Thursday, 22 May 2014

#PAS REDHA DYANA TOLAK #HUDUD??? #DAP #PRKTelukIntan

Pendirian calon Melayu DAP kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud yang terang-terang menolak hukum hudud mencetuskan keresahan dalam kalangan penyokong dan pengikut Pas.

Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu benar-benar memberi tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin Pas. Ini terutama terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kalau itu nada Ramkarpal Singh Deo, calon DAP Parlimen Bukit Gelugor lainlah. Dia memang meneruskan `legasi tolakan hudud' bapanya.

Ini Dyana Sofya, calon Melayu, orang Islam. Takkan tidak terdetik seorang pun pemimpin Pas mahu memberikan nasihat atau tarbiah kepada gadis muda ini?

Barangkali Pas dalam hal ini nampak diri mereka tidak ada peranan dalam pakatan kerana jumlah kerusi Parlimen pun tercorot berbanding dimiliki DAP dan PKR. Sebab itu Pas langsung tidak ada suara. Nak `mengaum', bimbang pula dimalukan.

Setakat ini nampaknya komen-komen Dyana Sofya menguntungkan DAP di kaca mata kaum Cina apabila dia seiring dengan dasar-dasar DAP seperti UiTM dan hudud.

Pas kelihatan tidak hirau komen atau reaksi DAP terhadap perjuangan hududnya. Sikap Pas memeningkan kepala para penyokongnya di Teluk Intan apabila Naib Presidennya sendiri, Salahuddin Ayub pun secara terbuka berkata, `Pas menyokong Dyana di Teluk Intan'. Itu belum lagi suara Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu di Bukit Gelugor tempoh hari yang secara terbuka melaungkan `Pas menyokong Ramkarpal'.

Dalam keadaan DAP tidak mempedulikan hukum hudud yang diperjuangkan Pas, kita juga dok hairan bagaimana dia sebagai setiausaha politik Kit Siang secara terbuka menyatakan penolakan terhadap hudud.

Sepatutnya Teluk Intan menjadi medan terbaik untuk Pas memperjelaskan hukum hudud kepada pengundi Cina selain Melayu.

Tetapi sehingga kini, baik pemimpin pusat atau pemimpin tempatan Pas, semuanya kunci mulut rapat-rapat.

Utusan Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

CELAKA LAH KEDUA-DUA TANGAN PAS DAN SEMEMANGNYA MEREKA CELAKA.

Post a Comment