Thursday, 17 April 2014

MB Selangor:Tidak Perlu Beli Rumah,Sewa Sahaja @Khalid_Ibrahim @nohomar @mymassa @adampitjune



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mampu untuk menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

Kenyataan itu ternyata bertentangan dengan manifesto pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 yang menyasarkan semua rakyat di negeri ini akan memiliki rumah sendiri.

Abdul Khalid berkata, permintaan untuk rumah mampu milik kini semakin meningkat dan kerajaan negeri tidak mampu memenuhinya.

“Tidak semestinya semua rakyat Selangor perlu memiliki rumah tetapi apa yang penting mereka mampu untuk menyewanya.

“Dasar ini adalah sama seperti yang diamalkan oleh negara lain seperti di Britain dan Jerman," katanya ketika menjawab soalan tambahan Haniza Mohd. Taha (PKR-Taman Medan) tentang dasar Skim Perumahan Rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menambah, sehingga kini 15,000 rumah mampu milik telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB) manakala 30,000 lagi dibina melalui projek swasta seperti syarikat Sime Darby.

Tambahnya, kerajaan negeri juga memerlukan dana yang besar untuk memenuhi permintaan rumah mampu milik dan mengakui dana yang ada pada masa ini adalah terhad.

“Kalau gunakan semua dana untuk kebajikan pun tidak cukup," ujarnya.


No comments:

Post a Comment