Friday, 18 April 2014

#Selangor Darul Masalah:Speaker Dewan,10 Petugas Media Keracunan Makanan Di Sidang DUN Selangor @hannahyeoh @Khalid_Ibrahim @nohomar @adampitjune



Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah perumpaan yang sesuai diberikan kepada kerajaan negeri Selangor sekarang ini. Dari isu sampah, rumah urut, Kristianisasi dan masalah air yang mendera rakyat secara mental dan fizikal, kini timbul pula kes keracunan makanan yang melanda Sidang DUN Selangor hari ini. 

Menurut berita, Lebih 10 petugas media yang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini semalam, mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa petugas berhubung kejadian itu, pagi ini.

Yeoh, yang turut mengalami keracunan makanan, berkata beliau mengesyaki ia berpunca daripada makanan yang dihidangkan pihak katerer, semalam.

"Akibat daripada itu, kami juga memanggil doktor serta beberapa petugas kesihatan kerajaan untuk hadir ke sini dan mengadakan pemeriksaan terhadap para wartawan," katanya kepada pemberita di lobi dewan hari ini.

Beliau berkata selain petugas media, timbalan speaker dan tiga kakitangan Dewan Undangan Negeri serta kakitangan pejabat Speaker turut mengalami keracunan makanan.

"Susulan itu, kami mengambil tindakan menghentikan perkhidmatan katerer ini serta merta walaupun tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka adalah sepanjang tahun ini," katanya yang turut memohon maaf kepada semua petugas media berhubung kejadian itu.

Benar kata orang, Selangor negeri terkaya, namun disebabkan perangai sesetengah pemimpin yang degil, pentingkan diri sendiri dan tamak haloba, rakyat yang menjadi mangsa. Tun Mahathir baru-baru ini pernah mengulas ketika ditanya berkenaan masalah demi masalah yang menimpa negeri terkaya ini, dan respon beliau "You choose the wrong government, you pay the price". 

No comments:

Post a Comment