Friday, 16 May 2014

JK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU. "PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI" #Guru #Pendidikan #HariGuru2014 #MyEdu

Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi guru-guru di seluruh dunia. Kata-kata "Guru ibarat lilin yang membakar diri" amatlah sinonim dengan tugas seorang guru yang sanggup berkorban apa saja demi kejayaan anak muridnya. Tema hari guru tahun ini ialah "Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi"
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),

- pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia.

- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan

-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
JK mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di dunia. Jasamu di kenang. Tanpa guru siapalah kita sekarang. 

No comments:

Post a Comment