Wednesday, 23 April 2014

MB Selangor Tidak Konsisten, Umum Catuan Air Diteruskan Meski Hujan Lebat @Khalid_Ibrahim @puspel


Cadangan kerajaan Selangor untuk menggunakan teknologi dari Thailand bagi tujuan pembenihan awan dibantah keras pemimpin kanan PKR. 

Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dilihat sudah hilang punca untuk menyelesaikan krisis air di Selangor sehingga perlu menggunakan teknologi dari luar negara.

Kerajaan Selangor masih meneruskan catuan air berikutan paras air di Empangan Sungai Selangor berada pada tahap kritikal dan bekalan air yang ada hanya mampu bertahan 29 hari lagi, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sehingga 20 April, empangan itu mencatat paras air 89.29 juta meter padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 juta meter padu jika ia penuh.

“Berikutan itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) pada masa ini sedang giat meneroka kolam-kolam bekas lombong terutama di kawasan lembangan Sungai Selangor bagi tujuan mengepam air mentah dari kolam takungan bekas lombong ke Sungai Selangor.

“Dengan cara ini, pelepasan air dari empangan Sungai Selangor dapat dikurangkan dan air di empangan mampu bertahan lama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Baca Selama 10 minit di Perpustakaan Tun Uda di sini Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengenal pasti untuk membeli pam berbanding menyewa alat itu daripada pihak luar kerana ia lebih menjimatkan.

Abdul Khalid berkata, LUAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada masa ini turut menjalankan aktiviti mengepam air sungai hasil hujan lebat di hilir untuk ditakungkan ke kolam-kolam sekitar Empangan Sungai Selangor untuk digunakan pada musim kering nanti.

“Kita jangka usaha-usaha itu akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 JLH (juta liter sehari) air mentah dan jika petunjuk pelaksanaan positif dalam tempoh seminggu, kerajaan negeri bersedia mengkaji semula keputusan catuan air ini,” tambahnya

No comments:

Post a Comment