Friday, 25 April 2014

Ubah Hadis:Pluralisme Anwar Ibrahim Makin Terserlah @anwaribrahim @mymassa @ustazfathulbari @realDrMAZA


Setelah lama digasak akhirnya kelmarin Ustaz Asri Zainul Abidin atau MAZA telah membuka mulut beliau mengecam tindakan Anwar Ibrahim menukar sunnah Rasulullah SAW untuk menghalalkan tindakan beliau menunduk sembah mayat Karpal Singh sebelum upacara pengebumian dijalankan. Selain Anwar, Mat Sabu yang berkopiah turut melakukan perkara yang sama sehingga dikecam hebat di media sosial.

Dalam artikel yang dikeluarkan Keadilan Daily, Anwar menokok tambah hadis sahih dengan perkataan "bangun,tunduk dan diam" yang mana amat berbeza sekali dengan hadis yang sebenar seperti berikut:


والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut:

Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.

Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961)

Ini semua dilakukan Anwar bagi menyelamatkan diri beliau dari dikecam kerana ini bukan pertama kali beliau tunduk sembah kepada mayat bukan Islam. Kejadian pertama semasa majlis peringatan Teoh Beng Hock. Pluralisme Anwar Ibrahim semakin hari semakin ketara, tidak ketinggalan apabila beliau bersetuju untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi semua orang khasnya di Bible penganut Katolik. Alasan beliau, perkataan itu sudah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Namun, beliau lupa larangan penggunaan perkataan ini adalah untuk menyelamatkan generasi umat Islam pada masa akan datang kerana kelak mereka pasti akan dikelirukan kerana Tuhan pada penganut Katolik mempunyai anak dan kita semua tahu Allah itu tiada anak dan diperanakkan. 



Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran penyokong beliau adalah apabila Anwar 'missing in action' semasa majlis pengebumian dua tokoh dari parti PAS yang mempunyai ahli teramai dan sudah tentu menyumbangkan majoriti undi dalam Pakatan Rakyat. Kelibat Anwar langsung tidak kelihatan semasa Allahyarham Ustaz Azizan, mantan Menteri Besar Kedah dan juga Allahyarham Harun Taib disemadikan. Berbeza sungguh semasa mendiang Karpal Singh yang mana Anwar bukan setakat menghadiri majli pengebumian, malah sanggup mengenepikan agama Islam untuk tunduk sembah ke mayat mendiang bertentangan dengan syarak dan akidah Islam. 

Kini sudah jelas terbukti Anwar hanya menggunakan kekuatan ahli PAS yang ramai untuk mengaut undi bagi Pakatan Rakyat. Jika PAS keluar dair Pakatan Rakyat, maka akan hancur leburlah impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Admin harap pemimpin dan penyokong PAS membuka mata mereka dan bangun untuk melawan mereka yang mengkhianati agama dan memutar belit hadis dan sunnah hanya untuk menghalakan perbuatan mereka. PAS tidak harus menambah dosa dengan bersekongkol dengan mereka yang lahiriah Islam tetapi hanyut dalam ketamakan kuasa dan harta dunia. 

Dengan tentangan keras pelaksanaan hukum hudud dari DAP yang langsung tidak memikirkan perasaan pemimpin PAS harus menguatkan lagi alasan PAS untuk berdiri dengan sendiri tanpa kehadiran kedua-dua parti parasit DAP dan PKR. Mereka hanya hisap darah dan menggunakan undi dari ahli PAS yang ramai untuk kesenangan mereka. Apabila mereka senang, tidak pula mereka kenang budi dan membalas jasa dengan berkrompromi dan menyetujui pelaksanaan hukum hudud. 

PAS tak perlu takut. Bergabung dengan UMNO pun tidak perlu. Cuma diharap PAS dapat bertindak segera sebelum semuanya terlambat.  


No comments:

Post a Comment