Friday, 16 May 2014

@Khalid_Ibrahim Mendahului @AzminAli Dalam Pemilihan #PKR #Selangor. #PR

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi negeri Selangor menyaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima jumlah undi tertinggi dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR setakat ini.

Setakat pukul 3.30 petang ini, Abdul Khalid menerima 2,732 undi berbanding pencabarnya, Azmin Ali meraih 1,062 undi manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya 248 undi hasil kiraan yang dibuat melibatkan peti undi enam cabang PKR di negeri ini iaitu di kawasan Pandan, Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara, Kuala Langat dan Sepang.

Menurut sumber parti itu, daripada keenam-enam cabang PKR tersebut, Abdul Khalid menerima 656 undi di Sepang diikuti 392 undi (Kuala Langat); 479 undi (Petaling Jaya Utara); 861 undi (Puchong) selain menerima 248 undi di cabang PKR Serdang.

Bagaimanapun, bagi cabang Pandan, Saifuddin Nasution menerima 174 undi melebihi daripada Abdul Khalid dan Azmin yang mana masing-masing hanya memperoleh 96 dan 140 undi.

Pada masa yang sama, sumber berkenaan turut menyatakan kedudukan Abdul Khalid dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR dilihat semakin positif setakat ini apabila mendahului jumlah keseluruhan undi sekali gus mengatasi Azmin dengan kelebihan 59 undi.

Menurut sumber itu, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, Abdul Khalid memperoleh 11,837 undi diikuti Azmin dengan jumlah undi sebanyak 11,778 manakala Saifuddin meraih 7,624 undi.

UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment