Tuesday, 22 April 2014

Transkrip Feri Korea Selatan Cetus Kemarahan, 64 Disahkan Mati



Kemarahan membara di Korea Selatan pada hari Isnin setelah mendapat petanda bahawa pemindahan feri ditangguhkan oleh kerana panik dan kebimbangan kru. Angka kematian meningkat kepada 64 orang dengan ratusan lagi masih hilang.


"Tempoh beberapa minit disia-siakan sahaja" merupakan tajuk depan akhbarDong-A Ilbo, sebagai tindak balas kepada transkrip komunikasiyang dikeluarkan pada Ahad yang mendedahkan kekeliruan diantara anak-anak kapal dan kawalan trafik marin tentang prosedur pemindahan.



Seorang kru di mana identitinya tidak diketahui bertanya jika bantuan sedang dalam perjalanan namun seorang pegawai daripada Perkhidmatan Trafik Kapal Jindo (VTS) berkata agar kru berkenaan memastikan penumpang memakai jaket keselamatan dan baju berlebihan.



Pada satu ketika, pegawai VTS berkata hanya kapten sahaya yang boleh membuat keputusan tentang pemindahan sebelum kapal berkenaan terus mencondong dan tenggelam.



"Tentang pemindahan, awak sebagai kapten, akan membuat keputusan muktamad," kata pegawai berkenaan.



KaptenLee Joon- Seokditahan Sabtu dengan seorang jurumudi dan pegawai ketiga yang kurang berpengalaman, yang bertanggungjawab ketika kejadian berlaku.



Lee didakwa kerana kecuaian dan gagal untuk memastikan keselamatan ratusan penumpang, kebanyakan daripadanya merupakan kanak-kanak, dalam perjalanan ke pulau peranginan popular di Jeju ketika percutian sekolah.



Kapten dan anak kapal - kebanyakan daripada mereka selamat - menerima kritikan kerana lambat memindahkan penumpang, kesilapan besar yang berlaku kerana feri terus tenggelam dengan ratusan penumpang masih terperangkap di dalamnya.




'Kedua-dua pihak cuai'



Walaupun banyak laporan media Korea Selatan menyalahkan kapten akhbar terbesar di negara berkenaan, Chosun Ilbo, berkata anak-anak kapal dan pusat kawalan marin bersalah.



"Kedua-dua cuai! " merupakan tajuk utama muka depan akhbar berkenaan.



Sejumlah 64 orang telah disahkan meninggal dunia dan 238 lagi masih hilang.



Pegawai pengawal pantai berkata 24 mayat telah dikeluarkan dari kapal yang tenggelam pada pagi Rabu, tetapi ratusan lagi masih  terperangkap di dalam.



Ahli keluarga mangsa masih bertentangan dengan penggunaan kren untuk mengangkat kapal sebelum penyelam telah mencari setiap bahagian .



"Kami percaya terdapat ramai orang di dek ketiga dan keempat di mana kabin terletak, jadi kami akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan ini," kata jurucakap pengawal pantai kepada pemberita.



"Kami juga telah membuka laluan kepada dewan makan dan akan cuba memasuki kawasan itu."


No comments:

Post a Comment