Tuesday, 6 May 2014

"Onederful Malaysia", "Bloodyfool Teresa Kok" @teresakok @hendrishahril @REALGEL_Biru @Papagomo


Akhirnya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan didakwa di bawah Akta Hasutan esok ekoran video jijik “Onederful Malaysia” yang menghina Muslim dan pemimpin negara.

Dia dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9 pagi, menurut satu kenyataan dari pejabatnya yang mengesahkan perkara ini.

Kok didakwa menghina Muslim, pasukan keselamatan, perdana menteri dan isterinya dalam video satira berbahasa Cina yang dimasukkan ke dalam YouTube 27 Januari lalu.

Polis sebelum ini memaklumkan Kok yang juga naib pengerusi DAP disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kod Penal dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam klip video 11 minit itu, Kok bertindak sebagai hos dalam bual bicara pengamal feng shui yang bertanya, secara berjenaka, pelbagai isu termasuk sistem pendidikan, kenaikan harga barang dan isu keselamatan di Sabah.

Apabila mendapat tekanan daripada masyarakat tentang video tersebut, Teresa Kok cepat-cepat menafikan video tersebut tidak menyindir sesiapa cuma hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Begitulah kata Nonya Kok ini. Tapi, isu tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Laporan demi laporan di buat di Balai Polis di seluruh negara dan akhirnya tindakan Mahkamah menanti Nonya Teresa Kok esok. Itulah, jika mulut tu terlalu celupar dan hati sentiasa membenci orang melayu (rasis), maka terimalah akibatnya. Jangan cuba-cuba bermain api Nonya Kok oii, buruk akibatnya.

No comments:

Post a Comment