Monday, 14 April 2014

Mahasewel Bendul Dikerah Demo GST @MahasiswaMsia @chegubard @rafiziramli



Semalam di hadapan kompleks beli-belah Sogo, sekumpulan mahasisawa yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Anak Muda Bantah GST kononnya buat pelancaran bantah GST dengan beberapa wakil berceramah lupa diri.

Agak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh salah seorang penceramah yang berlagak sebagai hero anak muda. Katanya, para pemimpin dan kerajaan sekarang telah banyak melakukan pembaziran wang rakyat; kami sebagai rakyat mungkin boleh menerima sedikit hujah.


Namun apa yang kami tak dapat terima, budak tu cakap "Kerajaan telah bazir juta-juta mencari MH370!!". Kamon la pok! Lu biar betul?! Usaha kerajaan mencari MH370 dikatakan membazir.

Anda nilai sendiri adakah perjuangan anak-anak didik pakatan rakyat ni betul atau tidak? PKR giat melancarkan bantahan terhadap pelaksanaan GST menghasut para mahasiswa di setiap IPT seluruh negara dan PKR menjadikan mereka ini sebagai alat penyebar maklumat untuk memesong rakyat.



Seluruh dunia tengah bersedih dengan kehilangan MH370; tetapi PKR menggunakan saluran mahasiswa untuk menyatakan bahawa pencarian MH370 merupakan satu pembaziran. Apalah sangat jutaan ringgit berbanding nyawa yang tidak ternilai. Akan tetapi puak PKR tetap berpendirian tegas mengatakan ini satu pembaziran!

Budak-budak ni entah faham atau tidak maksud GST? Sekadar menerima arahan dan sedikit duit, terus lupa diri bahawa mereka sedang belajar bawah tanggungan kerajaan.

No comments:

Post a Comment