Wednesday, 30 April 2014

Gagal Menarik Kehadiran Pendengar,Peguam PKR Hasut Pelajar Bencikan Sistem Kehakiman Malaysia @LatheefaKoya @msiswakeadilan @lawyers4liberty



Sebuah forum yang bertajuk FORUM: MASA HADAPAN SISTEM KEHAKIMAN KITA telah dilangsungkan mengikut jadual di Dewan INB Resort, Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Majlis anjuran Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dengan kerjasama PKR itu bagaimanapun, gagal menarik perhatian ramai. 

Yang hadir cuma kurang dari 60 orang walaupun penganjur menjangkakan kehadiran melebihi 150 orang. Yang hadir cuma pelajar-pelajar dari Universiti Multimedia Melaka dan penyokong-penyokong PKR. Manakala penyokong-penyokong PKR dari UiTM Melaka, hilang dan tidak berani menunjukkan muka.

Antara yang hadir adalah Latheefa Koya yang juga merupakan Ketua Biro Guaman PKR, Eric Paulsen yang merupakan peguam PKR, Ginnie Lim Sie Lim, Naib Ketua PKR Alor Gajah dan Wahab bin Ibrahim, seorang ahli PKR tegar. 

Dalam ucapannya, Latheefa Koya dan Eric Paulsen jelas mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mennuduh sistem kehakiman di negara ini dibarisi oleh hakim-hakim bodoh yang gagal memberikan kemenangan kepada Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwatnya. Lebih menarik lagi ialah apabila Latheefa Koya menyatakan, Anwar Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan kerana liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA.

Suka sama suka bermakna, tiada sebarang perlanggaran undang-undang, baik dari sebarang segi kerana ia adalah hak asasi manusia. Namun Latheefa Koya selaku peguam berkecenderungan untuk berbohong apabila menyatakan, ketiadaan bukti untuk mensabitkan Anwar Ibrahim, menyebabkan pendakwaraya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan campurtangan daripada Kerajaan pula akhirnya telah mensabitkan Anwar Ibrahim dengan hukuman penjara selama 5 tahun. Sedangkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan hanyalah sebahagian daripada proses kehakiman di negara ini. Dan kes Anwar Ibrahim itu sendiri bukanlah kes luar biasa, sebaliknya disensasikan kerana dia adalah seorang pemimpin politik semata-mata.

Latheefa Koya dan Eric Paulsen dalam forum berkenaan, cuba menjadikan Anwar Ibrahim sebagai makhluk yang tidak melakukan sebarang kesalahan atau lebih tepat lagi kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Bahkan menimbulkan persepsi bahawa sebarang natijah ke atas Anwar adalah disebabkan penganiayaan dan kezaliman.

Paling ketara ialah apabila Latheefa Koya berbohong tentang peguam Tan Sri Muhammad Syafie Abdullah yang kehadirannya benar-benar tidak disenangi oleh PKR. Katanya lagi, Syafie tidak sepatutnya mengendalikan kes tersebut kerana dia adalah seorang peguam swasta tanpa sedikit pun Latheefa Koya menyentuh tentang peruntukan undang-undang dan perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Peguam Negara untuk melantik mana-mana peguam mewakilinya sebagai Pendakwaraya. 

Dalam forum yang sama, Eric Paulsen turut menghasut para pelajar MMU agar mengadakan majlis-majlis seperti itu dan tidak perlu peduli dengan arahan polis kerana para peguam PKR akan menguruskannya. Eric Paulsen menepati ramalan sebelum ini bahawa barisan peguam dan hakim sedang mencuba untuk berkuasa di Malaysia seperti mana peguam dan hakim menguasai serta mengawal Pakistan. 

Pihak penganjur menyasarkan pelajar ipta/ipts untuk menyertai forum tersebut tetapi majoriti yang hadir pelajar dari Universiti Multimedia Bukit Beruang. 

Shamsul Iskandar Bin Mad Akin selaku panel forum turut tidak kelihatan dan hanya menghantar wakil. Ini menunjukan kegagalan penganjuran majlis ini serta cadangan untuk melancarkan Majlis Mahasiswa Keadilan Negeri Melaka turut gagal kerana tidak mendapat sambutan dari mahasiswa di Negeri Melaka.

No comments:

Post a Comment