Tuesday, 22 April 2014

#Malaysia Negara Pelaburan Yang Bagus. #Ekonomi

Malaysia merupakan negara yang baik untuk pelabur asing menanam modal, seterusnya meluaskan perniagaan mereka ke rantau ASEAN.

Terdapat banyak peluang pelaburan yang ditawarkan di negara ini dan negara rantau ASEAN lain yang sewajarnya direbut oleh pelabur-pelabur asing termasuk dari Sepanyol.

Pelabur di Sepanyol dan Afrika Utara khususnya digalakkan untuk melihat potensi negara ini dan rantau ASEAN sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi besar, mengambil kira pertumbuhan pesat sedang berlaku di rantau ini.

Pada masa sama, pelabur dari Malaysia juga sewajarnya merebut peluang pelaburan yang terdapat di Sepanyol bagi memasarkan produk mereka ke pasaran global khususnya Eropah dan negara Afrika Utara.

Banyak peluang yang ada di rantau sana khususnya Sepanyol di mana banyak syarikat sedang mencari rakan kongsi dan peluang-peluang pelaburan baharu yang berpotensi tinggi. Perkembangan ini sangat sesuai untuk pelabur Malaysia menanam modal di luar sana.

Jumlah dagangan Malaysia dengan Sepanyol tahun lalu adalah sebanyak RM3.316 bilion meningkat 16.1 peratus berbanding RM2.86 bilion pada 2012.

Bagaimanapun, jumlah eksport Malaysia ke negara terbabit menyusut sebanyak 7.3 peratus daripada RM1.567 bilion pada 2012 kepada RM1.453 bilion tahun lalu.




No comments:

Post a Comment