Wednesday, 16 April 2014

HamPAS #Selangor Tidak Menyokong Hudud! @hendrishahril @nikabdulaziz @PapaGomo @ustazfathulbari


Selangor masih belum ada perbincangan terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad banyak perkara perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum perkara itu dibincangkan.

"Saya tidak boleh komen dulu sebab Kelantan itu sudah ke depan dalam melaksanakan hukum hudud dan telah meluluskannya dalam dewan.

"Kita belum bincangkan apa-apa lagi mengenainya. Maknanya kita tunggu dulu," katanya ketika ditemui di Lobi Dewan Annex, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Pas Selangor melaksanakan hukum hudud di negeri ini seperti yang telah diputuskan Kelantan.

Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan, DatukAhmad Yakob bertegas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan daripada parti komponen lain dalam PR.

No comments:

Post a Comment