Friday, 25 April 2014

Bekas Pelajar UiTM Melaka Menghasut Pelajar Menjadi Pembangkang? @datosahol @idrisjusoh @BraderJai


Sekali imbas muka budak lelaki di atas ni persis muka Herman Tino. Alangkah bagusnya jikalau budak ini mengikuti jejak langkah Herman Tino yang berakhlak tinggi itu. Admin baru dapat info yang menyatakan budak lelaki ini sebenarnya dalam misi untuk menubuhkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri pada 29 April 2014 ini di Hotel Sri Malaysia. Beliau akan dilantik sebagai Pengerusi kerana beliau adalah pengasasnya. Menurut laporan yang diterima admin, status pelajar berkenaan menimbulkan keraguan kerana seperti yang anda lihat di bawah status budak ini tidak aktif. Setahu admin, kalau tidak aktif tu tandanya sudah dibuang atau kena 'dismissed'. 



Admin mohon VC dan juga Rektor di UiTM Cawangan Melaka untuk membuat siasatan terperinci supaya ulat-ulat sebegini dihalang daripada meracuni minda pelajar Melayu Bumiputera yang ingin menuntut ilmu. UiTM adalah benteng pada orang Melayu dan jika ada sesiapa yang mahu memporak-porandakan UiTM mereka haruslah dibendung. Penat ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk belajar sehingga dapat menjadi manusia, jika mereka mula berpolitik hingga lupa belajar, bukankah akan memalukan ibu bapa?
Ini buat admin tertanya-tanya di manakah perginya 'hero' mahasewel suatu ketika dahulu Adam Adli yang disanjung sehingga beliau dibuang belajar? Senyap sunyi tanpa berita. Adakah Anwar Ibrahim membela nasib Adam Adli? Admin harap budak Danish ini tidak mengikut jejak langkah Adam Adli yang merugikan.




No comments:

Post a Comment