Sunday, 27 April 2014

Serangan Terakhir Kem Saifuddin Terhadap Azmin Ali @saifnasution @azminali @azwanhjali

Menjelang pengundian pemilihan PKR bagi penggal 2014-2017 secara berperingkat yang bermula hari ini, kem Datuk Saifuddin Nasution Ismail melepaskan ‘serangan terakhir’ terhadap penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Menggunakan twitter @MasaDepanBsama dan @PemilihanPKR, kem Saifuddin mendakwa Azmin menaja orang-orangnya untuk memburuk-buruk terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarganya.
“Mohon @AzminAli hentikan kempen guna budak-budak bawah dia untuk serang keluarga @anwaribrahim & @drwanazizah … jangan buat kerja UMNO/BN,”kata Chegu Bard, salah seorang penyokong utama Saifuddin.
Serangan terhadap Anwar dan Wan Azizah yang dimaksudkan Chegu Bard adalah twitter Mohd. Eekmal Ahmad yang mendakwa terdapat ‘mitos Istana Bukit Segambut’ dalam penguasaan parti.
Malaysiakini melaporkan ‘mitos Istana Bukit Segambut’ merujuk kepada PKR sebuah parti kepunyaan Anwar Ibrahim yang menjadi raja bersama isterinya dan presiden parti, Wan Azizah.
Anwar digambarkan sebagai sedang memanaskan singgahsana negaranya untuk pengganti pilihannya iaitu ‘Puteri Reformasi’ Nurul Izzah Anwar.
Mohd. Eekmal, bekas Setiausaha Akhbar Anwar didakwa kem Saifuddin sebagai ‘budak di bawah bayaran Azmin.’

Mungkin strategi yang digunakan kem Saifuddin yang menggambarkan kem Azmin anti keluarga Anwar akan dapat mengurangkan undi terhadap penyandang Timbalan Presiden PKR itu.
Kem Saifuddin juga turut menyerang isu peribadi Azmin dengan mengaitkan dengan isu skandal seks makan aiskrim dalam jamban.
Kem Saifuddin juga turut menyebarkan keputusan undian online untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua Wanita dan Ketua yang disediakan oleh blog wfauzdin.
Undian secara online yang disediakan oleh penyokong Saifuddin menunjukkan kem Setiausaha Agung PKR memenangi ketiga-tiga jawatan tersebut.



No comments:

Post a Comment