Friday, 18 April 2014

Demo Anti-Obama #HizburTahrir: Kebebasan Bersuara Di Malaysia Amat Dihargai @NajibRazak @mymassa @adampitjune #HizburTahrir



Satu demo Anti-Obama telah diadakan sebentar tadi sejurus selepas Solat Jumaat yang dianjurkan oleh Hizbur Tahrir Malaysia. Antara intipati demonstrasi ini adalah menyalahkan Obama dan Amerika Syarikat dalam semua kejadian huru-hara serata dunia terutamanya di negara-negara Islam yang bergolak iaitu Afghanistan, Pakistan, Mesir dan juga Palestin.



Obama akan menjalankan lawatan selama 2 hari ke Kuala Lumpur dalam rangka lawatan ke Jepun, Filipina, Korea Selatan dan Malaysia bagi menjalinkan silaturahim dan mengeratkan perpaduan. Obama dijangka akan diketengahkan dengan budaya dan corak pemerintahan berteraskan Islam dan diharapkan agar kedatangan beliau akan mengubah persepsi kurang baik mengenai Islam oleh negara-negara Barat. Obama seringkali memuji kesederhanaan dan keharmonian Malaysia, negara yang kaya dengan pelbagai budaya,agama dan adat-resam, namun masih boleh berasimilasi kerana wujudnya kemuafakatan dan hormat menghormati. Malah, beliau turut berharap agar negara-negara Islam menjadikan Malaysia sebagai contoh dalam menangani krisis dan konflik dengan cara demokrasi dan juga diplomasi, bukan dengan keganasan yang akhirnya akan mengorbankan nyawa tidak berdosa.

Demonstrasi yang diadakan sebentar dipercayai dijalankan dengan aman dan tiada sebarang unsur keganasan dikesan. Ini menunjukkan betapa negara Malaysia menghargai perbezaan pendapat dengan cara berdiplomasi. Diberitakan, penganjur dan mereka yang terlibat telah berarak sehingga ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan memorandum bantahan dalam kawalan polis dan bersurai selepas itu. Sesungguhnya, demokrasi memang subur di bumi bertuah ini dan diharapkan agar ianya sentiasa terpelihara dan dalam lindungan Allah.


Bacaan lanjut

No comments:

Post a Comment