak berupaya menghasut anak muda tempatan untuk menentang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dijadualkan semalam di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak di Jalan Bako.Sebelum ini Chegu Bard yang juga pemimpin PKR Parlimen Jelebu itu telah mengajak rakyat Sarawak khususnya orang muda untuk melakukan demonstrasi bagi mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Tindakan Chegu Bard itu yang cuba mencampuri urusan politik Sarawak telah menyebabkan rakyat Sarawak khususnya komponen BN Sarawak seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP serta beberapa NGO’s lain membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu.

Sebaliknya hanya beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, SAMM Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang ‘berani’ menyahut seruan Chegu Bard.


Gambar di atas menunjukkan penyokong KM Sarawak tunggu Chegu Bard datang dengan geng2 guling depan pintu rumah KM tapi Chegu Bard tidak muncul-muncul. Berani dalam media sosial sahaja tapi kecut telur di luar.

Terdahulu sebelum ini beberapa pemimpin PKR Sarawak ‘membantah’ perhimpunan ini yang disifatkan sebagai ‘mencampuri politik Sarawak’ dan sekali gus menidakkan peranan PKR Sarawak di negeri sendiri. Alasan yang diberikan ialah mengikut Perlembagaan bahawa demonstrasi dibolehkan atas nama kebebasan bersuara. Ini mengikut pemimpin AMK dan PKR yang kebanyakan mereka terdiri daripada peguam syariah.

Kehadiran Chegu Bard dan rombongan di Kuching sekitar jam 1.30 petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hanya disambut oleh beberapa ‘peminat’ sahaja. Seperti biasa ramai di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak resah sekiranya Chegu Bard akan ditahan di lapangan terbang dan dihantar balik seperti mana yang dikenakan ke atas beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang lain sebelum ini.

Sebaliknya Chegu Bard dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa halangan walaupun kita ada kuasa untuk menyekat beliau kerana secara terang-terangan kedatangan beliau adalah berniat untuk menghasut dan menimbulkan kekacauan.

PM:Penjawat Awam Mangsa Banjir Boleh Membuat Tuntutan Insurans @NajibRazak @mymassa @rajaretorik @fuziah99



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam yang menjadi mangsa banjir menghubungi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat berhubung tuntutan insurans.

Gesaan itu dibuat beliau berikutan pengumuman Kementerian Kewangan Jumaat lalu bahawa mangsa yang mengalami kerosakan struktur bangunan atau berdepan kecurian semasa banjir boleh mengemukakan tuntutan insurans.

"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans," kata Perdana Menteri sebagaimana dipetik melalui laman Twitternya hari ini.

Antara kerosakan struktur akibat banjir yang melayakkan tuntutan insurans ialah kerosakan pada dinding; lantai; atap; siling; tangki air selain kecederaan akibat kemalangan sama ada orang awam atau pihak ketiga semasa dalam rumah.

Malah, Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada hari sama juga mangsa agar segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan insurans.

Tuntutan boleh dibuat orang ramai dengan menghubungi syarikat insurans dan maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau hubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121.

JK: Kepilkan bukti bergambar takut nanti Thoron ambil kredit cakap dia yang suruh PM!

Wahai @nikabdulaziz Dan Macai PAS, Unit Amal PAS Tidak Maksum Ya? @papagomo @king_jason_ori



Rata-rata ramai macai PAS akan marah jika Unit Amal mereka ditegur. Unit Amal seringkali dipergunakan di perhimpunan haram serata Malaysia dan sering diangkat dan dipuji kononnya mereka bekerja dengan ikhlas, tidak mengharapkan wang dan bayaran. Sungguh maksum seperti TGNA. 

Kalau gambar di atas ditukarkan kepada gambar pemuda-pemuda UMNO, pasti gegak gempita bloggers dan cybertroopers PR terutama PAS menjatuhkan hukum bahawa UMNO membawa maksiat, anjur pesta tari menari di dalam ziarah amal mereka. Namun, malangnya gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar yang tidak diedit. Inilah gambar-gambar Unit Anal PAS sewaktu Ziarah Amal mereka ke perkampungan orang asli Sungai Peroh, Kluang, Johor. 

Mungkin niat mereka untuk menghormati tradisi tuan rumah, tapi apakah matlamat menghalakan cara? Aku tidak mahu menjatuhkan hukum, semua sudah besar panjang untuk berfikir sendiri. Janganlah kuman seberang laut nampak di mata, bangkai gajah terbungkam di depan mata kita buat tak tahu.

Kredit: ASSU

JK: Ternanti-nanti 'jawapan' atau 'alasan' dari macai-macai dan cybertroopers PR

Sunday, 29 December 2013

Rakyat Kuantan Sengsara Bersihkan Sampah Banjir, AP Boleh Pegi Holiday? @Fuziah99 @papagomo @mymassa @shaberyc


Seronok jadi AP Kuantan, Fuziah Thoron. Bising-bising dekat kerajaan dan dalam parlimen, akhir tahun gune elaun ahli parlimen untuk bercuti-cuti. Di kala rakyat Kuantan berada dalam keadaan berjaga-jaga akan gelombang ketiga, Thoron seronok bermain salji di Guangzhou. Macam ini ke mengaku diri menjaga kebajikan rakyat? Hipokrit sangat!!

Takde pula si Fuziah upload gambar tengah bersihkan gambar sampah berlonggok setinggi bukit dekat FB beliau. Kata berjiwa rakyat. Hampeh!

(Kredit Harian Metro)

JK: Sebenarnya Fuziah ni dah block JK di Twitter. Kalau dia tak dapat baca ni, minta pembaca tolong sampai dan sebarkan la ye. 

Malaysians Are To Stop Trying To Be Stupid By Sarcastically Chanting "Syukur Malaysia Masih Aman!" @mymassa @NajibRazak @mpkotabelud @khairykj


A research arm of international business magazine The Economist has rate Malaysia as a low risk country in terms of social unrest. We are ranked among 31 countries with a low or very low risk of national instability, on par with Singapore which recently went through an unprecedented 'riot' involving some foreigners.

Surverying 150 countries, the Economist Intelligence Unit (EIU) placed Malaysia as among the 'safest' nations for foreign investors and tourists.



What a 'soothing' report. I believe most Malaysians are happy with it, except for those who still want to plunge our position further to join the pool of 'most critical', namely Iraq, Syria, Afghanistan and Somalia.

PETALING JAYA: A research arm of international business magazineThe Economist has rated Malaysia as a low risk country in terms of social unrest, a finding some experts here agree with.
Surveying 150 countries, the Economist Intelligence Unit (EIU) ranked Malaysia among 31 countries with a low or very low risk of national instability, on par with Singapore.
In comparison, neighbouring Thailand, Indonesia and the Philippines were marked as medium to high risk of social unrest.
EIU country forecasting services director Laza Kekic cited economic problems, coupled with poor political decisions and other factors, as leading to these risks.
Wide income inequality, poor government, ethnic tensions, low levels of social provision and a history of unrest were other contributors.
“Economic distress is almost a necessary condition for serious social or political instability, but it is not a sufficient one,” he said on The Economist website.
The EIU, he said, noted a “deep sense” of dissatisfaction with the political elite and institutions in emerging markets.
Nearly half (43%) of the countries surveyed were set as high or very high risk, including Bangladesh and Cambodia.

While most people enjoy peace and stability, a certain quarters (especially the opposition) would be overjoyed if they are able to proof to the world that Malaysia is not what they think - we are not that safe, its a police country, the crime rate is high while streets demo is on the rise.

Hmmm.... streets demo... Malaysians are getting better and better... aren't we proud of it!


Blog Ekonomi Terkenal Jawab Tuduhan Fitnah @rafiziramli @n_izzah @king_jason_ori



Kantoi lagi... kali ini lagi best, sebab yang jawab tuduhan pemimpin PKR Rafizi Ramli adalah ahli ekonomi sendiri.

Tuduhan pemimpin PKR Rafizi Ramli yang mengatakan kerajaan tidak menafikan terdapat penjualan aset negara sebaliknya cuba memberi alasan dijawab oleh seorang ahli ekonomi di dalam blognya, econsmalaysia.blogspot.

Dengan mengemukakan data-data daripada Buletin Statistik Bulanan Bank Negara Malaysia terbitan Oktober 2013, pemilik blog ekonomi terkenal Malaysia econsmalaysia.blogspot.com berpendapat, dakwaan Rafizi bahawa tindakan kerajaan menjual aset-aset sebagai memenuhi sasaran defisit telah dibuat di atas asas yang goyah.

Ini kerana di Malaysia, penjualan aset tidak mampu mengurangkan bajet defisit kerana hasil jualan tersebut tidak dikira sebagai perolehan kerajaan.

Bajet defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan mengatasi pendapatan.

"Apa yang lebih penting, terdapat isu perakauanan yang tidak dijelaskan oleh Rafizi – mengikut konteks Malaysia, penggunaan aset tidak akan mengurangkan defisit kerana ia tidak dikira dalam perolehan.

"Namun ia boleh mengurangkan keperluan kerajaan untuk meminjam. Hasil daripada penjualan aset tersebut mampu mengurangkan terbitan sekuriti kerajaan dan bukannya menambah pendapatan,” katanya.

Tambahnya, memang terdapat jualan aset bersih pada suku pertama 2013 iaitu sebanyak RM8.98 bilion tetapi ia diimbangi dengan pembelian aset pada suku kedua dan suku ketiga.

Ini sekali gus membawa maksud bahawa setakat suku ketiga 2013 tiada sebarang jualan aset bersih dilakukan kerana jumlah jualan aset kerajaan menguncup RM66.6 bilion.

Penulis blog tersebut turut menyangkal dakwaan Rafizi yang mengatakan tindakan kerajaan menerbitkan sekuriti terhadap pinjaman perumahan kakitangan kerajaan akan menjerumuskan Malaysia ke dalam krisis gadai janji seperti yang pernah dialami oleh Amerika Syarikat.

Jelas beliau, krisis gadai janji berpunca daripada pelbagai keadaan manakala struktur pasaran tersebut (struktur pasaran yang digunakan di Amerika Syarikat) tidak wujud di Malaysia.

Krisis gadai janji berlaku apabila terdapat struktur kewangan yang menggabungkan sekuriti yang mempunyai profil risiko berbeza dalam satu kumpulan ditambah dengan kegagalan insurans.

Itulah penyebab kepada krisis kewangan Amerika Syarikat pada 2008.

“Jika anda (Rafizi) sangat rungsing mengenai krisis gadai janji, maka jangan galakkan rakyat untuk membeli rumah.

"Jika harga rumah terlalu tinggi bagi kebanyakan orang, memudahkan pemilikan rumah akan membawa Malaysia ke arah itu (krisis gadai janji).

"Dalam konteks ini, pensekuritian (securitisation) tidak mungkin menjerumuskan Malaysia ke arah krisis gadai janji,” katanya.

