Thursday, 8 May 2014

#MAHB sedia bantu #AirAsia pindah ke #klia2

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sudah bersedia menerima AirAsia dan beberapa syarikat penerbangannya dalam fasa kedua pemindahan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Pengendali lapangan terbang itu berkata, ia bekerjasama rapat dengan AirAsia bagi membantu mereka dalam pemindahan ke terminal tambang rendah baharu itu yang mana beberapa mesyuarat dan ujian simulasi sudah dijalankan bagi tujuan berkenaan.

AirAsia akan memindahkan operasi semua syarikat penerbangannya dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ke klia2, esok 9 Mei 2014.

Syarikat penerbangan lain memindahkan operasi mereka dengan lancar dari LCCT dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke klia2.

AirAsia mungkin menghadapi sedikit masalah ketika pemindahan, tetapi pihak MAHB komited untuk membantu sedaya mungkin.

Untuk pengetahuan, Operasi klia2 yang memasuki hari keenam semalam dengan Malindo Airways, Lion Air, Tiger Airways International dan Cebu Pacific Airways mengendalikan 33,000 ketibaan dan pelepasan dan hampir 300 pergerakan pesawat sejak dibuka pada 2 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment