Tuesday, 15 April 2014

Azmin Dan Khalid Bergaduh,MP DAP Salahkan UMNO! @Khalid_Ibrahim @azminali @mymassa @PapaGomo


Dari awal, Ariff Sabri menjelaskan beliau menulis sebagai pemerhati politik dan pandangannya tidak mencerminkan pendirian rasmi DAP.

Membicarakan pemilihan PKR yang akan datang, anggota Parlimen DAP itu kelihatan menyokong Azmin Ali berbanding salah seorang pencabar kerusi timbalan presiden Tan Sri Khalid Ibrahim.

Arif berkata, Azmin layak menjadi menteri besar dan ia harus disokong.

Dalam masa yang sama, menurut Ariff, dakwaan bahawa pemimpin PKR itu mempunyai terlalu banyak “DNA Umno” harus ditolak.



“Saya fikir ini tidak adil – Azmin membuktikan kelayakannya dalam PKR dan kesetiaannya mengatasi segala-galanya. Dari apa yang saya ingat, Azmin tidak pegang sebarang kedudukan dalam Umno atau bertanding mana-mana jawatan.

“Hubungannya dengan Umno apabila berkhidmat dengan pemimpin Umno (ketika itu ) dan pemimpin itu Anwar Ibrahim.

“Khalid ada lebih banyak DNA Umno. Dia bertanding untuk kedudukan dalam Umno bahagian di Kuala Selangor dan kalah. Dia pernah dilantik ke dalam biro ekonomi Umno,” katanya.

Ariff berkata, seorang lagi calon timbalam presiden Datuk Saifuddin Nasution juga pernah aktif dalam Umno.

“Jika saya tidak silap, Saifuddin malah pernah berkhidmat sebagai setiausaha kerja untuk Pemuda Umno. Dia juga pernah menjadi setiausaha politik kepada Tan Sri Syed Hamid Albar. Kaitannya dengan Umno lebih kuat.

“Abangnya, Sahlan, setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sahlan bertanding dalam pilihan raya umum dan kalah. Dia kini berkhidmat sebagai pegawai khas Najib atau sebagainya,” katanya.

JK: Pundek betul kalau semua pun salah UMNO. Tak pasal-pasal jadi punching bag!

No comments:

Post a Comment