Friday, 27 December 2013

POLEMIK FATWA STATUS #ASB #ASN: MAJLIS FATWA KEBANGSAAN PEJABAT MUFTI SELANGOR & MPS SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Berkenaan dengan status pelaburan ASB/ASN ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telahpun memutuskan bahawa skim pelaburan ASB dan ASN serta dividen atau bonus yang diterima pelabur adalah harus hukumnya. Dalam Muzakarah yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang turut diwakili oleh Mufti-mufti seluruh Malaysia mengharuskannya atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.

Perlu difahami bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membuat satu2 keputusan berasaskan sentimen politik sebagaimana tohmahan segelintir. Malah mereka menggunakan pendekatan Ijtihad Jama'i yang mengambil kira semua pandangan dan memperhalusi isu drp pelbagai aspek sebelum satu2 fatwa diputuskan. Ini sejajar dengan kaedah fekah:
الحكم على الشيء فرع عن تصوره
"Sesuatu hukum yg hendak dibuat atas sesuatu harus menggunakan pendekatan holistik dgn mengambil kita seluruh faktor yg melingkari isu Berkenaan"

Polemik berkenaan dengan ASB dan ASN mula timbul semula apabila Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan fatwa yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011 yang memutuskan bahawa skim pelaburan ASN dan ASB tidak halal lantaran bertentangan dengan hukum syarak. Antara alasan mereka ialah dana-dana ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah dan sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Menurut fatwa itu lagi skim ASN dan ASB juga tidak diklasifikasikan sebagai dana unit amanah yang patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan yang haram terutamanya dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan riba.

Untuk pengetahuan semua, di bawah Suruhanjaya Sekuriti terdapat resolusi Syariah yang jelas mengenai pelaburan saham syarikat yang terdapat percampuran di dalam aktiviti dan operasinya. Sebagai contoh, sekiranya sebuah konsortium atau syarikat yang perniagaan utamanya patuh Syariah seperti konsortium hartanah tetapi anak syarikatnya terlibat dengan aktiviti perjudian, maka pihak Suruhanjaya Sekuriti akan menilai status kewangannya terlebih dahulu. Sekiranya, pendapatan daripada syarikat judi tersebut kurang daripada 5% berbanding pendapatan keseluruhan syarikat utama, maka kaunter saham syarikat tersebut masih dianggap patuh Syariah.

Walaubagaimanapun, dalam kes pelaburan ASB/ASN, dana-dana ini dilaburkan dalam syarikat kewangan konvensional berasaskan riba khususnya Maybank yang melebihi paras 5% yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Persoalannya sekarang fatwa manakah yang hendak dituruti?

Bagi pandangan peribadi penulis, sebagai orang awam kita boleh memilih untuk mengambil pandangan atau fatwa yang dikemukakan samaada oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun Pejabat Mufti Selangor mahupun Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ketiga2nya adalah badan berautoriti untuk mengeluarkan fatwa dan mempunyai hujah tersendiri. Dalam konteks ijtihad sebegini, tiada istilah siapa yang betul mahupun salah secara mutlak, sebagaimana hadis Nabi SAW:

إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ وَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ

"Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya 2 pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya 1 pahala".

Walaubagaimanapun dalam konteks wara', seseorang digalakkan untuk meneliti secara terperinci setiap skim pelaburan ke mana dana-dana tersebut akan disalurkan. Yang dimaksudkan dengan wara' di sini ialah ketaqwaan kita pada Allah hingga meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas atau samar-samar sebagaimana yang digariskan dalam hadis berikut:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Daripada-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya apa-apa yang halal itu jelas dan sesungguhnya apa-apa yang haram itupun jelas pula. Di antara kedua macam hal itu - yakni antara halal dan haram - ada beberapa hal yang syubhat -samar-samar atau serupa yakni tidak jelas halal dan haramnya.Tidak dapat mengetahui apa-apa yang syubhat itu sebagian besar manusia. Maka barangsiapa yang menjaga dirinya dari perbuatan-perbuatan syubhat, maka ia telah melepaskan dirinya dari melakukan sesuatu yang mencemarkan agama serta kehormatannya. Dan barangsiapa yang telah jatuh dalam kesyubhatan-kesyubhatan, maka jatuhlah ia dalam keharaman, sebagaimana halnya seorang penggembala yang menggembala di sekitar tempat yang terlarang, hampir saja ternakannya itu makan dari tempat larangan tadi. Ingatlah bahwasanya setiap raja itu mempunyai larangan-larangan. Ingatlah bahwasanya larangan-larangan Allah adalah apa-apa yang diharamkan olehNya. Ingatlah bahwa di dalam tubuh manusia itu ada segumpal darah beku, apabila benda ini baik, maka baiklah seluruh badan, tetapi apabila benda ini rusak - jahat, maka rusak - jahat - pulalah seluruh badan. Ingatlah bahwa benda itu adalah hati." (Muttafaq 'alaih)

Hakikatnya, hari ini sudah banyak skim-skim pelaburan yang jelas dari segi hukumnya. Suruhanjaya Sekuriti turut mengeluarkan senarai syarikat-syarikat di pasaran modal yang dikategorikan sebagai patuh Syariah setiap enam bulan berdasasrkan pemantauan terperinci Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti.

Justeru tepuk dada tanya iman. Walauapapun keputusan kita tidak perlulah kita menuding jari menganggap keputusan kita sahaja betul dan orang lain salah. Belajar hormati pandangan dan ijtihad berbeza. 

Apa yang penting untuk kita sentiasa memperhitungkan setiap sesuatu yang ingin kita lakukan adalah jelas aspek halal dan haramnya demi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Wallahu 'alam bi sowab.

25 Disember 2013

Menjelang 2014: Selagi Ada Kuasa, Gunakanlah... @mymassa @NajibRazak



SEMINGGU lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2014. Setahun lagi umur kita akan meningkat, setahun lagi cabaran akan mendatang, setahun lagi dosa pahala terus dihitung. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu cabaran tetap mendatang.

Si pemakan rasuah pula akan terus makan rasuah, waima sedar majikannya sedang seksa berjuang untuk hidup. Si pejuang akan terus berjuang dan si pendemostran akan terus berdemostrasi.

Namun, negara akan tetap berdiri. Malaysia bukanlah sebuah rumah yang sedang terbakar dan kapal sedang karam. Ia masih lagi berlayar, walaupun badai terus melanda.

Semua pihak mahukan Malaysia ini milik mereka. Pembangkang amat dahagakan negara ini. Hanya orang bodoh sahaja yang tidak mahu merebut negara yang makmur ini.

Negara asing pun melihat Malaysia dengan cemburunya. Walaupun, pihak pembangkang terus-menerus membangkang, mereka masih lagi hidup dengan mewahnya. Jangan tipulah.

Jangan tipu rakyat mengatakan negara ini penuh dengan kezaliman. Kakitangan kerajaan menikmati segala kesenangan mengatasi pekerja swasta, tetapi ada antara mereka tetap tidak bersyukur.

Malah ada yang bercita-cita mahu mengebom di malam Tahun Baru ini. Memang taksub gila penjawat awam itu.

Tapi kasihan, mereka ini jadi begitu kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka. Di belakang mereka, para pemimpin itu cakap tak serupa bikin.

Saya tidak pasti, apakah ada ramai lagi yang berfikiran macam itu?

Jadi, selagi ada kuasa jika tidak digunakan kuasa itu, maka tunggulah akibatnya kelak.

Tahun 2014 akan diharungi dengan penuh mencabar. Harga barangan dan perkhidmatan akan terus naik. Satu demi satu diumumkan serentak. Rakyat cukup tersentak. Tak pasti kita, siapa yang mengatur semua itu. Alahai, ada kuasa pun tak pandai atur.

Kini harga teh 'O' kurang manis di KL ada tempat sudah pun berharga RM2.80! Jangan disebut yang lain-lain lagi. Pihak berkuasa pergilah tengok-tengok apa yang patut dilakukan. Selagi ada kuasa lakukanlah apa yang patut.

Siapa yang menerajui kuasa, tolonglah pastikan harga itu dan harga ini tidak dinaikkan satu demi satu. Jika sayangkan kuasa, tadbirlah dengan baik-baik.

Pihak politik yang berkuasa jangan terus berangan-angan untuk menjadi kaya-raya. Kaya boleh, tapi janganlah berlebih-lebih. Rakyat memerhati anda sekalian. Selagi ada kuasa, gunakanlah secara bijak. Berhemahlah. Jangan anggap di zaman siber ini rakyat itu bodoh. Jika anda beranggap sebegitu, maka tunggulah masanya nanti.

Jangan ditunjuk-tunjuk kemewahan itu kepada rakyat yang terkial-kial untuk membayar bil itu dan bil ini setiap bulan.

Jika dulu ada ISA tapi sudah dibungkus, gunalah undang-undang baru dengan setegas mungkin. Jangan nanti menyesal di kemudian hari.

Jika dah tahu ada yang nak berdemo di malam Tahun Baru, pergilah bertindak. Bukan kita tidak mahu kebebasan bersuara, tetapi biarlah ia dengan niat yang baik dan murni, bukan untuk memenuhi kehendak politik peribadi pihak-pihak tertentu.

Selagi ada kuasa gunakanlah setegas-tegasnya. Jangan biarkan kepala kita dipijak- pijak.

Bagi negeri yang dirampas balik daripada tangan pembangkang, jaga negeri itu baik- baik. Jika semasa mereka memerintah dulu, kita lihat betapa gelojohnya mereka mengondolkan gunung-ganang. Oleh itu jangan diulangi perangai seperti itu.

Jadi betullah, politik itu bukan untuk tujuan keredaan Allah semata-mata, tetapi duitan juga matlamat akhirnya.

Selagi ada kuasa, jangan dipinggirkan mana-mana rakyat yang terpinggir. Orang Melayu, India dan Cina yang miskin harus dibantu. Bantu mereka seadil-adilnya mengikut apa yang diperaku dan ditetapkan oleh Perlembagaan negara.

Kaum yang kaya, jangan menganiayai kaum lain yang miskin. Jangan cakap tak serupa bikin. Jangan tuduh Malaysia mengamalkan Aparteid, sedangkan di negara ini minoriti yang menguasai kekayaan dan kemewahan.

Malaysia ialah negara berbilang kaum, jagalah rakyat supaya hidup sayang-menyayang dan hormat-menghormati.

Jadikan 2014 ini tahun Perpaduan dan Rukun Tetangga. Sengketa tidak akan membawa ke mana-mana. Malah musuh akan lebih seronok untuk menangguk di air keruh.

Yang majoriti dan minoriti teruslah bermuhasabah. Lancarkan Tahun 2014 tahun Bahasa Kebangsaan, supaya semua bangsa bercakap satu bahasa.

Amat malu jika ada rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa negara sendiri. Nak cakap Melayu pun terkial-kial. Namun, kita juga kena menguasai bahasa-bahasa lain supaya kita boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa dunia lain.

Jangan biarkan orang Melayu merasa terpinggir apabila berada di Ipoh atau di Butterworth.

Ingatlah orang Melayu ini pemurah. Orang Cina boleh hidup selesa dan mewah di kampung Melayu, jangan pula biarkan orang Melayu tercicir dan tersisih di pekan-pekan besar milik anda.

Bagi orang Melayu pula, selagi ada kuasa bersatulah.

Seorang rakan menghantar SMS Tahun Barunya "hati UMNO sudah lama terbuka luas, hati Hadi Awang sudah terbuka untuk muzakarah dengan UMNO. Ayuh bangsaku Melayu demi maruah bangsa dan agama bersatulah demi kelangsungan kuasa di bumi sendiri. Kita diherdik dicaci....sedarlah jika kita lemah layulah Melayu... tiada harapan untuk bangkit lagi."

Oleh itu menjelang tahun baru ini, gunakanlah kuasa yang ada sebaik-baik mungkin - sebelum semuanya terlambat!

Sumber: Utusan

#HimpunanGulingKerajaan Digerakkan Dan Disertai Oleh Para Penganggur Rupanya! @mymassa @NajibRazak @PDRMsia @KBAB51 @king_jason_ori


Semalam PDRM telah berjaya menahan pemilik FB yang telah menyalahgunakan media sosial untuk menghasut rakyat untuk menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini. Umum diketahui strategi bodoh pembangang adalah dengan mengerah tenaga rakyat yang tidak tahu apa-apa untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Maka macai-macai ini dikerah melalui hasutan-hasutan di FB dan Twitter supaya turun. 

Namun, yang paling lawak sekali adalah kebanyakan macai yang kononnya marah dengan kerajaan dan menuduh kerajaan menindas mereka adalah penganggur yang tidak punya pekerjaan! Walaupun banyak subsidi dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, para penganggur ini masih malas mencari kerja dan wang untuk hidup. Maka cara yang paling mudah adalah dengan melampiaskan kemarahan kepada kerajaan! JK nak nasihatkan sedikit pada anak-anak muda Malaysia yang Melayu khasnya. Sudah-sudahlah berguling di atas jalan raya dan membawa sepanduk yang terdapat typo dan error kerana ianya menunjukkan kebodohan sendiri. Kaum lain di Malaysia bijak mencari peluang yang diberikan oleh kerajaan. Mereka belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mencari kerja. Takkanlah Melayu kita selama-lamanya mahu bergantung pada subsidi semata-mata? Memang susah Melayu mahu maju jikalau sedemikian.


Thursday, 26 December 2013

Kepada @fuziah99 #Britain Juga Dilanda #Banjir ,Lebih Buruk Dari #Malaysia @mymassa @PortalBencana @banjir2013 @iBanjir



JK pohon MP Kuantan, Fuziah Salleh untuk berhenti berdrama dan mempolitikkan banjir kerana fenomena ini terjadi di satu dunia. Jangan sebab dendam dengan kerajaan Fuziah saban hari mengutuk dan mencaci kerajaan kerana beliau baru jadi ahli parlimen selama dua penggal sahaja, berbanding kerajaan yang telah mengurus banjir sejak beliau masih kanak-kanak ribena lagi. Pada hari krismas, UK telah dilanda banjir yang teruk sehingga menyebabkan kematian. Bayangkan kalau terdapat kematian yang lebih dari direkodkan, tentu Fuziah akan meroyan!

Ribut musim sejuk yang melanda Britain menyebabkan gangguan perjalanan kepada penduduk tempatan yang pulang untuk menyambut hari Krismas.

Setakat ini empat kematian dilaporkan.

Agensi alam sekitar mengeluarkan ratusan amaran banjir di seluruh England dan Wales dengan paras berbahaya dicatatkan di barat daya England.

Cuaca buruk mendorong penerbangan di lapangan terbang Gatwick, London ditunda.

Terminal utara lapangan terbang berkenaan juga mengalami gangguan bekalan elektrik.

Sehubungan itu, penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan sebelum ke lapangan terbang.

Perkhidmatan kereta api juga terganggu kerana banyak pokok tumbang di landasan.

Operasi perkhidmatan kereta api keluar-masuk lapangan terbang Gatwick juga terhenti.

Beberapa jalan raya digenangi air menyebabkan berpuluh-puluh pengguna terkandas.

Persatuan Rangkaian Kuasa, ENA pula merekodkan sejumlah 150 ribu kediaman terputus bekalan elektrik kebanyakannya di selatan England.

- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/luar-negara/Banjir_Di_Britain_Ragut_Nyawa.html#sthash.Hcei7z2m.dpuf

FOR IMMEDIATE RELEASE : KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN @rafiziramli @MOFmalaysia @NajibRazak @king_jason_ori


FOR IMMEDIATE RELEASE : KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN #Malaysia #KLChronicle Cc @rafiziramli

EDARAN MEDIA 
MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan



Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.
Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.
Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 Disember 2013

Tahniah #Jasin :Tulisan Jawi Bermula Januari @idrisharon66 @NajibRazak @teresakok @mymassa


Semua papan tanda di premis dan bangunan milik Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan ditukar kepada tulisan jawi dan Bahasa Melayu, bermula 1 Januari depan dalam usaha memperkasakan tulisan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Murad Husin berkata, sebagai permulaan, pihaknya telah memasang papan tanda tulisan jawi berserta Bahasa Melayu di pintu masuk pejabat MPJ dan ia akan diperluaskan kepada lebih 600 premis.

Menurutnya, langkah tersebut sejajar dengan usaha kerajaan memartabatkan penulisan jawi serta mengangkat bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara berkesan di kalangan masyarakat.

“Insya-ALLAH, papan tanda jalan juga akan ditukar kepada tulisan jawi dan Bahasa Melayu secara berperingkat berdasarkan kepada peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat.

"Kita merancang agar semua premis milik MPJ serta semua papan tanda jalan menggunakan tulisan jawi dan Bahasa Melayu, menjelang akhir tahun depan,” katanya di sini, semalam.

Selain itu, pihaknya juga menyahut saranan Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai dan Pantai negeri, Datuk Ghazale Muhamad agar MPJ memperkemaskan syarat termaktub dalam undang-undang kecil iklan supaya dimasukkan syarat baru mengenai tulisan jawi yang wajib dipatuhi peniaga.

“Kita juga berharap agar papan tanda iklan serta papan nama kedai di daerah ini juga akan menggunakan tulisan jawi kerana inilah salah satu usaha kita untuk memperkasakan tulisan jawi di bawah pentadbiran MPJ,” katanya.

JK: Macam ni baru berani xde la kerajaan negeri takut dan tunduk dengan permintaan cina DAP macam di Selangor. Nama je dipegang Melayu tapi arahan yang diterima semua dari cina DAP.

Tuesday, 24 December 2013

#Selangor :Negeri Berkebajikan Yang Menghisap Darah Rakyatnya! @Khalid_Ibrahim @rafiziramli @mymassa @hannahyeoh


JK: Segulung dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi Shah Alam. Anda telah memilih pemimpin yang tepat untuk mengembungkan poket mereka. Patutlah lain macam kenaikan gaji Exco di Selangor. Begini rupanya kaedah baru NEGARA BERKEBAJIKAN. Masa kempen, bukan main lagi free itu dan ini...

Nasihat Buat Rafizi: Kaji Fakta Jangan ‘Auta’ @rafiziramli @papagomo @n_izzah @rajaretorik


Jumaat lalu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat satu lagi cubaan untuk menonjolkan dirinya dengan mendakwa ada kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjual aset negara sebagai langkah terakhir untuk mencapai sasaran bajet defisit negara.

Rafizi memetik halaman sepuluh laporan terkini Bank Dunia, ‘Malaysia Economic Monitor: December 2013′ yang disifatkan beliau memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 tahun sebelumnya.

Halaman 10 laporan itu menyebut “daripada tambahan RM11.8 bilion pendapatan yang dijangka diperoleh berbanding anggaran bajet, RM7.4 bilion berasal daripada sumber-sumber bukan cukai, termasuk RM1.4 bilion hasil daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.”

Hanya satu perkara (perkara 16) di mukasurat 10 dalam laporan Malaysia Economic Monitor 2013 setebal 108 halaman itu yang dipetik Rafizi.

Beliau yang berharap “pembongkaran” itu menjadi berita besar mendakwa terkejut kerajaan sanggup menjual dan menggadai aset negara sambil memaklumkan akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada malam itu juga bagi membolehkan pembangkang memohon sidang tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin.

Sebaliknya, Rafizi yang juga ahli Parlimen PKR Pandan kurang cermat kerana yang dibongkarkan sebenarnya adalah kejahilan dan sikap melulu beliau sendiri yang membuat kesimpulan secara membabi buta menggambarkan “kerajaan terdesak” tanpa lebih dahulu membuat kajian teliti.

Mungkin kerana menyangka sudah menemui satu lagi “kesalahan besar kerajaan BN”, politikus muda itu tergopoh-gapah membuat pendedahan kepada media untuk segera meraih kelebihan politik (political mileages) sebelum pemimpin pembangkang lain berbuat demikian.

Dek kerana tidak mengkaji fakta dengan mendalam dan sikap “bodoh sombong” tidak mahu bertanya, Rafizi tidak sedar bahawa penjualan aset kerajaan dan pensekuritian gadai janji adalah amalan biasa yang diterima di seluruh dunia manakala di Malaysia ia dilaksanakan sejak tahun 2004 lagi.

Pensekuritian gadai janji (penjualan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan) mula dibuat pada September 2004 apabila kerajaan melalui Cagamas MBS Berhad menawarkan pengambilalihan pinjaman perumahan kakitangan Kerajaan Malaysia kepada pelabur yang berminat.

Dalam bahasa mudah, kerajaan menjualkan pinjaman yang dikeluarkannya kepada pelabur bagi mendapatkan semula wang tunai yang dikeluarkan sebagai pinjaman, malah sudah tentunya dengan margin keuntungan tertentu.

Penjualan aset juga adalah amalan biasa di mana kerajaan akan melepaskan pegangan (menjual) ke atas aset-aset bukan teras (non-core asset) bagi memperolehi kecairan (wang tunai) dan ini dilakukan ketika nilai aset terbabit meningkat pada nilai tinggi, bermakna kerajaan tidak rugi.

Untuk pengetahuan Rafizi juga persoalan penjualan aset serta gadai janji kerajaan ini sudahpun dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali dalam sidang Dewan Rakyat Mac 2012 apabila beliau bertanya mengenai parameter yang digunakan oleh Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) apabila melupuskan aset.

Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Donald Lim memaklumkan hasil penjualan aset bukan teras dari semasa ke semasa dalam tempoh tujuh tahun, Khazanah Nasional telah memcatat keuntungan RM13.6 bilion.

Dewan Rakyat juga dimaklumkan bahawa dari Mei 2004 hingga akhir tahun 2011, Khazanah menjual aset bukan teras bernilai RM31.7 bilion yang menjana keuntungan kira-kira 43 peratus.

