Thursday, 1 May 2014

#KLIA2 MULA BEROPERASI ESOK, 2 MEI 2014 @HishammuddinH2O

Alhamdulillah, akhirnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selamat digunakan dan boleh dibuka mengikut jadual pada esok hari iaitu 2 Mei 2014.

Difahamkan operator lapangan terbang, Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), sudah memaklumkan kepada LCC untuk berpindah ke bangunan baharu itu.

Kontraktor bangunan terminal, Bina Puri dan rakannya UEM Construction, juga bersetuju membenarkan syarikat penerbangan, peruncit komersil dan agensi, mula melakukan pengubahsuaian masing-masing.

Difahamkan bahawa kerja-kerja ubah suai di ruang istirahat dilaksanakan oleh syarikat penerbangan baharu yang mempunyai jumlah pesawat yang kecil.

Ia terletak kira-kira 50 meter dari Sama Sama Express Hotel MAHB yang dibina untuk penumpang transit.

Malindo Air, Cebu Pacific dan AirAsia adalah antara syarikat penerangan yang akan memindahkan operasi masing-masing ke KLIA 2.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, akan menggunakan 80 peratus KLIA 2.

Selain syarikat penerbangan, 80 peratus ruang peniagaan di terminal itu juga sudah dipenuhi.

Pelbagai jenama, tempatan dan antarabangsa akan beroperasi di KLIA 2.

Hab runcit KLIA 2 ialah antara projek permulaan (EPP) di bawah Bidang ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk sektor pemborongan dan peruncitan.

Ruang perniagaan di KLIA 2 dibahagikan kepada dua bahagian - Terminal Utama dan Gateway@KLIA2 atau Landside Mall.

Ia merupakan perjalanan yang sangat panjang bagi KLIA2 memandangkan tarikh asal lapangan terbang itu dibuka ialah pada September 2011.

Semua pihak diminta tidak mempersoalkan isu keselamatan klia2 kerana kerajaan sentiasa mengutamakan aspek berkenaan dalam urusan pembinaannya.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin, kerajaan telah meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) melakukan pemeriksaan secara menyeluruh Isnin ini di klia2.

Menurut Hishammuddin, bagi memastikan keselamatan klia2 sentiasa terjamin, pihak MAHB juga telah melantik 57 konsultan tempatan bagi menilai perkara tersebut selain turut dibantu oleh pihak bomba dan juga Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Untuk makluman cukai lapangan terbang yang yang akan dikenakan kepada penumpang di klia2 untuk tahun pertama adalah sama dengan kadar yang dikenakan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) iaitu RM32 sebagai promosi pembukaan.

“Selepas tahun pertama cukai lapangan terbang klia2 akan ditentukan oleh kerajaan mengikut kadar yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment