Wednesday, 23 April 2014

#ERL minat bida projek kereta api laju. #Ekonomi #Malaysia

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, berminat membida projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dengan menyandarkan kepada keupayaan dan pengetahuan teknikalnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noormah Mohd Nor, berkata syarikat akan menjadi calon yang baik berdasarkan rekod prestasi ERL yang berjaya menyiapkan projek itu serta menjadi satu-satunya syarikat di Malaysia yang mengurus operasi kereta api berkelajuan tinggi.

Secara teknikal,syarikat berjaya menyiapkan projek ERL sepanjang 57 kilometer (km) dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya sambungan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang disiapkan lebih awal daripada jadual serta dalam lingkungan bajet.

Ia bukan semudah mengurus projek kereta api biasa. ERL Sdn Bhd mempunyai kepakaran dan semua penyelenggaraan dibuat secara dalaman.

Sebaik saja kerajaan atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan tender, pastinya ERL Sdn Bhd akan menjadi antara pembida yang berminat.

No comments:

Post a Comment