Sunday, 11 May 2014

JK Mengucapkan Selamat Hari Ibu. #IBU Engkaulah Ratu Hatiku

11 Mei 2014 merupakan hari yang sangat bermakna bagi seorang insan yang bergelar ibu. Pengorbanan seorang ibu tidak dapat dibandingkan atau dibayar dengan wang ringgit. Bermula dari saat mula mengandungkan seorang anak sehinggalah 9 bulan kandungan, berbagao-bagai cabaran dan dugaan yang beliau tanggug dan hadapi.

Jauh disudut hati, tidak pernah sedikit pun terlintas atau mengeluh dengan apa jua cabaran yang dihadapi. Tidak setakat itu sahaja, apabila tiba masanya 9 bulan telah berlalu maka lahirlah bayi kecil untuk melihat dunia. Maka makin bertambahlah tugas seorang ibu untuk menyusukan, mendidik dan mengajar segala macam yang ada di dunia ini.

Salah satu yang kita boleh ambil contoh lihatlah pengorbanan isteri Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Siti Hasmah. Betapa tabah dan gigihnya beliau membesarkan tujuh orang cahaya mata walaupun mengharungi pelbagai tanggungjawab lain selain menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri. Siti Hasmah terpaksa berkongsi kasih dengan rakyat Malaysia tatkala suaminta TUN M menjadi PM. betapa sukarnya untuk melakukan semua itu. Namun lihatlah, beliau berjaya menjadi seorang ibu yang mithali serta isteri yang baik kepada suaminya.

Pernahkah kita terfikir betapa beratnya tanggungjawab seorang ibu?? Pernahkah kita cuba untuk menjadi yang terbaik untuk ibu kita??? Renung-renungkanlah...

Dalam agama Islam, kedudukan seorang ibu sangatlah dimuliakan. Bahkan dikatakan bahwa surganya seorang anak itu ada ditetapak kaki ibu. Oleh karena itu, seorang anak sangat diwajibkan untuk dapat berbakti kepada kedua orang tuanya terlebih lagi kepada ibu kandungnya. Penjelasan tentang hal ini banyak sekali ditegaskan dalam al-Quran diantaranya Quran surat Luqman ayat: 14 Alloh Ta'ala berfirman yang artinya:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia [berbuat baik] kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu”

Ibu...Engkau...
Tempuhinya dengan tabah
Sembilan Purnama dalam bagai idam
Pertaruh nyawa untuk nyawa
Membelai hingga dewasa
Dengan rendang doa harapan
Dengan segala pengalaman
Suka, duka, tangis dan ketawa

Tapi hari ini,
bagai tahun-tahun yang lalu
Ku ingin bibirmu,
mekar dengar senyuman
Bagai kelopak
Di cium Suria pagi
Selamat hari Ibu, Ibu...

JK mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia.


No comments:

Post a Comment