Tuesday, 29 April 2014

Protes Jalanan Kini Lebih Bermotifkan Guling Kerajaan - Tun Dr. Mahathir @PDRMsia @KBAB51 @TSMusaHassan


Penganjuran protes jalanan yang semakin berleluasa dan sejak kebelakangang ini adalah bermotifkan untuk menggulingkan kerajaan dan bukannya sebagai satu wadah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu berbangkit.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menerusi sistem demokrasi, siri protes jalanan adalah dibenarkan sebagai alternatif kepada kaedah berkempen terhadap sesuatu isu namun ianya kini semakin berpanjangan sehingga boleh menyebabkan negara lumpuh.

"Di dalam sebuah negara totalitarian bukan demokrasi, demonstrasi besar-besaran boleh disifatkan tidak lain hanyalah untuk menukar kerajaan sedia ada. Tetapi kini apabila pilihan raya boleh menentukan sesebuah kerajaan ditukar, pihak yang kalah dalam pilihan raya demokrasi menyebabkan berlakunya tindakan seumpama ini (rusuhan).

"Kita dapat lihat di Mesir, Ukrain dan juga Thailand pihak pembangkang menganjurkan demonstrasi bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih majoriti," katanya dalam entri terbaru blog beliau, hari ini.

Jelas Tun Mahathir, Malaysia kini masih lagi bertahan dengan siri demonstrasi jalanan yang kian berpanjangan tetapi tanda-tanda 'kejatuhan' semakin jelas.

"Ternyata terdapat warga Malaysia yang ingin menjatuhkan kerajaan yang dipilih menerusi demonstrasi," katanya.

Tambah beliau, sungguhpun jumlah keanggotaan demonstrasi tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil gulung tikar namun phak penganjur akan berusaha untuk meningkatkan jumlah protestan sehingga mencecah jutaan orang supaya kerja harian akan terganggu.

"Langkah seterusnya adalah untuk mengambil alih bangunan kerajaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan keras setelah tindakan provokasi dilakukan. Mungkin ianya akan berlaku di masa akan datang dan Malaysia akan menyertai kedudukan negara yang tidak mampu untuk mentadbir dan paling mundur dalam pembangunan," tegasnya.

No comments:

Post a Comment