Monday, 21 April 2014

#MIHAS2014 - Jana jualan hampir RM1b. #Ekonomi

Pameran dan Program Misi Belian Masuk (IBM) yang diadakan sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2014) di Kuala Lumpur dari 9 hingga 12 April lalu, menjana gabungan jualan bernilai RM966.4 juta.

Nilai berkenaan adalah peningkatan 21 peratus berbanding nilai jualan sebanyak RM798.72 juta yang dicatatkan pada 2013.

Sektor utama yang menarik minat pembeli tahun ini ialah makanan dan minuman, produk makanan segera dan diproses, makanan beku serta rempah ratus.

Bagaimanapun, sektor bukan makanan dan perkhidmatan seperti kelengkapan dandanan diri, penjagaan badan, kebersihan diri dan kewangan memberi sumbangan ketara dengan mencatatkan jualan bernilai RM82.9 juta daripada RM489.2 juta jualan yang dijana sepanjang pameran diadakan.

No comments:

Post a Comment