Tuesday, 22 April 2014

Elak Kalah Saman,Anwar Mohon Maaf Pada Najib @NajibRazak @saifnasution @FeldaVoice @tunfaisal @aznilnawawiHM




Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang Ketua Umumnya Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa FELDA yang berada di bawah pentadbiran DS Najib pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

“Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk ‘Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat’ pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada UMNO-Online hari ini.



Aduh, kesian sungguh admin tengok pencacai al-juburi yang berpeluh-peluh berkempen tentang fitnah penjualan minyak oleh FELDA ke Israel. Apatah lagi macai yang pakat tekan butang share beramai-ramai menanggung dosa menyebarkan fitnah di Facebook dan juga di Twitter. Memang selama ini mereka ini ditipu terang-terangan namun masih ada lagi segelintir yang masih percaya dengan fitnah yang dibawa oleh Pakatan Haprak. Dari 16 September 2008, sehingga ke jam Omega, Perhimpunan Bangla dan Blackout yang sememangnya semua fitnah masih ada lagi pencacai yang sanggup dikencing. Admin dengar awal bulan Mei pun mahu berhimpun dan katanya masih mencari objektif untuk berhimpun. Gelak besar admin sebab dari dahulu sampai sekarang, tak habis-habis dengan berhimpun. Hasilnya apa? Ketiak becak, kerugian harta milik kerajaan dan sampah sarap!


Namun begitu, admin nak tegur sedikit la pihak FELDA kerana mereka terlalu berhati suci murni kerana membiarkan tukang fitnah terlepas dengan hanya meminta maaf dan menyatakan kekesalan. Admin takut pihak penyebar fitnah akan jadikan itu point untuk membohongi pencacai mereka yang telan sahaja apa yang disuapkan, tahi tidak terkecuali.  

No comments:

Post a Comment