Sehubungan itu, mungkin ramai yang ingin tahu apa agaknya yang terjadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada malam Sabtu (20 Disember) lalu apabila Rafizi membangkitkan penemuannya dalam laporan Bank Dunia itu?

Ini kerana selepas 3 hari berlalu, isu itu nampaknya tidak pula diperbesar-besarkan oleh pemimpin pembangkang yang lain.

Apa agaknya jawapan Azmin yang tentunya masih ingat pernah menyoal mengenai isu berkenaan di Parlimen kepada Rafizi yang baru kali pertama bergelar ahli Parlimen setelah menang dalam Pilihanraya Umum ke-13 Mei lalu?

Manakala Rafizi sendiri pula, bilakah agaknya hendak belajar dari kesilapan sendiri yang sudah banyak kali “kantoi” kerana salah fakta.

Mungkin Rafizi lebih dahulu kena kaji dengan mendalam dan fahami makna pepatah Melayu ini – Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan dalam hendak diduga.

JK: Seorang pengguna FB telah melontarkan komen yg JK kira sangat bernas: Janganlah kiranya kita sangka kebodohan yg konsisten dgn perjuangan PR itu tidak mampu menghancurkan negara kerana tlh ramai anak Melayu yg sudah hilang kewarasan akal lantaran dari menganuti fahaman politik mereka.

#BR1M 2014 Dibuka Hari Ini @mymassa @NajibRazak


Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN diwww.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai hari ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Monday, 23 December 2013

Luahan Hati Dari Warga Sg Isap Kepada MP Kuantan @Fuziah99 @papagomo @mymassa



Saya merupakan salah seorang penduduk yang telah terlibat dalam kejadian bencana banjir yang saya kira paling teruk dalam sejarah selama saya berada di Kuantan. Sebelum saya ulas lebih lanjut, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami sebenarnya sudah lali dengan banjir, saban tahun memang kami bersedia untuk menghadapinya, cuma pada tahun ini magnitudnya terlalu besar sehingga penduduk di sini terkesima dengan kemusnahan yang datang bersama-sama banjir ini. Setiap kali banjir, kami sememangnya akan diberikan panduan dan bantuan yang lazim, cuma saya agak terkejut pada tahun ini,dengan kecanggihan teknologi dan media sosial, bencana ini telah dipolitikkan dan disalah guna oleh sesetengah orang (akan saya jelaskan lebih lanjut di bawah) sehingga ada cerita yang disampaikan tidak benar sama sekali. Tujuan saya menulis ini adalah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat yang tidak berada di kawasan bencana tetapi disebabkan oleh kesalahan info dan fitnah telah menyebarkan berita palsu yang saya kira tidak beretika sama sekali sebagai rakyat Malaysia amnya dan orang Islam khasnya.

Ketika Kuantan dilanda hujan yang lebat, kami memang telah dinasihatkan oleh pihak kerajaan tempatan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir. Umum diketahui kedudukan geografi Kuantan yang diapit sungai menjadikan kawasan ini sangat-sangat terdedah kepada banjir. Sejurus selepas air mula naik ke kawasan perumahan, penduduk sudah mula menyelamatkan barang-barang berharga dan terdapat juga penduduk yang telahpun dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pada hari itu juga. Yang saya hairan sekali, kelibat MP Kuantan langsung tidak kelihatan semasa kawasan ini mula dinaiki air. Kalau beliau betul-betul faham dan prihatin dengan keadaan di kawasan beliau, sudah tentu beliau berada di sini semasa air naik. Ini tidak, saya baca di akhbar Fuziah Salleh berada di Parlimen dan memekak untuk apa pun saya tak tahu. Kalau beliau berada dengan kami pada hari pertama lagi sudah tentu penduduk tidak akan bising. Tapi, yang saya kesalkan, apabila 2000 orang telah pulang ke rumah masing-masing (dalam hari ketiga selepas banjir) barulah Fuziah 'mencemar duli' melawat kawasan beliau, itupun dengan membawa 100 botol air mineral sahaja. Apabila penduduk (saya kira pengundi dan penyanjung beliau) mengamuk, barulah PA dan staff beliau datang dengan beg tertera logo PKR.

Saya perasan ada beberapa orang kuat beliau di pusat pemindahan banjir yang sanggup menahan lapar untuk menantikan bantuan dari beliau dan PKR sehingga tidak menjamah langsung makanan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Apabila Fuziah tak muncul sampai malam hari kedua barulah mereka ini buat muka tak malu sama-sama makan dengan kami. Nak juga saya tanya ada bezakah makanan yang disediakan oleh MP Fuziah dengan kerajaan? Kenyangkah mereka ni dengan 100 botol air mineral? Itulah Fuziah, sombong sangat dengat seterunya. Apa salahnya berganding bahu sama-sama tolong penduduk yang sudah mengundi awak? Masa awak ke hulu ke hilir dengan cameraman dan tukang update status FB awak (untuk konon-konon tunjuk prihatin), mana pergi pemimpin PR yang lain, yang dahulunya sebelum PRU 13 berjanji akan tolong rakyat? Akan sama-sama susah dan senang bersama rakyat? Takkan time nak kaut undi saja nak bersama rakyat, apabila banjir tinggalkan Fuziah terkapai-kapai keseorangan? 

