Wednesday, 14 May 2014

#GTP dan #ETP penting bagi pastikan #Malaysia capai status negara maju. #Ekonomi

Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) terbukti berkesan dalam mengekalkan landasan negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Keberhasilan kedua-dua program ini telah menampakkan hasilnya dalam menyumbang terhadap kemajuan pelbagai sektor terutamanya dalam meningkat taraf ekonomi negara dan rakyat.

Sepanjang 3 tahun GTP dan ETP dijalankan, sejumlah 196 projek pembangunan dengan pelaburan komited berjumlah RM219.3 billion diwujudkan, katanya

Hasilnya,dijangkakan sebanyak 440,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan dan bakal menyumbang RM144 billion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK/GDI).

Dan kadar PNK bagi tahun 2013 telah meningkat kepada AS$10,060 (RM32,579) daripada AS$7,059 (RM22,861) pada tahun 2009, hasil daripada momentum yang berterusan dalam pelaburan sektor swasta.

Antara fokus utama program ini pada masa hadapan adalah untuk mengurangkan kos hidup dan mengurangkan lagi kadar kemiskinan.

GTP dan ETP merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan sejak tahun 2010 yang begerak seiring untuk menaikkan status negara ke tahap negara berpendapatan tinggi.

Kedua-dua program ini diselia oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang diketuai Datuk Idris Jala.

No comments:

Post a Comment