Friday, 16 May 2014

ANAK KECIL INI DINAFIKAN HAK ZAKATNYA SEBAB PEGAWAI BAITULMAL SYAITAN LAKNATULLAH KATA, DIA DAH DAPAT BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT!!!

Apabila berlaku pilihanraya kecil, ini adalah peluang terbaik dan terbesar untuk melihat sama ada Wakil Rakyat dahulu bekerja kuat atau sambil lewa. Inilah juga peluang terbaik untuk melihat sama ada agensi-agensi kerajaan yang diberikan tanggungjawab dan amanah, benar-benar berfungsi atau mereka sekadar goyang telur di dalam pejabat sambil berborak tentang hal ehwal politik negara.

Ini jugalah yang berlaku di Teluk Intan sekaligus mendedahkan lagi satu pengabaian yang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan, terutama sekali yang membabitkan Baitulmal.

Anak malang berusia 12 tahun itu bernama NUR AZRITA BINTI IBRAHIM yang tinggal bersama-sama ibu bapanya di alamat LOT 8615, KAMPUNG PADANG TEMBAK, 36000 TELUK INTAN. Anak malang ini merupakan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan nombor pendaftarannya adalah OT 05-0523.

Bapanya, IBRAHIM BIN ABDUL SHUKOR, hanyalah seorang pengawal keselamatan di Hong Kong Bank Teluk Intan dengan pendapatan hanya RM950 sebulan. Selain NUR AZRITA, Ibrahim turut menanggung 3 orang anak lain.

Daripada gajinya RM950 sebulan, sebahagian besar atau lebih tepat lagi RM600 telah digunakan untuk kos rawatan dan penjagaa NUR AZRITA. Agak lega sedikit kerana Nur Azrita mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. Adik-beradiknya yang lain masih bersekolah, manakala ibunya adalah suri rumah sepenuh masa.

Ketika ditanya mengapa tidak bantuan dipohon daripada Baitulmal, lelaki yang kelihatan rusuh itu menjawab, permohonan telah dibuat tetapi ditolak dengan alasan yang diberikan oleh Baitulmal ialah, NUR AZRITA TELAH MENDAPAT BANTUAN DARI JKM, JUSTERU TIDAK LAYAK LAGI MENDAPAT BANTUAN DARIPADA BAITULMAL.

Inilah masalahnya kalau BAITULMAL DIKUASAI OLEH GOLONGAN SYAITAN LAKNATULLAH yang gemar melihat orang miskin menjadi kafir dan keluar dari agama Islam atau mengejek-ngejek sistem keadilan ekonomi yang diperintahkan oleh Allah Taala sendiri. SYAITAN-SYAITAN LAKNATULLAH yang bertapak di dalam Baitulmal dan Jabatan-Jabatan Agama Islam di seluruh Malaysia seringkali memberikan pelbagai alasan untuk terus menyusahkan golongan miskin dan fakir. Bagaimanapun mereka juga mempunyai pelbagai alasan untuk mendahulukan kepentingan mereka, termasuklah MEMINDA dan MEMBUAT TAFSIRAN SEMULA TERHADAP PENGERTIAN ASNAF FISABILLAH.

Apakah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 itu telah menyebabkan IBRAHIM BIN ABDUL SHUKOR menjadi kaya raya sehingga terlucut asnafnya? Apakah Jabatan Kebajikan Masyarakat itu merupakan sebahagian daripada sayap atau unit Baitulmal yang memegang amanah berbentuk kewangan untuk diagih-agihkan kepada umat Islam? Apakah tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh Baitulmal, selesai dengan bantuan daripada entiti-entiti lain termasuklah YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA?

Mana pegawai-pegawai zakat dan baitulmal di Teluk Intan? Kalau pandai kutip zakat, tidak pandaikah mereka untuk melihat keperluan kepada pengagihan? Sedangkan pada masa yang sama, kumpulan yang hanya datang tiga hari sebelum artikel ini ditulis, telah berjaya mengesan masalah yang dihadapi oleh keluarga ini serta beberapa masalah yang sama melibatkan puluhan kes yang hampir serupa di seluruh Teluk Intan, mengapa mereka yang tinggal, bermastautin bahkan mentekedaghah duit zakat sebagai gaji mereka di Teluk Intan, gagal mengesan atau membantu keluarga-keluarga  malang ini?

Mengapa seringkali mereka menolak permohonan mendapatkan bantuan zakat oleh golongan miskin? Untuk apakah Baitulmal diwujudkan oleh pemerintahan Islam semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w lagi kalau wang-wang zakat hanya digunakan untuk bermegah-megah?

Tidak gentarkah SYAITAN-SYAITAN LAKNATULLAH di Baitulmal itu apabila mereka bakal dipersoalkan di hadapan Allah Taala kelak kerana MENGGELAPKAN WANG FAKIR MISKIN?

Bagi yang mahu berbuat kebajikan dan mendapat ganjaran gandaan kebajikan daripada Allah Taala sendiri, anda bolehlah menyalurkan bantuan kepada keluarga ini menerusi butiran di bawah:

IBRAHIM BIN ABDUL SHUKOR
LOT 8615, KAMPUNG PADANG TEMBAK,
36000 TELUK INTAN

TELEFON: 013-4525347
NO AKAUN: 082011479 025 HONG KONG AND SHANGHAI BANK (HSBC)

Anak malang ini memerlukan sebuah katil dan sebuah kerusi roda. Anak malang ini juga memerlukan pemakanan yang lebih baik dan sesuai untuk tubuhnya yang lemah dan kesukaran menghadamkan makanan pepejal.

Adakah Baitulmal dan pegawai-pegawainya yang terdiri daripada SYAITAN-SYAITAN LAKNATULLAH, yang berkopiah, yang berjanggut kambing dan bercakap tentang Islam, tahu tentang keperluan tersebut?

Tidak!

Mereka tidak tahu dan mereka tidak akan ambil tahu sebab mereka hanya ANAK CUCU IBLIS LAKNATULLAH yang berselindung di balik bayangan retorik agama dan sepatutnya direjam atau direndam dalam taliair-taliair di seluruh Teluk Intan sampai mati kembung!!!





Sumber : theflyingkick

No comments:

Post a Comment