Friday, 9 May 2014

Dana 4 #GLC untuk @AzminAli beri RM60-RM80 ribu setiap Cabang? #PR #PKR

Jumlah dana sebanyak RM8juta serta agihan antara RM60 hingga RM80 ribu bagi setiap cabang, dan semua ini hanyalah untuk memastikan jawatan Timbalan Presiden kekal milik Azmin. Jika selama ini PKR sibuk menunding jari ke arah UMNO/BN dan menuduh parti itu mengamalkan politik wang bagi memancing undi, sekarang apa sudah jadi?

Adakah amalan ini sudah mula meresap dalam parti yang kononnya mementingkan ketelusan, keadilan dan mahu bersih dari pengaruh UMNO/BN? Cakap memang senang, tapi bila kerakusan untuk mengekalkan kuasa dah naik kepala, apa saja boleh jadi.

Yang menghairankan adalah dari mana Azmin dapat mengumpul wang sebanyak itu sedangkan dia hanyalah wakil rakyat biasa yang tidak punya empayar perniagaan atau yang seumpamanya. Adakah Azmin mempergunakan kedudukannya dalam 4 buah GLC seperti yang diketahui umum sebagai ‘cash cow’ untuk orang-orang dibawah jagaannya serta dirinya sendiri?

Mana perginya suara-suara lantang dalam PKR yang selama ini asyik melalak menyelar kerajaan? Tiada siapakah yang berani menyoal Azmin dari mana datangnya dana sebesar ini untuk pembiayai kempen Keadilan Rayanya? Semua senyap macam tikus.

Sumber : KLIK

No comments:

Post a Comment