Monday, 21 April 2014

Saifuddin Nasution Penganjur Demonstrasi 1 Mei?Azmin Mana? @saifnasution @azminali @PDRMsia @KBAB51


Admin tertarik dengan demonstrasi oleh Pakatan Haprak yang dijadualkan akan berlangsung pada 1 Mei 2014 ini. Demo yang kononnnya berkenaan GST telah mula dipromosikan oleh macai-macai di media sosial. Namun, feedback yang admin dapati hanyalah suam-suam kuku sahaja kerana kekantoian pimpinan PR semakin terserlah, menganiayai rakyat sendiri dengan masalah air dan sebagainya. 

Bayangkan pada hari demo itu macai sudah berpeluh, berlengas dengan berasak-asak, bila balik rumah nak mandi dan bersihkan diri, buka paip keluar angin, bukannya AIR! Pelik sungguh pemimpin PR sanggup mengarah rakyat untuk memenuhi agenda mereka. Walaupun ditipu berkali-kali (blackout dan bangla), masih ada macai yang percaya. Admin hanya boleh kasihan dengan macai-macai yang hina ini. 

Menyedari respons yang kurang baik dari rakyat, Saifuddin Nasution hari ini dengan beraninya mengerah dan memaksa rakyat untuk turun berdemo sedangkan PDRM sudah pun mengeluarkan amaran untuk tidak menyertai perhimpunan haram lagi membahayakan rakyat. Mereka ini tidak ingatkah pada dua tahun lepas betapa banyak kerugian yang harus ditanggung DBKL dan PDRM atas kerosakan yang dibuat pada aset-aset mereka yang dipijak oleh kera-kera BERSIH 3.0?



Adakah ini menandakan Saifuddin lah sebenarnya penganjur perhimpunan haram pada bulan Mei nanti? Berkobar-kobar admin tengok semangat si Saifuddin ni mengalahkan Azmin pula. Apa sudah jadi pada Azmin? Senyap menikus pula sejak dua menjak ni. Pemilihan sudah dekat, patutnya kalau Azmin mahu mengekalkan kedudukan beliau dalam parti dan pakatan, seharusnya Azmin yang menyerlah, seperti Sam Ketot yang sanggup buat demo anti-Jepun di Kedutaan Jepun selepas anugerah Tuhan dihalang memasuki Jepun. Demo GST ini patutnya menjadi platform bagi Azmin untuk kekal sebagai anak emas Anwar Ibrahim. Ini tidak, dengan Khalid Ibrahim beliau bergaduh, sekarang dengan Saifuddin pun mahu cari gaduh. Semuanya sedang tikam belakang, demi berebut jawatan!


JK: Dengarnya hari ni flyers tentang hubungan sulit seorang lelaki yang didakwa dan dikatakan menyerupai Azmin Ali bersama pekerja di pejabat DUN di Selangor disebarkan kembali. Teruk betul perangai pemimpin Pakatan Haprak ni. Demi jawatan sanggup buka aib dan jatuhkan kawan-kawan sendiri. Lepas tu macam biasa salahkan UMNO! 

No comments:

Post a Comment