Thursday, 24 April 2014

Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam #1Razak Mansion

PM Najib Razak telah melancarkan Projek Pembangunan Semula Perumahan Awam 1Razak Mansion yang akan memberi manfaat kepada 658 penduduk.

Serentak dengan itu juga beliau mengumumkan ‘durian runtuh’ kepada penduduk melalui tiga insentif antaranya 557 penghuni sedia ada akan menerima rumah baharu secara percuma, manakala 101 penyewa ditawar harga jualan RM42,000 berbanding harga pasaran RM250,000.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu duti setem pemilikan rumah baharu berjumlah RM4,000 diberi subsidi dan ditanggung sepenuhnya berserta pemberian wang imbuhan RM3,000 kepada 557 penghuni sedia ada.

Pembangunan semula pula akan mewujudkan persekitaran lebih moden dan selesa. Moga niat murni ini akan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak

Projek pembangunan itu akan melibatkan keseluruhan 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar berserta kemudahan seperti pejabat kecil; dewan orang ramai; surau; tadika; pejabat persatuan penduduk; pondok polis dan bilik pengurusan mayat.

Perumahan awam tersebut perlu diberi wajah baru kerana adalah tidak signifikan ketika kerajaan berusaha menjadikan Kuala Lumpur bandar raya bertaraf dunia, masih ada perumahan yang uzur.

Pada masa yang sama,kesediaan kerajaan untuk membangunkan semula perumahan itu adalah manifestasi kepada komitmen untuk memberi keselesaan kepada rakyat tidak kira sama ada mereka yang menetap di luar bandar mahupun di bandar.

Komitmen tersebut terbukti melalui pelbagai program yang diperkenalkan kerajaan termasuk menyediakan RM100 juta kepada Tabung Penyelenggaran 1Malaysia bagi menyelenggara dan membaik pulih rumah kos rendah.

Peruntukan itu tidak termasuk dana tambahan sebanyak RM82 juta yang disalurkan bagi memulihkan semula sebanyak 20 projek perumahan terbengkalai melibatkan 8,197 buah rumah.

No comments:

Post a Comment