Yang Fuziah ni pun satu hal, beliau sedar tidak dibantu oleh pemimpin PR yang lain, maka satu cara untuk menutup kekurangan itu ataupun coverline adalah dengan membuat provokasi murahan seperti tiada bantuan dari kerajaan negeri lah, tiada bantuan dari Bomba, PDRM, ATM semuanya tidak menjalankan tugas mereka dalam kaca mata Fuziah. Namun, Fuziah tidak boleh tipu rakyat lagi. Setelah menipu kami tentang bahaya Lynas (yang sebenarnya tidak bahaya pun), sampai hati Fuziah melontarkan fitnah dan menyatakan pihak-pihak agensi kerajaan tersebut tidak membantu kami? Tolong sedar sikit, semasa awak melalak di Parlimen, pihak-pihak tersebut sudah mulakan tugas mereka memindahkan penduduk dan membantu kami apa yang patut. Jangan fikir kami ni bodoh dan boleh diperbodohkan. Kami ada akal, kami ada mata yang dikurniakan Allah, kami tahu siapa yang bantu kami, dan siapa yang hipokrit dan mempolitikkan banjir ini. Kalau sekadar pergi sini sana ambil gambar dan upload ke FB untuk menunjuk-nunjuk,budak kecil pun boleh jadi MP lah wahai Fuziah!

Akhir kata, resmi orang-orang macam Fuziah ni sememangnya boleh menghancurkan negara. Konon-konon semua pihak salah, dia seorang saja yang betul walhal orang sekeliling tahu menilai. Saya harap MP Kuantan untuk insaf dan jadilah seorang Muslimat yang baik dan bukan hanya tahu menyalahkan orang lain apabila diri sendiri tidak mampu untuk menolong! Akhir kata, saya minta Fuziah dan Cina di bawah ini untuk mengotakan janji mereka kepada kami:



Orang Kampung,
Sg Isap, Kuantan

Himpunan Guling Kerajaan Membawa Ideologi Kristianisasi @papagomo @mymassa @king_jason_ori


Himpunan guling Kerajaan (TURUN) yang dianjurkan Pembangkang pada kali ini menampakkan satu agenda baru yang cuba mereka lakukan dengan matlamat berdemonstrasi seolah-olah rakyat Malaysia dikhianati, ketika Bersih 1 hingga 3 matlamat mereka mahu menuntut PRU yang adil.

Kononnya 40,000 Bangla undi BN yang di bongkar oleh Anwar tetapi selepas PRU13 Anwar hanya menyatakan 40 ribu Bangla tersebut hanya rekaan UMNO sahaja. Kali ini mereka mengunakan agenda disebalik harga barang yang semakin meningkat, Bezanya dahulu mereka menggunaan sentimen bangsa yang mana mereka bergerak melalui NGO-NGO pembangkang.



Tetapi kali ini mereka gunakan sentiment kristianiti yang memaparkan topeng ’Guy Fawkes’ didalam perhimpunan itu nanti dan konsep ini seperti membawa ideolagi kristianisasi barat.‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah. Boleh dikatakan ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu.


Jadi sebagai umat Islam, kalau kita boleh mengharamkan sambutan Valentine, sambutan itu dan ini kerana sesuatu sambutan itu berunsur keagamaan, kenapa pula harus kita menggunakan topeng ‘Guy Fawkes’ seorang pejuang Kristian yang berjuang untuk agamanya sebagai lambang kita? Jangan kita terperangkap dengan tipu daya Nasrani dan Yahudi.

Sunday, 22 December 2013

SEMUANYA NAIK DI SELANGOR, TIADA ORANG MARAH PULA? @Khalid_Ibrahim @papagomo @mymassa @hannahyeoh @teresakok


Inilah hakikat sebenarnya, segala-galanya telah naik di Selangor. Namun, tidak pula kedengaran suara-suara 'pejuang rakyat' baik di pihak pakatan haram mahupun dari parti UMNO. Adakah mereka tidak sedar atau sengaja buat tidak tahu akan kenaikan yang sedang berlaku di Selangor?

Harga tol dan tarif elektrik baru sahaja dicadangkan untuk dinaikkan kadarnya. Tapi kecoh seluruh negara seolah-olah Malaysia huru-hara dek kenaikan itu kelak. Masing-masing dari pakatan haram dan parti UMNO sibuk jadi jaguh.

Inilah kehebatannya bila propaganda diurus dengan sangat berkesan. JK tabik 'spring' kepada para 'propagandis' pakatan haram yang berjaya mengurus persepsi rakyat hingga penyokong UMNO pun jadi bengong walaupun kesan kenaikan belum lagi menghambat duit poket mereka.

Lebih cemerlang, dalam senyap-senyap, kerajaan Selangor yang dipimpin pakatan haram mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar cukai pintu, lesen perniagaan, kos kutip sampah dan lain-lain lagi ketika kemarahan rakyat terarah kepada kerajaan pusat.

Oleh itu, janganlah emosi itu diheret dalam setiap pertimbangan kita. Teliti sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Selamat mencuba!

Saturday, 21 December 2013

Sejarah Bangsa #Melayu Oleh Ustaz Don @papagomo @rajaretorik @mymassa




JK: Pembangang telah ajar orang-orang muda Melayu Malaysia untuk memperkecilkan kaum sendiri. Bila kita pertahankan bangsa, disebut racist, bila Cina pertahankan bangsa mereka dipanggil hak asasi pula! Bangunlah orang-orang Melayu Islam. Jangan dikaburi fitnah dajjal yang dibawa masuk secara halus oleh Yahudi laknatullah kerana mereka takut dengan kita dan takut akan Bani Ta Mim (dikhabarkan Ta Mim itu ialah Tanah Melayu) yang akan membantu Imam Mahdi kelak.