Tuesday, 1 April 2014

KUTIPAN TOL JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG BERMULA HARI INI

Kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam akan mula dibuat bermula hari ini 1 April 2014. Kadar tol yang dikenakan bermula dari RM1.70 hingga RM70.10.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan bahawa kadar tol bagi kereta kecuali teksi dan bas (kelas 1) adalah sebanyak RM8.50; motosikal (kelas 0), RM1.70; kenderaan enam tayar kecuali bas (kelas 2), RM30.50; kenderaan kelas 3, RM70.10; teksi (kelas 4), RM8.50 dan bas (kelas 5), RM26.20.


No comments:

Post a Comment