Tuesday, 29 April 2014

#FELCRA agih dividen RM106.3 juta. #Ekonomi #Malaysia

FELCRA Bhd mengumumkan agihan sebanyak RM106.3 juta bagi pembayaran dividen akhir untuk tahun 2013 kepada lebih 73,000 peserta dengan keuntungan bersih bagi tahun itu sebanyak RM282.7 juta.

Pembayaran itu merangkumi RM410,000 bagi 123 anggota Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd.

FELCRA juga sudah mendahulukan bayaran dividen interim pertama dan kedua, masing-masing sebanyak RM80.8 juta dan RM95.5 juta.

Hingga Disember 2013, ada 1,483 projek penyatuan dan pemulihan di tanah kerajaan dan milik peneroka seluas 169,583 hektar di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 1,110 projek seluas 98,734 hektar memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM282.7 juta.


No comments:

Post a Comment