Wednesday, 28 May 2014

FELDA ANTARA PEMEGANG SAHAM TERBESAR CADBURY DAIRY MILK MALAYSIA - @chegubard WAJAR DISAMAN! @FeldaVoice

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Che Gu Bard dilapor memaparkan status di bawah dan kemudian bertindak memadamkan kenyataan itu.

Mengapa? 



Tatkala isu penemuan DNA babi, porcine dalam 2 produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd hangat diperkatakan, semalam pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu memaparkan kenyataan di atas di facebook.

Status itu kemudian dipadamkan setelah portal Felda Voice mendedahkan, kenyataan itu, satu pembohongan.

Berikut antara kenyataan Felda Voice ...

'FHB (Felda Holdings Sdn. Bhd) hanya mempunyai saham sebanyak 9.87% sahaja dalam Cadbury Malaysia. Ia tidak mempunyai kuasa pengurusan mahu pun kawalan ke atas produk-produk asas bagi menghasilkan coklat-coklat yang tercemar dengan DNA babi tersebut. Pelaburan FHB sudah tentulah berasaskan pengiktirafan JAKIM mengenai produk halal Cadbury'

Nampak gayanya, Che Gu Bard, harus kembali belajar Ilmu Hisab atau Matematik asas.

Barangkali dia tidak melakukan penyelidikan teliti terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa mencetak kenyataan itu di laman sosial miliknya. Namun jika fakta sebenar tidak didedahkan oleh Felda Voice kepada masyarakat, kesannya amat buruk kepada pelbagai pihak.

Lebih molek jika pihak pengurusan Felda sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan itu.

No comments:

Post a Comment