Friday, 16 May 2014

ANUGERAH TOKOH GURU. #Guru #Pendidikan #HariGuru2014 #MyEdu

Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh (7) orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.

No comments:

Post a Comment